BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 14 Februari 2011

Epilog- Vila Bahagia (ilham dari Full house)

           Tiga tahun kemudian....
        “ Ikmal, Ikram..” panggil mama risau. Aku yang mendengar suara itu mula berpaling mencari kelibat mama. Aku memandang kedua-dua anak kembarku yang tadinya berada di sebelahku dan kini, hilang!
        Kemana pulak perginya mereka?
        “ Abang.. adik..” panggilku.
Kami tadinya sedang memberi ikan-ikan yang kami pelihara di dalam kolam kecil di halaman vila.
Aku terasa ada tangan memeluk pinggangku dan itu membuatkan aku terjerit.          
Iman melepaskan tawa nakalnya.
“ Abang ni..” marahku sambil mencubit tangannya.
Dia menghadiahkan ciuman di pipiku.
“ Mana my boys?” soalku sambil tangan berusaha melepaskan pelukan Iman. Aku tidak senang dipeluknya kerana dia baru saja habis berjoging di pantai, halaman belakang vila. Aku tidak suka dipeluk bila keadaannya berpeluh.
“ Tu..” tunjuk Iman ke satu arah. Mataku tertumpu di situ. Rupanya mereka berdua sedang menikmati aiskrim bersama dengan neneknya. Mama suka sangat memanjakan anak-anakku itu. aku takut nanti mereka akan menjadi nakal pula. Namun, aku tidak bersedia memberi sebarang teguran lagi kerana sejauh ini mereka masih lagi mendengar kata dan masih menghormati neneknya mahupun kami berdua.
“ Anak-anak abang kiutkan?” soal Iman mengusik.
Aku memandang Iman.
“ Anak-anak kita..” tegurku sinis.
Iman tersengih.
Aku menjeling.
“ Tambah lagi, boleh?” bisik Iman nakal di sisiku.
Aku tersentak. Menahan liur. Aku terlihat anak matanya yang nakal dan bersinar harapan. Perlahan-lahan aku menapak ke belakang dan berlari meninggalkan Iman di situ. Dalam tawa aku berkata;
If you got me, then I’m yours tonight..”
Iman pantas mengejarku. Aku dan Iman saling berkejaran di halaman vila itu. Jeritanku tidak dihiraukannya malah lariannya semakin pantas. Hampir beberapa kali aku hampir-hampir tertangkap olehnya namun aku rasa, aku masih lagi pantas dalam larianku.
“ Humairaa.. Iman, orang dengarlah..” tegur mama sedikit nyaring. Mungkin gurauan kami yang dimaksudkan mama. Mendengar teguran mama itu, aku terus menghentikan larian. Dengan nafas yang tercungap-cungap, aku menahan rasa keletihan.
Iman pantas menarik aku ke dalam pelukannya. Aku terjerit kerana terkejut dengan tindakan selambanya.
“ Tak acilah.. “ marahku manja sambil menolak-nolak tangannya. Iman hanya ketawa. Makin lama aku berhenti meronta dan membiarkan diriku hanyut dalam pelukannya.
Aku memandang tepat ke wajah yang berjaya mencuri hatiku.
As you wish..” ungkapku beremosi dan satu ciuman kasihku singgah di pipinya.
Iman tersengih nakal.
“ Yahooooo....” Iman menjerit kuat.
Aku memukul lengannya.
“ Malam ini my boys tidur kat nenek merekalah ni, ya?” usik Iman padaku sambil mencubit kuat pipiku.
Aku mengangguk, membalas usikannya.
Detik itu aku menitip doa agar kebahagiaan ini akan selalu ada. Aku percaya, vila ini tempatku meniti bahagia. Bersama Iman, aku rela dikurung dalam hidupnya berapa lama pun dia inginkan.


Sekian..

7 ulasan:

nursya berkata...

akhirnyer....
sempoi...
sweet jer...

si_Akak_kpop berkata...

bes...
-bru jumpe penulisan awak bila baca kat p2u-

Hani Zaidah berkata...

Hai~ terima kasih.. Enjoy reading yaa dblog hani ;))

Unknown berkata...

best sgt...

IVORYGINGER berkata...

sory for a long time read ur blog. now only i make a comment. ;D
Anyway ur story quiet cool. So, keep up writing. ;D

Tanpa Nama berkata...

jln cerita ok tapi macam ada yang kurang......tiba 2 jerrr da bape tahun kemudian????

Tanpa Nama berkata...

Jalan cerita dah ok tapi macam ade yang xkena.....tiba2 dah berapa tahun kemudian???????