BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 15 Januari 2011

bab 16-semalam dalam kenangan


Sejak peristiwa siang tadi Adam kelihatannya lebih dingin. Dia lebih banyak berusaha menjauhkan diri dariku dan lebih senang berdiam. Apakah Adam sedang memikirkan sesuatu? Setiap kali senyuman kami bersapa, mengapa ia tergaris hambar? Kemana seri wajahnya yang akhir-akhir ini melahirkan rasa tenang dalam jiwaku?
Makan malam antara keluarga kami juga kedengaran sepi. Kini di ruang tidur juga, Adam begitu. Seolah-olah seluruh keluarga sedang berkabung. Abah tidak banyak bicara, mama apatah lagi. Mereka berdua masing-masing mempamer wajah kurang selesa bila berhadapan dengan Adam. Apakah mereka rasa bersalah sedangkan antara mereka aku yang lebih merasa peritnya peristiwa semalam? Apakah keputusan abah menyerahkan aku kepada Adam itu sudah goyah?
Aku mendekati Adam yang sedang berdiri di beranda rumah, luar bilik tidur kami. Aku menyentuh bahunya berharap dia akan berpaling memandangku. Mata kami saling bertaut. Mengapa ada sinar duka di mata itu?
Aku mengetap bibir dengan kuat. Masih berkira-kira mahu bersuara. Namun rasa terseksa menyimpan sangsi ini!
“ Sejak dari tadi abang tak banyak bercakap.. mengapa?” soalku perlahan, menjaga hatinya.
Dia memandangku sekilas lantas mengeluh. Keluhannya kali ini kedengaran amat berat. Seolah-olah Adam sedang menanggung beban yang tersangat berat. Dia mengalihkan pandangannya ke halaman rumah meski pertanyaanku tadi masih belum berjawab.
“ Abang...” panggilku seraya memeluknya dari belakang.
Aku takut Adam akan pergi! Aku benar-benar takut.
Dia menggengam tanganku yang memeluknya berharap pelukan itu menjadi lebih erat. Aku kemudiannya menarik tangan dan menapak di hadapannya.
Kenapa menanggung beban seorang diri Adam?
“ Ain tak rasa bersalah kahwin dengan abang?” soal Adam tiba-tiba saja.
Aku mengerutkan dahi. Kedengaran janggal pertanyaan itu pada pendengaranku. Namun aku masih saja berdiam. Masih belum mahu menjawab pertanyaan itu.
“ Jawablah..” paksanya perlahan.
Aku mengetap bibir. Menahan rasa terkilan dengan pertanyaan itu.
“ Tak percayakah dengan apa yang kita kata pada abang tadi? Kita pilih abang..” jawabku kedengaran sedikit sayu kerana airmataku kini sudah bermain di tubirnya.
Dia mengesat airmata yang hampir saja jatuh itu dengan perlahan. Dia mengukir senyuman meski senyuman itu ternampak hambar dan tidak bermaya.
“ Abang rasa, abah dan mama dah lainlah..” adunya padaku dalam senyum yang dipaksa-paksa.
Aku faham dan mengerti sekali maksudnya. Aku juga rasa seperti itu. Aku tahu abah dan mama rasa bersalah pada keluarga Ikhwan tapi itu tidak sepatutnya abah dan mama menyimpan beban rasa itu kepada Adam. Lagipun, abah dan mama sendiri bersetuju dengan Adam yang sudah menikahiku ini. Mengapa harus memikirkan soal keluarga yang hampir-hampir saja mahu menjatuhkan airmuka kami itu? Tidakkah abah dan mama sedar betapa sakitnya aku yang menanggung rasa itu?
“ Kalau dah tak selesa, kita pindahlah.. pilihlah mana yang abang suka, kita tak kisah..” pujukku kerana aku mahu Adam rasa selesa menjadi pendamping dalam hidupku. Aku benar-benar mahu membina hidup baru meskipun luka lama masih ada lagi dan aku tidak peduli. Aku yakin Adam mampu menjagaku seumur hidupnya.
“ Kenapa bunyi macam nak cipta sengketa dengan abah dan mama saja?” tanyanya pelik.
Aku menggeleng. Bukan begitu maksudku!
“ Kita nak abang rasa selesa...” perbetulku dengan nada suara yang sepertinya orang sedang merajuk kerana dia sudah tersalah anggap dengan niatku.
Dia ketawa kecil meskipun tawa itu terdengarnya pilu di telingaku.
“ Nanti kalau ada apa-apa terjadi pada isteri abang ni, macamana? Dahlah keluarga nak ditinggalkan jauh..” tingkahnya dengan diplomasi.
Aku tersenyum manja.
“ Maksud abang?”
Dia mencubit pipiku.
“ Manalah tahu ada rezeki kita..” usiknya nakal.
Aku mengerutkan kening. Sengaja buat-buat tidak mengerti dengan usikannya itu.
Aku mengangkat bahu seakan-akan mahukan penjelasan yang lebih lanjut.
Babylah..”
Aku ketawa kecil.
“ Kita muda lagilah.. nak enjoylah dulu..”
“ Eh.. muda jadi daddy dan mummylah best!”
Aku mencebik.
“ Cakap senanglah.. nanti kalau nangis, abang jaga baby!” marahku manja-manja.
Dia menunjukkan isyarat ibu jari kanannya menandakan dia bersetuju saja dengan cadanganku itu.
“ Lagi satu, kalau dapat bagi kita baby kembar okey juga.. tapi kalau bukan, abang yang kena jaga okey..” sambungku lagi sambil tertawa dalam nada mengusik.
Dia ketawa kuat.
Aku memukul bahunya berharap dia akan mengurangkan bunyi tawanya yang terdengar nyaring itu.
“ Kalau tak dapat, boleh tambah banyaklah..” usiknya selamba.
Aku terlopong.
“ Ingat kilang yeh?” marahku dalam rajuk.
Dia menarik aku dalam pelukannya setelah yakin aku sudah menarik muka masamku itu. Aku ketawa dalan hati kerana rajukku mengena.
“ Alah.. manalah abang nak buat sayang abang macam tu..” pujuknya dan ciumannya singgah di pipiku. Lama. Menzahirkan rasa malu kerana selambanya tingkahnya itu.
Dia ketawa nakal.
“ Ni yang buat abang makin sayang..” usiknya kerana aku tahu, setiap kali dia berkata begitu pasti kerana wajahku sudah merona merah dek malu diusiknya.
“ Yelah tu..” jawabku selamba kerana tidak mahu terus-terusan diusiknya.
“ Kenapa? Tak boleh caya?” soalnya sombong dalam gurauan.
Aku menggeleng, berpura-pura serius.
“ sini..” panggilnya dekat di sisiku.
Aku menghampirinya. Dekat dan dekat hingga dapatku rasa hangat nafasnya dan degupan hatinya. Dia menunjukku sesuatu ke langit yang gelap. Yang indah ditaburi bintang-bintang malam.
“ Kalau langit itu adalah kanvas, abang akan lukiskan wajah Ain dengan kerlipan bintang-bintang itu. Biarlah nanti sejauh mana jarak abang dan sayang abang ini, abang hanya akan perlu memandang ke situ saja kerana rindu antara kita, saling kita rasa..” bisiknya romantis mengetar naluriku. Bagaikan terpukau dengan ayat-ayat cintanya, aku hanya memandang Adam tanpa kata. Satu perasaaan aneh timbul di sini. Di dalam hati yang dulunya luka. Apakah aku sudah...?
Ah!

0 ulasan: