BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 15 Januari 2011

bab 19-semalam dalam kenangan


Tiga hari berlalu...

         Paluan kompang kedengaran nyaring di luar rumahku. Itu menandakan pengantin lelaki sudah datang. Aku membetulkan sedikit anak tudung yang kupakai. Kata mama, hari ini aku adalah anak gadisnya yang paling cantik. Bagai puteri. Entah ya entah tidak aku sendiri kurang pasti. Maklum, inilah namanya raja sehari, kata jurusolekku.
Aku memandang diriku yang sudah siap disolek dan dihias. Aku mengenakan sepasang baju pengantin berwarna ungu muda, dihiasi manik-manik merah jambu. Gayanya sangat cantik. Ini bukan baju yang kutempah bersama ibu Ikhwan tapi baju ini adalah hasil ilham Adam. Banyak persiapan perkahwinan kami sudah berubah. Aku sendiri tidak menduga Adam sudah merancang segala-galanya. Pelaminan kami juga berubah. Temanya juga berubah. Kalau dulu aku impikan tema ala taman tapi kali ini Adam mahukan tema seribu satu malam. Tradisi perkahwinan bangsa arab zaman lama. Aku sendiri berminat dengan ideanya. Inilah satu kelainan. Mungkin juga Adam mahu membezakan perancangan perkahwinan yang terbatal dulu dengan caranya yang lebih berbeza, lebih memorable lagi, mungkin.
Pintu dikuak. Isyarat mama menyuruh aku keluar bilik menuju ke pelaminan. Disepanjang kumenuruni anak tangga, hatiku terus-terusan berdebar. Takut ada, gementar ada dan gembira juga ada. Dalam hatiku berbagai-bagai kata berlegar.
Bagaimanakah rupa Adam saat ini? Berapa ramaikah tetamu.
Ya Allah, pokoknya aku benar-benar resah dan gelisah.
Mama menggenggam erat tanganku seakan-akan memberiku kekuatan untuk melangkah. Suara pujian dan usikan saling bergema di sekelilingku.
Aku memberanikan diri duduk di atas pelaminan yang dihias indah. Pelamin yang ala-ala istana bangsa arab lama itu sangat cantik di mataku. Warnanya pula berpadanan dengan warna busana yang kupasang ke tubuhku.
Dengan kain rentang yang berkilau berwarna kelabu dan dipadankan lagi dengan warna merah jambu, aku terasa seperti dalam istana!
Aku memandang para tetamu dan sanak-saudara yang sudah ada di depanku. Lensa kamera tidak henti-henti berkedip, mengajakku untuk terus tersenyum.
Aku memandang Adam yang sudah menapak di hadapanku. Lama mataku terpaku.
Lama aku tergamam.
Lama juga aku terpukau.
Masya Allah..inikah Adamku?
Rasanya saat itu hanya Tuhan saja yang tahu. Betapa aku kagumnya pada suamiku itu. Bagaikan tidak percaya yang suamiku sesegak itu, setampan itu, segagah itu dan juga sesempurna begitu. Dengan pakaiannya seperti putera raja itu, aku hampir saja tertawan dengan sesungguhnya.
Benar!
Dia bagaikan putera raja yang selalu aku angankan! Wajahnya bersih, berseri dan benar-benar memukau. Aku bagaikan gila bayang jadinya! Tapi tidak mengapa, dia suamiku dan itu hakku!
Di dalam hati, aku tersenyum sendiri. Siapa yang tidak bahagia, siapa yang tidak bangga mempunyai suami sepertinya?
Adam sudah duduk di sebelahku. Satu pelamin denganku atas tujuan menyahut pelawaan abah untuk bergandingan denganku di pesta persandingan kami berdua.
Senyumannya...
Ya Tuhan.. bagaikan mahu gugur jantungku. Sungguh menawan. Saat itu aku hanya rasakan dunia milik kami berdua. Saling berbalas pandangan dan malu-malu!
Kami berdua seterusnya ditepung tawar dan ditaburi bunga rampai. Sesekali suara-suara sumbang mengusik menerjah masuk ke pendengaranku.
“ Isteri abang cantik sangatlah..” bisik Adam dekat di sisiku apabila kami berdua disuruh berdiri untuk pose gambar berdua yang lebih mesra dan lebih romantik lagi.
Aku tersipu dengan pujian itu. Lingkaran tangannya yang ada dipinggangku itu sangat mendebarkan hatiku. Harumannya menusuk jauh ke dalam hidungku.
Ah! Aku hampir saja gila dengan kehebatan suamiku ini!
Kami disuruh mendekati para tetamu yang ada di dalam ruangan itu untuk diziarahi. Saling berbalas salam. Dari bersalaman dengan umi, beralih kepada bapa Adam lalu kemudian, kakiku lama terpaku di hadapan ibu. Lebih tepat lagi ibu Ikhwan, bekas tunanganku.
Aku menahan gugup, gelisah dan juga rasa kurang selesa. Masih teragak-agak menghulur tangan kepada ibu kerana terasa hati dengan pandangan ibu yang sepertinya masih menyimpan harapan. Bukankah semuanya sudah berakhir? Kenapa mesti menaruh harapan lagi sedangkan semuanya sudah tahu harapan itu akan punah dan tidak kesampaian?
“ Tahniah Ain..” ucap ibu dengan senyuman yang entah ikhlas entah tidak. Tangan yang dihulurkannya kusambut dengan sopan. Aku hanya membalas kata-katanya dengan anggukan dan senyuman mesra.
“ Mohon maaf ibu kalau Ain ada salah.. doakan perjalanan hidup Ain bahagia..” pintaku mendatar kerana diselimuti rasa sayu kerana wajah ibu terlalu polos untuk dilukai.
Ibu meraih aku di dalam pelukannya. Esakan perlahan ibu kedengaran lagi. Aku dapat rasakan yang ibu masih mengharap padaku. Aku sendiri tidak tahu mengapa ibu sungguh-sungguh inginkan aku menjadi menantunya sedangkan aku dan ibu belum kenal dengan begitu lama.
Aku melepaskan pelukan ibu demi memberi ruang Adam pula bersalaman dengan ibu. Ibu kelihatannya masih berkira-kira mahu menyambut huluran tangan Adam. Tidak tahu mengapa sebabnya namun aku dapat rasakan saat ini, ibu mungkin saja terkilan kerana yang mendampingi aku itu bukan Ikhwan.
“ Apapun yang terjadi, tolong jaga Ain ibu ini Adam..” pesan ibu akhirnya dengan senyuman sendu. Selepas bersalaman dengan ibu, kami bersalaman dengan ayah. Ayah hanya tersenyum dan mengucapkan tahniah. Kemudian kamu kembali semula ke pelaminan setelah hampir keseluruhan tetamu dalam ruangan itu kami sapa.
Beberapa detik kemudian, ada lebih kurang 15 orang mewakili 1 rombongan membawa barang hantaran tiba di hadapanku. Kesemua baranganku itu disusun berdekatan dengan pelaminanku. Gubahannya benar-benar eksklusif dan menarik hati. Yang menghairankan aku, sepanjang persiapan persandingan kami, aku dan Adam langsung tidak menyentuh soal barang hantaran kerana sepatutnya barangan ini dihantar sewaktu pernikahan.
Aku memandang Adam di sebelahku tapi dia hanya mengangkat bahu dengan senyumannya.
Aku menjelingnya manja kerana ini merupakan kejutan bagiku. Sudahlah gubahannya cantik, barangan lagi berjenama! Mana aku makin tak sayang padanya? Bukan kerana aku seorang yang gila harta tapi kerana aku memang lebih senang dimanjai dengan barangan yang sebegitu rupa. Bayangkan saja, dua buah beg berjenama LV? Kasut berjenama Alfio Raldo di dalam bakul hantaran saja sudah tiga pasang, alat solek saja berjenama Maybeline, pakaian lagi, kain lagi... Jam tangan? Jangan kata! Cantik dan elegan!
Masya Allah! Bahagianya!
Aku mengisyaratkan ibu jari kanan kepadanya.
“ Pilihan abang memang ada kelaslah!” usikku dalam nada suara yang manja.
Sedang saat itu, mama menyuruh baranganku itu dibawa naik ke bilik kami, seperti juga kami kerana kata mama sudah cukup kami digandingkan di situ. Bergambar ramai sudah, pose berdua sudah dan demi itu mama menyuruh kami bergambar lagi di bilik yang sudah diupah mama diberi nafas baru. Kalau dulu gubahannya adalah atas kegemaran Ikhwan, kali ini ia lebih istimewa dari yang lalu. Lebih cantik di mataku kerana hatiku sudah ditawan oleh suamiku sendiri! Tidak keterlaluan kalau aku katakan kalau suamiku itu kacak dan menawan! Kalau bukan aku yang memujinya lagi, lalu siapa?
Yalah..aku benar-benar bangga memiliki suami sepertinya. Dia baik, dia penyayang, dia mampu menjaga hatiku, dia menghilangkan rasa sedihku, dia seorang yang bertanggungjawab, dia menawan, dia seorang yang taat pada ajaran agama dan aku yakin dia mampu membimbingku. Bukankah itu sudah sempurna? Lantas, apa lagi yang kuharapkan selain hidup bahagia dengannya dibawah redhaMU, Tuhan.l
Ya Allah.. aku bersyukur atas rahmat pemberian ini.
Terima kasih, Tuhan.

0 ulasan: