BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Prolog-Vila Bahagia (ilham dari full house)

Baju yang berselerak di dalam bilik itu kukemas. Keadaan bilik yang seperti kapal pecah itu mesti aku segera kemaskan. Itu tugasan yang harus aku lakukan setiap hari. Semenjak menjadi isteri Iman, seluruh hidupku berubah. Meski hidup dalam suasana dingin, aku tetap bersyukur diberi kesempatan menuntut hakku yang telah lama diambil orang. Sekejap lagi aku harus menyediakan makan tengahari kerana Iman akan pulang ke rumah. Hidupku tidak ubah seperti pembantu rumah tangganya kerana itulah jalan yang kupilih setelah menerima lamaran untuk berkahwin dengannya. Itulah juga perjanjian yang sudah ditetapkannya kerana pernikahan ini adalah atas kepentingan masing-masing.
Aku harus menuntut kembali Vila Bahagia yang telah dijual kepadanya oleh sahabatku sendiri atas alasan mereka terpaksa membayar hutang di Bank akibat kalah dalam pelaburan.
Aku yang berada di luar negeri pada asalnya hanya ingin meminta pertolongan mereka sebenarnya untuk menjaga vilaku itu tapi alih-alih mereka menjualkannya pula. Kalau tidak kerana vila ini saja harta peninggalan arwah ayah, aku tidak akan datang menuntutnya. Meski harus memperhambakan diri untuk menuntutnya kembali, aku tidak peduli. Vila bahagia adalah lambang cinta ayah dan ibu. Kerana hal ini jugalah, aku terjerat dengan sebuah perkahwinan paksa!

0 ulasan: