BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 19 Ogos 2011

Bab 24- Sayang sudahlah..


Bab 24
Sayang sudahlah
Jangan ada airmata lagi…

            Airmataku sudah kering dan tidak lagi menitis. Di bilik yang menerjah kedinginan itu kini menjadi tempatku berjaga, bermalam di hari pertama perkahwinanku. Majlis persandingan rupanya telah ditangguh dan hanya aku yang tidak tahu perubahan itu. Mungkin jua disebabkan aku nampak seperti tidak mengambil berat dengan majlisku sendiri.
            Hari ini, malam ini dan saat ini aku hanya mampu berserah kepada takdir berharap suamiku itu akan kembali sedar dan bisa memujukku seperti sebelumnya. Hampir terputus jantung segala urat nadiku saat tahu dia tiba-tiba jatuh begitu. Aku sempat melihat dia menekan-nekan perut dan berkerut-kerut dahinya menahan sakit. Lantas sekarang, aku hanya melihat dia terbaring tidak sedarkan diri dengan nafas yang sudah teratur. Kenyataan yang disampaikan doktor meruntun jiwaku.
            Suamiku itu mengalami penyakit batu karang dan dia perlu dibedah!
            Perasaanku saat itu ingin rebah dan kebetulan saja Syahmi ada menyambutku. Kalau tidak, sudah pasti menghempap lantai. Syahmi sedari tadi setia menemaniku untuk menjaga suamiku yang juga abangnya.
            Di tepi katil itu aku hanya mampu menunggu.
            Konsentrasiku merenung wajah suamiku itu terganggu saat Syahmi menyarung jaket milik Zarul ke arah tubuhku.
            Aku menggaris senyuman paksa.
            Atas usaha Syahmi, aku kini menjadi isteri Zarul. Atas usahanya jua, dia menyatukan aku dan Zarul dan atas usahanya jua, Zarul mendapat cinta yang pernah hilang dari hidupnya.
            “ Syahmi..” panggilku perlahan sedang aku kali ini sedang menahan airmata dari jatuh. Aku lelah menangisi segalanya.
            Dia sekadar menggumam.
            “ Terima kasih..” sambungku lagi.
            Dia mengangguk.
            “ Jagalah abang Zarul..” pesannya, seakan memujuk aku untuk meleraikan sengketa.
            Aku menghela nafas dan kembali memandang ke arah suamiku.
            “ Waktu yang akan leraikan segalanya..” balasku perlahan sambil meraih tangan Zarul dan menggengamnya erat.
            “ Hani.. yang sudah tu, sudahlah..” sambung Syahmi sambil menepuk bahuku. Adik iparku itu selamba benar kalau hendak berbicara, seolah-olah dia lupa aku kini menjadi kakak iparnya. Mungkin kerana aku lebih muda daripada umurnya makanya dia lebih senang menganggap aku ini seperti adiknya dan bukannya kakaknya.
            “ I’ll think it later..” jawabku selamba.
            Aku dengar Syahmi mengeluh. Mungkin dia bosan dengan tingkahku yang nampaknya semakin degil ketika Zarul dalam keadaan begini pula.
            “ Saya Cuma mengharapkan Zarul kembali seperti dulu…” sambungku dengan suara mendatar membuatkan Syahmi menguncikan mulutnya untuk meneruskan kata. Dia bersahaja berlalu menuju ke sofa yang telah disediakan, meninggalkan aku untuk terus berada dalam ruanganku sendiri berdua dengan Zarulku.
            Aku menitip doa dalam hati agar Zarulku cepat pulih kepada sediakala. Sebagai seorang isteri yang mencintai suami, aku ingin memohon nikmat bahagia kepada TUHAN yang SATU.
Masihkah TUHAN ingin menerima doa seorang isteri sepertiku?

1 ulasan:

Muhamad Najib berkata...

Asalamualaikum, daripada pengurusan legacy1985.blogspot.com ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya. maaf zahir dan batin...teruskan berkarya