BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 31 Mac 2011

Bab 7-perwiraku

Bab 7
“ Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”

        15 minit lagi, semua penghuni asrama disuruh beredar ke surau polis. Katanya, malam ini diadakan bacaan Yassin, tahlil dan do’a selamat sempena kemasukan rekrut-rekrut baru. Sembahyang fardhu Maghrib akan diadakan serentak berjemaah.
Aku mengambil tempat duduk khas bagi yang tidak boleh turut berjema’ah.
Azan berkumandang. Suara mu’azin itu kedengaran merdu dan syahdu. Aku memberanikan diri menjengulkan kepala melihat gerangan mu’azin di saf hadapan itu.
Tersentuh hatiku melihat pelaung azan itu. Sempat juga aku menggaris senyuman. Tak sangka pula dia seorang yang alim dan berbakat dalam suara begitu.
E’ish dari dalam barisan sembahyang, dia sempat menolehku di belakang. Dia mengisyaratkan ibu jari kanannya kepadaku.
Aku mengangguk tanda setuju dengan kenyataannya. Usai azan dilaungkan, diganti dengan iqamat oleh salah seorang jemaah yang lain.
Aku di belakang hanya diam. Bersamaku hanya ada dua orang yang lain. Semuanya hanya memandangku tanpa suara. Cuma menggaris senyuman. Rupanya, Cuma aku yang menjadi bakal pegawai kerna itu pun kerana aku tercuri dengar mereka memperkatakanku termasuk tentang aku diberi hukuman tadi.
“ Allahu Akbar..” suara imam mula kedengaran.
Surah al-Fatihah mula dibaca. Sayu dan syahdu. Hatiku terusik. Kali pertama saja mendengar, aku sudah dapat mengagak itu pasti suara Edry. Aku juga dapat tahu dia bekas pelajar sekolah keagaamaan berasrama penuh kerana membaca profil ringkas di dalam buku taklimat yang diberikan kepadaku sebelum ini. Itupun atas paksaan E’ish untuk aku ambil tahu hal mengenainya.
“ Assalammualaikum warahmatullah..” salam diucap setelah beberapa rakaat sempurna ditunaikan. Bacaan diteruskan dengan wirid dan doa lepas sembahyang. Kemudian semua jemaah diarahkan duduk membuat bulatan untuk majlis bacaan yassin dan tahlil.
Aku sempat mencuri pandang kepada pemuda itu dan nyatanya, dia membalas pandangan jua. Wajahnya tulus dan bersih. Sempat dia membalas dengan senyuman yang menzahirkan rasa sejuk pada hatiku. Bukan seperti sebelum ini, hanya merasa meluat dan menyampah.
Mungkinkah kerana sekeping hati ini tersentuh dengan kewibaannya menjadi imam di hadapan semua?
Setelah menghabiskan bacaan, kami dijemput semua untuk menikmati makan malam yang telah disediakan. Aku mendapati E’ish kerana aku memang sudah terbiasa dengannya sejak pagi tadi. Sudah pandai melawak dengan dia! Boleh mesra pula aku dengan dia walaupun dalam tempoh yang singkat.
        E’ish menghulur piring.
        “ Thank you..” ucapku padanya.
        Dia membalas dengan senyuman.
        “ Betul awak tak nak makan semeja dengan para pegawai?”
        Aku mengangguk.
        “ Belum tamat latihan lagi, mana sah lagi..”
        Dia ketawa kecil seraya menjeling aku. Aku tahu dia geram dengan jawapan yang selalu saja bersahaja itu. Aku sebenarnya suka mengusik E’ish sebab gayanya kurang lebih macam Kak Leeya.
        “Ehem..” suara deheman terdengar di sebelahku ketika aku sedang sibuk memilih makanan untuk diletakkan di dalam piring. Namun aku malas jua menoleh. Makanan sedap-sedap depan mata, takkan nak sibuk pandang orang lain?
        “ Nampak makanan tak nak pandang langsung ya?” suara perlian itu kedengaran separuh berbisik di sebelahku.
        Aku tersentak. Kenal sekali nada dan cara pertanyaan itu.
        “ Lapar..” bersahaja aku menjawab seraya berlalu menuju ke meja bulat yang khas disediakan untuk kami. Aku duduk rapat di sebelah E’ish.
        “ Kenapa dengan awak ni?” soal E’ish walaupun mulutnya penuh dengan makanan.
        Aku menggeleng-geleng. Malas menjawab pertanyaan itu dan hanya memulakan suapan.
        “ Tumpang makan sekali di sini, boleh?”
        Suara itu sekali lagi menganggu aku. Kulihat E’ish di sebelah hanya mengangguk tanpa banyak bantahan dan aku hanya merungut dengan lelaki di hadapanku itu. Sesekali dia hanya memandang dan meneruskan suapannya.
        Edry datang bersama dengan temannya kalau aku tak silap yang ada sewaktu aku terlanggar pemuda ini.
        “ Saya ambil air dulu..” E’ish berkata dan meninggalkan aku sendiri.
        Aku kekok pulak jadinya.
        “ Kenapa tak solat tadi?” bisiknya di sebelahku. Mungkin dia tidak ingin temannya itu mendengar pertanyaan yang aku rasa melampau sangat itu.
        Membahang mukaku dengan soalan maut itu.
        Aku mengigit bibir.
        Teman Edry hanya sesekali singgah pandangannya kepadaku bersama senyuman. Mungkin dia kekok untuk berkata denganku.
        Edry masih menanti tapi dalam wajah yang bersahaja dan menimbulkan rasa geram kepadaku.
        E’ish kembali semula ke meja bersama dua gelas minuman di tangan. Satu dihulurnya kepadaku dan satu lagi dihirupnya perlahan.
        Edry pula dengan selamba saja dia mengambil gelasku itu dan menghirupnya hingga tinggal separuh.
        Aku menjengilkan mata melihat tingkahnya itu tapi dia hanya membalas dengan sengihan nakal.
        “ Kenapa?” soalnya lagi.
        Aku menjeling.
        “ Penyibuk!” jawabku sedikit keras.
        E’ish menyiku aku.
        “ Kenapa?” bisiknya.
        Edry bersuara, “ saya tanya kenapa dia tak solat?”
        Aku mencubit lengannya dari bawah meja. Aku nampak mukanya berkerut menahan sakit tapi aku tidak peduli. Aku tidak suka dengan caranya bertanya apatah lagi soalan itu!
        E’ish ketawa kecil.
        “ Period, tuan…” E’ish bersuara perlahan tapi dalam nada mengusik.
        Aku mengetap gigi.
        Dua-dua sama saja mengenakan aku.
        Edry dan temannya itu mentertawakan aku. Dan aku, di dalam kelompok itu hanya mampu makan hati dengan usikan mereka.



3 ulasan:

keSENGALan teserlah.. berkata...

hahahaha.
suka suka.
best.
=)

diahperi berkata...

suka cita ni. sekali sekala baca kisah cam ni best juga. semlm baru abis baca selendang biru. sy suka. lain dr yg lain. tahniah.

Hani Zaidah berkata...

Sa'fri> hai.. tq..hehehe.. Boleh view cerita saya yang lain... :)