BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 21 Ogos 2011

Bab 26- Sayang sudahlah..


Bab 26
Sayang sudahlah
Jangan ada airmata lagi…

“ Papa Syahmi..” panggil si kembarku saat Syahmi masuk ke rumah yang telah dihadiahkan sempena perkahwinanku dua tahun dulu. Sejak si kembarku lahir, Dhani Syahdi dan Dhani Syahri itu memang rapat dengannya. Kadangkala, tidak menyempat aku meluangkan masa dengan mereka, pasti mereka berdua akan menerpa kepada Syahmi.
“ Mama Hani sihat?” soal Syahmi saat dia membalas pelukan Dhaniku yang pertama. Syahmi memang selalu begitu caranya bertanya khabar, menghormati aku dan aku senang dengan sikapnya itu.
Aku mengangguk menjawab pertanyaan itu.
“ Abang mana?” soalnya.
Aku tersenyum.
“ Biasalah… terperap dalam bilik bacaan tu..” balasku dengan tawa kecil. Begitulah sikap suamiku itu sejak dia diberikan jawatan menjadi dekan di sebuah universiti. Silapnya dia juga kerana tidak membenarkan aku bekerja demi anak-anak. Dulu aku sempat bertegang-urat dengan Zarul kerana ingin bekerja tapi dia bijak membuatkan aku mati kata dengan sebaris ayat saja.
Jaga anak-anak abang.
Syahmi ketawa.
“ Kenapa tak merajuk?” soal Syahmi, seperti sedang menghasut aku untuk melakukan sesuatu pula.
Aku menggeleng-geleng bersama senyuman.
“ Sebab saya dah berjanji tak akan buat Zarul susah hati..” jawabku dengan tenang kerana memang itulah janjiku saat TUHAN memberiku peluang mencintai dirinya. Bersyukur benarku di saat tahu Zarul selamat di pembedahan itu. Aku yang tidak sabar dan tidak menyempat terus saja menangis sedangkan khabar gembira yang disampaikan doktor itu belum lagi terluah.
Pipiku tiba-tiba dikucup.
Aku tersentak pantas menoleh. Di depan Syahmi, suamiku berani buat begitu sedangkan aku malu meskipun itu memang caranya menzahirkan rasa sayang kepadaku. Aku sempat mengerling Syahmi untuk melihat reaksinya atas sikap selamba abangnya itu. Tapi dia hanya tersengih.
Sikap dan tingkahnya diwarisi dari Zarul!
Pantas aku mencubit lengan suamiku itu.
“ Tak malu..” marahku sambil menjelingnya.
Zarul mencebik.
“ Eleh… sebab Syahmi ada di sinilah, sayang kata macam tu..” balas Zarul selamba sedangkan tawa Syahmi sudah memecah suasana.
Aku tidak lagi terkata membalas kata-kata suamiku itu.
Aku terus saja meninggalkan dari dua beradik itu menuju ke dapur pula untuk menyediakan minuman mereka berdua. Entah bila pula Zarul menuruti langkahku kerana tiba-tiba saja dia tersengih di tepi peti ais saat aku ingin mengambil air sejuk.
“ Hani marah abang?” soalnya.
Aku menggeleng.
Bukankah aku sudah berjanji untuk tidak menyimpan rasa susah di hatinya?
“ Merajuklah tu..” tekanya lagi dalam mengusik.
Aku menjelingnya saja dan terus membawa air sejuk untuk dicampur ke dalam gelas yang sudah sedia dengan perisa oren.
“ Marahlah tu..”
Aku tidak menjawab malah lebih selesa menyudahkan kerjaku. Malas melayan tingkahnya yang sengaja mengusik kesabaranku untuk selalu tidak bertenang selalu.
“ Sayang..” bisik Zarul di sisiku. Tangannya sengaja erat di pinggangku, membuatkan pergerakanku terbatas jadinya. Saat ini pula dia hendak mempamerkan rasa kasih. Kalau begini sudah Zarul mulakan, pasti ‘lain’ akhirnya.
“ Syahmi ada di luar lah..” jawabku perlahan sambil menolak tangannya yang kian kemas di pinggangku.
“ Abang tak kira..”
Aku mencubit tangannya yang melingkar itu tapi caraku itu langsung tidak berkesan. Dia memusingkan tubuhku untuk memandangnya pula yang sudah sedia dengan senyuman nakal. Aku terus mengalihkan pandangan dari renungan matanya yang sentiasa menghadirkan debar di hatiku.
“ Dah jadi mama anak-anak abang pun Hani masih malu dengan abang, kan..” bisik Zarul dalam suaranya yang gemersik, mempesona hidupku yang sememangnya tenggelam dalam lautan cintanya yang membara.
Wajahku seketika panas mendengar kenyataan itu.
Wajahnya sengaja didekatkan kepadaku. Bibirnya menyentuh dahiku dengan terlalu lama.
“ Thanks for loving me this strong..”  Zarul bersuara.
Aku sekadar mendengar, menghayati kata-katanya yang membuai perasaanku.
Bibirnya singgah ke pipi kanan dan pipi kiriku.
“ Thanks for being in love with me..”
Aku kian terbuai.
Bibirnya kali ini menyentuh bibirku pula. Aku pantas membuka mata dan melihat dia yang sengaja begitu di tempat yang terbuka.
“ Ops… sorry..” Syahmi yang sudah ada di muka pintu dapur terus berlalu meninggalkan kami bersama senyuman perli dan sinisnya, membuatkan aku malu sendiri dengan tingkah Zarul yang sengaja membuat aku begitu.
Zarul ketawa kecil.
Aku menarik muka rajuk.
“ Untuk ciuman itu…” Zarul ingin mengatakan sesuatu, ingin menarik semula perhatianku dan membelai jiwaku.
Aku ternanti-nanti jadinya dia meneruskan kata.
“ Untuk Hani yang mencintai abang..”
Lidahku kelu terus mendengar luahan hatinya itu. Semalam juga Zarul telah mengatakan ayat yang sama. Setiap saat, setiap detik, setiap waktu Zarul tetap akan ungkapkan ayat yang sama juga untukku.
Aku benar-benar terasa disayanginya lantas aku terus memeluknya dengan erat.
“ Hani sayang abang.. sayang sangat-sangat..” ucapku dengan suara yang mendatar kerana sesungguhnya aku memang benar mencintainya.
Zarul ketawa kecil.
“ Itu abang tahu…” balas Zarul bersahaja membuatkan aku geram dengan jawapannya itu.
“ Sayang.. sudahlah.. Jangan ada airmata lagi..”
Aku tidak menjawab tetapi tidak lagi memeluknya.
“ We are taking to much time preparing this for Syahmi..” kataku padanya sambil tersenyum manja. Aku terus mengambil dulang yang sudah terisi dengan air itu.
“ Kacaulah Syahmi ni..” rungut suamiku itu.
Aku menjeling.
“ Jahatlah abang ni..”
Zarul ketawa saja tapi langkahnya menyaingi langkahku menuju ke ruang tamu. Aku meletakkan minuman itu di atas meja sedang Syahmi sengaja tersenyum dan tersengih melihat kami berdua.
“ Apa mi? Jelous tengok abang dengan Hani yeh?” Zarul bersuara tiba-tiba, menegur tingkah Syahmi yang sengaja mengusik kami berdua itu. Anak-anak kembarku itu lebih senang berada di pangkuan Zarul.
Aku pantas memukul lengan Zarul saat mendengar dia menanyakan soalan itu. Bukankah itu mengingatkan kisah tadi?
“ Bukan cemburu bang,.. tapi abang tu tak sudah-sudah sayang orang..”
“ Yang abang sayang tu isteri abang.. Yang isteri abang tu Hani.. mestilah abang sayang..” balasnya bersahaja.
Aku mengerling Zarul saja yang sengaja meluahkan isi hatinya kepada Syahmi.
“ Yelah tu…”
Syahmi ketawa.
“ Eh betul yang.. memang abang sayang Hani..” balas Zarul bersungguh-sungguh.
Aku bukan tidak percaya pada suamiku itu tapi aku segan dia bermain kata di depan Syahmi pula.
Tawa Syahmi semakin galak berpadu dengan tawa Zarul.
“ Eish.. malaslah Hani layan abang dan Syahmi ni…”
Pantas aku meninggalkan suamiku dan adiknya ketawa bahagia di samping anak-anakku itu. Biarlah dia meluangkan lebih masa bersama kerana aku ada tanggungjawab lain yang perlu aku lakukan demi cinta hatiku dan permata-permata hatiku itu.

6 ulasan:

Salina Azni berkata...

Syukur coz Zarul masih disisi Hani... ingatkan tk dpt diselamatkan... huhuhuhu...cite ni ada lg,kn? best...

blinkalltheday berkata...

wahh,suke2..bestt n sweet sgt2..x tamat lagi,kan?ke,dah tamat?

Tanpa Nama berkata...

Saya suka sangat blog ni,
'coz cerita2 nya menarik,..

Unknown berkata...

Best best best
x tamat lgi kan?
I hope so

Seorg wanita... berkata...

Best! Best! Huhu..happy akhirnya... dapat baca romantisnya Hani dilayan oleh suami kesayangan.. ingatkan tak dapat diselamatkan... Syahmi pulak yg kata kat Hani, "Sayang sudahlah".. rupanya Zarul Syafi'e berjaya dibedah... :-)

Pandai HZ mainkan perasaan pembaca.. :-)

Tanpa Nama berkata...

haiii zai :P
4rm belun :P
using ur lappi hehehe