BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 31 Mac 2011

Bab 4- Perwiraku

Bab 4
“ Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”

        Aku menguap yang entah untuk ke berapa kalinya. Bukannya berlaku tidak sopan tapi terus-terang saja aku katakan, taklimat ini benar-benar membosankan!  Dari ucapan tahniah hinggalah ke masalah peraturan dan disiplin semuanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Mana masalah hostel dan banyak lagi!
Aku mempamer wajah bosan. Sesekali aku menoleh pada teman yang lainnya. Insan di sebelahku tersenyum. Aku membalas.
“ Dapat apa?” soalnya berbisik.
Kalaulah didapati kami bercakap-cakap sewaktu taklimat, aku yakin kami berdua akan didenda dan beri hukuman.
“ Pegawai..” balasku sopan. Nanti dikatakan bangga diri pulak. Aku bukan suka meninggi diri.
Perasanlah aku!
“ Oh.. saya biasa-biasa saja..” balasnya.
Suara deheman kedengaran tidak jauh dariku. Maklumlah, aku duduk di bahagian hujung, berhampiran dengan pintu keluar. Aku senang duduk di sini, senang kalau nak balik dan keluar dari dewan ini.
Aku menoleh si gerangan yang bersuara kerana hatiku digaru rasa ingin tahu.
Aku tersentak.
Edry?
Dia meletakkan jari telunjuk kanan ke bibirnya. Sebagai isyarat tidak boleh bersuara sewaktu taklimat disampaikan.
Aku menjeling.
Sibuk!
Aku kembali semula memandang hadapan pentas. Kononnya khusyuk mendengar.
“ Tahniah..” bisiknya di sebelahku.
Aku terkejut kecil dengan kehadirannya di sebelahku yang tiba-tiba saja. Aku tidak menjawab dan tidak jua menoleh. Nanti percuma saja aku didenda.
Taklimat sudah habis dan ketua pelatih utama pula bangkit untuk keluar dari dewan. Sempat dia melintas di hadapanku dan…
“ Bakal pegawai 188.. Saya jatuhkan hukuman kepada awak kerana tidak mendengar taklimat dengan tekun!” tegas dia bersuara di hadapanku.
Aku bingkas berdiri, kerana terkejut dengan hukuman yang diberi.
“ dan juga kamu, Inspektor Edry!”
Aku menelan liur.
Edry tidak bersuara.
“ Berlari di trek selama 20 minit dan sila beredar!”
Aku terdiam dan memandang Edry tanpa suara. Rekrut wanita yang lainnya keluar tanpa memandang, muka mereka takur diberi hukuman seperti aku dan pegawai lelaki itu kerana didapati bersuara.
Kini tinggal aku dan Edry.
“ Semua ini, awak punya pasal lah!” marahku seraya berlari-lari anak menuju ke trek.
Aku memulakan larian, melaksanakan hukuman di hari pertama latihan yang sepatutnya belum lagi bermula. Semua yang lain sibuk mengemas barang di asrama dan aku pula sedang berlari di bawah terik matahari!
Larianku disaingi lelaki itu.
“ Awak dah sarapan?”
Aku tidak menjawab. Kalau menjawab, aku akan cepat letih jadinya. Hanya memandangnya sekilas dan aku mempercepatkan larian. Dia juga begitu. Melajukan lagi lariannya.
“ Janganlah begini. Nanti saya diberi hukuman lagi!” marahku kerana geram dengan tingkahnya yang selalu membuat aku kurang senang.
“ Aleeya Hanim!”
Aku melambatkan larian dan melihat ke arah suara yang memanggilku dari pintu pagar trek.
“ Hukuman ditambah, 10 minit!”
Aku rasa ingin tumbuk muka Edry saja saat ini. Gara-gara dia aku semakin ditambah hukuman pula. Lantaran geram membara di hati, aku melajukan larian lagi tanpa memandangnya.
Nafasku tercungap-cungap. Rasa tidak tertahan lagi meneruskan larian. Edry pula sudah lebih 10 minit yang lalu menamatkan larian. Aku rasa ingin mengalah saja dari terus meneruskan larian itu. Namun, hanya kerana lagi tinggal 5 minit saja, makanya aku memujuk semangat untuk meneruskan larian.
Wisel kedengaran ditiup kemudian. Aku yakin itu tandanya hukumanku tamat. Aku mematikan larian dengan nafas yang tidak teratur. Letih sangat dan aku terus saja merebahkan diri di atas padang yang terik itu.
“ 5 minit rehat dan kembali ke asrama. Kemas barang kamu!” arah pegawai wanita yang memerhati aku itu. Aku tidak menyahut lagi kerana letih yang teramat sangat. Badanku basah dengan peluh yang banyak.
Aku memejam mata. Cuba membetulkan nafas. Tidak lama kemudian aku perasan ada seseorang yang berbaring jua di sebelahku.
Mataku pantas terbuka dan cepatku bangun.
Edry!
“ Merenglah awak ni!” marahku.
Dia hanya selamba berbaring sambil memejam mata. Tangannya sengaja menggenggam tangan kananku dengan erat. Aku berusaha menarik tanganku itu.
“ Saya tak mahu didenda lagilah..” rayuku sambil menarik tangan yang masih dalam genggamannya itu.
Dia tersengih nakal dan beralih duduk di sebelahku.
Geramnya!
Dia mendekatkan wajahnya ke wajahku. Aku bertindak menjauh darinya kerana kurang senang dengan tingkah itu. Di dalam dada ini, hatiku semakin kuat degupannya. Lagipun, aku tidak suka didekati sewaktu masih berpeluh dan juga tidak mahu mendekati orang yang berpeluh!
Panas terik mentari membahang, panas hati dan juga mukaku yang semakin galak direnungnya.
“ Kenapa muka dah merah?”
Aku mengigit bibir tanpa suara mendengar pertanyaan bodoh yang berbaur usikan nakal itu.

3 ulasan:

Hafia Hana berkata...

hehehehe
nakalnyer dia

keSENGALan teserlah.. berkata...

hahah.
nakal eh abg polis ni.
next2

Hani Zaidah berkata...

hehehe. Thanks guys...