BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 19 Januari 2011

Vila Bahagia-Sinopsis

Vila Bahagia (ilham dari Full House)
Kurunglah aku dalam bahagiamu, berapa lama pun kau mahu....



Ditinggalkan hidup sendiri setelah mengecapi kejayaan, Farah Humairaa hampir saja merasakan hidup ini tiada maknanya. Hati bertambah pedih bila pagar yang diharapkan, akhirnya memakan padi yang dituainya. Dimana jalan hidupnya bila Vila Bahagia, satu-satunya kenangan milik keluarganya sudah berpindah hak milik. Hingga sampai di satu saat, dia sempat hidup merempat dan hilang tempat berteduh. Akhirnya, demi kenangan yang membuatnya bahagia, dia terpaksa menjebak diri ke sebuah perkahwinan paksa. Hartanya yang hilang harus ditebus! Tiada niatnya untuk melukakan setulus wajah tua yang dipanggilnya mama. Lantaran dia dilamar Syed Iman Rizqi, lelaki yang terkadang menjadi pendamping, dia pasrah. Sekurang-kurangnya, masih wujud manusia yang mahu menjaganya. 

Dalam menyimpul harapan, dia nekad membuat perhitungan. Jika suami yang menikahinya sanggup merendahkan harga dirinya, kenapa dia harus mengalah lagi? Jika perkahwinan ini tidak membawa apa-apa makna, mengapa Iman sanggup meneruskan ikatan ini jika cinta di hati bukan miliknya? Sampai satu saat, Farah menyerah kalah.. Untuknya.. Iman memang tercipta, tapi adakah dia yang membawanya menuju ke gerbang bahagia?

0 ulasan: