BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 4 April 2011

Bab 13-perwiraku

Bab 13
“ Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”

        Aku keluar dari bilik air setelah merasakan puas berhujan di dalamnya. Sengajaku begitu sepertinya keresahanku mengalir jatuh bersama air, lantaran kejadian di dalam gym tadi. Nasib baik dia membawa kunci gari dan membukanya agar kami berdua lepas bebas.
Setelah itu, aku terus berlari tanpa memandangnya lagi meskipun laungan dan tawa nakalnya singgah dipendengaranku.
“ Peliknya.. tak ada berpeluh pun.. mandi berjam-jam..” E’ish sempat memerliku sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air.
Ya.. benar, aku tidak berpeluh kerana berlari tapi berpeluh kerana tingkah Edry yang semakin membuat aku lemas.
        Argh! Kusutnya!
        Aku berjalan mundar-mundir di dalam bilik. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.
        Ummi.. adik macam nak gila ni!
        “ Kenapa macam orang mereng ni?” soal E’ish yang seakan-akan kebingungan dengan tingkahku sebaik saja dia keluar dari bilik air.
 Aku pantas mendapatkan dia dalam muka yang cemberut. Aku menarik tangannya dan membawanya duduk di sebelahku.
        “ Kenapa ni?” tanya E’ish.
        Aku mengetap bibir. Rasa serba-salah dan kurang senang untuk bercerita tapi aku tidak tahu pada siapa lagi harus aku menyatakan yang kurasa saat ini.
        “ E’ish.. awak tahu tak.. tadi Edry datang waktu saya di gym..” khabarku serius.
        E’ish tersengih.
        “ Kali ini apa cik abang tu buat?”
        Aku mempamer muka susah hati.
        “ Dia tanya, tidakkah awak rasa apa yang saya rasa..”
        Tawa E’ish meledak. Dia ketawa dengan sesungguhnya membuatkan aku kebingungan dengan responnya.
        “ Awak ni kenapa?” soalku dengan hairan seraya memukul bahunya.
        “ Dia suka kat awak lah tu..”
        Aku terdiam.
        “Suka?”
        E’ish mengangguk.
        “ Cepatnya awak menilai..” balasku sinis.
Bagaimana dia boleh membuat kesimpulan begitu sedangkan aku sendiri tidak dapat memahaminya?
        “ Argh!” aku menjerit.
Terseksa rasanya dengan apa yang aku lalui detik ini.
        E’ish mengetuk kepalaku.
        “ Wei!” marahku.
        “ Apa yang susah sangat?”
        Aku menjelingnya.
        “ Susah banyak!” selamba aku membalas.
        E’ish bangkit dari tempat duduknya dan beralih menuju almarinya untuk mengambil pakaiannya.
        “ petang ini kita balikkan..” bicaranya mengubah topik perbualan.
        Aku mengangguk.
        “ So, kenapa tak kemas lagi?”
        Aku merengus.
        “ Malas..” jawabku bersahaja.
        “ Kita diberi cuti 3 hari, awak tak excited nak balik?” soalnya dalam rasa hairan.
        “ Bukan tak excited tapi saya benganglah ni!”
        E’ish ketawa kecil.
        “ Kalau pasal tuan Edry itu yang menyebabkan awak begini, apa kata awak jumpa dia face to face then confess!”
        Mataku membulat mendengar cadangan selambanya.
        That’s so crazy!”
        E’ish tertawa nakal. Barangkali dia suka melihat kekagetanku mendengar cadangannya itu.
        “ Masalahnya apa?”
        “ Saya tak suka dia..”
        Correction, belum suka lagi..” usik E’ish.
        Aku memukul lengannya.
        “ Seriuslah sikit!” rajukku kemudian.
        E’ish menggeleng-geleng mendengar jawapanku itu. Dia menarik tanganku dan membawaku menghampiri almariku.
        “ Apa kata, awak kemas dan kita sama-sama menunggu di main entrance..”
        Selamba dia berkata dan aku jua yang terkebil-kebil mendengar perliannya.

0 ulasan: