BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Bab 10- Vila Bahagia (ilham dari full house)

Aku menggosok-gosok kedua tapak tanganku. Aku cukup berpuas hati dengan masakanku ini. Aku sengaja meminta Mak Lijah untuk tidak datang tengahari ini kerana aku mahu aku yang menyediakan makan untuk Iman. Aku yakin aku boleh membeli jiwa Iman. Kalau gagal, alamat modal untuk kedai anganku itu akan tinggal harapan saja. Harapkan duit simpanan,tak pulak cukup. Kalau hanya tinggal untuk menampung kehidupanku 4 bulan pun belum tentu mencukupi. Tambahan lagi aku tidak ada pendapatan, aku mengomel sendiri di dalam hati.
        Ding dong!
        Bunyi loceng vila berkumandang. Aku memandang jam dinding di ruangan dapur sekilas. Baru pukul 11 pagi. Takkan Iman balik awal pulak? Malas mahu berfikir panjang, aku memanjangkan langkah menuju ke pintu utama. Vila yang dibina mengikut citarasa bangsa korea ini memang unik. Pintu utama saja dibuat pintu luncur daripada kayu. Diukir bunga-bunga dan diwarnakan putih dan merah jambu, menghadirkan rasa tenteram kepada sesiapa saja yang memandangnya. Aku memerhatikan susuk tubuh yang berdiri membelakangi pintu itu dari dalam walaupun masih belum kubuka. Memerhati bayang-bayang yang ada di situ.
        Siapa pulak? Aku tertanya-tanya sendiri. Aku menolak pintu itu perlahan, teragak-agak sebenarnya.
        Gerangan yang berdiri itu berpaling. Mataku enggan percaya.
Hanani?
Aku pantas saja menjerit keriangan dan menerpanya lalu memeluk, melerai rindu yang sudah lama bercambah di dalam hati kecilku. Sudah lama juga aku tidak menemui dia. Kali terakhir sewaktu mama dimasukkan ke rumah sakit.
“ Rindunya..” ucap Hanani pula sambil menggosok-gosok belakangku. Aku mengajaknya masuk dengan menarik tangannya. Aku mempelawanya duduk di ruang rehat. Aku turut sama melabuhkan punggung bersebelahan dengannya.
“ Suami aku tahu kau kemari?” soalku mula-mula. Nanti tanpa sebab Hanani dimarah kerana datang menemuiku waktu bekerja.
Hanani tersengih. Kemudian dia menggeleng lalu ketawa. Aku memukul tangannya saat tahu dia mengatakan begitu.
“ Nanti dia marah kau,padan muka!” sergahku pula, menakutkan dia. Namun Hanani hanya mencebik.
“ Mesti kau bela akukan..” jawabnya nakal.
Aku menggeleng.
“ Aku tak nak masuk campur..”
Aku berpeluk tubuh, mempamer wajah bersahaja.
Hanani mencubit pipiku kuat hingga aku terjerit jadinya.
“Aku datang sini pun ada sebablah..” khabarnya saat aku menggosok pipiku yang menjadi mangsa cubitannya.
Mataku bercahaya. Tertarik dengan kenyataan yang ingin disampaikannya.
“ Syarikat suami kau akan adakan makan malam tahunan. Pihak kami merancang untuk sambut ulang tahun dia.. Kau nak join tak?” soal Hanani teruja.
Aku berfikir sejenak. Ikut serta majlis itu? Iman ajak pun tak ada, takkan nak ikut pulak.
“ Iman tak kata pun..”
“Ala.. ini surpriselah, bengap!” balas Hanani seraya memukul perlahan pipiku.
Aku menjelingnya.
“ Apa aku kena buat nanti?” tanyaku seakan-akan berminat untuk hadir.
Hanani sudah tersenyum ceria.
“ Apa saja,yang penting yang menzahirkan sayang kau pada bos akulah.. Di pejabat, dia serius sangat. Kami semua nak juga tengok dia senyum..” jawab Hanani lebar.
Aku menelan liur.
Menzahirkan rasa sayang?
Aku suka pun belum, nak zahirkan rasa sayang pulak?
Aku masih berkira-kira untuk menerima ajakan itu.Aku memetik jari. Aku sudah menpunyai akal baru. Lagipula, aku dan Iman sudah nekad sesama sendiri untuk mempermainkan sesama sendiri juga untuk membuktikan kehebatan sendiri. Tambahan lagi, aku memang meluat dengan sikap Iman kebelakangan ini. Aku tidak mahu kalah. Bukan kerana aku juga egois tapi kerana aku tidak mahu diperbodohkan dengan sewenang-wenangnya. Lantaran itu, aku menggaris senyuman sinis. Aku akan gunakan permainan jiwa untuk membuat Iman tersujud di hadapanku dan mengaku kalah. Aku akan menghukum dia sekejam-kejam hati wanitaku.
Aku ingin dia jatuh cinta! namun, aku tidak akan bertanggungjawab pada perasaan itu sekali-kali.
“ Hoi! Sengih semacam nampak!” sergah Hanani membuatkan aku kembali semula dari dunia khayalanku.
Aku mengangguk.
“ Aku setuju!”
Tiba-tiba telefon bimbit Hanani berbunyi. Dia segera menjawab. Sesekali dia mengangguk, diam dan berkata yang membuatkan aku bingung sendiri. Daripada bingung sendiri, aku mengangkat punggung untuk ke dapur membawakan Hanani minuman. Aku menghulurkan segelas minuman kepadanya dan dia menyambutnya dengan tergesa-gesa.
Got to go sebelum bos jadi singa..” ucap Hanani selamba lalu bergegas dia menuju ke pintu utama. Dia ketawa sesaat dan sempat melambai kepadaku sebelum hilang dari pandangan.
Aku tersenyum sendiri. Segarang itukah Iman kepada anak-anak buahnya? Tingkahku terbantut di permukaan pintu itu setelah menutupnya apabila telefon pula berbunyi. Meronta-ronta bunyinya membuatkan aku segera berlari-lari anak untuk menjawab panggilan itu.
“ Lama sangat!” tanpa salam, tanpa sapa, kata-kata itu yang kudengar dari corong telefon.
Aku mendengus kuat. Iman sedang berbicara di situ.
I’m on my way..”
Aku diam. Mendengar dia berbicara sendiri.
“ Dengar tak ni?” tanya sedikit kuat.
“ Ya..” jawabku malas-malas.
5 minutes and I’ll be there..” lalu dia mematikan panggilan.
Aku menghela nafas berat. Selepas meletakkan telefon, aku bergegas menuju ke dapur dan menyediakan juadah makan tengahari untuk Iman. Baru saja aku meletakkan makanan, Iman sudah terpacak di meja makan.
“ Wow.. specialnya..” puji Iman sambil menggosok-gosok kedua telapak tangannya.
Aku memukul tangannya saat dia mahu menjamah makanan itu.
Mukanya sudah berubah cemberut.
“Tangan dah cuci?” sinis aku mengingatkannya.
Dia melenggang dengan menghadiahkan aku jelingan. Aku membalasnya dengan tawa kecil. Beberapa saat kemudian dia kembali. Wajahnya sudah kembali berseri.
Yes! One point for me, aku bermonolog sendiri.
        “ Mesti ada apa-apa maksudkan..” dia menelah sendiri setelah kembali semula ke meja makan. Tebakkannya seakan-akan mengena. Aku tersengih. Aku mendekatinya dan memegang bahunya manja.
        “ Nak apa?” soalnya sambil menjamah makanan yang terhidang di atas meja.
        “ Saya nak awak sponsor cita-cita saya..” aku berterus-terang padanya. Malas rasanya berbasa-basi lagi tapi dia hanya meneruskan makan tanpa memandang aku, seolah-olah tidak berminat dengan butir bicaraku. Nampak sungguh dia berselera sekali.
        “ Saya mahu buka kedai coklat dan gula-gula..”
        Iman tiba-tiba tersedak. Cepat-cepat aku menghulurkan air. Aku duduk kembali semula di hadapannya dengan wajah simpati. Kasihan pula aku jadinya melihat dia begitu.
        “ Hmm.. idea bagus. Tapi, saya tak setuju..” ringkas dia mencelah cadanganku itu.
        Aku mempamer wajah tidak berpuas hati. Kenapa dia tidak puas hati pula sedangkan ini adalah minatku?
        “ Saya izinkan kalau awak kerja satu bangunan dengan saya. Ruangan bawah syarikat ada yang kosong. Rasanya sesuai kalau awak nak buka di situ. Kos saya tanggung. Kalau tak setuju, saya tak ada tolak ansur..” lebar dia berkata bersama pinggang kotornya sendiri ke dapur meninggalkan aku terkulat-kulat di situ.

2 ulasan:

nursya berkata...

writer..
ader salah nama ar dlm episod lepas2 tu..
huhuhu...
kompius jap...
iman tetiba jd ikhwan...
camner nie...

Hani Zaidah berkata...

Hai dear.. ehehhe.. sebab nama dia memang Iman Ikhwan.. kalau tak silaplah.. sorry, dah lama tulis actually, dah tak ingat.. anyway, thank you dah bca.. terus sokong ya.. thank you.. :)