BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

bab 33-semalam dalam kenangan


Aku memegang kepalaku yang masih lagi berdenyut-denyut. Aku terjaga kerana panahan matahari yang datang dari tingkap bilik tidur. Aku menarik tangan kananku yang sedari tadi berat untukku kuangkat. Aku menoleh insan yang terlena di sebelahku itu.
         Aku memandangnya sayu. Tersentuh hatiku dengan kasihnya padaku. Bilakah kita akan mengakhiri sengketa kita Adam?
         Adam kemudian tersedar.
         “ Yang... jangan tinggalkan abang..” luah Adam sambil menarik aku ke dalam pelukannya.
Tapi aku hanya terkaku. Tidak berniat mahu membalas pelukan. Bukan aku mahu memperpanjangkan sengketa tapi aku sudah penat memendam rasa sendiri.
         “ Abang sediakan breakfast and you lady, pergi mandi..” ucap Adam mesra tidak lagi  berbentuk arahan. Dia pergi meninggalkanku dengan kucupan hangat di pipi.
         Aku tersenyum sendiri setelah Adam berlalu. Aku memegang pipiku yang menjadi mangsa ciumannya. Aku memandang diriku di dalam cermin lalu kualih pandanganku ke perutku. Sudah lama keinginanku untuk mengetahui jantina anak yang aku kandung ini. Namun Adam hanya mahukan jantina anak kami diketahui sesudah aku melahirkan. Saat ini sudah aku rasakan yang perutku membesar walaupun baru usianya dua bulan. Kelihatannya macam sudah berusia empat bulan.
         Adam menyuakan susu segar kepadaku.
         Aku sudah membuat muka.
         You know i don’t like it..” ucapku sedikit angkuh.
         Adam memandangku. Dia menarik semula tangan yang menyua susu tadi.
Aku mengetap bibir. Tidak menyangka Adam tidak lagi memaksaku seperti selalu. Adam sudah kelihatan mahu berlalu membawa segelas susu itu. Menyesal ada juga kerana berbuat begitu.
“ Err,, abang..” panggilku teragak-agak.
Adam berpaling bersama senyuman.
I want..” rengekku manja sambil berdiri di belakangnya.
Adam membuat muka garang.
Aku tersengih. Aku tahu Adam tidak akan sampai hati membuat aku begitu. Dia kembali semula dan menyuakan gelas itu kepadaku. Aku menyambutnya dengan gembira dan menghabiskan susu itu.
Good mummy..” puji Adam sambil mencubit pipiku.
Aku mempamer muka rajuk.
“ Ah..sudah.. jangan buat muka..” tegur Adam bersahaja.
Aku sekadar menjelingnya.
“ Aik.. berani jeling abang nampak..”
Aku berpeluk tubuh.
Dia mendekatkan wajahnya dan aku berusaha menjauh. Semakin aku menapak ke belakang semakin Adam menghampiri. Dan aku terjerat. Antara dinding dan juga diri suamiku itu.
Aku mengetap bibir kuat.
Adam sudah menggaris senyuman nakal.
Aku menjerit manja bila Adam sudah menghadiahkan ciuman di pipiku.
“ Aish.. susahnya.. “ adunya pula.
Why?” tanyaku.
Dia ketawa kecil.
“ Nak peluk isteri pun dah ada space..” usiknya sambil mengusap perutku.
Aku menjengilkan mata lalu memukul dadanya.
Dia melepaskan tawa nakalnya. Dia menarik aku ke dalam pelukannya. Dalam sisa tawanya aku menganyam bahagia.
Aku harap, kali ini adalah permulaan kisah bahagiaku yang tidak akan ada lagi duka setelah ini.

0 ulasan: