BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 28 Mac 2011

Bab 23-selendang biru

Aku tersedar setelah terdengar beberapa kali nada irama bermain agak nyaring dipendengaranku. Aku mencuba untuk membuka mata. Aku mencuba mencapai sesuatu yang ada di sisiku.
“Tuanku sudah bangkit?”
Mendengar pertanyaan yang luar biasa itu, aku bingkas terbangun dari tempat pembaringan.
Terkejutnya aku bukan kepalang! Aku bukan berada di zamanku. Aku bukan berada di bilikku, aku bukan berada di duniaku. Aku meneliti pakaianku, sekitarku dan juga insan-insan yang berdiri di sekelilingku.
Pakaian zaman istana melayu yang lama!
Aku menelan liur.
Bagaimana boleh aku berada di sini?
“ Kenapa saya ada di sini?” soalku bagai orang bodoh.
Kesemua mereka tercengang melihatku dan saling berpandangan. Mereka seolah-olah kehairan dengan pertanyaanku itu.
“Ampunkan patik, tuanku. Makna apakah bicara tuan itu?” tanya salah seorang daripada mereka yang berpakaian serba-serbi seperti pendekar.
Aku mengetap bibir.
“ Siapakah kamu?” balasku.
Pemuda itu tersenyum.
“ Lupakah tuanku kepada patik?”
Aku sekadar mengangguk.
Ah. Lantaklah! Aku tidak mahu terus berteka-teki begini.
“ Mungkin inilah disebabkan tuanku terjatuh dari kereta perarakan semalam..”
Hah? Terjatuh dari kereta perarakan?
Ya Allah.. kenapa ni?
Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Bagaimana caranya aku berbicara dengan mereka yang rata-ratanya mereka menggunakan bahasa Melayu istana? Seingatku, semasa sekolah subjek inilah yang aku paling malas untuk menumpukan perhatian.
Aku bangun dari tempatku berbaring dan duduk di birai katil sambil memandang kedua orang gadis yang mungkin inangku. Macam kisah dalam tv lagaknya.
“ Ceritakan kepada beta, apakah yang berlaku semalam?” soalku seolah-olah aku adalah puteri yang mereka sanjung-sanjung. Tujuanku hanyalah ingin tahu mengapakah aku berada di sini?
Di bahuku masih tersangkut selendang biru. Selendang yang aku perolehi dari rumah tua itu.
“ Pada malam ini, genaplah satu purnama tempoh yang tuanku minta..”
Aku termangu.
“ Apa yang telah beta janjikan?” tanyaku dengan keliru.
Pemuda yang tadinya bersuara di awal kusedar menjawab.
“ Perkahwinan..”
Aku tersentak.
“ Dengan siapa?”
Mereka semua diam dan menunduk. Aku menjadi kurang senang dengan reaksi itu.
Pintu tempat yang seperti bilikku itu dikuak perlahan.
“ Dengan beta, tuan puteri akan menikah!” seseorang yang tiba-tiba menerpa masuk dan berkata dengan angkuh kepadaku. Hampir terjatuhku melihat gerangan yang bersuara di hadapanku itu.
Effendy?
Mengapa wajahnya seiras Effendy?
“ Siapakah kamu?” tanyaku dengan suara yang keras.
Kesemua yang ada di dalam ruanganku menunduk seakan-akan hormat pada tetamu yang tiba-tiba datang tanpa undangan itu.
“ Puteri manusia pilihanku, jangan kamu lupa. Kamu bukan berada di duniamu lagi kerana kamu sudah berada dalam duniaku..”
Aku menelan liur. Apakah maksudnya?
“ Kamu semua, keluar! Tinggalkan beta dengan dia..” arahnya yang mengaku dirinya raja pada  kerajaan itu. Tergesa-gesa mereka demi mendengar arahan itu kecuali seorang dari mereka yang nampaknya sedang kebingungan. Tiba-tiba saja ‘raja’ yang ada di hadapanku itu perasan akan kehadirannya dan pantas saja dia meniupkan sesuatu.
Aku memejam mata.
Insan yang tertinggal itu tiba-tiba saja kepalanya pecah dan bercerai anggotanya yang lain. Banyak berlumuran darah mengalir seperti air.
Aku menelan liur. Meremang bulu romaku menyaksikan kejadian hitam di depan mataku itu. Lelaki yang mengaku raja itu ketawa. Ketawa angkuh yang menakutkanku.
Dia mendekatiku dan berjalan perlahan mengelilingiku. Berdebar jantungku kerana takut dengan caranya memandangku.
Tajam dan mengerikan.
“ Tidakkah kamu hairan mengapa wajahku mirip dengan kekasihmu?”
Aku tersentak dengan pertanyaan itu.
Ya.. aku akui. Wajahnya mirip bekas kekasihku. Tapi yang aku tahu, bekas kekasihku tidak sekejam dia.
“ Mengapa kamu kebingungan?”
Aku masih tidak menjawab.
“ Jiwa kamu kosong dan penuh dengan kesedihan. Oleh itu, aku mahu mengisi kekosongan jiwamu itu..”
Aku terkebil-kebil mendengar kata-katanya itu. Fikiranku bercelaru dan kosong. Di satu sudut di hatiku aku mendengar seolah-olah jiwaku diseru-seru untuk kembali pulang semula ke duniaku.
“ Aku tahu ada yang menyerumu puteri manusia pilihanku.. Sebentar lagi kau akan menjadi milikku dan sekali saja darahmu terhiris sebagai tanda pernikahan kita, kau tidak lagi bernyawa di dalam dunia manusia..” kata-katanya diakhiri dengan tawa. Seketika kemudian dia hilang dari pandangan mataku tanpa sebarang peninggalan.
Ada airmata bermain di pinggir bibir mataku. Rakyatnya yang tadi hilang muncul semula di depan mataku bersama  baju perasmian aku bakal menjadi milik kekejaman raja gila yang baru aku temui itu.
Ah..
Aku hanya mampu menangis!

0 ulasan: