BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 17 Mei 2011

Bab 7-Epilog cinta Isabella


Bab 7
Epilog Cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

Pang!
Bunyi itu sama sekali mengejutkan aku yang sedang menyikat rambut selepas mandi malam. Aku bergegas keluar dari bilik dan menuju ke arah bunyi itu. Pinggan yang berisi potongan daging ayam terjatuh bersama sebilah pisau.
Masya Allah…
Tangan Arif berdarah!
Aku menjadi cemas seraya menghampirinya. Aku menarik tangannya yang luka itu dan melihat dengan jelas, ada jari kanannya yang terluka.
what are you doing?” soalku, separuh kesal melihat keadaannya yang cedera. Tidak jauh dari sinki itu ada sebilah pisau dan beberapa potongan ayam yang sudah dikerat menjadi kecil.
Careless!” marahku sambil menahan darah di jemarinya yang mengalir itu dengan menggunakan tuala kecil. Aku menariknya untuk mengikutku keluar dari dapur itu dan memintanya duduk di atas kerusi antik itu. Aku mempercepatkan langkah masuk ke bilik tidur untuk mengambil ubat sapu dan plaster untuknya. Aku kembali kemudian dan membersihkan lukanya dengan berhati-hati.
Arif hanya mampu berdiam, melihat kesungguhan Isabella terhadapnya. Walaupun sikapnya yang dingin terhadap Isabella, namun Isabella tidak pula selalu membalas untuk bersikap begitu jua. Dia matang menghadapi masalah walaupun sebenarnya berat baginya.
“ Awak nak buat apa sebenarnya ni?” soalku dengan perlahan, memujuk dia yang sudah berwajah muram. Mungkin akibat teguranku itu tadi. Jemarinya sudah siapku rawat dan kuberi plaster. Sebenarnya, tangannya terhiris pisau tajam ketika dia memotong daging ayam. Entah, kenapa pula dia leka dengan hal itu dan aku tidak tahu sama sekali dia ingin memasak sesuatu di dapur.
“ I nak masak nasi tomato dan ayam goreng untuk malam ini..” jawabnya sambil menarik tangannya yang awalnya ada dalam genggamanku. Dia sengaja melarikan pandangan dari tatapanku.
Aku ketawa kecil.
Why don’t you ask me to do it?”  tanyaku.
You said tak tahu masak..” peringatnya, dengan perlian.
Aku menjeling.
Joking, okay..” jawabku seraya bangkit dan menuju ke dapur. Aku mahu menyelesaikan tugasnya yang terhenti disebabkan kecederaan yang dialaminya itu. Aku menghabiskan sisa daging ayam yang masih belum habis dipotong. Kemudian aku bersihkannya. Aku toskan di dalam pinggan.
Aku berpaling untuk mengambil segala bawang dan bahan yang lain di dalam peti sejuk. Aku terkejut saja dengan kehadirannya yang tiba-tiba ada berhampiran kabinet pinggan mangkuk, tidak jauh dari peti ais itu.
Dia sedang berpeluk tubuh dengan santai tapi dengan wajah yang serius.
“ You tahu masak menu tu?” tanyanya.
Aku mengangguk saja. Jujur saja, aku memang pandai memasak sebenarnya. Cuma, aku tidak mahu menunjukkan kebolehanku itu padanya kerana aku tidak mahu eterikat dengan tanggungjawab lain pula nanti.
Seeing is believing. So, you better stay..” usikku sambil menghampiri dapur gas. Aku memulas tombolnya dan api sudah menyala. Beras sudah aku sediakan, segala bahan sudah kugaul menjadi satu di dalam periuk yang sudah penuh dengan beras itu. Aku masukkan potongan ayam tadi, tomato hiris dan pati ayam. Air juga secukupnya dan aku biarkan di atas api yang sederhana.
See… I can do it..” ucapku kepada Arif yang kini sudah berdiri di sebelahku. Dia hanya membalas dengan cebikan saja.
Aku ketawa kecil.
Lebih 30 minit kemudian, usahaku berhasil. Aku ingin segera menghidangkan hasil masakanku untuk Arif dan memintanya menungguku di luar saja. Aku datang kemudian, membawa nasi itu untuknya bersama segelas air sejuk. Aku suakan kepadanya dan aku duduk di sebelahnya. Aku senang hati melihat dia makan dengan berselera sekali. Ini maksudnya, masakanku memang sukses.
“ Tak nak makan sekali?” soalnya, meskipun dia masih lagi ingin menyuapkan makanannya.
Aku menggeleng. Aku memang sudah biasa tidak makan malam. Hanya kadang-kadang saja, aku akan mengambil makan malam. Alasan kukuh, aku ingin selalu nampak cantik. Kalaupun bukan untuk diriku, yang penting Arif senang melihat isterinya cantik.
“ Sedap tau..” ucapnya lagi, kiranya ingin meracun fikiranku untuk mengubah keputusanku.
Aku menjeling saja.
“ Saya nak kalau awak suap..” balasku mengusiknya. Nyata dia tersentak dengan permintaanku yang berbaur gurauan itu. Dengan bersahaja, dia menyuakan jua sudu makan bersama nasi itu kepadaku. Dengan teragak-agak, aku membuka mulut untuk menerima suapan itu. Mataku dan mata Arif saling berpandangan, mencucuk-cucuk rasanya tangkai hati dan memukul debaran. Pantas saja aku mengalihkan pandangan sambil menutup mulut. Aku mengunyah perlahan-lahan tanpa memandang Arif lagi.
Arif berdehem untuk menarik perhatianku.
“ Nak lagi?”
Aku menggeleng seraya bangkit meninggalkan dia makan sendirian dan menuju ke dapur. aku berdiri di depan sinki dan membiarkan air mencurah-curah keluar. Aku sambut air dan lempiaskan ke mukaku, menutup rasa kalut perasaan yang tiba-tiba saja. Bila sudah kembali lega, aku berpaling.
Aku terpana, Arif sudah ada di belakangku! Aku berusaha untuk menyembunyikan kekalutan perasaan in dari diketahuinya.
Arif berwajah selamba saja. Dia menyentuh pipiku. Aku hanya mampu menelan liur, menanti apa yang akan dilakukannya kepadaku. Deru nafasnya kedengaran dekat.
Aku memejam mata. Menahan rasa gelora di hati. Sentuhan bibir Arif menyentuh dahiku.
Aku terkesima.
Thank you..” bisiknya.
Jantungku hampir lemah mendengar bisikan itu. Suaranya yang kedengaran romantik dan sayup-sayup, mengusik hati wanitaku.
“ Untuk apa?” balasku, perlahan.
“ Dah masak untuk I..”
Aku mengangguk saja. Bagiku, itu adalah satu tanggungjawab yang mesti aku laksanakan. Lagipun, di sini tidak ada sesiapa yang boleh aku harapkan lagi untuk menyediakan makanan untuk dia selain dari aku.
“ Untuk my dearest Arif, saya tak kisah…” balasku, dengan nada ceria. Aku kaku dalam suasana kelam itu sebenarnya. Aku tidak mahu hanyut dalam harapan yang akhirnya aku sendiri akan terluka. Aku cukup ingat akan kata-kata yang dilemparkannya kepadaku sewaktu sah menjadi isterinya dulu. Dan satu lagi gelarannya yang menyakitkan hati, aku adalah bangsa penjajah!
Aku sengaja, buat-buat menguap.
“ Sorry, I feel sleepy.. bye..” ucapku, berpura-pura merasa mengantuk dengan sesungguhnya, kiranya itulah alasan untukku boleh pergi jauh dari situasi itu. Aku kemudian bergerak ke tepi sedikit untuk meninggalkannya. Aku sempat mencium pipi kirinya sebelum aku biarkan Arif termangu di situ. Aku mahu Arif tahu kehadiranku dalam hidupnya adalah sebagai isteri dan bukan lagi memegang status sepupu, macam sebelumnya.
Sekali lagi, Arif kalah pada Isabella.

2 ulasan:

sya berkata...

besh2.....best sgt...

apa YANG ku rasa berkata...

wants more please:)