BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 14 Mei 2011

Bab 5-Epilog cinta Isabella

Bab 5
Epilog Cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

Which car, Isabella?” laung Arif dari halaman rumah. Sebenarnya, kami sedang bersiap-siap untuk bertolak ke kampung pula setelah siap berkemas. Aku menyuruh Arif memanaskan enjin kereta dulu kerana perjalanan yang kami ambil ini sangat lama dan memerlukan keselesaan.
I want your Nissan Murano, please..” jawabku dari muka pintu dan balik semula masuk ke dalam rumah untuk memastikan barang-barang kami tidak lagi ada yang tertinggal. Aku sempat meninggalkan pesan kepada Mak Eton yang merupakan pengasuhku sejak kecil dan juga Pak Syuib untuk menjaga rumah ini sepanjang kami tiada di rumah nanti.
“ Buat saja macam rumah Mak Eton, yaa..” ucapku seraya menghulur tangan dan mencium pipi Mak Eton. Mereka berdua, suami isteri ini mengangguk saja dan sempat berpesan agar berhati-hati.
Aku membalas dengan senyuman saja. Kemudian segera aku keluar menuju ke kereta kesayangan Arif yang berwarna Ungu muda itu.
“ Dah kemas semua?” soalku sebaik saja masuk ke dalam keretanya kerana dia sudah menanti aku dengan lama.
Arif mengangguk.
“ Laila dah tahu kita pergi?”
Yeap..” jawabku dengan ringkas.
So, kita pergi..” katanya seraya memulakan pemanduan. Dia sempat mengangkat tangan kepada Pak Syuib dan aku pula membalas lambaian Mak Eton yang nampak kesedihan di wajah tuanya.
Itulah Mak Eton.
Suka saja dia membuat aku rawan hati dengan sikapnya yang penyayang itu. Aku senang dijaga oleh mereka berdua. Tambahan lagi, mereka tidak ada anak. Kata Mak Eton, hanya kepadaku saja dicurahkannya kasih sayang itu.
Did Pak Ngah knows that we’re going there?”  soalku, memecah kebisuan dan kebuntuan suasana perjalanan.
Arif mengangguk.
“ Not Pak Ngah but ayah..” balasnya, sempat membetulkan kata ganti nama yang aku gunakan.
Aku tersenyum kelat saja demi menutup kesilapanku itu. Aku hampir terlupa bahawa Pak Ngah itu sudah menjadi ayah mertuaku. Ini kerana Arif dan Afif adalah sepupuku sebenarnya.
“ Tapi ayah tak ada.. semua my family  pergi umrah..” balas Arif lagi.
Aku tersentak.
“ Bila flight?”
Two days ago..”
Aku terkilan jadinya. Pastilah ayah dan ibu mertuaku itu terasa hati kerana aku tidak sempat hadir untuk menghantar mereka di lapangan terbang. Lantaran perasaan itu, aku memilih untuk diam saja. Pasti makin lama, jika aku bertanya banyak perkara yang seharusnya aku tahu tapi tidak dikhabarkannya akan terbongkar dan aku juga akan menyesal kerana terlewat untuk tahu.
“ I dah beritahu ayah dan ibu hari itu. You are busy and they understand..”
Aku tidak menjawab tapi lebih senang memandang ke luar jendela. Biar dia tahu, aku tidak suka dia belakangkan aku meskipun hal itu kecil baginya. Sebagai isterinya, dia seharusnya faham apa saja mengenai keluarganya itu, penting jua bagiku.
Bukankah aku orang baru di dalam keluarganya walaupun asalnya kami adalah sepupu, tapi tidak rapat.
Arif rasa bersalah bila dilihatnya, Isabella tidak lagi bertanya kepadanya. Dia sebenarnya tidak mahu menyusahkan isterinya itu tapi fahamkah Isabella dengan maksudnya?
“ Kalau I penat, you nak ganti drive tak?” dia mencuba memancing perhatian.
Aku mengangkat bahu.
“ Nanti lama kita sampai kalau you tak tolong..” sambungnya.
Aku merengus.
Okay.. as long as you give me the permission to drive yours..” balasku, sempat memerlinya lagi kerana sebelum ini dia tidak suka aku menyentuh keretanya apatah lagi membenarkan aku memandunya.
Dia melepaskan tawa kecil. Dia senang bila Isabella kembali bersuara. Dia tahu, isterinya itu tidak akan melayan rajuk dengan terlalu lama. Itulah sikap Isabella yang dia sedari sejak menjadi suaminya.
Perjalanan sudah 45 minit berlalu. Awan cerah sudah berubah mendung. Kilat pula saling sabung-menyabung dan kedengaran bunyi petir sekali.
Aku memandang Arif yang masih tenang memandu meskipun tanda-tanda hujan lebat akan turun. Aku berharap benar dia mengerti maksud pandanganku itu.
“ Kenapa my dear?”
Aku mengetap bibir.
“ Ada window shade tak?”
Dia ketawa kecil. Dia sedar Isabella sebenarnya takut dengan keadaan cuaca yang melanda sekarang ini. Itulah sifat yang jua diketahui sejak menjadi suaminya.
“ I takut tengok kilat semua tu..” aduku dengan perlahan berharap Arif akan belas dengan kondisiku ini.
You check  saja di seat  belakang..”
Aku memusingkan badan dan mencari-cari shade yang dimaksudkan ditempat duduk belakang. Tiba-tiba, tanpa kuduga ada cahaya kilat, membuatkan aku terperanjat. Pantas saja aku menarik lengan Arif dan menyembunyikan wajah di balik kegagahannya. Hilang terus niatku untuk mencari shade untuk menutup cermin keretanya.
“ Isabella, I’m driving..” peringatnya kepadaku. Mungkin kerana peganganku yang semakin kuat itu menganggu konsentrasi pemanduannya.
“ But, saya takut..” aduku dengan manja, berharap Arif akan memahami keadaanku yang memerlukan dia di saat ini.
Dia nyata, memberikan balasan yang baik. Tanganku digenggamnya dan aku senang melentokkan kepala di bahu kirinya. Aku memeluk tangan kirinya itu dengan tangan kiriku, kemas dan kejap.
Tolonglah, aku berharap benar awan hitam yang membelenggu langit ini akan segera berakhir.
And.. I cannot help you to drive..” sempatku bersuara lagi.
Arif mengangguk.
“ I tak akan bahayakan diri kita..”
Aku diam di sisi tanpa ucapan balas.

2 ulasan:

cactaceous opuntia berkata...

wah..bagus..ade kemajuan..da xcari pasal...good2

Tanpa Nama berkata...

sweetnyer.... nk lg...