BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 14 Februari 2011

Bab 29-Vila bahagia (ilham dari full house)

          “ Ingat tak tahu nak balik...” tegur seseorang di balik ruang tamu yang hanya disimbahi cahaya suram. Suara itu sudah tidak lagi memberi sebarang erti. Sebal rasanya hati dan sungguh, aku amat kecewa padanya. Aku menutup pintu dengan selamba. Sakit hati benar-benar terasa. Dan kali ini, aku tidak lagi mahu membuang airmata. Cukuplah hampir seharian tadi aku mencurahkannya.
        “ Dengar tak saya tengah bercakap ni?” suaranya mula kedengaran meninggi.
        Aku mengetap bibir dengan kuat. Menahan rasa marah yang telah dibangkitkan dengan herdikannya itu. namun aku masih enggan menjawab. Hanya pandangan mata saja kuajukan kepadanya. Wajahnya tegang namun itu sedikit pun tidak menggugat kemarahanku padanya. Aku nekad. Apapun yang ingin dia luahkan, aku tidak akan percaya walaupun dia harus mengambil jalan untuk berpisah, aku bersedia!
        Tanganku direntapnya.
Aku terpana.
Tidak sangka dia akan bertindak sejauh ini.
        “ Awak ni kenapa?” marahku sambil menarik tanganku yang di dalam genggamannya. Berombak-ombak dadaku menahan rasa marah dengan tindakannya yang makin mencambah rasa meluatku.
        “ Apa yang awak lihat tidak seperti yang awak fikirkan, Farah..” bicaranya perlahan.
        Aku berpeluk tubuh.
        “ Saya tak perlukan penjelasan..” jawabku angkuh tanpa memandangnya.
        Iman mengeluh.
        Aku memandangnya.
        “ Terlambat Iman. Luka sudah hati ini..”  lantas aku berlalu dari situ dengan berlari-lari anak menaiki anak tangga menuju ke bilikku.
Di situ, aku menghamburkan tangis lagi. Aku tahu dan sedar aku belum kuat untuk berdepan dengannya.
Gilakah aku?
Seingatku, aku tidak pernah rasa ingin memiliki dia terus tapi kenapa kali ini aku amat harapkan kehadirannya di setiap ruang sepiku?
Cintakah sudah aku padanya?
        Aku terdengar pintu bilikku dikuak. Aku dapat rasakan seseorang sedang duduk di hujung katilku meskipun aku tidak menoleh. Aku menahan esak tangis. Biarlah dia kata aku kalah dengan apa yang telah dia lakukan. Biarlah pada awal dia fikir aku gagah untuk lalui semuanya.
Tidakkah Iman pernah sedar aku sudah tidak punyai sesiapa lagi selain dia? Tapi, kenapa ini yang dia lakukan kepadaku?
        “ Kalau awak memilih untuk bersama dia, tinggalkan saya..” itu yang kuucap pada Iman tanpa memandangnya. Aku takut aku akan berubah hati.
        Iman tiba-tiba melutut di hadapanku. Tersentakku dengan kehadirannya yang tiba-tiba itu. Aku membuang pandangan saat anak mata kami bertemu. Jemarinya menyentuh wajahku. Mengesat bekas airmata yang jatuh.
        Aku mengigit bibir.
        Pandangan Iman mengharap belas tapi aku enggan mengulas sebarang kata.
        “ Saya dan Maya dah tak ada apa-apa lagi Farah.. dia hanya masa lalu..” ungkap Iman, mengisi suasana bisu.
        Aku tidak memberi sebarang reaksi. Beku sudah hati dan fikiranku untuk membuat sebarang keputusan.
        “ Dan apa yang awak saksikan tadi, itu adalah untuk kali terakhir saya berjumpa untuk dia tinggalkan saya, demi awak..” sambung dengan suara yang perlahan.
        Aku menolak tangannya yang ada di tanganku. Aku berdiri dari tempatku duduk itu dan ingin berlalu dari situ. Aku tidak tahu sama ada mahu percaya pada semua yang dikatakannya atau tidak. Aku benar-benar buntu. Apa yang dia lakukan tadi, amat melukai hatiku.
        “ Farah..” panggilnya perlahan.
        Langkahku mati tapi aku tidak berpaling.
        Pelukan Iman kejap di belakangku. Aku tersentak tapi tidak menolak.
        “ Jangan pergi.. I love you..” bisiknya di sisiku.
        Aku menelan liur. Tidak bergerak. Rasa seperti dalam mimpi dan ingin mati mendengar ucapannya itu. Iman cintakan aku? Perlukah aku percayainya sekarang? Bukankah ini yang aku nantikan agar perasaan yang aku rasakan saat ini berbalas? Tapi, adakah aku mencintainya? Yang aku yakin, aku Cuma ingin lebih lama bertahan di sisinya.
        Iman menapak di hadapanku.
        Aku menunduk saat terpandang bening matanya mengharapkan jawapan langsung dariku. Aku mengigit bibir.
        “ Saya tak tahu macamana nak berterus-terang Farah tapi kali ini saya rela. Saya sayang awak lebih dari saya benci awak.. kalau awak rasa meluat dengan sikap saya dulu, maafkan saya. Semuanya saya lakukan kerana saya tak mahu terseksa menahan rasa cinta ini. Semua yang saya lakukan kerana saya sayang awak, Farah..” lebar dia berkata di hadapanku.
        “ Walaupun dengan mengetepikan impian saya?” sinis aku menjawab.
        Dengan selamba dia mengangguk hingga membangkitkan rasa sebalku.
        Dia menarik tanganku dan menggengamnya erat.
        “ Sebab saya mampu beri awak segalanya..” bisiknya dekat di sisiku.
        Merona wajahku. Panas membahang rasanya di sapa rasa yang tidak mampuku perkatakan detik ini.
        “Ya.. memang awak mampu beri segalanya.. termasuk mengkhianati saya..” jawabku perlahan dengan suara mendatar.
        Iman terdiam. Wajahnya tergaris serius.
        “ Tak Farah..”
        Aku menggigit bibir.
        “ Jangan kusutkan lagi keadaan. Saya tak curang dengan awak..” tegas dia berkata kepadaku.
        Aku menelan liur.
        “ Farah.. please say something..” pintanya padaku.
        Aku enggan bergerak, memberi sebarang tindak balas. Aku tidak tahu mahu melakukan apa dan tidak tahu mahu memberikan jawapan apa. Aku sendiri tidak tahu bila Iman berperasaan sebegitu padaku kerana selama aku dekat padanya, aku tidak merasakan getaran cinta darinya. Apakah dia jauh lebih bijak untuk menyembunyikan rasanya atau aku yang tewas menutupi rasa?
        “ Saya tak tahu nak kata apa setelah apa yang terjadi, Iman. Tolonglah faham..” rayuku sayu.
        Iman menyentuh tanganku.
        Aku mengeluh. Tangan yang dalam genggamannya kutarik perlahan. Aku mengaju pandangan ke anak wajahnya. Serius tanpa senyuman.
        “ Iman.. terlalu cepat..” hanya itu yang mampu aku luahkan dan aku mengambil keputusan keluar dari situ tanpa menoleh. Aku takut mengatakan sesuatu yang tidak ingin aku katakan kerana hatiku masih belum terpujuk lagi. Hatiku masih dikuasai marah. Aku tidak mahu lantaran dikuasai perasaan inilah aku akan memperkatakan sesuatu yang akan tidak seharusnya aku luahkan. Aku takut nanti aku kesal. Biarlah detik ini Iman menganggap aku menolak cintanya. Biarlah saat ini Iman berfikir aku tidak mahu memaafkannya. Aku bukan mudah untuk diperdaya. Masakan yang berlaku di hadapanku itu, sebegini cepat aku memaafkannya?
        Tidak!
        Aku perempuan punya maruah dan harga diri. Apabila dia sendiri sanggup menghalau aku pulang, kenapa harus aku membiarkan saja dia menghina aku begitu?
        Iman.. aku hanya ingin mengerti maksudku.. aku tertekan dengan semuanya yang terjadi tapi aku enggan begini akhirnya. Namun aku tidak sanggup menceritakan semua yang kurasa kerana aku tidak bersedia untuk ditertawa.
        “ Sayang... awak sia-siakan airmata dengan tidak mempercayai kesungguhan saya..” perlahan dia menuturkannya.
        Aku memejam mata.
        Kalau itu kesimpulan yang Iman leraikan untuk menyatakan pendirianku, aku tidak peduli. Biarlah. Aku sendiri membekukan hati untuk menerima apapun jua penjelasan.
        “ Farah..” panggil Iman lagi.
        Aku berpaling. Sinar matanya penuh harapan meskipun riak itu tergaris kecewa.
        Ah!

0 ulasan: