BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 31 Mac 2011

Bab 6-perwiraku

Bab 6
“ Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”

Selesai saja mandi dan berpakaian, aku terus duduk di atas katilku. Aku mengerling teman sebilikku yang belum aku kenali lagi.
“ Nama awak siapa?”
Dia berpaling dengan keseriusan sebelum mengubahnya menjadi senyuman.
“ E’ish Ma’ana..”
Wah.. nama macam orang arab.
Aku mengangguk-angguk.
“ Baca apa tu?” soalku ingin tahu sambil tanganku sibuk mengeringkan rambutku yang basah dengan tuala kecil.
“ Ni baca peraturan asrama. Kalau tak patuh, hukuman lah jawabnya..” selamba dia menjawab walau aku tahu dia tidak bermaksud untuk menyindirku.
Dia menyerahkan kertas yang ada lebih kurang 5 muka surat itu dan aku menyambutnya dengan senyuman teragak-agak.
Akulah manusia yang paling tidak suka membaca!

PERATURAN ASRAMA POLIS WANITA
1. Tidak dibenarkan membawa barang-barang tegahan seperti telefon bimbit, kamera, perakam video, mp3, alat solek dan majalah.
2. dikehendaki berada di bilik jam 10 malam.
3. bilik hendaklah sentiasa bersih. Katil kemas dan tidak ada sebarang sampah walaupun kecil.
4. Pakaian Uniform mestilah tergantung di dalam almari.

Belum pun habis membaca peraturan yang kelima, aku sudah mula menguap. Bosan betul dengan peraturan ini kerana sememangnya aku sudah lali dengannya. Bukannya apa, sebelum ini juga aku sudah pernah menetap di sekolah berasrama penuh.
E’ish terkebil-kebil memandangku.
Aku cepat-cepat menutup mulut dan tersengih kemudian.
Dia tergeleng-geleng.
Aku tertawa kecil.
“ Eh hanim, pegawai yang sama didenda dengan awak tu.. awak kenal?” soalnya tiba-tiba.
Aku mencebik. Tidak sangka sekali pertanyaan mengenai Edry itu ditanya kepadaku.
“ Tak.. Cuma, ada cerita sebelum ini..” balasku bersahaja.
Mukanya  bercahaya.
“ Pasal apa?” tanyanya dengan teruja.
Aku membetulkan duduk dan memfokuskan pandangan kepadanya.
“ Ceritanya macam ni. Sebelum ini, saya ada datang untuk interview. Bila saya dapat tahu saya berjaya, saya happy sangat..”
“ Yang jerit yahoo tu?” potong E’ish.
Aku terdiam.
“ A’aah..” jawabku dalam sengihan. Tak sangka pula jeritanku itu didengari orang lain.
Malunya..
“ Lepas tu, apa jadi?”
“ Saya bergegas balik dan tiba-tiba saja saya terlanggar dia..” jawabku seolah-olah mengadu. Itulah mulanya pertemuan aku dan Edry yang akhirnya membawa perhubungan yang aku sendiri tidak tahu.
“ Hm.. patutlah macam rapat..”
Aku mengerutkan dahi.
“ Rapat?” tanyaku inginkan kepastian.
Dia mengangguk-angguk.
“ Menyampah adalah..”
E’ish ketawa mendengar jawapanku yang bersahaja itu.
“ Mula-mula macam tu lah..” perlinya.
Aku mengigit bibir.
“ Hmm.. awak dah ada boyfriend eh? Berkata macam orang ada pengalaman..”
Dia ketawa kecil.
“ Dah jadi tunangan orang pun..” dengan bahagia dia mengkhabarkannya kepadaku.
        “ Nama dia siapa ya?” soalnya, kembali semula ke topik utama.
        Aku mengeluh.
        “ Inspektor Edry Dzulkheiree..”
Dia bagai terkejut mendengar nama itu. Lantaran rasa ingin tahu mengapa responnya begitu, aku mengisyaratkan persoalan mengapa.
“ Habislah awak kali ini..” berbunga-bunga bahasa dia berkata.
“ Kenapa?” desakku ingin tahu.
“ He would be a member yang akan jadi trainer sepanjang 6 bulan ini..”
Hah?

0 ulasan: