BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 25 Januari 2011

bab 23- Vila Bahagia (ilham dari full house)

           Usai mandi, aku menuju ke ruang dapur. Ingin melihat makanan apa yang boleh aku masak untuk makan malam kami.
        Aku menepuk dahi perlahan. Ternyata aku terlupa. Satu makanan pun langsung tidak ada kami bekalkan dalam perjalanan kemari tadi.
        Macamana ni? Perut pula sudah mula berkeroncong. Kalau Iman turut nanti, pasti dia juga akan membebel.
        “ Tak ada makanan?”
Haruman itu aku kenal. Meskipun suaranya kedengaran perlahan, aku juga kenal akan nadanya. Lantaran itu aku menoleh padanya.
        Aku menggeleng.
        “ Kita makan warung depan?” cadang Iman yang sudah segak mandi.
        Aku sekadar mengangguk. Lagipun, aku ingin melihat suasana kampung malam-malam begini. Mesti berbeza dari bandar dan pasti lebih indah dari Vila Bahagia.

Sesampainya di warung yang lebih kurang jauhnya 3KM dari rumah, aku dan Iman mula memesan makanan. Walaupun cara masakannya berbeza dengan di bandar, tapi ia tetap membuka seleraku. Yang meresahkan aku, pandangan mata orang kampung yang semakin galak memandang aku dan Iman.
        Meja kami kemudiannya didatangi oleh penjaga warung.
        “ Orang baru?” soal mak cik itu pada kami.
        Kami berpandangan.
        “ Dari bandar..” jawab Iman ringkas bersama senyuman.
        Mak cik itu mengangguk-angguk.
        “ Patutlah tak pernah nampak..” sambungnya.
        Diam.
        “ Nak makan apa? Terharu juga mak cik ada anak bandar datang ke warung ni..” tanyanya mesra seraya menyelitkan kenyataan yang barangkali sindiran.
        “ Ermm.. kami nak makan masakan istimewa dari mak cik..” jawab Iman tanpa teragak-agak.
        Aku mengangguk-angguk.
        Mak cik itu mula berlalu tapi kemudian kembali lagi.
        “ Maaflah kalau mak cik ini menyibuk, anak berdua ni dah kahwin?”
        Aku tersentak. Soalan itu terlalu mengejutkan hati.
        “ Ya.. kami tinggal sementara di Darul Farah..” jawabku sopan.
        Iman tersengih tapi kubalas dengan jelingan.
        “ Baguslah.. Mak cik bukan apa, ini kampung nak... banyak orang sudah mula cerita pasal pasangan muda datang ke sana walaupun kamu berdua baru datang petang tadi...” lebar mak cik itu berkata.
        “ eh tapi.. anak ni anak Haji Maaruf ya?” tambahnya lagi inginkan kepastian.
        Aku mengangguk.
        “ Ini suami saya..” perkenalku kepada mak cik itu.
        Mak cik itu tersenyum.
        “ Pandai pilih..” usik mak cik itu.
        Aku sudah merona merah.
        “ Jodoh...” sampuk Iman nakal lalu tertawa.
        Aku mencubit lengannya.
        Mak cik itu memadu tawanya bersama Iman seolah-seolah sekongkol untuk mengenakanku.
        “ Ah.. lepas ini kita sambung sembang. Nanti masuk angin perut kamu berdua..” ujar mak cik itu lantas berlalu untuk menyediakan pesanan kami. Beberapa lama kemudian, dia kembali dan duduk semeja bersama kami.
        “ Seingat mak cik, Haji Maaruf ini pernah merancang nak jodohkan anak perempuannya..”
        Aku tersedak demi mendengar ayat yang terakhir itu. tangan Iman pantas menghulur air.
        Mak cik itu tersengih, selamba. Raut wajah Iman sudah berubah resah.
        “ Jodoh saya mak cik...” Iman berkata yakin.
        Mak cik itu mengangguk.
        “ Eh.. dengar-dengar nenek Huda kamu sakit?” soalnya.
        Aku terdiam.
        “ Kamu kenal dia?” soalnya lagi,semakin panas.
        Aku diam lagi.
        “ Itulah tujuan kami kemari, mak cik..” Iman menjawab bagi pihakku. Aku yang tadinya berselera untuk makan, terus segera hilang.
        “ Oh... dah tahu rumahnya?” soalnya lagi.
        Aku menggeleng dengan payah.
        “ Hujung simpang nun...” jawabnya.
        “ Rumah besar tu?” tanya Iman inginkan kesahihan.
        Mak cik itu mengangguk.
        “ Dah lebih 3 bulan... dengar cerita, dia terkena buatan orang..” sambung mak cik itu dalam suara perlahan. Mungkin dia takut didengar orang.
        Aku menelan liur. Serta-merta bulu romaku berdiri. Aku memandang Iman berharap dia akan memberikan aku sedikit ketenangan atau apa saja yang boleh membuat aku kembali seperti sediakala.
        Aku mencubit tangan Iman.
        “ Yang.. kita balik, please...” bisikku pada Iman, berharap. Aku sudah tidak betah lagi mendengar cerita mak cik warung yang semakin menyesakkan fikiranku ini.
        Iman mengangguk. Pasti isterinya tidak selesa dengan cerita mak cik yang kedengaran agak karut itu. Bukan dia tidak percaya pada istilah buatan orang tapi selagi dia belum melihat dengan mata kepalanya sendiri, dia tidak akan menerima kenyataan itu dengan terus.
        “ Banyak sudah tempat dia berubat.. tapi masih begitu juga...” sambungnya.
        Aku menggigit bibir. Seram sejuk rasanya tanganku. Aku mencapai tangan kanan Iman dan menggenggamnya erat.
        “ Please...” rayuku.
        Iman terkedu. Suara rayuan itu menyentuh hatinya. Pasti Humairaa benar-benar tidak mahu lagi mendengar cerita yang dicanang oleh mak cik itu.
        Aku segera bangkit dengan senyuman kelat.
        “ Eh.. dah habis?” tanya mak cik itu becok.
        “ Kenyang..” jawab Iman mesra.
        Iman meminta diri untuk pulang dan menarik tanganku menuju ke kereta.
        “ Nanti..” halang mak cik itu.
        Langkah kami mati.
        “ Dengar-dengar dia bela saka...”
        Aku terkaku. Hilang tumpuanku terus dari alam nyata. Aku merapatkan diri di sisi Iman.
        “ Nak cari waris, penurun...” sambungnya.
        Aku terdiam.
        “ Mak cik, saya nak kopi..” jerit pelanggan yang tiba-tiba mahukan tumpuan mak cik warung itu. mendengar panggilan itu, mak cik terus berlalu. Tidak lagi meneruskan gosipnya dan meninggalkan aku dan Iman terpacak di hadapan warung itu.
        Aku memandang Iman dengan keresahan.
        “ Macamana ni?” tanyaku mendatar. Rasa takut sudah mula menguasai diri.
        Iman tersenyum. Kali ini senyumannya nampak ikhlas dan memberiku ketenangan dan semangat baru. Iman banyak berubah tapi perubahannya mendatang. Lantaran itu aku selalu masih berhati-hati bila bersamanya meskipun separuh dari naluri wanitaku rela.
        “ Nak risau kenapa?” tanya perlahan.
        Aku mengetap bibir.
        “ Abangkan ada...” ucapnya tulus menerobos jauh ke dasar hatiku.
        Abang.. tidakkah indah frasa itu untuk kudengar?

0 ulasan: