BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 15 Januari 2011

bab 11-semalam dalam kenangan


Hari yang aku nantikan pun  tiba. Sebentar lagi aku akan bergelar isteri. Isteri kepada tunanganku yang dipilih oleh abah dan mama. Sedari pagi lagi aku sudah disolek dan didandan oleh penyolek upahan mama. Kata mama, dia seorang yang professional. Ruangan bilikku sudah dipenuh dengan hiasan yang menarik. Hari ini aku akan bernikah. Seminggu kemudian aku akan melangsungkan persandingan. Tetamu yang diundang sudah lama tiba. Aku menanti dengan penuh debar. Maklumlah, ini kali pertama aku melaluinya. Makanya perasaan seperti itu amat baru bagiku.
Jam semakin berdetak tapi hatiku semakin kuat berdebar. Rombongan yang dijangkakan datang masih belum tiba. Lebih 15 minit sudah berlalu. Aku jadi resah dengan keadaan itu. Untuk tidak terus terhimpit begitu, aku mengambil telefon bimbit. Aku mendial nombor telefon bimbit Ikhwan. Nadanya berdering namun masih belum dijawab. Aku semakin resah bila abah dan mama sudah mula menapak masuk ke bilikku.
“ Ain?” panggil mama seolah-olah mengharapkan penjelasan atas ketidak lancaran majlisku.
Aku sekadar mengangkat bahu. Masih mengharap Ikhwan akan menjawab panggilanku. Pernantianku berakhir jua saat suaranya terdengar menjawab panggilanku.
“Kenapa lambat?” sapaku manja tanpa salam. Sayangnya Ikhwan tidak menyahut.
“ Saya memang nak jadi suami yang baik Ain tapi mungkin bukan jodoh kita..” Ikhwan memulakan bicara. Senyumanku langsung mati mendengar mukadimahnya.
“ Maaf andai berita ini melukakan sekeping hati awak Ain..” sambungnya mendatar.
Mataku mula berkaca. Aku mengharap Ikhwan sekadar bergurau saja untuk memeriahkan suasana tapi hatiku enggan terpujuk.
“ Saya terpaksa mengahwini Tasya kerana kami ditangkap basah semalam..”
Bagaikan halilintar membelah bumi, kenyataan itu merobek hatiku dengan kejam. Mataku berkaca. Tanpa mengharapkan penjelasan lanjut, aku memutuskan talian. Aku melempar telefon bimbitku dengan marah ke dinding. Hancur berkecai seperti hatiku saat ini.
Mama memeluk bahuku erat.
“ Kenapa Ain?” tanya mama membuatkan raungan dalam hatiku semakin kuat. Tangisan tanpa suara itu pasti menyentuh hati mama. Aku teresak dalam pelukan mama. Sampai hati Ikhwan menconteng arang ke arah keluargaku!  Sampai hati Ikhwan menghancurkan masa depanku! Sampai hatinya memalukan keluarga! Inikah bahagia yang dijanjikannya?
“ Kurang ajar!” abah bersuara berang tiba-tiba. Abang mula mundar-mandir dalam bilikku. Suasana tegang dengan bencana yang tiba-tiba saja terjadi. Pasti abah sudah maklum kerana abah baru menerima panggilan dari keluarga Ikhwan. Mujur saja berita belum sampai ke telinga tetamu kerana setakat ini hanya kami yang di dalam bilik saja tahu.
“ Apapun terjadi, pernikahan mesti terjadi walau harus bertukar pengantin!” tegas abang bersuara seolah-olah aku tidak punya sebarang hak membuat keputusan. Abah memandangku serius. Inikah hukumanku abah? Inikan hukumanku mama? Atas kepatuhanku menerima suruhan abah dan mama?
Abang kemudian masuk membawa sekeping kertas. Kertas yang akan aku tandatangani sebagai tanda aku bersedia untuk dinikahi. Itu petanda abang sudah dapat pengganti Ikhwan. Tidakkah abang kejam mengahwinkan aku dengan sesiapa saja tanpa persetujuanku?
Aku mengesat airmata. Memandang mama dan abah silih berganti. Abah tidak mengangguk. Mama hanya mempamer wajah sedih. Harapan apakah yang mereka mahukan dariku? Aku tahu, kalau aku menolak pasti keluargaku akan malu. Aku bukan anak yang biadap sebegitu. Aku ingin melihat keluargaku bahagia. Bahagia dengan apa yang aku lakukan. Salahkah aku membina bahagia atas kepingan hatiku yang berkecai?
Abang menghulurkan pen seolah-olah tidak memberiku ruang berfikir soal hati dan perasaan. Wajahnya serius tanpa simpati.
Aku menggigit bibir. Menarik nafas dalam dan melepaskannya perlahan. Aku menyambut huluran pen itu dengan harapan mereka akan bahagia. Aku menurunkan tandatanganku di situ. Kemudian baruku melilaukan mata pada nama seseorang yang bakal menjadi suamiku itu. Lama mataku terpaku pada nama itu.
Mohammad Adam Alshahdi Bin Amran Arsyadi.
Pen pantas terlepas dari tanganku. Aku menggenggam tangan. Aku memandang abang dengan serius.
“ 15 minit lagi tolong bersedia..” pesan abang dengan senyuman yang sukar aku mengertikan. Mama sekali lagi meminta penyoleknya memberi sentuhan baru kerana lencun mukaku dengan airmata.  Sesekali mama membetulkan tudung dan selendangku.
“ Abah walikan Ain ya..” ucap abah seraya mengucup dahiku.
Aku tiba-tiba sebak. Aku mengangguk kerana wajah itu terlalu polos untuk aku lukai.
Mama mencium pipiku dan menuruti langkah abah yang keluar untuk bertemu tok imam yang akan menikahiku.
Pintu diketuk. Mama memintaku keluar. Sempat mama berpesan agar aku senyum di sepanjang majlis akad nanti.
“ Apapun yang terjadi Ain, anggap saja dugaan. Mama yakin anak mama akan bahagia..” bisik mama sayu.
Aku menggigit bibir. Menahan rasa sayu yang menjalar. Aku menggengam erat tangan mama mengharapkan kekuatan mama berpadu pada hatiku yang luka. Pandangan para tetamu yang agak hairan kubalas dengan senyuman. Pasti mereka tertanya-tanya mengapa majlis akad ini tergendala dari yang sepatutnya. Ada suara sumbang yang membuat kenyataan sendiri, kononnya aku memberontak tidak mahu berkahwin memandangkan ini pilihan keluarga. Akan aku padamkan kenyataan itu. Akan aku buktikan bahawa aku bahagia dengan perkahwinan ini. Aku melangkah penuh yakin ke ruang tamu. Tempat dimana aku akan melangsungkan pernikahan. Aku terpandang susuk tubuh yang akan menjadi pendampingku itu. Debar dalam hati sukar kugambarkan. Pandangan kami bertamu setelah dia sedar akan kehadiranku.
Adam!
Kenapa kau sanggup lakukan semua ini?
Khutbah nikah mula dibaca. Dengan tekun aku mendengar. Setiap patah perkataan itu menghiris hatiku. Lebih dalam dan tajam. Bahagiaku bukan bersama Ikhwan. Serta-merta aku teringat keangkuhanku akan kata-kataku kepada Adam minggu yang lalu.
“ Saya terima nikahnya Ain Humairaa binti Haji Maa’ruf dengan mas kahwinnya $300 tunai..”
Akad itu menjadi lafaz rasmi aku milik seseorang, menzahirkan statusku sebagai isteri seseorang. Sahlah sudah aku kini menjadi miliknya.
Milik Adam!

Lebih kurang 20 minit aku menunggu di bilik pengantinku. Aku disuruh masuk sementara menanti pengantin lelaki selesai menunaikan sembahyang sunat. Aku mengemaskan duduk di atas katil kerana mama khabarkan pengantin lelaki akan masuk untuk upacara pembatalan air sembahyang.
         Pintu dikuak. Aku memandang ke situ. Adam masuk dengan senyuman. Aku menunduk. Separuh hatiku enggan dan separuh hatiku rasanya mati. Bagaimana harus aku membina perasaan di atas kepingan hati yang hancur ini untuk si suami?
         Dia menyarungkan cincin di jari manisku dan menghadiahkan ciuman di dahiku. Bergetar rasa hatiku saat bibirnya menyentuh dahiku. Terasa hangat menjalar keseluruh tubuh. Aku tersipu bila diusik oleh sebahagian dari saudara-maraku yang turut sama merakam suasana bahagia ini. Aku memandang mama dan abah silih berganti. Ada senyuman di wajah mereka itu cukup memberi kelegaan padaku.
         Tiba-tiba datang seorang perempuan berumur dengan memakai baju kurung, berselendang di kepala. Senyumannya manis, mendekatiku.
         “ Ini umi abang..” bisik Adam yang duduk di sebelahku. Kata ganti nama itu amat menakutkanku!
Aku menelan liur. Ini kali pertama aku melihat ibu mertuaku. Aku menghulur tangan, ingin bersalaman dengannya. Huluran disambut. Ibu Adam pantas menarik aku ke dalam pelukannya.
         Lama.
Aku membalas pelukan itu. Hadir rasa sayu melihat wajah itu bahagia. Benarkah keputusan yang kubuat ini?
“ Terima kasih pilih Adam.. Umi doakan, bahagia ya..” ucapnya sayu.
Aku mengangguk.
Umi mencium pipiku. Dituruti mama kemudian. Kami kemudian merakamkan saat bahagia ini pada lensa kamera. Dengan pelbagai aksi, suasana riuh dengan gelak ketawa. Terlupaku seketika pada hati yang kecewa. Terlupaku pada kisah yang melukakan sekeping hatiku. Aku memandang Adam. Pandanganku dibalas. Saling bertentangan mata. Tanpa sedar, lensa kamera abang merakamkan detik itu. Aku termalu sendiri jadinya!

0 ulasan: