BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Bab 14- Vila Bahagia (ilham dari full house)

Pagi yang pada awalnya cerah itu sudah berubah mendung. Mama pulak awal-awal pagi lagi sudah hilang. Selalunya, mama pasti akan turut serta makan bersarapan bersama kami. Tapi nampaknya, tidak untuk kali ini. Cuaca yang sebegini pula memang sesuai kalau hendak berjogging. Panas tidak, hujan pun belum tentu tidak.
“Mama mana?” soalku membuka bicara.
Iman langsung tidak memberi sebarang respon mahupun reaksi untuk menjawab pertanyaanku itu.
“ Nak join jogging tak?” soalku lagi pada Iman yang sedang membalek surat khabar di ruang rehat ketikaku menuruni anak tangga.
“ Hari mendung. Malaslah..” selamba dia menjawab tanpa mengalihkan matanya dari bahan bacaannya.
Aku meneruskan langkah menuju ke rak kasut. Aku yang sudah lengkap berpakaian sukan, segera mencapai kasut yang sesuai dan membimbitnya menuju ke ruang rehat untukku sarungkan.
Surat khabar yang dipegangnya sedari tadi diletakkan di atas meja. Matanya terarah memandangku yang sedang leka menyarung kasut.
“ Nak pergi juga?” soal Iman.
Aku mengangguk.
“ Hujan nanti..” dia mengingatkanku.
“ Bukannya jauh pun.. belakang tu saja. Pantaikan luas..” sahutku lantas berlalu menuju ke pintu belakang.
“ eh.. nanti!”
Langkahku terhalang. Aku berpaling melihat dia di belakangku.
“ Tudung mana?”
Aku tersengih.
“ Mana ada orang...”
Dia mendekatiku dengan wajah selamba.
“ Manalah tahu ada orang..” bidasnya serius.
Aku mencebik. Sudah mula membuat muka. Tegurannya itu memang satu kebaikan tapi bagiku, vila kediaman kami ini jauh dari jiran-jiran atau orang. Ia agak terpencil. Kalau adapun rumah Pak Amin. Itupun agak jauh dari sini.
“ Okeylah.. tapi kalau hari hujan nanti macamana?”
Aku mendengus geram.
“Awak tu, sikit terkena hujan dan sakit kepala..” tambahnya lagi mengingatkan aku akan kelemahanku yang sudah diketahuinya sejak kali pertama kami bertemu.
Aku segera mengangkat kedua belah tanganku.
“ Kalau tak nak temankan, tak payah nak membebel” sinis aku membalas kata-katanya dan mula berlari-lari anak menuju ke pantai itu. Ingin lari dari terus berkata lagi.
Iman hanya menggeleng-geleng melihat Humairaa yang sudah jauh meninggalkannya.
Degil!

Mendung yang tadinya disangka tidak akan mencambah hujan ke bumi, kini menitiskan airnya perlahan-lahan. Larianku sudah jauh meninggalkan vila. Lebih kurang 10 minit sudah aku berlari. Dulu, sewaktu ayah masih ada, aku selalu bersenam bersama-sama. Kalau tidak tiap-tiap petang, seminggu sekali pasti ayah akan meluangkan masa bersama denganku. Selain bersenam, ayah juga membantuku membuat kerja sekolah. Kadang-kadang, ibu yang sedang sibuk di dapur pun aku dan ayah akan usik hingga akhirnya kami berdua dimarah oleh ibu dan dihalau keluar dengan bebelan panjang ibu.
        Ah.. indah sungguh kenangan itu.
        Aku mencari tempat berteduh kerana hujan sudah mula turun renyai-renyai. Terasa menyesal pulak kerana tidak mendengar teguran Iman. Kalau hendak berlari pulang semula, agak jauh sudah aku meninggalkan vila. Lagipun, hujan ini hanya akan membuat aku sakit kepala jika ia menimpaku nanti. Tambahan lagi aku tidak memakai tudung. Tersedar akan kedegilanku, aku memarahi diri sendiri kerana enggan mendengar cakap dan teguran Iman. Bukankah teguran suami itu memberi keberkatan?
        Aku berpeluk tubuh mencari kehangatan dalam diri. Hujan sudah mula menggarang dengan turun sebegitu lebat. Pohon yang rendang semakin lama sudah semakin tidak mampu untuk melindungiku. Kesejukan semakin kurasakan menggigit tubuhku. Basah rasanya tempias kepadaku.
        Aku mengetap bibir menahan rasa. Tergigil sudah rasanya. Namun untuk kembali pulang aku tidak tega. Lantaran rasa dingin yang makin membara itulah aku duduk dengan memeluk lutut. Kedinginan semakin kuat. Bergetar bibir yang kuketap. Seluruh tubuhku sudah basah diserang sang gerimis. Makin lama kepalaku makin terasa berat. Serasa mahu pecah menahan rasa sakit kepala ini akibat menerima terjahan sang hujan. Dalam denyutan yang terasa, samar-samar saja penglihatanku hingga ingin saja rasanya aku tidur panjang.
        Tuhan.. tolonglah aku... kirimkan dia untuk menyelamatkanku.
“ Farah Humairaa..” suara itu kudengar sayup-sayup saat pandanganku sudah berubah menjadi kelam.

0 ulasan: