BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 20 April 2011

Bab 21-perwiraku

Bab 21
“Pengorbananmu bagai mengutip mutiara di tujuh lautan”

Tiga bulan kemudian….
        Meskipun berdiri kaku di bawah terik panas matahari namun aku tetap tegarkan hati dan diri kerana hari ini merupakan hari tamat latihan rekrut pasukan polis wanita. Seminggu sebelum, kami memang lelah dengan latihan-latihan yang pelbagai kerana untuk memantapkan di hari yang bersejarah. Yang membuatkan aku bangga, aku dilantik menjadi ketua pegawai kawalan berbarisan lalu pada kali ini. Walaupun pada awalnya aku keberatan tapi atas nasihat pegawai atasan, aku perlu menonjolkan diri.
Perbarisan kami diperiksa dengan teliti. Pegawai pemerintah tertinggi hari ini turun padang bersama untuk meraikan majlis ini.
“ Dengan ini, kami umumkan bahwa tamat sudah latihan selama 6 bulan dan tahniah di atas kejayaan semua..”
Pengumuman itu membuatkan hatiku girang tak terkira. Setelah diberi arahan untuk keluar barisan, aku dengan segera berlari menghampiri keluargaku yang lama sudah tidak aku temui sejak aku pulang pada cuti Israk Mikraj yang lalu.
Aku memeluk ummi dengan erat, mencium pipinya dan beralih kepada walid, Kak Hanim dan juga anak buah kesayanganku Kheir dan bayi kecilnya. Tunangku pula masih belum kelihatan di antara kelompok keluargaku itu. Aku pun tercari-cari kelibatnya kerana saat perbarisan tadi, hendak mencari apatah lagi menoleh insan di sebelah pun aku rasa takut. Takut dikatakan tidak berdisiplin.
Di satu ruang, aku ternampak tunangku yang segak itu berdiri di balik tiang berhampiran tempat duduk utama. Memanglah tidak menghairankan kerana dia adalah di antara pegawai. Makanya dia dijemput hadir ke majlis tamat latihan ini.
Dengan lagak pahlawan bangsa yang gagah, dia menghampiriku dengan senyuman menawannya. Jujur saja aku katakan, aku benar-benar cinta pada tunangku itu separuh mati. Bagiku, dialah segalanya. Dialah perwira, di hatiku.
“Tahniah…” pujinya seraya mengenyit nakal matanya yang galak itu.
Aku membalas dengan senyuman bangga.
“Ucapan saja?” soalku pula seolah-olah mengharapkan dia mahu memberikan lebih dari ucapan saja.
Mungkin mendengar dari ucapanku itu, makanya dia dengan selamba saja berdiri di hadapanku. Dekat dan menggetar naluri.
“ Habis tu, nak apa?” bisiknya hangat di sisi.
Aku mengetap bibir mendengar bisikannya itu. Nasib baiklah keluargaku sudah beredar untuk pulang kerana walid berpesan setelah aku siap berkemas, Edry yang akan menghantar aku pulang ke rumah memandangkan dia sudah lama tidak singgah. Kerana sifatnya yang bersahaja, selamba dan menawan dengan gaya yang tersendiri inilah membuatkan aku semakin sayang padanya. Walaupun sejauh ini, aku masih belum bisa mengungkapkan kata-kata yang menzahirkan perasaanku, namun aku yakin dia tahu isi hatiku.
Dia memegang tangan kananku erat.
“ Saya beri masa setengah jam berkemas dan kembali ke kereta dalam tempoh itu..” dia memberi arahan kepadaku dengan tegas.
Aku menjengilkan mataku padanya.
“ Heii… kita sama okey..” balasku, menyedarkan dia bahwa aku sudah tidak wajib menerima arahannya meskipun dulu dia merupakan pegawai yang melatih di sepanjang latihan.
Dia ketawa bersahaja.
“ Saya tahu..” balasnya selamba.
Aku menarik tanganku.
“ Kalau lambat, bye bye..”
Aku memukul lengannya dengan geram mendengar jawapannya itu. Dia menarik aku untuk berjalan beriringan dengannya daripada berdiri dari kawasan yang nampak terbuka itu.
“ Dah.. cepatlah..” arahnya lagi sambil menolak bahuku perlahan.
Aku pula sudah menarik muka.
“ Terbayang tak, sedapnya kita nikmati sea food..” bisiknya.
Aku menelan liur. Terbayang udang bakar pedas, ikan salmon bakar dan kuah kicapnya, sotong sumbat, 
aah.. meleleh!
Tanpa menunggu lama, aku berlari-lari anak meninggalkan tunangku itu untuk menuju ke asrama meskipun tawanya mengundang rasa sebal di hati.

0 ulasan: