BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 29 Mac 2011

Bab 30-selendang biru


Hati dipagut rasa sayu dan syahdu. Alunan suara mu’alim di hadapanku itu menyentuh ke dasar hatiku yang paling dalam. Suaranya nyata mengasyikkan dan merdu. Bacaan surah Ar-Rahman secara hafalan itu dibacanya dengan tenang di hadapan abah. Aku yang tidak jauh dari kelompok wali yang akan mewalikan pernikahanku itu hanya mampu terdiam. Aku hanya mampu mendengar suara pujian tetamu undangan abah dan ummi disekelilingku. Banyak yang mengagumi bacaan bakal suamiku itu.
Pandangan abah jatuh kepadaku setelah bacaan habis. Dalam rasa malu, aku hanya mengangguk kepada abah sebagai tanda aku setuju untuk dinikahkan.
Syahazri sempat mengerlingku dan dalam pandangannya dia sempat mengenyitkan matanya. Pemuda yang bakal menjadi pemimpin keluargaku itu kelihatan segak dengan baju melayu bewarna putih.
Aku tersipuu dengan tingkahnya yang bersahaja itu. Aku melarikan mata memandang Izzah yang duduk disebelahku.
Khutbah dibacakan dengan tenang dan aku mendengar dengan tekun. Hampir 15 minit, khutbah dibaca dan tiba saat lafaz akad diucap.
Aku menelan liur. Menanti saat-saat diijabkabul.
“ Saya terima nikahnya Siti Noor Khalilah Binti Haji Abdullah dengan mas kahwinnya $300 tunai..”
Lafaz itu menzahirkan aku menjadi isteri Syahazri, dunia akhirat. Airmataku sempat menitis kerana setelah ini tanggungjawab isteri tergalas dibahuku dan tidak lagi pada abah dan ummiku.
Aku memandang Syahazri yang tersenyum mesra di hadapanku setelah menerima ucapan tahniah dari kaum keluarga. Pandangan kami sempat bertaut dan panahan itu menyingkap rahsia yang aku sendiri tidak berani menafsirkannya.
Ummi mengajak aku duduk di atas kerusi yang berukir kemas. Kata ummi, untuk upacara pembatalan air sembahyang dan penyarungan cincin. Tanpa membantah aku mengikut langkah ummi. Punggungku labuhkan dan aku masih merasa segan kerana menjadi tumpuan ahli keluarga yang lain.
Syahazri menapak di hadapanku. Harumannya menerjah, menusuk kalbu. Cincin di dalam dulang dicapainya dan disarungkan ke jari manisku. Kucupannya hangat, singgah di dahiku.
Lama.
Bergetar jauh di lubuk hati. Dan aku hanya mampu memejam mata, menyelami kasih yang disapanya kepadaku. Beralih dari dahi, ke pipi kanan dan kiri lalu dia sempat berbisik.
“ I love you, isteriku…”

0 ulasan: