BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Bab 4-Vila Bahagia (ilham dari Full house)

Iman sudah segak dengan kemeja dan kotnya pagi itu. Dia mengenakan kot berwarna biru gelap dan tali leher warna serona. Dia mempercepatkan langkah menuju ke dapur untuk bersarapan.
Hampa!
Tidak ada satu makanan pun terhidang di atas meja makan itu.
Benarkah Humairaa sudah pergi?
        “Humairaa!” panggilnya berkali-kali tapi tiada sahutan. Oleh kerana tidak berpuas hati, Iman mengambil keputusan naik ke atas menuju ke bilik yang didiami Humairaa. Diketuknya pintu bertalu-talu. Juga, tiada sahutan. Dia pantas menguak daun pintu.
Kemas! Bilik itu kelihatan kemas. Ternyata Humairaa mengotakan kata-katanya semalam. Dia benar-benar sudah pergi meninggalkan vila itu.
Apa yang akan dijawabnya kepada Puan Kamaliah nanti apabila dia pulang dari Singapura nanti? Baru pagi tadi mamanya berangkat, Humairaa sudah melangkah pergi? Terasa pemergian Humairaa menghadirkan perasaan kosong! Perasaannya seolah-olah telah kehilangan sesuatu.
Dia pantas menidakkan!
Telefon di tingkat bawah berdering. Ikhwan mempercepatkan langkahnya untuk menjawab panggilan itu.
        Hello…” suara Puan Kamaliah kedengaran dari corong telefon.
Iman meneguk liur.
        “Ya mama?” soalnya.
        “Apa khabar kamu semua?”
        “Baik-baik,ma. Bagaimana percutian tu?” soal Iman sekadar berbasa-basi.
        “Okey.. Humairaa mana?”soal Puan Kamaliah lagi. Soalan yang ditakutkan Iman sudah diajukan.
        “Hmm..Humairaa..” kata-katanya mati di situ.
        “Mama akan balik Sabtu ini.. Pastikan Humairaa ada ya..” pesan mama memutuskan bicara Iman. Panggilan terus berakhir meski Iman belum menjawab pertanyaan itu.
Iman meletakkan gagang telefon kasar.
Dia meraup wajahnya.
Dimana hendak cari Humairaa?
Sabtu ini pula mama balik. Hari ini sudah hari Khamis. Tinggal beberapa hari saja lagi.
        Humairaa! Kemana awak pergi ni?

0 ulasan: