BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Bab 12- Vila Bahagia ( ilham dari full house)

Suasana makan malam pada malam itu sunyi dan sepi. Tiada satu patah perkataan pun yang terluah di antara aku mahupun Iman. Yang pasti, suasana makan malam itu ada getaran dingin di hatiku, mungkin juga pada hatinya. Nasib baik mama masih belum pulang lagi. Kalau tidak, bagaimana mungkin aku sanggup bertahan bersandiwara lagi. Setelah Mak Lijah pulang, aku menyediakan makan malam tanpa banyak alasan. Walaupun sesekali aku perasan anak matanya mengerlingku tapi aku berpura-pura serius padanya. Dalam erti kata lain, aku benar-benar ingin melihat kesungguhannya pada kata-katanya petang tadi.
        “ Esok tak pergi mana-mana?” soalnya serius tanpa memandangku. Aku menelan liur dengan payah. Ingat dah tak nak bercakap langsung!
        “ Kenapa?”
        Dia memandangku sekilas.
        “ Mama kata, esok kita cuba baju pengantin..” ringkas dia menjawab sambil menyuap makanan.
        Aku mengeluh. Hilang terus selera makanku mendengar khabar itu. Aku mengangkat pinggan kotor dan membersihkan tangan. Iman kelihatan terpinga-pinga dengan tingkahku. Dengan hanya memandangku sekejap, dia lebih memilih untuk meneruskan makan malamnya dengan lahap. Melihat dia hanya beraksi selamba, aku melangkah geram menuju ke ruang rehat. Belum perasan lagi agaknya yang sebenarnya aku sedang memprotes!
        “ Mama yang suruhlah. Tak payah nak tunjuk muka protes..” suaranya kedengaran lagi walaupun hanya sepintas lalu kerana langkahnya diarah ke dapur.
        Aku mula mengomel sendiri. Mencebik mulut dengan mengajuk cakapnya dengan caraku tersendiri.
        “ Mengatalah tu..” selamba dia berkata sambil mengikut langkahku di ruang rehat itu. Tajam matanya memandangku. Mungkin terasa hati dengan tingkahku yang terang nyata mengumpatnya.
        “ Pukul 9 mesti dah siap. Saya ada meeting jam 10 esok..”
Nada itu bukan berbentuk pelawaan tetapi lebih kepada arahan. Itu yang membuatkan aku tidak senang dengan kata-katanya. Berlagak seolah-olah aku juga pekerjanya. Sudah dulu aku pernah terfikir, Iman mana mungkin mengubah persepsinya terhadap aku dengan menganggap aku adalah isterinya.
        “ Awak pentingkan kerja daripada majlis yang sudah susah payah mama atur untuk kita!” marahku setelah agak lama berdiam.
        “ Dahlah muka mogok depan rezeki, menjawab pulak tu..”
Aku terdiam. Aku tahu aku sepatutnya tidak begitu depan rezeki. Takut rezeki hilanglah pula nanti.
“ Sini..” panggilnya padaku dengan nada suara yang kali ini kedengaran lebih kepada memujuk tapi aku enggan bergerak.
Teknik kotorlah tu.. aku berburuk sangka sendiri. Mungkin kerana melihat keenggananku itu, dia bertindak duduk di sebelahku. Aku memalingkan muka. Dia menyentuh wajahku dan tangannya menyentuh pipiku yang berbekas merah.
“ Aduh..” aku mengaduh dan menolak tangannya perlahan. Wajahnya mempamer rasa simpati.
Aku mengetap bibir. Amat tidak menyangka dia melakukan begitu kepadaku.
Dia menghilang seketika dan kembali semula bersama minyak angin. Dia menyapu perlahan kepadaku dengan wajah yang serius. Bergetar rasa dalam hatiku saat tangannya sekali lagi menyentuh pipiku.
“ Awak tahukan yang saya tak suka dengan bau tu.. Rasa tak ternafas..” perlahan-lahan aku bersuara dengan nada tertahan. Rasa lemas menghidu minyak yang disapunya.
“ Sekurang-kurangnya taklah nampak bengkak..”
Aku menarik muka.
Girlfriend awaklah tu punya pasal. Sia-sia saja muka saya jadi begini..” rungutku seolah-olah sengketaku dan sengketanya tidak wujud sebelum ini.
Dia ketawa sedikit kuat. Mungkin baginya lucu.
“ Mama balik nanti saya adu pada mama..” ugutku.
“ Eleh.. manja sangat..”
Aku ketawa.
“ Nak manja pada suami sendiri, dia lebih senang defend girlfriend..” sinis aku berkata dengan nada manja.
Ada riak terkejut dari wajah Iman. Mungkin dia tidak menyangka anginku sudah berubah baik dan tidak lagi marah-marah seperti tadi.
“ Nanti awak juga yang malu...” tambahku lagi.
“ kenapa?” soalnya sambil dia bersandar di sofa itu. Matanya dipejam. Mungkin dia ingin memikirkan sesuatu.
“ Nanti orang ingat awak pukul saya. Takkah itu haru nanti jadinya?”
Matanya terbuka. Ada tawa diluahnya yang membuatkan aku jadi sebal.
“ Ingat saya garang sangat?”
Aku mengangkat bahu.
“ Agaknya..” bersahaja aku menjawab sambil mataku terarah pada peti televisyen itu.                         
Dia menarik wajahku perlahan, meminta aku memandangnya daripada memandang televisyen yang nyata rancangannya membuatkan dia bosan. Drama siri Korea. Manalah dia suka.
“ Sebab apa?” tanyanya serius.
Aku ketawa kecil.
“ Awak tu kejam sangat pada isteri awak ini!” jawabku bergurau lantas angkat punggung dari situ. Namun tanganku pantas ditangkapnya hingga aku sendiri terjatuh atas ribanya.
Aku termalu sendiri dengan kejadian itu namun berupaya menahan rasa.
“ Hmm.. saya lapar. Kalau awak rasa awak baik sangat, belanja saya makan di luar..” aku memberi cadangan sendiri dan mengambil kesempatan untuk lari dari ribaannya. Tapi dia enggan, dia masih ingin aku berada di ribaannya itu.
Aku mengetap bibir. Menahan rasa yang entah apa sudah menjalar ke tangkai hati.
Dia mengukir senyuman nakal yang menghadirkan rasa geram padaku.
“ Okey, jom..” ajaknya seraya menarik tangan kananku untuk segera berlalu. Aku senang mematikan langkah terlebih dahulu. Mungkin kerana tingkahku itulah dia berpaling memandang padaku. Lama dia membalas tatapanku hinggalah dia bersuara membuat kenyataan sendiri.
Just three minutes..” dia memberi arahan kepadaku. Aku tahu maksud arahan itu. Dia ingin aku segera bersiap.
Aku sudah mula merungut. 3 minit pulak tu. Dia ingat aku robot agaknya yang bisa lakukan banyak kerja dalam satu masa?
“ Dah.. jangan tayang muka. Kalau lambat, cancel..” tambahnya dan meninggalkan aku yang sudah mula membebel sendiri dengan tingkahnya. Aku melepas dengusan kasar dan berlari-lari anak menaiki anak tangga untuk menuju ke bilik tidur.
Iman hanya tersenyum di balik ekor matanya memandang Humairaa yang sedang pergi itu. Dalam rajuknya, Humairaa masih mahu mendengar kata-katanya. Dalam garangnya, masih ada rasa hormatnya pada dirinya. Setiap kali dia menyakitkan hatinya, Humairaa lebih senang membalas dengan kata sekejap dan diam kemudian bila dia rasakan marahnya mula membara. Humairaa lebih senang memendam, berbanding dia yang hanya tahu pada keangkuhannya.
Humairaa.. Humairaa.. Humairaa.. saya harap nanti ada orang yang lebih baik untuk menjaga awak seumur hidup. Yang pasti, bukan saya.., Iman bermonolog sendiri dalam langkahnya menuju ke luar vila.

0 ulasan: