BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 31 Mei 2014

O.R.K.I.D BAB 43

Bab 43
O.R.K.I.D
(Ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali

          Pandangan mataku dan sepasang mata itu bagai tidak berkelip. Seakan sungguh tersimpan rindu yang membara. Jemariku erat digenggamnya. Tiada kata yang setakat ini terluah antara aku dan dia. Walau langkah antara kami sudah dimulakan, barang-barangku dibawakannya namun tiada kata masih terluah. Seakan bisu menjadi pilihan waktu. Menghanyutkan dua insan yang begitu intim dalam cinta.
          Beginikah dua insan yang merindu tanpa kata?
          Aku lemas dalam lautan bisu itu. Maka aku yang memilih untuk memulakan kata.
          “ Kenapa abang datang tak beritahu?” soalku penuh dengan perasaan ingin tahu.
          Dhani mengorak senyuman.
          “ Ingat tak malam tu ada orang kata dalam padat jadual abang tak ada tembus ke sini?” balas Dhani dengan pertanyaan.
          Aku tersengih lalu mengangguk.
          “ TUHAN dengar bisikan kita sayang. Walau sekadar semua itu lintasan hati kita…” bisiknya dekat di sisiku.
          Aku menjadi kelu. Begitulah selalu. Setiap jawapan Dhani kini yang begitu bersahaja jelas menusuk jauh ke dasar hatiku yang kini terbuka luas ruang untuk dia huni. Selalu tiada balasan mampu kuucap bila dia memaksudkan sesuatu yang tidak kuduga kata-katanya.
          “ Kalaupun jarak yang memisahkan kita, doa akan selalu mendekatkan kita..”
          Aku menghentikan langkah dan menunduk. Begitu syahdu luahannya menyentuh ruang hatiku. Dhani menyentuh tangan kananku dengan erat. Seakan mengajakku memandangnya dan melihat jauh ke dalam anak matanya yang sarat dengan kerinduan.
          “ Tahu tak? Selagimana kita jujur menyayangi seseorang, TUHAN akan perkenankan apa yang kita doakan. Meskipun jarak telah menjauhkan kita, kekuatan doa dan bisikan hati kita yang membuatkan kita tidak pernah jauh..”
          Bibir kuketap kuat. Hampir berguguran airmata yang kini sudah di hujung mata. Kata-katanya sungguh menyentuh hatiku. Dulu, aku rasakan cinta hanya tahu memberiku kesedihan setelah lalui kebahagiaan yang sementara. Namun kini, tika bersama suamiku ini kesedihan lalu dihujani dengan kebahagiaan yang tidak pernah kusangka.
          Inikah cinta yang sesungguhnya?
          Dhani menggengam erat jemariku dan mengajakku menghampiri jambatan sungai yang terkenal berhampiran kota Paris itu.
          Sungai Seine.
          Keindahannya jelas menghanyutkan aku dalam perasaan cinta yang begitu mendalam bersama insan yang aku tinggalkan demi mencapai azam yang tertangguh. Walaupun sinar mentari menyinar garang namun itu tidak memberi apa-apa kesan kepada kami kerana kedinginan salji yang menebal di bumi Perancis ini. Dhani mengajak untuk duduk di bangku yang ada tidak jauh di situ. Namun isterinya ini menolak. Aku lebih memilih untuk duduk dipangkuannya dan memeluk manja lehernya. Jelas kelihatan hembusan dingin nafasnya.
          Aku tersenyum manja.
          “ Sayang dah berat..” adunya dalam usikan.
          Aku sekadar tertawa.
          “ Tahu tak siapa punca ni?” balasku menyahut usikannya.
          Dhani mengangkat bahu. Pantas kupukul manja bahunya kerana respon yang selamba itu. Tidak lama, tawanya dan tawaku berpadu hingga menarik perhatian beberapa orang yang sedang lalu-lalang di situ.
          Aku pantas menekup mulut.
          “Orang pandang kita..” ucapku seakan berbisik.
          “Biarlah…”
          Aku membuat muka geram.
          “ Abang begitu ingin semua orang tahu yang abang sayang dan cintai Sara…”
          Aku mengangkat kening kanan. Menanti dia menyambung kata-kata yang seakan terputus dan tergantung.
          “Bumi Perancis ini menjadi saksi. Sara akan selalu di hati abang walau andai suatu masa nanti Sara sudah tak peduli abang. Sara akan selalu jadi keutamaan abang pada saat Sara begitu memerlukan meski terkadang abang terpaksa akur dengan keadaan kita begini. Yang jauh dan sarat kerinduan…” sambungnya dan kali ini kedengaran begitu dekat di hati.
          Aku mengigit bibir dengan kuat menahan rasa yang pelbagai. Dhani memang sengaja menguji hatiku.
          “ Abangkan pernah berjanji untuk redha dengan apa yang kita lalui..” balasku memandang tepat ke dalam anak matanya.
          Dhani mengangguk.
          “ Kerana janji itulah abang selalu berusaha untuk membahagiakan Sara dengan melakukan apa yang Sara harapkan…”
          Aku sekadar memandangnya.
          “ Hinggalah abang tidak mampu melawan rasa rindu yang begitu ingin memeluk isteri abang ini..” sambungnya sambil mengeratkan pelukan.
          Kehangatan yang begitu kurindu.
          “ Sebab itu agaknya kapal terbang yang abang pandu tersesat ke sini?” bisikku dalam nada mengusik.
          Dhani sekadar menggumam.
          “ Siapa tak rindu dengan isteri yang manja dan suka menggoda abang ni…” balasnya dalam bisikan.
          Aku tertawa.
          “ Sebab itulah abang jemput isteri yang dulu abang hantar kemari…” sambungnya lalu ketawa.
          Aku tersenyum kecil mendengar kata-katanya. Dhani kemudiannya mengajak pulang ke rumah sebelum memilih untuk bertolak lebih awal ke lapangan terbang atau lebih sinonim dalam bahasa Perancisnya AĆ©roport Paris-Charles de Gaulle.
          Sungguh tidak sabar untukku pulang ke tanah tumpah darahku. Aku memilih untuk berpegangan tangan dengan suamiku.
          “Apa yang menyebabkan Sara tidak sabar pulang?” soal Dhani tanpaku duga.
“ Satu saja..”
Dhani menanti penuh sabar.
“ Shopping barang baby kita…”

Lalu tawaku bebas di situ.

Jumaat, 30 Mei 2014

O.R.K.I.D BAB 42

Bab 42
O.R.K.I.D
(Ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali

          Deringan loceng di luar bilik kuliah memberi maksud kuliah hari ini telah berakhir. Apa yang menyebabkan aku lebih gembira lagi ialah malam ini aku akan menaiki kapal terbang lalu pulang ke tanahairku. Semalam, sibuk benarku mengemas barang-barang yang akan dibawa. Apatah lagi kali ini bercuti untuk tempoh yang lama dari sebelumnya.
          “ Maisara..”
          Aku menoleh sekilas teman di sisiku.
          “ Ya?” balasku.
          Amira mendekatiku. Tangannya ligat menolongku mengemas buku-buku yang tebal diambilnya perlahan dari tanganku.
          “ Berapa kali kena pesan ni jangan bawa barang berat. Tu, dah berapa bulan tu?” sambung Amira lagi sambil muncung mulutnya menunjuk sesuatu ke tubuhku.
          Aku tersengih.
          “ Yalah cik kak oii…” balasku. Amira memang cukup prihatin akan segala kebajikanku. Sejak peristiwa aku masuk rumah sakit dulu, Amira terus memilih untuk mendampingiku. Garang juga Amira sampai sejak dia memberi amaran kepada Fahrin, dia tidak muncul-muncul lagi menemuiku. Aku memang boleh agak. Fahrin bukan jenis yang bersungguh mengotakan kata. Senangnya dia berjanji lalu meninggalkan janji yang hanya janji saja.
          Tidak takutkah nanti dia menjadi munafik?
Aku beriringan bersama Amira berjalan bersama menuju ke ruang legar di universiti kami itu. Tidak banyak lagi kelibat pelajar yang lain di situ. Mungkin semuanya sudah meraikan hari ‘kebebasan’ sementara itu dengan pelbagai perancangan yang lain. Mungkin ada yang memilih menghabiskan cuti kembali ke pangkuan keluarga atau bekerja sementara.
          “ Bila due ni nanti?” soal Amira memecah kesunyian. Wajahnya sedikit memerah dipancar mentari.
          “ Dalam dua bulan lagi Insya Allah..”
          “Mesti persediaan dah banyakkan?”
          Aku menggeleng.
          “Tak juga. Belum beli banyak barang lagi. Yang hari itu kita jalan sama sekadar permulaan saja. Manalah tahu nanti tak balik ke sini lepas bersalin…” balasku seraya tertawa.
          Bahuku ditepuk.
          “Yalahkan. Bukan senang nak beli barang anak di sini. Banyak untuk orang bercinta saja..” balasku lagi.
          “Tapi tak seperti kita boleh dapat di Negara kitakan..”
          Aku mengangguk.
          “Memanglah. Kualiti barang di sini lembut. Rasa macam nak tumpang pakai sekali…”
          Amira memadu tawa bersamaku. Tidak sangka dia mengiakan jua apa yang aku katakan itu. Banyak yang kami bualkan bersama memandangkan aku akan meninggalkan dia di sini. Kata Amira, dia belum mahu pulang lagi kerana dia ingin bercuti menjelajah eropah. Inilah peluang yang paling jarang sekali akan dia perolehi katanya.
          Memang ada-ada saja yang dibuatnya. Kadang tawa kami mengundang reaksi masyarakt di sekeliling. Bukan kerana tawa kami membuatkan mereka hairan namun pasti kerana logat bahasa kami yang jelasnya berlainan dengan mereka.
Dalam pada kami beriringan, langkah Amira tiba-tiba berhenti. Pantas saja dia menarik tanganku untuk mematikan langkah yang sama. Aku menjadi hairan dengan serta-merta.
          “Kenapa?”
          Isyarat bibirnya menunjukkan kepada sesuatu yang ada di hadapan kami saat itu. Lantaran rasa ingin tahu, aku memandang jua ke arah sesuatu yang dimaksudkannya. Ada susuk tubuh seseorang sedang bersandar di sisi tiang berdekatan dengan pondok telefon. Jelas sekali pandangan ditujukan kepada kami.
          “ Abang?” seruku antara dengan dan tidak. Langkahku, suaraku, detakan jantungku, masaku dan segalanya yang ada saat itu kaku.
          Cinta hatiku di depanku. Hendak percaya susah. Tidak mempercayai apatah lagi. Memang sudah ada di depan mata.
          Aku tiba-tiba disiku Amira. Dia mengisyaratkan agar aku pergi menghampiri suamiku yang sudah berpeluk tubuh tidak jauh dari kami. Sebenarnya, bukan aku tidak mahu meluru laju kepada suamiku itu tapi aku terang-terangan terasa bahagia.
          Dhaniku makin segak!
          “ Cik husband ni gerenti tak pesan datang kemari kan?” soal Amira memecah kekeliruanku saat itu.
          Aku tersenyum dan mengangguk.
          “ Best dapat macam dia..”
          Aku mengangguk lagi. Aku menyentuh tangan Amira dan memandang tepat ke anak matanya. Jelas sinar matanya memberiku keizinan untuk kembali kepada suamiku. Kali ini dia percaya bahawa aku memang selamat dalam jagaan suamiku. Meskipun aku terkejut dengan kedatangan Dhani yang tidak berkata ingin menjemputku sendiri ke sini namun aku memang begitu mengharapkan kehadirannya. Biarlah datang dan kembaliku tetap bersama dia.
          Aku memeluk Amira tanpa menunggu dia membalas genggaman tangannya. Sayangnya tidak sesempurna pelukan kerana si kecilku menjadi penghalang.
          Aku dan Amira tergelak.
          “ Pergilah. Dua-dua sudah rindu..”
          Aku tergelak kecil dengan usikan Amira. Aku kemudiannya mengambil buku-buku yang ada di tangannya. Sempatku melambai kepada Amira sebelum aku tenggelam erat dalam pelukan arjuna hatiku.
          Benarlah.
Tidak dapat kuluah perasaanku saat ini bila kembali berdepan dengan Dhani yang sememangnya begitu setia menantiku. Menyayangiku. Untuk seumur hidup.
Aku terus lemas dalam pandangan matanya yang sarat dengan rindu.

          Namun kutetap percaya, akan ada ketikanya, rindu itu hanya dua hati yang memahami rasanya.

Khamis, 29 Mei 2014

O.RK.I.D 41

Bab 41
O.R.K.I.D
(Ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali

“ Sara, berapa kali abang perlu pesan untuk jangan menangis lagi?” separuh berbisik kedengaran suara Dhani di corong telefon.
Aku menggigit bibir dengan kuat. Bukan sekali dua dia menegur aku untuk tidak membuang airmata. Cuma, aku di sini juga terasa sepi merasai rindu yang sama seperti dia.
“ Sara rindu abang juga..” balasku perlahan dan sedikit manja.
Hela nafas Dhani jelas kedengaran. Itu yang kurindu.
Kudengar Dhani tertawa kecil di hujung talian. Banyak cerita dilaporkannya kepadaku termasuklah jadual penerbangannya yang terlalu padat minggu ini.
“ Padat-padat pun tak ada tembus juga ke Paris..” jawabku selamba.
“ hai.. sindirkah apa?” balas Dhani.
Aku ketawa manja.
“ Tak adalah. Sara minta maaf..” sahutku bersungguh. Langsung tidak berniat untuk mengguris hati suamiku itu.
“ Kenapa sekarang baru ada masa ni? Banyak sangat kerja sekolah?”
Aku menggumam.
“Baby okey tak?”
Aku menggumam lagi. Kali ini lebih manja.
“ Sayang…”
Aku ketawa kecil.
“Abang rindu sangat ni. Janganlah seksa batin abang begini..” tegur Dhani seakan tidak berpuas hati dengan usikanku itu.
          “ Abang ni kan, Sara rindu juga. Walaupun kita jauh, abang tak perlu risau sangat. Hati Sara takkan berubah..” balasku sedikit beremosi. Bukan aku ragui kepercayaan Dhani terhadapku cuma aku perlu hari demi hari berikan dia keyakinan agar dia rasai selesa dan tenang mencintaiku. Aku juga rindui dia kalau dia rindui aku. Jika cinta, apatah lagi. Memang aku rasai perasaan yang sama. Walaupun rasanya kami seperti baru bercinta namun aku tidak mau perasaan ini sementara saja. Aku mahu dialah yang terakhir yang akan menjaga aku hingga ke akhir usia.
          Hanya dia.
          Ada waktu dan ketika aku rasakan, cukuplah aku dan dia rasai apa yang tertulis di hati. Tak perlu selalu diungkap dan tak perlu selalu dibicarakan.
          “ Sara banyak kerja sekolah tadi. Tak perasan betul hari dah lewat. Sebab tu Sara baru ada peluang call abang waktu ini. Maaflah kalau Sara ganggu waktu rehat abang..” balasku kali ini dalam nada pujukan.
          “ Abang okey saja Sara. Utamakan dulu apa yang lebih utama..”
          “ Sara faham maksud abang. Cuma, Sara nak abang tahu yang abang tetap paling utama dalam hidup Sara. Abang perlu ingat tu..” aduku manja-manja.
          Sungguh.
Aku rindu bersama berduaan di pangkuan Dhani. Bersandar manja di sisinya. Berkongsi cerita. Melakukan aktiviti bersama apatah lagi ber’dating’ dengan suamiku itu. Segalanya kini menjadi kerinduan.
          “ Okeylah abang. Dah lewat..” putusku untuk mengakhiri panggilan. Dia berpesan perkara yang sama. Selalu ulang yang sama dan peringatan yang sama.
          Takut benarkah Dhani akan kehilanganku?
          Aku meletakkan telefon bimbit di sisi lampu tidur dengan senyuman. Terkenang perbualan dan melayang mengingat Dhaniku. Aku menuju ke jendela yang jelas menunjuk gah berdiri Eiffel Tower, lambang tugu cinta di kota cinta. Perasaanku berbaur pelbagai rasa. Kemilau indah lampu neon di ketika itu, di malam itu menyuntik rinduku. Rintik-rintik salju mula turun. Sekali lagi kota cinta ini disimbahi salju dingin. Jika berterusan, kedinginan akan jelas terasa. Sekeliling akan bertambah indah lalu rasa cinta makin mekar dan ingatan rindu melayang sudah.
          Ah…
          Membara rasaku.
          Aku menyentuh rintik salju yang singgah di jendela bersama harapan dan rindu. Hatiku menjadi sayu dan sendu. Sungguh saat ini aku terasa jauh dari suamiku. Bagai kehilangan tapi tidak. Sampai rasanya aku seakan ingin terbang pulang menemui suamiku. Walaupun hamper 3 bulan sudah aku di sini, namun hatiku tetap milik tempat kelahiranku. Begitu sekali aku ingin pulang. Syukur juga di sini aku perlu menyiapkan satu tesis terlebih dahulu untuk melanjutkan ke semester selanjutnya. Makanya aku terus berusaha mengasah fikiranku, demi dia dan anakku.
          Aku mengeluh sepi.
          Adakalanya rindu itu tidak mampu kuungkap. Cukuplah hanya hatiku dan hatinya yang rasa.

Isnin, 26 Mei 2014

O.R.K.I.D 40

Bab 40
O.R.K.I.D
(Ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali

          Buku-buku dan nota-nota penting aku biarkan berselerak di atas meja belajar. Sengal bahu dan jari-jemariku setelah seharian berdepan Komputer riba untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Sudah terlalu lama tidak mengasah kebolehan berfikir untuk menyuakan cadangan dan pendapat. Pada awalnya memang janggal bila mula memberi peluang diri untuk kembali belajar semula. Namun, lantaran inilah impianku sebelum ini, maka aku tekad berusaha dan terus berjuang demi masa depanku. Bukan untuk menunjuk-nunjuk namun inilah antara bakti yang dapat aku sumbangkan. Kalau bukan mega untuk masyarakat atau negaraku, mungkin untuk keluargaku secara amnya.
          Keluarga!
          Aku mengusap perutku yang sudah nampak bentuknya. Terkenangku kepada Dhani. Sedang apa dan berbuat apa suamiku itu? Jam sebegini mungkin dia masih lena atau ada kerja lebih masa. Tambahan pula di tanahairku, jam sebegini masih lagi malam. Hari ini belum aku memberi sebarang laporan harianku lantaran aku begitu asyik mengutamakan kerja sekolahku. Mungkin bimbang suamiku itu.
          Aku menghela nafas berat. Dahi kupicit sedikit. Penat di tengkuk juga terasa. Inilah bahana agaknya terlalu memaksa melakukan sesuatu. Makan tengahari terlepas. Sebelum ada apa-apa terjadi yang aku sendiri tidak sukai, aku menguatkan semangat dan diriku sendiri ke dapur. Pasti lauk-pauk sarapan pagiku tadi masih bagus lagi. Tidak perlu kuhirau banyak sangat kerana aku makan berat tadi pagi.
          Nasi lemak ayam merah.
          Aku memilih untuk memanaskan bakinya dengan microwave saja. Ini bukan kerana aku malas tapi memilih untuk menyenangkan diri sendiri. Tinggal sendirian tidak menjadikan aku kekok untuk melakukan apasaja yang aku sukai. Aku membawa isi makananku semuanya ke meja kecil. Dengan lafaz basmalah aku mula menikmati rezeki pemberian TUHAN, hasil usaha suamiku yang sungguh rajin member perbelanjaan lebih untuk isterinya ini. Kalau tidak berkira-kira, memang aku habiskan untuk membeli-belah barang-barang anak. Namun, disebabkan aku belum teruja membeli kerana keinginan keliru untuk memilih tanpa Dhani, maka aku bantutkan hasratku dulu. Aku begini ingin membeli-belah keperluan anak kami ini bersama-sama. Mungkin berbeza keinginan namun biarlah. Anak yang kukandung ini anak kami bersama. Yang memang layak mendapat perhatian dan kasih sayang dariku dan juga abahnya.
          Aku tersenyum sendiri ketika menikmati makanan ini.
          Suamiku, Dhani dalam ingatan kini.    
          Aduhai, pasrahku dengan rasa hati ini. Lepas makan inilah nanti aku akan hubungi suamiku itu. Resah juga kalau seharian tidak mendengar celotehnya. Harap-harap cik abangku itu belum tidur lagi.
          Aku mempercepatkan waktu makan. Selesai suapan terakhir, aku terus membersihkan bekas dan terus menuju ke bilik tidurku. Kucapai telefon bimbit di sisi lampu tidur.
          Aku menekup mulutku.
          10 miss called.
          ‘ Sayang mana? Tak ada cerita hari ini? Abang rindu. Hujan di sini. Sejuk. Terkenang kuat abang pada Sara..’
          Pesanan ringkasnya meruntun hatiku. Maka terus aku menekan punat untuk menelefon suamiku itu. Lama kunanti deringan telefon sampai hampir hilang asa menunggu hinggalah berjawab akhirnya.
          “ Assalammualaikum. I miss you sayang…” jawab Dhani separuh berbisik.
          Belum sempat aku menyapa, permulaan kata itu menggigit tangkai hatiku bersama kerinduan sesungguhnya.
          Bermain air-air jernih di tubir mata.
          Dhani…
          Kelu aku kerana aku juga merindu.

O.R.K.I.D 39

Bab 39
O.R.K.I.D
(ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali

          Malamku terasa sunyi. Sangkaanku tepat bila malam ini Dhani tidak datang untuk memujukku dan tidur bersama. Walaupun sesekali kami berselisih ketika berlegar di ruang rumah namun segaris senyum di wajah Dhani tidak terlukis. Aku lelah sudah berterus-terang. Alasanku beri dia curigai. Aku tidak boleh menyalahkan Fahrin. Dia berhak datang ke sini kerana negara ini bukan kepunyaanku ataupun Dhani. Tambahan lagi aku tiada hak untuk melarangnya. Aku penat terus-terusan mempertahankan diriku bila Dhani hanya berdiam diri begitu.
          Aku tahu aku tidak bersalah makanya aku malas mahu memujuknya lagi. Aku Cuma berharap Dhani sedar akan keadaan sebenar. Biarlah dia ambil seberapa banyak masa sekalipun, aku tetap tidak akan ubah pendirian dan keputusanku untuk memilihnya. Kalau waktu ini dia memilih untuk mogok, terserah. Yang aku tahu aku tidak bersalah. Bukan kerana aku ego untuk memujuk suamiku sendiri tapi aku kecewa Dhani menyimpan ragu kepadaku. Mungkin kalau dia masih berkeras, aku akan memilih keputusan kritis yang mungkin akan membuatkan dia menyesal. Andai saja waktu itu tiba, Dhani akan melihat aku adalah perempuan sekeras batu.
          Saat terkenang dia itu, perutku pula berdendang, terasa lapar. Sejak tiba tadi, aku masih belum mengisi perut. rasa pedih benar. Kalau di rumah, pasti Dhani sudah menghidangkanku buah strawberi bersama krim susu manis dan segelas susu berperisa coklat. Terkilannya aku di sini, Dhani tidak pula begitu. Sedih memang sedih tapi apa daya, mungkin aku harus biasakan diri begini. Aku terasa kehadiran Dhani di sini sia-sia saja.
          Kenapa dekat tapi jauh?
          Aku melenggang menuju ke dapur untuk mencari makanan yang boleh mengalas perutku ini. Tidak tertahan rasanya berlapar.Bukan hanya aku tetapi saja yang merasakan tetapi juga anak dalam kandunganku ini.
Aku hanya terpandang mee segera saja. Aku teragak-agak untuk memasaknya sebagai alas perut kerana jika Dhani tahu, pasti dia akan berleter panjang kerana katanya itu tidak baik untuk kesihatan.
Masalahnya, apa lagi yang tertinggal?
Sedangku sibuk menanak air panas, aku terdengar suara seakan ketawa riang di ruang tamu. Lantas tidak ingin rasa ingin tahu berpanjangan, aku pun menjenguk.
Aku terkelu waktu terpandang Dhani sedang berpelukan walaupun hanya sekejap sebagai tanda bersapa, menerima kedatangan yang mungkin kawannya yang dimaksudkannya kepadaku dulu. Tingkah itu buat aku rasa menyampah. Perempuan itu bagai tidak tahu batas pergaulan dengan suami orang.
“ Hai…”
Aku tersentak bila dia menyapaku dari muka pintu itu. Wajahnya nampak gembira saja. Mungkin kerana baru bertemu dengan Dhani yang dikatakan kawan lamanya itu.
Aku menggaris senyuman kelat ketika terlihat Dhani yang nyata terkejut melihat aku tercegat di situ.
“ Hai..” balasku selamba tapi aku sempat menjeling Dhani. Aku berkira-kira sudah untuk berlalu apabila terdengar cerekku di dapur sudah berbunyi.
“ Tak sangka budaya kita di negeri orang berubah..” sindirku lantas berlalu meninggalkan mereka berdua termangu di situ mendengar kata-kataku. Aku amat berharap mereka faham maksudku. Memang tidak patut sekali apabila bertemu dengan suami orang, dia tanpa segan silu berpelukan. Itu bukan budaya kita menyapa orang. Sepatutnya mereka berjabat tangan. Sekadar berjabat tangan saja. Tidak lebih dari itu!
Bukan begitu!
Dalam aku mengomel sendiri itu, aku terkejut kecil apabila terpandang Dhani di muka pintu dapur. Aku sempat mengerlingnya sekilas sebelum aku menyuapkan mee segera itu ke mulutku.
“ Sayang… abang tak suka sayang makan makanan segera ni..” tegur Dhani perlahan seraya dia mengambil mee itu di depanku. Aku yang duduk di meja makan itu hanya terdiam. Lantaran aku hanya mampu membisu di situ, pantas aku bangkit dari situ untuk ke bilik.
Tanganku ditarik.
Langkahku mati tapi aku tidak menoleh kepadanya.
“ Abang tahu sayang marah tapi kita ada tetamu. Jomlah abang perkenalkan…”
Aku menarik perlahan tanganku.
“ Malaslah…” aku menolak dan masih berkira-kira mahu kembali semula ke bilik. Aku sempat mendengar Dhani merengus sebelum aku mematahkan hasrat untuk kembali bersamanya keluar. Selama ini, aku tidak mendengar Dhani begitu.
“ Abang janji.. lepas ni abang belanja sayang makan..” janji Dhani dalam senyumannya.
Aku sekadar mengangguk saja, menerima cadangannya begitu sahaja dengan hati yang terbuka.
Pilihan apa lagi yang kuada selain menerima saja apa yang dicadangkannya. Daripada aku biarkan masa berharga dengannya berlalu, lebih baik aku habiskannya dengan melakar penuh kenangan. Bimbang nanti bila terlalu lama berjauhan, rinduku akan membatasi rasa cinta.
Penat lama-lama rindu.
Kan?
Bila rindu, semua waktu menjadi resah dan gundah. Hendak makan terkenang dia, lapar nanti jadinya.
Aku tersengih sendiri.

Beginilah bila sayang melebihi akal. Melebihi batas keinginan hati.

Sabtu, 24 Mei 2014

O.R.K.I.D BAB 38

Bab 38
O.R.K.I.D
(Ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali

Good morning mother to be…” sapa salah seorang jururawat yang sedang menyelak tabir jendela di dalam bilik itu. Seorang lagi sedang membawakan sarapan segelas susu dan roti bakar di atas meja berhampiran katilku.
Aku sekadar mengangguk kerana merasa janggal dilayan sebegitu walaupun mereka kelihatan ramah dan begitu prihatin terhadapku.Mungkin juga kerana aku sudah terbiasa makan sarapan sendiri pada asalnya.Namun, lantaran musibah ini aku jadi kaku dan kekok pula.
Well mam, you’ll be staying for another two nights but not to worry. There is nothing bad happens between you and your precious one…” sambung jururawat yang berbadan molek itu. Mendengar kata-katanya, aku menjadi berbaur rasa. Gembira dan gelisah bercampur satu. Bimbang kerana bila terus-terusan berada di sini, Fahrin nantinya mengambil kesempatan untuk meluangkan waktu. Menggunung bimbangku kerana aku khuatir dengan keselamatan anakku ini kerana kecuaianku nanti melayan emosi atau kerana ingin lari dari realiti yang memedihkan hatiku kerana kemunculan Fahrin di sini. Namun, secara jujurnya itu bukan masalah besar andai benar aku begitu tulus menyayangi Dhani.
Bukankah begitu sepatutnya yang aku rasa sebegai seorang isteri yang tahu erti kesetiaan?
Rayulah seribu kali.
Sejuta kali.
Setiap hari.
Maisara ini, takkan berpaling.
Cukup sudah aku disakiti. Cukup sudah maruahku dia calar tanpa belas di hati. Lukanya benar-benar membuat aku lupa diri. Seakan tiada iman di hati. Sampai aku ragu memberi hati kembali pada insan yang tahu menghargai sebuah janji.
Dhani.
Suamiku kini.
So, got to go. You can just press the bell if you need any..”
Aku mengangguk.
Terganggu ingatan laluku mengenang kisah yang cukup mengguris sekeping hatiku. Sarapan yang dihidang kupandang sepi dan tiada erti. Bukan kerana aku tidak mensyukuri tetapi kerana kini, ingatan lama itu begitu kuat berlegar di belahan memori.
Perlukah aku kenang kembali?
Dulu…
Fahrin janjikan aku seribu kebahagiaan.
Dulu..
Fahrin janjikan aku dilimpahi kasih sayang.
Dulu..
Fahrin janjikan akulah penyeri hidupnya.
Tapi….
Ungkapan malam itu, terlalu mengguris hatiku!
Rasanya saat putus cinta, hanya ingin mati.
Benar.
Aku waktu itu seakan hilang pedoman.
Bodoh benar kerana terlalu banyak menangis. Menangis untuk sesuatu yang begitu melukakan hati. Setiap saat dan waktu, aku berharap dia kembali. Jendela hatiku sepi tanpa balasan cintanya. Setiap saat aku payah melerai rindu.
Kerana apa?
Kerana aku pernah berjanji akan cintai dia bila dia cintai aku. Membalas rindu jika dia merindu. Menunai janji jika dia benar mencintai.
Dan…
Bila kini dia kembali lagi kerana adanya penyesalan tidak berbelah bagi, aku yang dilema kini.
Ah…
Bodohnya perasaan ini!
Aku tidak mahu mencurangi suamiku sendiri. Dhani lebih baik dari dia.
Lebih menyayangi dari dia.
Lebih dari segalanya!
Sayangnya Dhani kepadaku, melebihi sayang Fahrin. Aku yakin itu. Aku masih terkenang di saat dia begitu menyimpan curiga kepadaku kerana kehadiran bekas tunanganku di bumi Perancis itu.
Pasti kehadiran Fahrin begitu mengguris hati dan perasaannya. Pasti kedatangan Fahrin seakan menggugat kesungguhan cintanya kepadaku.
Dhani…

Betapa dia di malam itu….
Bermain kuat diingatanku peristiwa di malam itu.

O.R.K.I.D BAB 37

Bab 37
O.R.K.I.D
(Ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali
          Aku bersandar lega setelah Fahrin meninggalkan aku sendirian di dalam bilik itu.Terdengar helaan nafas berat dariku.Sesekali aku mengusap perutku yang sudah beransur hilang rasa senaknya.
          Alhamdulilah… komplikasi yang aku alami tadi adalah kerana aku melakukan pergerakan pantas tanpa batas dan kerana emosi yang tidak stabil.Makanya aku merasakan begitu dan akhirnya jatuh pengsan.Aku juga dikhabarkan oleh jururawat yang fasih berbahasa Inggeris itu bahawa aku digegaskan kemarilah dibawa oleh suamiku.Mulanya aku terkejut juga dengan perkhabaran yang disampaikannya.Yang kupasti dan yakin, Dhani tidak ada di sini.
          Ah.,.aku tahu.
          Pasti Fahrin yang dimaksudkannya.
          Dalam suasana sunyi itulah aku terkenangkan Dhani. Sedang berbuat apa suamiku itu saat ini. Pantas, aku bergegas mencari telefon bimbitku di dalam beg sandangku yang tersimpan kemas di sisi bantal.
          12 misscalled dan 30 messages received?
          Aku menelan liur.
          Sudah pasti resahnya suamiku itu tiada henti.Tanpa lengah, aku terus membuat panggilan ke taliannya. Lama aku menunggu panggilan berjawab sehinggalah satu suara yang kurindu mula menyapa.
          “ Sorry…” pintaku di awal perbualan.
          Dhani hanya menggumam.
          Merajukkah suamiku itu?
          “ Kenapa tak balas mesej abang?” soalnya dalam suara yang antara dengar dan tidak. Bagai orang mamai saja lagaknya. Kukerling jam di tanganku.
          Aku menepuk dahi.
          Patutlah… rupanya di sana waktu subuh.
          Haruskah aku mengkhabarkan kepada Dhani tentang ‘kemalangan’ yang aku alami saat ini?
          “ Sorry.. handphone Sara in silent mode..”
          Kudengar Dhani berdehem membetulkan suaranya.
          “ Sayang dah ada assignments?”
          Aku ketawa kecil.
Itulah sikap suamiku, sekalipun dia tidak menyimpan curiga padaku. Apakah aku harus menceritakan perihal Fahrin yang kini mengganggu ketenangan hidupku ini kepada Dhani?Aku tidak rela dia menyimpan rasa bimbang apatah lagi curiga.Namun, apakah aku sanggup menyembunyikannya sendiri lagi?
“ Belum lagi..” sambungku dalam nada berbisik.
“ Baby kita okay?”
“Yeap… sangat okay… Rindu daddy agaknya..” balasku dengan manja.
Dhani di hujung telefon ketawa bahagia.Tawa itulah yang aku rindu.Kalaulah Dhani ada di sini, tentu dia sedang erat memelukku.
“ Abang offday tak?” soalku.
“ A’aah.. tapi lusa mula terbang lagi..”
“ Kali ni kemana?”
“ Sara hope fly ke Paris eh?” usiknya lagi tanpa menjawab dengan jelas atas pertanyaanku itu.
Aku tergelak.
“ Manalah tahu..” sambungku.
Dhani melepas tawa.
“ Tak sayang..” khabarnya perlahan.
Aku mematikan tawa yang masih bersisa.Meskipun jawapannya itu tidak seperti yang aku harapkan namun aku bersyukur.Sekurang-kurangnya Dhani tidak lagi ‘melarikan diri’ dari waktunya bekerja kerana rindu padaku seperti yang pernah dia lakukan sewaktu kami masih baru bercinta-cintaan.
Aku tersenyum mengenangkan saat itu.
Nakal suamiku ini!
Ingatanku pada kenangan yang satu itu perlahan-lahan menghilang mendengar segala butir bicara Dhani yang lebih kepada nasihat dan pesanan itu.Walaupun sesungguhnya suaranya kedengaran jelas di pendengaranku namun sedikit pun tidak masuk ke dalam fikiranku.Yang aku tahu, aku rindu dia berceloteh panjang begini bila berduaan dengannya. Yang aku tahu, aku rindu dimanjanya dengan pelbagai makanan yang dihidangnya dengan cara yang berbeza demi menzahirkan rasa kasihnya padaku.
Lantaran itu, hatiku diketuk sayu.Tanpaku pinta, aku melepaskan sendu di situ.
“ Eh.. sayang okay tak? Abang tak marah sayang pun..” suara Dhani kedengaran cemas tiba-tiba di hujung corong itu. Mungkin dia terkesan dengan bunyi esakanku yang sebenarnya tidak aku pinta ini.
“Sara… abang pesan sajalah..” pujuknya lagi.
Aku mengetap bibir dengan kuat.Cuba menghalang tangis dari berterusan jatuh.Memang Dhani tidak ada melukakan hatiku langsung.Aku cuma berasa sedih kerana terasa jauh darinya dan kerana rindu yang terlalu berat padanya.
“ Abang tak marahkan Sara lah..” balasku dalam suara mendatar menahan rasa terharu kerana keprihatinannya padaku.
Dhani ketawa kecil.
“ Habis tu, kenapa Sara menangis?” soalnya bagai mengusik.
Aku menarik muka meskipun aku tahu Dhani tidak melihat tingkahku itu.
“ Rindu…” bisikku bagai merayu dan mendayu pada sang pencinta hatiku, suamiku Dhani.
Dhani pula diam. Dia juga rindu.Dia juga ingin bertemu.Tapi, dia akur pada masa yang mahukan dia dan Maisaraa berpisah dalam ruang waktu seketika.
“ Percayalah Sara.. Jauh mana jarak kita, lama mana pun kita tak jumpa.. Hati, sayang, rindu, kasih, cinta dan sayang abang hanya buat isteri abang.. Tiada yang lain..” luahnya penuh perasaan dan sekali lagi mengundang pilu di jiwaku.
Aku mengigit bibir menahan airmata yang ingin jatuh lagi di hujung mata.Aku segera meminta menyudahkan perbualan kerana ingin masuk tidur sedang yang sejujurnya aku tidak ingin terus-terusan bermain perasaan.Aku bimbang aku tidak kuat berjauhan dengan Dhani.
Aku menekan punat merah mematikan panggilan setelah Dhani mengucapkan salam dan kata cintanya. Aku bersandar dan memejam mata.Jauh hatiku terbang mengembara mencari sekeping hati lagi yang ada pada Dhani.
“ abang… Cinta Sara dari kejauhan ini, membara…” bisik hatiku di angin lalu.
Lantas, menggebu-gebu rasa rindu di hatiku ini padanya.
Inikah namanya cinta isteri yang jauh dari suami?

Kembara sebuah rindu

Pada sekeping hati yang asing
Demi suatu detik yang beredar
Berlalu dan menghilang
Ada suatu perjalanan tanpa arah
Itulah kembara sebuah rindu…

Lumrah satu perasaan
Suka duka tangis bahagia
Terbanglah bersama angin perlahan
Lalu
Singgah ia pada sebuah kenangan lama
Itulah kembara sebuah rindu..

Kembalilah hati pada pemiliknya
Simpanlah segala memori yang ada
Bernafas lega pada alam nyata
Menjauhlah pada yang membawa duka
Usirlah rasa yang menyeksa
Tinggalkan dia..
Pergilah darinya
Tinggalkan saja
Biarkan berlalu kembara sebuah rindu

Kata-kata itu berlegar bebas dalam fikiranku ketika ini.
Kalaukah aku bisa mengirimkannya pada angin lalu dan singgah ke ruang hati Dhani, mungkinkah jua Dhani akan merasakan getaran yang sama?