BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 7 Mac 2011

bab 7-selendang biru


Rumah yang baru didiami itu diselangi dengan suara tangis dan jeritan. Sekejap suaranya mendayu dan sekejap berubah garang. Khalilah sudah berubah-berubah dan perubahan itu merupakan sesuatu yang pelik dan tidak pernah dia lakukan sebelum ini. Beberapa kali Tok Salim dan Ustaz Syahazri cuba menenangkan dia namun berulang kali juga Khalilah mengamuk. Hingga sampai satu ketika dia hampir saja melarikan diri.
         “ Mak, kenapa dengan Lilah mak?” soal Izzah berbisik dalam kerisauan.
         Mak Siah hanya tersenyum kelat. Berat hatinya untuk bercerita kepada Izzah saat itu.
         “ Nantilah mak cerita..” jawab Mak Siah ala kadar.
         Bicara mereka terganggu dengan jeritan lantang Khalilah.
         “ Kau tinggalkan dia dan jangan ganggu!” arah Tok Salim dengan tegas.
         Khalilah tiba-tiba ketawa.
         “ Kau bodoh, kenapa kacau anak aku?” Khalilah menjawab garang.
         Izzah terkejut. Mengapa Khalilah boleh berubah sebegitu drastik?
         “ Bila masa pula dia kacau?” soal Syah.
         Khalilah tersengih. Melampau sekali lagaknya.
         “ Tadi, waktu dia turun. Tangan anak aku luka terkejut tengok dia..” jawab Khalilah sambil bercekak pinggang.
         Mata Khalilah mencerlung tajam memandang Tok Salim dan Syahazri. Ancaman mereka sedikit pun tidak menggoyahkan dirinya. Memang pelik dengan apa yang terjadi tapi bagi Tok Salim, itu bukan sesuatu yang baru baginya. Memang setelah adanya berlaku kematian, pasti adanya terjadi kesarungan atau lebih tepat lagi kerasukan!
         “ Ingatlah, Allah lebih berkuasa. Kalau kamu terus-terusan aniaya manusia yang Allah jadikan khalifah di muka bumi ini, kamu akan diseksa di dalam neraka yang membakar apinya, kamu nak rasa?” soal Tok Salim pula.
         Khalilah yang tadinya memberontak tidak lagi bersuara. Terkebil-kebil matanya memandang dan sungguh kelihatan takut-takut.
         Mulut Tok Salim terkumat-kamit membaca sesuatu. Yang Izzah sempat dengar bacaan mendayu Tok Salim membuatkan hatinya tersentuh. Membuatkan dia ingat akan kebesaran Allah. Ayat-ayat yang dibacanya itulah petunjuk umat akhir zaman.
         Dengan perjanjian yang dibuat di antara Tok Salim dan ‘benda’ yang merasuki tubuh Khalilah itu, Khalilah menjerit sekuat hatinya.
         Jeritan itu akhirnya diam dan Khalilah sekali lagi jatuh pengsan.

0 ulasan: