BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 15 Januari 2011

bab 21-semalam dalam kenangan


“ Yang..bangun..” suara Adam mengusik lenaku.
Aku masih enggan bergerak. Rasanya mataku ini sangat berat untuk dibuka. Benar-benar berat. Meski berkali-kali bahuku digoyang, aku masih menolak untuk bangun.
“Jangan kacaulah abang..” marahku dalam suara yang masih serak.
Adam menggeleng-geleng melihat isterinya yang masih bermalas-malasan bangun.
“ Yang..flight to Paris is today, okey..”
Aku menolak tangannya yang sudah melekat di bahuku. Masih menarik selimut yang diselak Adam sebagai isyarat menyuruh aku bangun.
“ Yang.. flight at ten, dear..” khabarnya lagi.
Aku membuka mata memandang tepat pada suamiku. Aku sudah pun mula menarik muka. Senyumannya bermain di bibir tapi sedikit pun tidak berubah rasa gembira padaku untuknya.
Then, what time is now?” soalku merajuk.
“ Pukul 9 pagi dear..”
Aku bingkas bangun.
What?? Its too late, now!” ucapku hampir saja terjerit lalu pantas saja turun dari katil dan bergegas menuju ke bilik air.
Adam yang melihat keadaan isterinya begitu hanya melepaskan ketawa.
“ Abang jangan gelaklah.. dah lewat ni!” marahku dari dalam bilik air. Di dalam bilik air lagi aku sudah mula membebel. Memarahi diri sendiri kerana terlewat bangun pagi. Kalau terlepas kapal terbang, bukankah itu merugikan?
Paris itu destinasi idamanku. Tambahan pulak tiket dan semua kos yang lain ditanggung oleh suamiku. Aku cuma tahu ikut saja, berbaloi! Rezeki mana boleh tolak.
“ Yang.. cepatlah sikit..” suara Adam kedengaran dari luar sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik air.
Aku merengus. Mana biasa mandi sekejap begini!
Aku mencapai tuala lalu segera berlalu. Aku berjalan dengan sembunyi-sembunyi dari disedari Adam yang sedang sibuk mengemas pakaian kami berhampiran sofa.
“ Gaya jalan macam ada pencuri..” perli Adam yang masih lagi sibuk mengemas.
Langkahku mati.
Alamak..
Aku mempercepatkan langkah mengambil baju dalam almari.
“ Abang.. mana baju kita yang biru semalam?” soalku dari celah almari apabila baju yang ingin kupakai itu tidak ada pada tempatnya.
“Yang mana?” soal Adam.
“Yang..” kata-kataku mati di situ bila Adam sudah menapak di belakangku.
Aku mengetap bibir bila renungan matanya saja nampak nakal di pandanganku.
“ Pandang apa?” soalku lagak orang bodoh.
Dia tersengih. Haruman itu yang memukaunya untuk mendekati isterinya.
“ Isteri abanglah..” bisiknya menghadirkan rasa seram padaku.
Dia mendekati aku.
Dekat dan lebih dekat lagi.
Deru hangat nafasnya terasa di pipi kananku.
Aku menggigit bibir.
We are running out of time..” peringat dengan suara yang agak tertahan. Debar dalam usah ditanya, kuat dan pantas. Macam enjin kuda Ferrari lagaknya.
That can be wait but not you..” bisiknya dan ciumannya singgah ke pipiku.
Aku senang diperlakukan begitu tapi kami sudah kesuntukan masa untuk pergi ke lapangan terbang.
Aku memukul dadanya bila tersedar akan hakikat itu.
Dia mengaduh sakit dalam nada manja.
“ Baju Ain manalah?” soalku geram kerana aku tahu Adam sebenarnya memang sengaja mengusik aku. Mungkin kerana dia tahu aku benar-benar berkeinginan untuk pergi ke Paris makanya dia lebih suka melengah-lengahkan keterujaanku yang ingin cepat sampai ke sana.
Dia mengangkat bahu.
Aku menggigit bibir menahan geram.
Don’t lie okey..” marahku pula.
Dia ketawa nakal.
“ Okey... okey.. atas katil..” beritahu Adam, mengalah akhirnya.
Aku mendengus geram dan menjelingnya.
“ Eh.. garangnya..” usiknya lagi.
“ Makin lama abang kacau, makin lamalah kita bersiap.. so please.. go.. Tunggu bawahlah..” bebelanku pun sudah bermula. Mulut pot pet pot pet tapi tanganku sibuk memakai baju, bersiap, bersolek dan bergegas mencapai tudung.
Aku berlalu menuju ke meja solek dan mempersiapkan diriku.
Aku menoleh di sisi saat Adam yang tiba-tiba sudah ada di sebelahku.
“ Apa?” soalku garang tapi bukan betul-betul.
Dia tersenyum nakal. Sekali lagi dia menghampiriku. Dengan selamba dia menghadiahkan ciuman kasihnya di leherku hingga berbekas.
Aku terjerit.
Biarlah adegan itu romantik sekalipun atau tidak aku benar-benar sudah lemas diusik begitu. Aku benar-benar mahu bersegera menuju ke Paris.
“ Abang.. pleaselah go..” rayuku lagi sambil menolaknya hingga ke muka pintu. Saat itulah dia melepaskan tawanya yang nakal sangat di pendengaranku.
Dia berdiri di muka pintu dengan sengihannya.
“ Boleh abang ambil beg kita?” soalnya manja-manja.
Aku mengetap gigi. Eish, geramnya.
I give you 5 seconds, lambat kita merajuk tak cakap sebulan!” ugutku.
Adam bergegas mengambil beg kami dan sempat dia mencubit pipiku.
“ Abang!” jeritku lagi tapi dia hanya berlalu dengan tawanya yang masih lagi bersisa.
Aku menggeleng-gelengkan kepala. Dengan senyuman aku menuju semula ke meja solek. Aku ternampak bekas merah di leherku. Aku tersenyum sendiri. Rasa malu pada diri sendiri ada jugak.
Itu hadiah Adam untuk hari ini. Hadiah love bite!
Hari seterusnya apa?
Aku ketawa sendiri.
“ Yang.. cepat!” jerit Adam dari halaman rumah mengejutkan aku dari terus berangan-angan.
I’m coming okey..” sahutku lantang jugak.
Aku bergegas mencapai beg tangan dan mematikan semua suis elektrik dalam bilik kami. Aku mempercepatkan langkah menuruni anak tangga dan bertembung dengan mama.
“ Tak sarapan dulu?” soal mama.
Aku menggeleng sambil mencapai tangan mama, bersalaman dan mencium pipinya manja.
“ Abah mana?” tanyaku.
Mama menuding jari menunjukkan abah yang sedang membaca surat khabar. Aku menghampiri abah dan menghulurkan tanganku untuk bersalaman.
“ Tak sarapan dulu?” soal abah sama dengan pertanyaan mama.
“ Dah lewatlah abah..” aduku susah hati.
Abah mengerutkan dahi.
Flight pukul 10 kan?” tanya abah inginkan kepastian.
Aku mengangguk.
Abah ketawa kecil. Aku naik hairan pula jadinya dengan tingkah abah itu.
“ Abah tahulah Ain suka sangat pergi Paris tu tapi inikan baru pukul 8.30..” khabar abah.
Aku terlopong jadinya. Aku memandang jam dinding di ruang rehat itu.
“ Tapikan abah tadikan Adam cakap..” jawabku teragak-agak lalu mati di situ kata-katku. Kemudian baru tersedar. Adam sekali lagi mempermainkanku!
Aku menghentakkan kaki. Abah dan mama berpadu tawa mentertawakanku.
Jaga awak Adam!
Aku pantas meluru ke muka pintu. Aku ternampak suamiku sedang sibuk memunggah beg-beg kami. Aku menghampirinya dan mencubit tangannya geram.
“ Aww.. kenapa ni?” soalnya sambil mengurut-ngurut tangannya yang jadi mangsa cubitanku. Aku tahu cubitanku itu sakit sebab berbekas merah.
“ Siapa suruh tipu kita?” marahku manja.
Dia melepaskan tawanya. Makin lama makin galak.
“ Adam!” marahku lagi.
Dia mematikan tawanya namun masih bersisa.
“ Sorrylah.. saja buat begitu supaya sayang bangun cepat..” terangnya bersahaja dalam nada mengusik.
Aku menjelingnya. Geram ada, lucu pun ada.
“ Padan muka! Adilkan..” perliku bila dia menyuakan tangannya yang berbekas merah dengan muka yang manja-manja itu.
“ Adil?”
Aku mengangguk.
“ Merah sayang dimana?” soalnya.
Aku terdiam. Muka terasa panas. Bibir kuketap kuat. Aku tahu Adam sengaja mengusik begitu.
“ Oh.. itu..” ucapnya dalam nada nakal lalu ketawa lagi.
“ Itu tandanya sayang.. tapi yang ini?” soalnya merajuk.
Aku ketawa manja.
“ Baguslah.. nakal sangat!” jawabku pantas berlalu meninggalkannya untuk masuk semula ke rumah untuk sarapan.
“ Sayang!!” panggil Adam sedikit kuat.
Tapi aku hanya berlalu dengan senyuman.

0 ulasan: