BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 15 Januari 2011

bab 23-semalam dalam kenangan


Paris!
Ya, sebuah kota cinta yang terkemuka. Aku sudah kini menapak di kota cinta ini. Tiada kata yang dapat aku gambarkan betapa aku gembira yang tidak terhingga. Lebih beberapa lama sudah aku menyimpan angan untuk menjejakkan kaki ke sini. Ini memang destinasi bulan maduku. Bagiku, kalau hanya untuk melancong semata-mata tidak memberi makna Paris itu sebuah kota cinta. Ia lebih nampak romantis dan harmonis jika bersama yang tersayang atau lebih tepat destinasi bulan madu, untuk berkasih sayang atau cuti-cuti cinta.
         “ Yang...”
         Aku menoleh Adam yang sedang memanggilku tapi aku kembali leka semula memandang menara Eiffel yang tersergam indah di hadapan apartment penginapan kami. Aku seolah-olah terlupa bahawa tidak hanya aku yang ada di di bilik itu.
         “ Yang.. pandang abanglah..” panggil Adam lagi seraya dia menarik daguku untuk memandangnya.
         Aku ketawa kecil.
         “ Ya abang.. sorry..” pintaku manja-manja.
Adam menarik muka, merajuk.
“ Sejak sampai, asyik tengok tower saja..”
Aku mencebik. Tak padan langsung dia buat muka merajuk.
“ Jangan tayang mukalah.. bukan comel pun..”
Adam mencubit pipiku sedikit kuat.
Aku merengus tapi Adam hanya ketawa. Nampak sangat dia berpuas hati dengan mengusik aku sebegitu.
“ Siapa yang merajuk ni?” bisiknya dekat di sisiku.
Aku mengetap bibir. Aku yakin sekarang Adam sedang cuba menggodaku. Dari renungan matanya yang agak nakal menusuk jauh ke dalam mataku. Dari setiap sentuhannya yang datang dari kedua belah tanganku, ke leher dan kemudian mati di pinggang. Senyumannya pula sengaja digaris nakal.
Aku menelan liur. Aku bukan bodoh untuk tidak mengerti makna pandangan itu.
Tapi, aku bersediakah?
Perlahan-lahan tangannya menggapai tudung yang kusarungkan ke kepala lalu dibukanya. Debar dalam hati mula terasa. Makin lama makin kuat. Seolah-olah setiap nadi ini memainkan getar yang terlalu sukar untukku katakan rasa yang sesungguhnya.
“ Boleh tak?” tanyanya manja.
Aku menggigit bibir.
“ Apa?” soalku buat-buat bodoh.
Dia berpeluk tubuh. Seakan-akan menanti aku membuat kesimpulan sendiri. Dari pandangannya saja aku sudah dapat membaca. Meskipun Adam cuba berlagak romantik tapi aku masih dapat rasa apa yang dia inginkan sebenarnya. Lagipula, kalau aku nafikan aku menanggung dosa. Tapi, kalau aku menyerah..
Aku menggigit bibir kuat.
Oh TUHAN, apapun yang terjadi biar sajalah terjadi.

0 ulasan: