BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 13 Jun 2011

Bab 12- Epilog Cinta Isabella

Bab 12
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

Fikiranku benar-benar buntu. Setelah mengetahui hal sebenar, aku serasa mahu menyerang mereka saja tanpa pedulikan undang-undang. Namun, apabila sedar akan kebodohan itu pasti menghumban aku ke dalam penjara, aku matikan niat buruk itu. Meskipun hatiku terasa hangat membara api dendam, aku memujuk untuk bertenang. Harap-harap penghawa dingin bilik ini akan memberiku ruang bernafas tenang seperti selalu.
Dalam fikiranku melayang memikirkan masalah pejabat, tidak terduga juga melayang sekali hinggap terkenangkan Arif yang nun jauh di kampung. Sudah bangun agaknya dia atau makankah sudah dia belum? Persoalan ini selalu saja menganggu benakku walaupun aku tahu Arif tidak suka aku menunjukkan keprihatinanku terhadap dirinya. Katanya, dia mampu berdiri sendiri tanpa huluran tangan orang lain? Bukankah setiap wanita dijadikan baginya seorang lelaki dan lelaki juga begitu? Wanita itulah ibarat tulang rusuk mereka tetapi kenapa lelaki yang satu ini tidak mahu bersandar padaku?
Tanpaku sedar, aku melepaskan keluhan. Di saat aku ditimpa kerumitan begini, mahukah Arif melenyapkan kekusutan dan menghembus satu kekuatan?
Kring! Kring! Kring!
Aku tersentak dari angan.
“ Yes, Laila?” sambutku dari corong interkom.
“ Your husband on the line..” khabar Laila.
Seperti hendak terjatuh saja aku dari tempatku duduk itu mendengar khabar yang dibawa oleh Laila. Aku mencubit-cubit pipiku.
Sakit!
Ternyata, aku tidak bermimpi.
Pass to me!” balasku tidak sabar.
Sesungguhnya aku benar-benar didera oleh perasaan ingin tahu dengan keadaan Arif yang jauh dariku walaupun Arif tidak memberiku sedikit ruang pun di dalam hati bekunya.
“ Isabella?” panggil satu suara yang memberi kesan mendalam dalam hatiku.
Aku terasa aneh dengan perasaan baru saat dia menyeru namaku.
“ Hmm..”
Arif diam lagi.
“ Macamana dengan hal office you?” soalnya perlahan. Seolah-olah lidah terlalu kelu untuk menyatakan isi hati. Arif sepanjang waktu resah. Resah dengan kebisuan Isabella yang enggan menyampaikan apa-apa berita tentang dirinya sejak dia pergi dari kampung. Bukan Arif tidak mahu menemaninya pulang tetapi dia mahu tahu satu rahsia yang menyebabkan dia terikat dengan Isabella dalam perkahwinan ini. Dia tidak senang dengan keputusan yang dilakukan ayah meskipun hal ini sudah pun terjadi. Dia tidak mahu Afif menyangka dia juga selama ini kepingin untuk memiliki gadis Scotland yang cantik itu.
“ Nak kata okey, tak juga.. ada orang dendam pada I..”
Arif semakin gundah. Khabar pesimis begini yang dia tidak suka didengarnya bila berjauhan dari Isabella.
“ Siapa?” soalnya tidak sabar.
Hatiku berbunga.
Arif mengambil berat tentang aku?
“ Adalah.. biasalah tu. Bisnes memang selalu begini..” jawabku masih berselindung. Bukan niat mahu membelakangi dia sebagai suami tetapi aku tidak mahu melibatkan dia dalam masalah yang rumit ini.
“ Itulah.. urus lagi bisnes..” dia sempat menyindirku.
Aku menelan liur.
Dia memang selalu saja menyalahkan tindakanku,
“ Saya rasa awak juga tahu kenapa saya terus uruskan bisnes ini..” balasku dengan sinis.
Tawa Arif kedengaran seperti memperli saja.
“ Mummy tahu awak balik semula?” soalnya kemudian.
“Tak..”
“Esok I ambil you semula..” balasnya ringkas.
Aku tersentak.
Apakah aku harus meninggalkan pejabat sekali lagi dan membiarkan ia lingkup pula?
“ No Arif.. Office needs me..” balasku tidak berpuas hati.
Between your office and me, your husband.. mana yang lebih penting?” tanyanya dengan angkuh.
Aku mendengus.
“ Kenapa perlu I buat pilihan?” balasku tidak berpuas hati.
Arif tertawa sinis.
“ Syurga isteri ada pada suami..”
Dan dia terus mematikan panggilan tanpa salam atau ucapan yang baik-baik. Arif suka sangat mendesak, tidak seperti Afif. Arif suka meletakkan aku di dalam dilema tetapi tidak Afif. Arif senang meninggalkan luka di hati tetapi Afif mencalar kenangan duka dalam hidupku.
Siapa di antara mereka berdua yang hipokrit?

0 ulasan: