BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 17 Jun 2011

Bab 17- Epilog Cinta Isabellla


Bab 17
Epilog Cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

“ Pergi mana?” soalku setelah selesai bersiap mandi dan berpakaian kemas. Aku menghampiri Arif yang sedang duduk di bangku berhadapanan dengan pianonya. Kulihat sebelum kutegur, dia sedang menekan-nekan punat pianonya yang pernah kusentuh dulu.
Arif memandang sekilas dan memanggilku untuk mendekatinya. Dengan langkah perlahan, aku menghampirinya jua. Meskipun sengihan nakal Arif masih mengundang rasa malu tapi aku buat-buat tak tahu saja. Geram betul dengan tingkahnya yang suka mengusik dan semakin mesra ini. Dulu, sewaktu aku masih hangat berkasih dengan Afif aku tidak pernah melihat Arif semesra ini.
Mungkinkah Arif hanya mesra dengan orang yang tersayang saja?
“ Fikir apa?” soal Arif sambil menarik tanganku untuk duduk di pangkuannya. Aku tidak menolak malah makin suka dengan kemesraan itu. Dia sengaja memeluk pinggangku dengan erat.
Dia menyentuh perutku.
Aku tersentak.
“ Tak lapar?” tanya sambil mengusap-usap perlahan.
Aku ketawa kecil sambil mengalihkan tangannya.
“ Lapar..” rengekku.
“ Abang harap, sayang give abang twins ya..” usiknya sambil memeluk pinggangku lagi.
“ Tak nak..” jawabku selamba.
“ Kenapa?”
“ Susahlah nak jaga..” balasku bersahaja, mengusik dia sebenarnya. Tidak sangka pula saat ini dia menyentuh soal anak pula.
“ Ayah, ibu dan mummy ada..” balasnya.
Aku menarik tangannya dan beralih untuk turun dari pangkuannya dan duduk di sebelah bangku yang agak panjang itu.
“ Then, you?” soalku sedikit garang dalam gurauan.
Arif tersengih nakal.
“ Become talented father is enough..” balasnya.
Mendengar jawapannya itu, aku pantas memukul bahunya. Mengkekeh Arif ketawa dengan bahagia.
Aku pula, menarik muncung. Melayan rajuk.
“ Kan abang dah ingatkan, kalau merajuk..”
Ayatnya tergantung begitu.
Aku cepat-cepat mengorak senyuman dan mematikan hasrat untuk merajuk.
Tapi, bibir Arif menyentuh bibirku jua.
Aku terkaku.
“ Tak aci..” marahku sambil menolaknya.
Arif ketawa lagi.
Aii.. geram sangatlah!
Arif memeluk tangan kiriku.
“ Tak payahlah nak marah abang.. Abang kiss isteri abang jugak kan..” usiknya lagi.
Aku menjeling.
“ Yelah tu…”
Arif tersengih.
“ Sayang ingat tak cerita Twilight?” tanya suamiku itu dengan tiba-tiba.
Aku mengerutkan dahi. Kenapa tiba-tiba tanya pasal cerita itu pulak? Lagipun, kenapa tak ingat? Itulah cerita yang paling aku gilai kerana heronya sangat-sangat kacak walaupun dalam cerita itu dia adalah pontianak.
“ Kenapa?” soalku ingin tahu.
“ Suka Edward Cullen tu?”
Aku mengangguk dengan bersungguh-sungguh. Sesaat, aku perasan akan perubahan pada wajahnya.
I want to love you like Edward did to Bella. I want to protect you like Edward does. I want to be your lover until no more Edward and no more Bella in Twilight..” Arif berkata bersungguh-sungguh.
Aku terus sahaja melepaskan tawa. Geli hati dengan caranya mengungkapkan perasaan walaupun sebenarnya ayat itu boleh membuai-buai perasaanku. Meskipun wajahnya berubah kelat tapi aku masih lagi tega mentertawakan dia.
“ Kenapa?” tanyanya dengan muka yang cemberut. Mungkin sama sekali dia tidak menyangka isterinya akan mentertawakan dia begitu.
“ Sweet…” balasku seraya mengucup pipinya.
Aku tahu Arif terasa makanya aku pujuknya dengan cara  begitu.
“ Tak ikhlas..” ujarnya bersahaja sambil memalingkan wajah ke arah yang lain. Dia mula menyentuh barisan punat-punat piano. Aku pula, malas hendak terus memujuknya. Aku tahu, dia bukan merajuk benar.
“ Boleh tuju lagu?”
Aku sengaja mengusiknya yang sudah mengorak wajah serius.
Arif tidak membalas.
“ Abang..” panggilku manja.
Sayangnya, Arif tidak memberi sebarang reaksi jua.
Aku mendengus. Masih membeku di sebelahnya dan memikir-mikirkan cara untuk memujuknya pulak.
Biarlah kali ini aku mengalah. Ini luahan istimewa dari sang hati. Biar Arif tahu aku juga ingin dekat di sisinya dan ingin hanya aku yang dia cinta.
“ I’ll be loving you like Bella does..”
Arif pantas memandangku. Bersama sengihan nakal, dia mengenyitkan mata.
Hai.. bencinya!
Dia suka agaknya memperdaya aku! Bukanlah aku tidak menghargai ucapannya tadi tapi ia berlaku terlalu cepat. Sebelum ini, Arif sedingin salju bila bersama denganku tapi kali ini dia boleh jadi serapuh coklat bila terkena panas pula.
“ Nak lagu apa, sayang?” soalnya terus dengan serpihan tawa.
Aku menjelingnya.
Arif mula memainkan berbagai bunyi dan irama. Alunan lagu itu sungguh tenang dan mendamaikan perasaan. Aku melentokkan kepalaku di bahunya sambil memeluk tangan kanannya dengan erat.
“ Abang suka bila kita begini..” Arif mengungkap kata bersama nada yang dimainkannya.
Aku tenang.
Sing a song for me, please..” rayuku lagi.
What if I refuse?” soalnya selamba tapi tangannya masih ligat menyimpul nada.
Aku mencubit pinggangnya dan dia mengaduh.
“ Yelah..” balas Arif mengalah lalu dia merancakkan rentak jemarinya.
            Isabella adalah kisah cinta dua dunia..
      Mengapa kita berjumpa namun akhirnya terpisah..
      Siang jadi hilang..
      Ditelan kegelapan malam..
      Alam yang terpisah..
      Melenyapkan sebuah kisah…
Aku terkaku di sisinya. Gemersik suara itu menyentuh hati dan mengguris sedikit perasaan tenangku. Suara itu bagai bersungguh-sungguh menyatakan suara hati.
Arif…
Sang hati memanggil-manggil namanya.
            Terbayang lambaianmu salju terbakar kehangatan..
      Dunia dipenuhi warna berseri bunga cinta..
      Kita yang terlena hingga musim berubah..
      Mentari menyepi..
      Bernyalalah api cinta..
Bukan Arif tidak sedari, Isabella yang erat memeluknya di sisi itu sedang menyembunyikan tangis. Jujur saja, dia bukan sengaja mengusik hati isterinya itu tapi dia benar-benar mahu mengubah jalan hidup yang dulunya beku. Dia mahu menghargai gadis Scotland yang baru mencuri hatinya itu. Dia ingin menjadi hero dalam hidup Isabella, kalaupun jalan hidupnya akan terpisah hanya kerana.. dia Isabella.
            Dia Isabella..
Lambang cinta yang lara..
      Terpisah kerana adat yang berbeza..
      Cinta gugur bersama..
      Daun-daun.. kekeringan..
Haluan… hidupku terpisah dengan Isabella..
Tapi aku terpaksa.. demi cintaku Isabella..
Moga dibukakan.. pintu hatimu untukku..
Akan terbentang jalan..
Andainya kau setia,
Oh Isabella…
            Aku di sisinya teresak kecil. Memang sungguh menyeksakan irama lagu yang seolah-olah itulah yang terjadi kepada hubungan kami. Tanpaku sedar jemarinya mengesat airmata yang jatuh perlahan. Entah bila irama yang dimainnya itu senyap.
            Aku dan Arif saling bertentangan mata. Wajahnya bersahaja sedangkan aku masih merah dengan airmata. Tersentuh benar dengan persembahan yang aku sendiri pinta dia mainkan.
            “ Nak tahu satu perkara?” Arif bersuara seakan memujuk.
            Tangannya menyentuh kedua belah pipiku.
            “ You look sweet..”
            Aku tersipu.
            “ You want more?”
            Aku mengangguk.
            “ You’re my best lady..”
            Aku menjeling setelah menolak tangannya yang tadinya menyentuh mesra pipiku.
            Arif ketawa kecil.
            “ Nak tahu lagi?”
            Aku menggeleng.
            “Ala.. please…” rengeknya.
            Aku berpeluk tubuh.
            Last okey!”  aku memberi amaran.
            Dia mengangguk-angguk. Dia mendekatkan wajahnya ke mukaku. Aku yang berada di sisi berdebar-debar.
            “ Yang…”
            Aku menelan liur. Bisikannya menggetar jiwa.
            “ Kenapa..”
            Aku ternanti-nanti dia meneruskan kata. Suka benar berteka-teki dan mendera perasaanku!
            Nafasnya hangat di pipi.
            “ Kenapa berat sangat bila duduk di pangkuan abang tadi?” bisiknya lalu ketawa nakal.
            Aku bingung jua saat itu!

0 ulasan: