BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 29 Mac 2011

Bab 29-selendang biru


“ Ilah! Cepatlah..” laung ummi dari bawah. Aku semakin mempercepatkan perbuatan. Aku terlewat bersiap gara-gara tertidur dari petang tadi hinggalah ke malam. Aku mengata diriku sendiri kerana lupa pada perancangan kami pada malam ini. Mataku segera melilau mencari baju yang ummi maksudkan.
Aik?
Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
Mana ummi simpan?
Aku semakin bertambah kusut. Sudahlah aku lama bersiap, tambahan lagi baju ummi itu tidak aku temui.
Pintuku dikuak. Terjengul wajah ummi dan dia melenggang menghampiriku.
“ Lamanya..” tegur ummi seraya menepuk lenganku. Di sebelahnya ada berdiri seseorang yang lengkap dengan peralatan soleknya.
Sorry ummi, Ilah tertidur..” balasku memohon belas ummi untuk tidak dimarahi dan diberi ceramah percuma.
Ummi menggeleng-geleng melihat telatah anak gadisnya yang semakin hari semakin menampakkan kemanjaannya. Ummi menyuruh penyoleknya datang menghampiriku. Aku diarahkan duduk di meja solekku untuk disolek. Ummi meletakkan baju yang dimaksudkannya di atas katilku.
“ Ummi!” panggilku.
“Apa?”
Itu baju seperti orang hendak nikah!
“ Kenapa baju macam orang nak nikah ni?” soalku kurang senang meskipun muka sudah mula disolek. Susah benar hatiku dengan sengihan ummi dan Kakak Jazilah yang tiba-tiba menapak masuk ke dalam bilikku.
Dia menghampiriku dan membawa bersama sekeping kertas. Kak Jazilah menghulurkannya kepadaku bersama senyuman yang sukar dimengertikan. Tanpa banyak bicara, aku menyambutnya.
“ Borang nikah?” ucapku agak terkejut. Hampir terlepas saja pen yang ada di dalam tanganku.
Ummi dan Kak Jazilah serentak mengangguk.
Aku menelan liur.
“ Kenapa tiba-tiba ummi?” soalku hampir saja hendak menangis. Bagaimana mungkin aku mahu menerima majlis pernikahan dalam masa sesingkat ini.
Aku tidak bersedia mental dan fizikal!
“ Tak nak ambil tahu siapa bakal suami Ilah?” soal Kak Jazilah, isteri abang Izwan yang juga kakak iparku itu. Dia kini sedang berbadan dua. Airmataku yang hampir jatuh itu segera disapunya.
Aku memandang ummi yang berseri dengan senyuman. Aku benar-benar tidak menyangka rupanya majlis malam ini adalah majlis penikahanku. Patutlah ada keluarga yang terdekat datang ke rumahku.
“ Syahazri..” bisik ummi lagi.
Aku menggigit bibir dan mengesat airmata yang jatuh. Aku mencuba untuk bertenang mendengar berita itu. Antara mahu dan tidak, antara malu-malu dan cuba membetulkan keadaan dan tanggapan ummi dengan penerimaanku terhadap perkhabaranku itu. Dalam keadaanku yang tidak menentu itu, aku masih jua disolek.
“ Ilah ada letakkan syaratlah ummi..” ungkapku perlahan.
Ummi tidak menyahut, menantikan aku meneruskan kata.
“Apa dia?” tanya Kak Jazilah pulak.
“ Sebelum dia melafazkan akad, Ilah nak dia baca surah Ar-Rahman di depan semua, secara hafalan…”
“ Kalau tak?” soal ummi.
Aku mengisyaratkan ibu jari kananku ke bawah.
“ Reject!” jawabku selamba seraya tertawa kecil.
Ummi sudah menarik muka. Tidak menyukai dengan caraku itu.
“ Tak kira apapun, tolong sain borang ini ya..”

0 ulasan: