BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 22 Jun 2011

Bab 22- Epilog Cinta Isabella

Bab 22
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

            Gaun pengantin berwarna biru ini adalah gaun yang ke 5 kucuba ragakan ke ttubuhku. Aku pun sudah tidak tahu mahu memilih yang mana kerana semuanya nampak cantik dan semuanya nampak elegan. Tapi, aku tidak berkenan sangat kerana aku mahu gaun berwarna ungu muda ataupun berwarna merah menyala.
            So, how is it dear?” tanya suamiku yang masih lagi setia menemaniku memilih gaun untuk persandingan kami.
            Aku mengangkat bahu.
            “ Dah letih?” tanya lagi.
            Aku menggeleng. Bukan itu yang kurasa sekarang tapi rasa tidak berpuas hati! Kalau mummy adakan senang! Mesti mummy tahu memilih apa yang sesuai untukku. Aku pantas menarik tangan suamiku itu dan memeluk lengannya lalu mengajaknya keluar dari butik itu setelah mengucapkan terima kasih. Satu lagi yang aku tidak suka, pekerja di butik itu tak sudah-sudah mengerling suamiku itu.
            Handsome sangat ke suami aku itu? Gayanya sempoi saja. Rambut spiky, badan pula bolehlah dikatakan hero maskulin dan ya.. memang menakutkan kalau dia terus diminati dalam diam pula.
            “ Lapar?”
            Aku menggeleng.
            “ Sayang tak suka butik tu. Pandang abang semacam..” luahku tidak berpuas hati. Sakit juga hati melihat insiden itu. Jalan mudah, pergi sajalah dari kedai itu. Sakit hati pun hilang, hati juga jadi senang.
            Arif tersengih nakal. Barangkali gembira dengan luahan Isabella yang sepertinya berbaur cemburu itu.
            “ Kenapa?” soalku kehairanan dengan perubahan wajah suamiku itu.
            You are jelous. Aren’t you?” tanyanya dengan nada mengusik.
            Aku menjeling.
            Ofcourse not!” balasku sepertinya hendak merajuk. Saat itu jugalah, Arif melepaskan tawa bebas. Apabila tersedar saja banyak mata melihat tingkah suamiku itu memandangkan kami berada di tempat umum, aku pantas menekup mulutnya.
            “ Abang, orang tengoklah..” tegurku sambil memukul lengannya. Dia berusaha untuk menghentikan tawanya meskipun sisanya masih kedengaran. Entah apa yang lucu dari jawapanku itu pun aku tidak tahu.
            “ Tak nak mengaku pulak..” dia memperliku seraya menarik aku untuk terus masuk ke butik pakaian pengantin yang lain. Rasanya malas hendak melayan karenahnya yang suka sangat membuat aku geram. Daripada melayan dia, lebih baik aku teruskan hasrat mencari gaun pengantin itu. Meskipun sebenarnya, sejak mula merasa mengandung ini aku cepat pulak penat.
            Sambil aku mencari-cari gaun yang sesuai, aku berkenan pada sehelai gaun pengantin ini. Warnanya lembut, ungu cair dan dihiasi dengan manik-manik berwarna biru dan merah jambu.
            Aku suka!
            Lantas aku mengambilnya untuk dicuba. Hairannya, ada sepasang tangan jua yang mengambil gaun itu. Aku melihat si gerangan yang sepertinya juga mempunyai citarasa yang sama denganku itu.
            Ayu Maya?
            Aku tersentak.
            Jika dia datang untuk melihat pakaian pengantin, pasti pasangannya juga ada bersama. Lantaran kuat rasa ingin tahuku, mataku mencari-cari kelibat itu. Di satu sudut aku ternampak dia bersama suamiku sedang bersembang-sembang. Seolah-olah tidak pernah berkongsi cerita duka sebelum ini. Semuanya, baik-baik saja.
            “ Kak Bella…” sapa Ayu dengan perlahan. Aku bagaikan tersentak dengan sapaan itu. Seolah-olah mengheret aku kembali berpijak di duniaku yang nyata.
            Aku mengukir senyuman demi menutup kekhilafanku itu. Aku melepaskan pegangan pada gaun itu dan membiarkan ia lekat di tangan Ayu.
            “ Datang dengan abang Arif?” tanyanya lagi dengan sopan.
            Aku mengangguk perlahan.
            “ Buat persiapan juga?” soalku setelah agak lama kami kaku berdepanan.
            Ayu mengangguk, menjawab pertanyaanku itu. Entah kenapa, hati ini bagai tersiat. Seperti tidak gembira dengan jawapan itu.
            “ Kak Bella nak gaun ini?” tanya Ayu setelah agak lama kuberdiam. Arif dan juga Afif tiba-tiba saja menghampiri kami berdua yang masih tercegat di situ.
            “ Dah pilih baju?” tanya Arif di sebelahku sambil menggenggam tangan kananku. Tingkahnya seolah-olah ingin membuat insan di hadapanku itu sakit hati.
            Aku mengangkat bahu. Sememangnya niatku mati sama sekali lantaran Ayu juga meminati baju gaun yang sama!
            “ Kak Bella suka baju ni, Ayu juga..” Ayu bersuara kemudian apabila suasana itu bertukar bisu sesaat.
            Semua mata menanti reaksiku.
            “ Kalau begitu, kita tempah lagi..” Afif pula bersuara, yang dibuat-buat ceria seperti menabur garam saja di atas hatiku yang luka.
            Aku menarik tanganku dari genggaman Arif lalu berpeluk tubuh. Aku sengaja mempamer sikap angkuh di hadapannya.
            Well.. don’t ever think that I would agree to share, brother!”  aku bersuara sinis dan terus menarik tangan Arif untuk meninggalkan tempat itu.
            Hancur semuanya!
            Benci betul aku melihat lelaki itu! Kenapalah dia kembali lagi? Aku tak suka berkongsi sesuatu yang membuat aku bahagia dengan orang yang pernah meninggalkan luka di hatiku.
            “ Kenapa yang?” soal Arif setelah kami agak jauh dari butik itu. Aku senang memilih untuk tidak menjawab. Biarlah Arif membuat kesimpulan sendiri walaupun insan yang kusakiti itu adiknya sendiri atau lebih tepat lagi adik iparku. Bukan aku berniat sama melukakan hati Arif yang kini sudahku rasai ketulusan hatinya. Yang aku tahu, aku tak akan pernah juarai jiwa yang ku tak punya.

0 ulasan: