BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 30 Mac 2011

Prolog- Perwiraku

PROLOG- PERWIRAKU
“ Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”

         “Hmm..”
         Aku mengeluh. Sudah lebih dua bulan aku hanya menjadi penganggur terhormat. sejak menamatkan pengajian, aku memilih untuk bekerja sendiri dan bukannya meneruskan perniagaan walidku. Meskipun ummi menyimpan harapan agar aku meneruskan kedai kek walid tapi menyedihkan sekali, minatku bukan menjadi usahawan. Aku berminat kerja yang mencabar kebolehanku.
         “ Hanim.. dengar tak walid tanya tu?” soal ummi mengejutkan aku dari khayalan.
         Aku memandang walid. Sengajaku menayangkan sengihan agar walid tidak membebel panjang macam semalam.
         “ Betul tak nak ambil alih kedai walid?” tanya walid lagi.
         Aku mengangguk tanpa berfikir panjang. Nama juga aku memang tidak berminat, bagaimana nanti jadinya kalau aku yang menguruskan? Kalau tolong tengok sementara, bolehlah tapi kalau nak jaga terus.. alamat muflislah kedai walid.
         “ Habis tu, siapa nak tolong walid?” balas ummi sambil mengendong cucunya yang baru saja melihat dunia dua minggu yang lalu. Anak buahku yang ketiga, hasil perkahwinan Kak Aleeya Hana yang sangat aku sayangi.
         “ Ummi, Kak Leeyakan ada..” balasku lagi bersama rengekan.
         Ummi menjengilkan matanya.
         Aku menelan liur.
         “ Kak Leeyakan dalam pantang..”
         Aku mengajukan pandangan kepada walid. Berharap walid akan membantuku dari menjadi mangsa bebelan ummi selepas ini.
         “ Biarlah dia pilih kerjanya sendiri..” pujuk walid pada ummi.
         Mendengar jawapan walid itu, aku terus saja duduk di sebelahnya dan memeluk tangan walid dengan manja. Aku amat senang sekali kerana walid memang suka kalau aku membuat sesuatu yang bertentangan dengan keinginan mereka jika aku dapat buktikan yang aku boleh berjaya dengan jalan yang aku pilih itu.
         “ Suka sangatlah abang manjakan anak bongsu abang ni..” ummi mula menarik muka masam. Dia seolah-olah tidak bersetuju dengan apa yang walid katakan.
         Aku mengetap bibir.
         “ Biarlah dia cuba apply jawatan tu..” balas walid lagi sambil menghirup kopi panas yang ummi sediakan.
         Ummi mengeluh berat.
         “ Pegawai polis wanita itu jugak?” soal ummi serius dan nadanya kedengaran keras.
         Aku mengangguk dengan muka yang sungguh kasihan. Sengajaku begitu agar ummi terpujuk dengan tingkahku yang kelihatan mengada-ngada itu.
         “ Kenapa nak jadi itu?” soal ummi.
         “ Nak berbakti untuk negara..” jawabku, sama seperti jawapan yang kuhafal semalam untuk temuduga minggu hadapan. Sebenarnya, aku hanya perlu menghadiri temuduga lagi untuk memenuhi syarat menjawat pekerjaan itu memandangkan rekod kesihatanku memuaskan mereka. Mulanya memanglah sengsara tapi memandangkan aku sudah biasa dengan aktiviti lasak sekurang-kurangnya ia tidak terlalu membebankanku.
         Ummi menggeleng-geleng mendengar jawapanku yang bersahaja itu. Mukanya masih kelihatan kurang senang dan aku yakin ummi masih lagi keberatan. Aku ini entahlah. Memang suka membuat keputusan sendiri dan selalunya bertentangan dengan keinginan walidku dan ummiku. Namun, aku senang dengan cara toleransi walid berbanding ummi. Walid pernah bersuara kepadaku tentang sifat degil yang aku miliki itu. Aku boleh mengikut kehendakku asalkan aku menunjukkan potensi yang baik dan boleh mereka berdua banggakan. Makanya, aku tekad untuk menggapai kejayaan dengan caraku tersendiri asalkan aku diberi restu.
         “ Kenapalah Aleeya Hanim ummi ini tak pernah mendengar kata..”
         Aku terkebil-kebil mendengar ummi meluahkan kekecewaannya.

0 ulasan: