BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 31 Oktober 2014

SETIA PADA DIA-BAB 5

BAB 5
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”

          “ Kenapa datang tak bagitau dulu?” soalku sedikit tidak berpuas hati setelah masuk ke dalam kereta Azmi. Aku terpaksa bersiap tergesa-gesa demi menjaga hati abah supaya tidak terus menegur kerana sikapku yang bagai membuatkan tetamu tertunggu-tunggu pulak.
          Azmi di sisiku hanya diam sambil dia memasang tali pinggang kaledar. Dia sempat mengerling kepadaku sebelum dia mengangkat tangan ke arah abah yang masih menunggu di depan pintu. Keretanya bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah.
          “ Kenapa?” soalnya kemudian.
          “ abah tegurlah tadi sebab buat kau tertunggu-tunggu di luar. Abah tak suka kami anak-anaknya membuatkan tetamu begitu..” jawabku perlahan. Terguris hati sebenarnya walaupun aku tahu aku tidak bersalah apatah lagi memang bermaksud membuat tetamu begitu.
          “ Sorrylah. Tak sempat nak teks..”
          “ Janjilah. Lain kali tak buat lagi..” balasku serius sebelum aku membuang pandangan ke luar cermin. Suasana antara kami jadi dingin.
          “ Sayang, I’m sorry.. please…”
          Aku mencebik.
          “ Eeiii, meluatnya cara kau ni…”
          Azmi ketawa nakal.
          “ Hah.. tahu pun. Kalau tak suka cara aku pujuk janganlah buat muka macam tu.. bukannya cantik sangat pun muka rajuk kau tu..”
          Aku menjelingnya.
          “ Tadi abah kata apa?” soalku.
          “ Bila nak masuk meminang..” balasnya selamba.
          Aku mendengus.
          “ Kau ni kan. Loyar buruk. Orang tanya betul lah ni..” jawabku tidak mahu mengalah.
          Azmi menoleh kepadaku sekejap sebelum dia kembali memandang ke depan.
          “ tak tanya apa pun. Abah kau tanya nama aku dan aku kerja dimana. Berapa lama kenal kau dan kita nak kemana..” jawab Azmi lebar.
          Aku menelan liur. Alamat aku akan disoal-siasat abahlah balik nanti. Yang hanya tahu wujudnya Azmi dalam hidupku ialah Soleha. Mama juga tidak tahu. Aku tidak berniat bercerita tentang dia kerana Azmi bukan selalu muncul di hadapanku. Cuma bezanya, kali ini dia memilih untuk rapat dengan cara selalu bertemu selain dari berhubungan melalui laman maya.
          “ Kenapa?” tanyanya seakan pelik.
          Aku sekadar menggeleng dan tersenyum.
          “ Erm… by the way nanti kalau ajak date sila maklumkan 2-3 jam sebelum jam nak jemput ya…”
          Azmi ketawa.
          “ Aku dapat agak dah bagaimana kau bergegas bersiap tadi..” usik Azmi. Aku naik geram dengan jawapannya itu.
          “ yalah. Tahu pun. Tak sempat aku nak pilih baju yang sesuai pulak. Sekali sekala nak juga melaram. Takkan kau saja yang nak kena tayang muka macho..” balasku sinis.
          “ ‘Eisy, kau dah cukup menarik okay. Jangan nak membebel panjang..” tegur Azmi.
          Aku mencebik.
          “ Sekurang-kurangnya kau perlu biasakan diri bersiap dengan tempoh yang singkat.. nanti kalau ada kecemasan, macamana?”
          “ Kalau nak bergegas sangat, aku tak pakai macam ni. Aku sarung jubah dan tudung express saja..”
          “ laa.. kenapa tak guna tu tadi?”
          “ Kau nak aku kena marah dengan mama?”
          Azmi menoleh lagi.
          “ Kenapa pulak?” tanyanya kehairanan.
          “ Mama kata tu simple sangat…”
          Azmi mengangguk-angguk.
          “ ni pun dah cantik, apa.. Nanti kalau kau kena tackle, aku juga yang kena buat muka. Yalahkan.. nak back up…” tambah Azmi.
          Aku memukul lengannya.
          “ ‘Eisy! Akukan tengah drive ni…”
          “ Buat lagilah lawak sewel kau tu..” marahku.
          Azmi ketawa nakal. Suka benar dia mengusikku. Kalau tak buat aku sampai jadi geram, itu bukan Azmi sebenarnya. Dalam kami berbual kosong itu, kereta Azmi berhenti di sebuah kompleks.
          “ hai.. dalam banyak-banyak kedai kopi, sini juga kau pilih?” soalku sambil melepaskan tali pinggang kaledar.
          “ Kenapa?” soal Azmi seraya dia mematikan enjin kereta.
          Aku menggeleng.
          Coffee Bean and Tea Leaf.
          Kami sama-sama keluar dan berjalan beriringan menuju ke pintu utama.
          “ Sebelum kita singgah ke sini, aku nak ajak kau tengok wayang…” Azmi sempat bersuara, menyatakan tujuannya membawaku kemari.
          “ Cerita apa?”
          “ Kau nak cerita hantu atau kisah cinta?”
          Aku tergelak.
          “ Cepatlah bagi keputusan..” desaknya.
          Tawa kecil Azmi terdengar.
          “ Kau nak buat apa dengan aku?” soalku mengusik tapi bagai mengugutnya pula.
          Aku menggumam. Masih memikirkan apa yang aku inginkan.
          “ Erm.. terpulang kau lah. Kau yang ajak, baik kau rancang baik-baik date ni..” putusku akhirnya untuk mengelakkan lebih lama menunggu.
          Azmi tersengih.
          “ Okay.. since kau dah bagi green light, aku anggaplah malam ni as a one night date..” balasnya nakal.
          Aku terdiam. Penghujung ayatnya memanggil debar di hati meskipun ia sekadar usikan.
          “ Up to you then..”
          Azmi mengangguk.
Langkah kami berdua terhenti di hadapan escalator. Azmi menarik tangan kananku dan menggengamnya erat. Bagai terkena renjatan eletrik, menusuk ke dalam nadiku.
          Aku menunduk. Berbaur pelbagai rasa. Tiba di tingkat atas, dia melepaskannya. Tanpa ulasan. Tanpa apa-apa penjelasan. Seakan semuanya tidak berbekas atau terkesan padanya.
          Kami hanya kawan, monologku sendiri.
          Sepatutnya bukan mesra begini.
          “ Pilihlah. Cerita apa?” bisik Azmi di sebelahku, dekat dan mendebarkan. Mungkin kerana suasana bising di kaunter cinema itu yang membuatkannya begitu. Kami masih lagi mengambil giliran untuk membeli tiket wayang. Mungkin kerana begitu ramai pengunjung di situ yang membuatkan akhirnya Azmi memintaku keluar dari barisan dan mencadangkan agar aku menunggunya di kedai yang menjual beg tangan.
          Aku hanya mengangguk dan berlalu meninggalkan dia. Meskipun mataku liar melihat beg-beg yang terpamer di situ tapi fikiranku melayang jauh. Bagai dibebani dengan sesuatu yang sukar untuk aku jelaskan. Agak lama aku begitu sebelum lenganku dicuit.
          Aku menoleh di sisi.
          “ Cerita apa?”
          “ Action movie..”
          Aku menarik muka.
          “ Alaa… tu cerita kau tu..” balasku.
          “ Laa.. tadi kita tanya nak apa, kau nak juga aku pilihkan…”
          Aku sekadar tersenyum.
          “ yalah.. aku test kau saja. Bukan nak protes pun…” jawabku selamba, mengusiknya.
          Azmi kaku di situ.
          “ kalau kau tak nak, kita tukar cerita..” cadangnya dan seakan berlalu. Aku spontan menarik tangannya walaupun niatku tidak ada.
          “ Aku okaylah.. kau ni..” tahanku. Menjelaskan maksud yang aku tidak membantah dengan apapun jua yang dipilihnya waktu itu.
          Anehnya, Azmi membalas genggaman tanganku.
          “ Jomlah. Show sekejap lagi…” ajaknya, membawaku keluar dari ruangan itu dan aku tidak membantah. Kami diarahkan masuk ke cinema 3 dan ditunjukkan tempat duduk.
          Pandainya dia pilih tempat duduk.
          Di tengah!
          “ Kau okay cerita ni?” soalnya lagi sebelum wayang bermula.
          Aku mengangguk seraya menunjukkan isyarat ibu jari kanan kepadanya.
          “ Sekali-sekali ikut kau, tak apakan..” balasku perlahan dengan senyuman.
          Azmi membalas pandangan.
“Hah.. bagus. Kalau isteri ni, dah dapat pahala sebab menyenangkan suami..” balasnya pulak dalam usikan.
Well…” balasku, menjawab usikannya.
Dia tersenyum juga dengan jawapanku. Satu senyuman yang tidak lagi mengusik tapi seakan menghargai apa yang aku lakukan. Sesuatu yang sukar untuk aku jelaskan. Banyak perubahan Azmi yang aku perasan kebelakangan ini. Sejak kami bertemu kelmarin. Mungkin kerana perubahan itu diiringi dengan peredaran masa. Aku dan Azmi semakin dewasa. Tiada lagi cara kebudak-budakan yang aku nampak. Dia mahu bertolak ansur walaupun kadang menimbulkan pertelingkahan antara aku dan dia. Itu kerana aku dan dia sudah terbiasa bercanggah pendapat. Seperti kata Najihah, kali ini sudah wujud persefahaman. Teringat akan Najihah, aku pantas mengambil telefon bimbit. Aku ingin menghantar mesej kepada Najihah untuk memaklumkan dia yang aku sedang menonton wayang bersama Azmi. Pastilah Najihah kali ini akan banyak berceloteh.
          “ Mesej siapa?”
          Aku menoleh.
          “ Najihah..” balasku.
          Dia mengangguk.
          “ Sampaikan salam..”
          Aku pulak yang mengangguk. Aku kembali menambah pesanan untuk Najihah sebelum aku mengalihkan pandang ke skrin yang besar. Masih lagi iklan ditayangkan. Aku sesekali menoleh ke sisi. Melihat Azmi sibuk menekan-nekan suatu di telefon bimbitnya.
          “ Kenapa?” soalku kerana sesekali kulihat dia tersenyum sendiri.
          “ Duty commander cari..”
          “ kau tak bagitahu kau keluar?”
          “Dah..”
          “ habis tu?”
          “ Ada kawan ternampak aku tadi. Aku yang tak perasan. Dia tanya aku keluar dengan siapa..” jelasnya sambil melihatkan teks yang datang di ruang group di Whatsappnya.
          Aku tergelak kecil.
          “ habis tu.. kau jawab apa?”
          “ Aku cakaplah girlfriend..”
          Aku menjeling.
          “ Yalah.. kaukan girlfriend forever..”
          Aku sekadar tersenyum mendengar jawapannya. Aku senang mendengarnya kerana aku yakin antara aku dan dia tidak ada apa-apa. Azmi kemudian mencuit lenganku.
          “Kenapa?”
          “ mereka nak berkenalan..”
          Aku menggeleng.
          “ tak naklah..” balasku.
          “ Aku pun tak izinkan. Aku nak hide kau dari sesiapapun kawan lelaki aku..”
          Aku memberi isyarat ibu jari kanan.
          “ macam tu lah beh aku..”
          Azmi menjeling. Kemudian dia tanpaku duga mendekatkan diri di sisi. Dia menunjukkan kepadaku pesanan Najihah.
          “ yang.. Jihah pesan ni.. tengok..”
          Mataku lekat ke screen telefon bimbitnya. Walaupun pesanan nakal Najihah menjadi topik tapi fokus utamaku ialah wallpaper di Whatsappnya.
          Gambar aku dan Azmi ketika birthday itu!
          “ Jihah ni.. tak sudah-sudahlah..” sahutku, sengaja membuang rasa lain yang singgah di hati.
          “ Yalah.. macamlah aku tak hantar kau balik nanti..” tambah Azmi lagi bagaikan tidak berpuas hati bilamana Najihah menghantar pesanan agar Azmi tidak lupa menghantarku balik ke rumah nanti dan tidak dibenarkannya dating lama-lama. Aku mengisyaratkan Azmi untuk mengalih fokusnya pada screen kerana wayang sudah bermula.
          300 rise of an Empire.
          Wah.. aku suka cerita ni sebab aku suka kisah berkaitan dengan sejarah sesebuah negara dan bagaimana pahlawan-pahlawan yang ada cuba untuk mempertahankan negara. Lagipun, ini memang kena dengan jiwa Azmi sebab dia adalah seorang tentera. Dia ditugaskan di bahagian Jabatan Agama. Ini pun mungkin kerana dia bekas pelajar lepasan arab dulu. Samalah jurusan kami walaupun laluan kami tidak sama. Alih-alih, hujungnya tetap masuk ke bahagian agama-agama juga. Cuma, kami agak gila-gila sikit. Masih nakal dan bersahaja tapi Alhamdulilah, ajar tetap tidak tersasar. Cuma, yalahkan. Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan. Sengaja atau tidak, itu saja masalahnya. Kalau iman tahap kuat, pasti begitu menjaga batas. Kalau sedang-sedang saja, itu memang perlu difikirkan berulang kali.
          Azmi sesekali menyikuku.
          Aku memandangnya. Sengihan nakalnya mengusik hatiku. Mungkin kerana babak romantic yang ada di dalam cerita itu yang membuatkannya mengusikku. Sesekali bila tiba pahlawannya beraksi, aku menutup mata dan kadang-kadang menunduk.
          “ Eh.. tengoklah. Rugi…” bisiknya di sisi, kerana memang bila di dalam cinema, semua pelanggan diharapkan untuk tidak bercakap dengan suara yang besar.
          “ Tak mahu. Geli.. boleh muntah macam ni..” balasku. Juga berbisik. Aku benar-benar tidak sanggup melihat apabila aksi pahlawan dengan selamba saja memenggal kepala lawan tanpa belas kasihan. Darah memercik sehingga membuatkan aku mual pula. Azmi pula biasa-biasa saja. Memang jiwa lelaki. Baginya semua itu hanya perkara kecil. Nasib akulah dapat kawan jiwa tentera ni. Lebih 2 jam kami menyaksikan kisah itu hinggalah akhirnya screen berubah gelap menandakan cerita sudah berakhir. Azmi mengajakku berdiri untuk beredar dari situ. Dia menarik tangan kananku dan meminta aku yang berada di depan. Dia mahu aku bergerak dulu dan dia di belakangku. Mungkin dia ingin menjagaku dari gangguan anak-anak muda yang sedari tadi aku perasan asyik mengerling aku sejak wayang itu mula ditayangkan.
          “ Mereka ganggu tak tadi?” soal Azmi apabila kami sudah lepas keluar dari wayang itu. Serius dan sedikit bimbang di wajahnya.
          Aku hanya mengangkat bahu.
          “ Abah kau pesan suruh jaga kau baik-baik..” luahnya.
          Aku mengangguk.
          “ Okaylah beh.. biasa saja pun..” balasku, mencuba memujuk hatinya agar tidak terlalu bimbang. Lagipun, biasalah anak-anak muda suka mengusik. Bukan mereka benar-benar maksudkannya pun. Tambahan pula, aku rasanya bukan seusia mereka kalau mereka mahu cuba tackle aku pun.
          Dia hanya diam. Tanganku pula masih digenggamnya. Mungkin dia masih belum berniat untuk melepaskannya lagi kerana tanpa diduga, anak-anak muda yang tadi duduk sebaris dengan kami itu ada di depan pulak.
          “ Apa pandang-pandang? Ni isteri abang, tau!” gertak Azmi dengan tiba-tiba kepada beberapa anak muda itu. Mereka terus bergegas berlalu selepas ditegur Azmi begitu.
          Aku mencubit lengannya.
          “ Nakal kau ni..” tegurku.
          Azmi tidak berkutik. Hanya diam dan tidak memandangku. Dia terus maju berlalu dan tidak beriringan denganku. Lantas aku berusaha menyaingi langkahnya.
          Lengannya kutarik.
          “ Beh, terima kasih..” akhirnya aku memujuk. Aku memang hargai dengan apa yang dia buat. Mungkin dia ingin menjaga benar akan diriku atas amanah yang abah pesan padanya.
          Dia menghentikan langkah. Membiarkan aku berdiri separa dengan langkahnya. Kemudian dia bergerak dan mengajakku ke coffee bean.
          “ Pure double chocolates, kan?” soalnya sebelum dia berlalu menuju ke kaunter dan memintaku hanya menunggunya di depan pintu utama café itu. Hanya lebih kurang 10 minit menunggu dan kemudian dia mengajak menuju ke kereta. Di kereta aku memandang jam di dashboard keretanya.
          Sudah ke pukul 10.30 malam.
          “ Nak makan malam tak?” tanyanya kepadaku setelah kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan kompleks itu. Aku menghirup minuman yang dibelinya untukku sebelum kumemilih untuk menjawab pertanyaannya.
          “Kalau kau nak makan, aku temankan..”
          “ Kau tak?”
          Aku menggeleng.
          “Diet?”
          Aku tergelak kecil.
          “Tak jugak. Bila jumpa kau, aku kenyang dengan tiba-tiba..” jawabku mengusik.
          Azmi tertawa.
          “ Cepatlah.. nak tak?”
          “Terpulanglah..” jawabku akhirnya walaupun sebenarnya aku bimbang. Esok aku akan berangkat pergi ke Sabah tapi malam ini aku sempat pulak berdating dengan cik abang ni. Kalau nak kata aku nak balik, keberatan pulak.
          “ Okay.. aku nak bawa kau ke tempat yang aku suka. Taklah restoran mahal.. gerai biasa saja…” balasnya lagi. Sedikit perlahan suaranya bila menyebut jenis tempat yang ingin aku ikut sama.
          “ tak apa.. aku pun segan sangat kalau kau ajak ke restoran eksklusif..” jawabku akhirnya. Aku tidak mahu dia beranggapan bahawa aku tidak suka kalau diajaknya ke gerai biasa.
          “ kau ni kan.. walaupun kita dah masing-masing ada kerjaya, aku masih ‘Eisy yang dulu. Yang suka sederhana dan tak demand apapun…” balasku. Memberi penjelasan sebenar kepadanya.
          “ Kalau bab hantaran, harga masih sama?” usik Azmi.
          Aku terlopong dengan soalan selambanya itu.
          “ Kalau kau, harga naik lagilah. Sebabkan, barang semua dah naik. Itu naik, ini naik. So, harga aku pun naiklah jugak..”
          Azmi ketawa.
          “ Alamat lama lagilah aku berpeluang nak pinang kau ni…”
          Aku menjeling.
          “ by the way, dah lama sangat aku nak tanya ni. Kenapa kau suka sangat minum PDC tu ya?” tanyanya. PDC tu sebenarnya ringkasan untuk Pure Double Chocolates.
          “ Sedap. Kau nak rasa?” jawabku sambil menyuakan minuman itu kepadanya. Bukan berniat nak berkongsi benar pun.
          “ Boleh juga..” selamba dia membalas dan mengambil minumanku itu. Aku sekadar terdiam dan tidak berkutik lagi. Tidak menyangka benar dengan tingkahnya itu.
          “ a’aah.. betul lah..”
          Aku menyambut kembali huluran minuman itu. Bercampur baur perasaanku. Terusik lagi dengan tingkah Azmi. Pelbagai soalan bermain di mindaku. Hanya aku tidak mampu menceritakannya.
          “ Ni lah tempatnya…”
          Aku melihat gerai yang dimaksudkannya. Begitu teruja sekali aku jadinya. Gerai ini sudah lama aku tidak kunjunginya. Kali terakhir seingatku sewaktu aku masuk ke tahun 1 uni dulu. Bukan kerana tidak berkesempatan tapi kerana aku tiada teman yang mahu ke sana. Mungkin kerana tempatnya yang agak sepi dan di pinggiran anak sungai itu. Tambahan lagi, aku suka dengan suasana di pinggir laut. Boleh layan perasaan sementara menanti menu yang dipesan sampai.
          “ Kau suka?” soal Azmi selagi saat kami sama melangkah ke situ.
          Aku mengangguk.
          “ kau jangan anggap aku high taste lah, Mi. aku biasa-biasa saja pun..” balasku lagi. Cuba meyakinkan dia yang aku memang tidak ada apapapa protes pun dengan apa jua pilihannya.
          “ Inikan one night date kita..” peringatku lagi, cuba mengusiknya agak tidak kekok. Kami memilih tempat duduk berhampiran dengan tempat memesan. Lewat sebegini pun masih ramai pelanggan yang datang. Mungkin kerana masakannya yang meruntun rasa ini agaknya yang menyebabkan tidak pernah putus pelanggan datang.
          “ kau nak apa?”
          Aku mengangkat bahu.
          “ Aku pesankan untuk kau ya..” cadangnya.
          Aku mengangguk. Kulihat Azmi berlalu meninggalkan aku sendiri. Dia beratur sekejap sebelum tiba gilirannya. Dia sempat memandang kembali kepadaku sebelum pandangannya dan pandanganku bertamu. Segaris senyuman itu mengusik naluri. Azmi makin lama makin menyentuh hatiku.
          Kenapalah dengan kawan lelakiku ini?
          Atau, mungkin aku yang tercari-cari dengan perhatian seorang lelaki yang dulunya ada melindungiku dan menyayangiku. Helaan nafas berat kulepaskan. Aku merenung jemariku yang dulu pernah tersarung cincin sebuah ikatan. Cincin itu sudah tiada. Azmi tidak mengembalikannya kepadaku. Sengaja dia begitu kerana dia bersungguh benar memaksa aku melupakan kisah duka. Mungkin secara zahir, dia boleh usahakan. Namun, batinku? Hatiku dan rasaku pulak, bagaimana? Bukan sesenang berkata. Tindakan yang menyukarkan aku. Bukannya aku tidak pernah mencuba. Akan tetapi, aku makin hari makin hilang daya. Kadang aku menangis sendiri kerana sudah terlalu lama berlagak kuat hadapi semuanya. Aku menangis kerana sudah terlalu lama aku bertahan. Dari tangisan itu, luluh bersama sekeping hati.
          Lara dan kecewa.
          Sekiranya TUHAN beri aku peluang untuk kembali menyayangi, aku akan perjuangkan rasa itu. Tidak lagi mahu kalah dengan permainan hati. Takdir nasib aku yang perlu ubah. Masalahku pulak, aku tiada berdaya.
          “ berat fikir?” sapa Azmi dengan tiba-tiba yang duduk di depanku. Aku sekadar diam dan tidak mengulas apa-apa. Lama kami diam.
          “ Beh, jangan duduk depan. Sini…” pintaku seraya mengarahkan untuk duduk di sebelahku.
          “ Kenapa?” tanyanya, namun dia menurut jua.
          “ Seganlah kalau kau duduk depan dan tengok aku makan..”
          Tawa Azmi meletus.
          “ Kau ni, sejak bila pulak tergolong bab insan segan segala ni?”
          Aku menjeling.

          “ Manusia berubah dan menjadi dewasa, seiring waktu…”, kata-kataku hanya tergantung di situ. Azmi pun kilihat tidak lagi mahu meneruskan perbincangan apabila makanan sudah tiba untuk kami.

SETIA PADA DIA-BAB 4

BAB 4
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”

Jam di dinding menuju ke angka 5. Sudah semakin senja rupanya hari ini. Aku bersandar tenang di kerusi empukku. Alhamdulilah, sedikit sebanyak dapat juga aku menyiapkan beberapa tugasan petang yang singkat ini. Aku bukannya apa. Aku tidak mahu bersusah dan berebut menyiapkan kerja pulak apabila balik dari kursus nanti. Pastilah nanti agenda kursus dan seminar itu bukannya sedikit lantaran diselangi dengan bermacam-macam aktiviti. Namun, bagiku pulak aku senang untuk tidak mengikuti semua aktiviti yang dianjurkan. Kadang kalau yang terlalu santai itu seperti ada BBQ di tepi pantai atau minum di pinggir sungai, aku akan menolak untuk tidak hadir dan hanya memilih untuk berehat di hotel saja. Lagi pula, aku bukannya peramah benar boleh bergaul dengan sesiapa saja rakan setugas yang datang dari daerah dan bandar yang lain.
          “ Belum nak balik lagi Lisa?” soal Puan Zalikha ketika dia melintas di depan bilikku. Aku sengaja merenggangkan pintu bilikku kerana terlalu dingin penghawa yang ada di bilikku itu.
          “ Insya Allah, sekejap lagilah puan..” balasku sopan namun masih duduk di kerusiku.
          Puan Zalikha mengangguk.
          “ sebelum saya balik, ni nak ambil chance ucapkan selamat pergi untuk esok.. Semoga semua urusan Lisa di sana mudah..” pesan Puan Zalikha kepadaku sebelum dia meminta diri untuk pulang.
          Aku hanya tersenyum dan mengangguk. Begitulah Puan Zalikha. Pengarah tertinggi di tempatku bekerja. Puan Zalikha, walaupun berpangkat besar di pejabat ini, dia tidak sombong ataupun angkuh dengan pekerja bawahannya. Katanya, kita sesama manusia memang sama. Di mata manusia mungkin berlainan tetapi pada Allah semuanya adalah sama. Yang hanya membezakan adalah keimanan dan ketaqwaan manusia itu sendiri.
          Aku tersenyum kecil mengingatkan kata-kata Puan Zalikha itu. Begitulah sikap ketua yang amat aku senangi. Masa mula melangkah ke pejabat ini dan mendapat jawatan agak tinggi bagi pendatang baru seperti aku ini, sememangnya mencabar emosiku. Ini kerana kebanyakkan kakitangan yang ada di bawahku ada di antaranya senior-senior ketikaku menuntut di universiti dulu. Pada mulanya, banyak yang memandang dan menerimaku dengan tidak berpuas hati kerana dulu itu aku terlalu muda untuk memegang jawatan Pengarah Kokurikulum Agama I. Memang aku akui, aku tidak punya pengalaman namun aku rasa tidak salah kalau mereka mahu memberiku tunjuk ajar walaupun berbeza pangkat dan jawatan. Mungkin juga kerana aku yang mudah ditegur dan menerima teguran itu yang membuatkan kebanyakkan mereka mula senang denganku.
          Aku tersengih.
          Perasan sendiri!
          Sungguh sudah lebih 4 tahun aku bekerja di Jabatan Agama Islam ini. Asalnya bidangku memang di bidang perguruan tapi disebabkan aku begitu ingin mencari pekerjaan dengan cepat waktu itu, hendak tak hendak aku mencuba nasib juga dengan menghantar permohonan ke mari. Mungkin memang rezekiku sudah menjadi sebahagiaan dari pejabat ini. Alasanku itu dulu kerana aku tidak mahu mewarisi empayar peniagaan abah yang sibuknya saat itu mengalahkan menteri.
          Aku tertawa sendiri. Mama yang memberi istilah itu kepada abah.
          Click!
          Aku tersentak dengan bunyi deringan ringkas itu. Dengan segera aku mengambil telefon bimbit yang kuletak di atas fail berwarna hitam itu.
          -Mama-
          Aku menekan nama itu.
          ‘ Blum blik lagi Lisa?’
          Aku membalas pertanyaan mama.
          ‘ Kjp.. dah nak kemas ni’
          ‘Ok’
          Aku tersenyum membaca teks yang dikirim mama itu. Begitulah mamaku. Sudah besar begini pun mama masih lagi mencari aku dimana dan sedang berbuat apa. Kata mama, selagi dia masih hidup selagi itulah dia akan mengambil sibuk dengan hal anak-anaknya. Aku pulak hanya tertawa nakal mendengar kata-katanya. Sebetulnya maksud mama itu mengambil berat tapi sengaja diucapkannya mengambil sibuk demi menutupi rasa kasih yang sebenarnya kepada kami yang suka menyakat mama.
          Aku dan Soleha. Sekepala bila mengusik mama. Jarang juga kalau kami join sekaki mengusik abah sebab abah kami itu kadang dia serius. Akan tetapi, bila mood gila-gilanya datang, boleh pengsan kerana terlalu banyak ketawa.
          Aku menjeling jam di tanganku. Hampir ke pukul enam. Hari pun sudah memanggil senja. Aku bergegas mengemas barang yang perlu aku bawa pulang sementara fail tugasan yang lain kubawa ke luar dan kusimpan di tempat penyimpanan fail berhampiran dengan tempat buku-buku rujukan. Kususun kemas mengikut kod dan hari yang diperlukan. Kemudian aku kembali semula ke bilikku untuk mengambil beg dan juga kunci kereta. Beberapa kali aku berselisih dengan beberapa rakan di situ dan hanya saling berbalas senyuman. Aku menuruni anak tangga kerana lif sudah penuh. Apalah sangat kalau hanya dua tingkat. Ini saja peluang untuk aku bersenam ringkas kerana aku dibebani dengan kesibukan kerja apabila di waktu-waktu persekolah sudah menghampiri ke penghujung. Terlalu banyak kami perlu menyiapkan kurikulum yang baru dan juga membuat perkembangan serta penggubalan semula kurikulum yang lama kepada yang baru. Setiap tahun, laporan yang diterima dari sekolah-sekolah berbeza. Ada yang perlu dikekalkan dan ada juga yang perlu diteliti. Ada masanya aku terpaksa turun ke sekolah untuk membuat penilaian dan kajian. Kadang selama seminggu dan kadang selama sebulan untuk melihat sendiri perkembangan dan permasalahan yang timbul sebelum kami mengambil tindakan lanjut.
Aku menuju ke tempat letak kereta beratap.
          Speciality untuk pegawai di sini. Alhamdulilah, rezeki juga. Aku menghidupkan enjin kereta Mazda 6 berwarna ungu muda. Ia bergerak perlahan di awalnya sebelum ia membelah dengan kelajuan di senja yang semakin memerah.

Selasa, 28 Oktober 2014

SETIA PADA DIA-BAB 3

BAB 3
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”

Suasana riuh dari luar bilik betul-betul menggangu lenaku. Rasanya hari ini aku memang berniat untuk lewat bangun dan lewat ke pejabat. Tambahan pulak aku diberi kebenaran untuk datang di sebelah petang saja memandangkan esok aku akan pergi ke Sabah untuk menghadiri seminar dan kursus pendek selama seminggu. Rasa malas itu sedikit sebanyak berkurangan lantaran bagai terdengar namaku dipanggil-panggil. Dengan tenaga orang baru bangun tidur, mamai saja aku menuju ke muka pintu.
          Abah dengan muka seriusnya.
          Sempatku dengar abah beristighfar panjang sebelum mataku terus hilang mengantuknya. Aku sekadar tersengih melihat abah. Dengan muka bangun tidur, mana abah tidak buat muka begitu.
          “ Tinggal subuh tak ni?” soal abah pertama.
          Aku menggeleng.
          “ Lisa ‘cuti’ bah..”
          Abah mengangguk-angguk.
          “ Kenapa abah ketuk pagi-pagi ni?” tanyaku sambil menggosok-gosok mata.
          “Pergi cuci muka dan gosok gigi tu. Lepas tu turun dengan pakaian sopan. Najihah ada di bawah…” khabar abah.
          Aku tersentak. Lain rasa dengan khabar itu kerana tertanya-tanya akan tujuan Najihah singgah ke rumah tanpa memberitahu aku alasannya. Namun, yang kian menambah tanyaku ialah bilamana abah menyuruh aku memakai pakaian sopan. Maksud abah itu ialah jubah.
          “ Tamu abah pun ada sama.. sebab tu abah suruh begitu..” sambung abah bagai mengerti maksudku. Aku sempat mengangguk sebelum aku kembali menutup pintu bilik setelah abah berlalu. Aku bergegas mengambil telefon bimbitku.
          Aku beristighfar seraya menepuk dahi. Patutlah aku tidak mendengar apa-apa notifikasi dari telefonku itu kerana kuubah ke silent mode. Ada 3 miss called dari Najihah dan beberapa teks dari aplikasi Whatsapp.
67 messages from 3 contacts
Aku menekan punat clear kerana aku belum berniat ambil tahu dari siapa. Aku bergegas menuju ke bilik air untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Aku kemudian mengambil keputusan untuk turun ke ruang bawah untuk bertemu Najihah. Kulihat Najihah sedang makan pagi bersama mama dan Soleha. Najihah memang begitu. Sudah lama dia mesra dengan keluargaku. Sudah lebih 14 tahun aku berkawan dengannya. Terdahulu sebelum aku rapat dengan Azmi.
“ Assalammualaikum semuaa..” sapaku kemudian mencium pipi mama dan Soleha. Walaupun kami sudah besar, namun memang sedari kecil kami sudah terbiasa begitu. Salamku dijawab serentak oleh mereka sebelum aku dipelawa untuk makan pagi bersama. Mama kemudian meminta diri untuk ke ruang tamu kerana ingin menemani abah dan tetamu yang hadir katanya.
Kami mengangguk sama.
“ Nah kak Lisa..” Soleha menghulurkan kepadaku sepinggan mee goreng mama. Aku menyambutnya dan kemudian aku duduk di sebelah Najihah.
“ Mimpi apa kau datang tak bagitau ni?” tanyaku sambil menyudu mee goring. Begitu kuat keinginanku untuk tahu alasan Najihah datang ke sini pagi-pagi begini.
“ Aku yang nak sangat tahu kisah kak Lisa semalam…” balas Najihah selamba. Najihah memang memanggil aku kakak walaupun beza umur kami hanya dua minggu. Lagipun, aku jua selesa begitu.
Aku menoleh.
“ Maksud kau?” balasku.
Pantas benar Najihah mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan aku sesuatu. Serius pulak mukanya walaupun kebiasaannya Najihah bukanlah seorang yang serius.
Aku menelan liur dan berpura-pura ketawa.
“ Kenapa dengan Ig Azmi?”
“ Ni aaah gambar Kak Lisa dan Abang Mi.. Ada yang aku tak tahu?” soalnya serius.
Aku mencebik.
“ apa yang aku rahsiakan pulak?”
“ Jangan nak buat tak tahu maksudku pulak..” balas Najihah. Aku sengaja melengahkan masa dengan menghabiskan sarapanku. Kusedar Najihah masih sabar menunggu. Najihah memang begitu kerana itulah aku suka berkawan dengannya. Tangis tawaku, adalah dia,
“ Azmi ajak jumpa semalam. Then, dia celebrate birthday aku… surprisely” balasku.
Najihah bagai terkejut seketika sebelum tawanya lepas bebas. Sedar akan responnya itu, aku pantas memukul lengannya. Sebagai isyarat agar dia tidak terus mentertawakan aku.
“ Ada apa yang adik tak tahu nii?” soal Soleha pulak.
Aku mengangkat bahu.
“ Kak Lisa tahu tak.. its one step closer…” simpul Najihah tanpa aku faham maksud kenyataannya itu.
Closer apanya?” tanyaku semula. Aku kemudian bergerak ke dapur sekejap untuk mengambil susu segar sejuk sebelum aku kembali semula duduk di sebelah Najihah.
“Buat-buat tak faham Kak Lisa ni kan..” balas Najihah lagi.
Aku tersenyum kecil.
“ Fahamlah… tapi bukan senang nak buat kesimpulan begitu..” jawabku akhirnya, bahawa sesungguhnya memang aku faham maksud Najihah itu. Meskipun sebenarnya aku malas hendak menjadikan Azmi fokus utama topik perbualan hari ini.
“ Bukannya kau tak faham jenis ‘mesra’ aku dengan Azmi tu..” sambung lagi.
“ Tahu….” Balas Najihah perlahan. Kali ini sudah berubah suasana antara aku dan dia.
“ Tak sangkakan.. kali ini abang Mi bawa kak Lisa berjumpa pulak. Lebih santai dan lebih mesra dari dulu…” tambah Najihah dalam pandangannya kepadaku yang penuh makna.
Aku membalas pandangan Najihah tanpa suara.
“ Siapa tahu memang abang Mi tu jodoh Kak Lisa…” sambung Najihah lagi tapi kali ini dia memandang aku dengan pandangan yang mengharapkan sesuatu.
Aku mengetap bibir dan mengeluh seketika.
“ Malas lah aku nak fikir semua tu Jihah… please…” jawabku tegas. Aku membuang pandangan dan merenung sisa pingganku.
“ Kalau sudah ketetapan, kau tahu aku tidak berdaya menentang. Biarlah…” sambungku perlahan sambil memandang Najihah. Aku sebenarnya masih terbawa-bawa kisah semalam. Semalam yang menyakitkan.
“ Aku tak paksa Kak Lisa lupakan kenangan dengan cinta dulu tu cuma fikirkanlah yang terbaik dan membahagiakan Kak Lisa lagi. Selama kak Lisa kenal abang Mi, selalu tak abang Mi buat kak Lisa tersenyum?” tambah Najihah pulak.
Aku sekadar memandang.
“ Kita keluar jom..” ajakku kepada Najihah. Aku ingin bercerita dengan Najihah secara terbuka di luar rumah. Di taman kecil di luar rumahku. Aku sempat berpesan untuk naik ke bilik sekejap untuk mengambil telefon bimbitku. Sempat aku mengerling telefon bimbit sebelum menutup pintu bilik.
288 messages from 4 contacts
Aku tersentak. Banyak sangat teks yang masuk. Sangkaku, memang teks sembang kosong kawan sekerja ni melalui group di Whastapp. Sudah selalu mereka begitu. Cuma aku yang jarang respon sebab aku bukanlah jenis yang suka berbual panjang yang kosong begitu. Maka atas alasan itulah, mereka sering menghantar teks secara private kepadaku.
Aku kemudian kembali mendapatkan Najihah yang sedang duduk di bangku berhampiran kolam ikan kecil abah.
“ Nak ber ikan kaloi lagak tu cik kak…” laungku dari depan pintu rumah. Selamba saja.
Najihah ketawa.
“ Tak malu betul anak dara seorang ni kan. Suara besar depan pintu..” tegur Najihah setelah aku berdiri di sampingnya.
Aku tersengih. Aku terlupa sebenarnya yang tetamu abah masih ada di ruang tamu. Pasti lepas ni abah akan mempersoalkan suara anak daranya yang tiba-tiba kedengaran nyaring tidak tentu pasal. Aku mengambil makanan ikan yang sudah tersimpan tidak jauh dari tempat kami. Sesekali aku menabur makanan itu dan seakan memikirkan sesuatu.
“ Nak cerita pasal apa?” tanya Najihah tiba-tiba. Mungkin kerana aku yang masih leka melayan perasaan sendiri itu agaknya maka dia mula mencipta ruang bercerita hati ke hati denganku.
Aku menoleh dan duduk tidak jauh dari Najihah.
“ aku… rasa masih sayang dialah Jihah.. Tak boleh nak buang..” luahku dalam keadaan suara yang mendatar.
Pandangan Najihah singgah tepat kepadaku. Jernih dan menenangkan. Aku membuang pandangan.
“ Kak Lisa… aku faham kalau perasaan tu tak boleh buang tapi perasaan barukan boleh dipupuk semula…” balas Najihah bagai memberikan aku satu semangat baru.
Aku tersenyum kecil.
“ suatu hari nanti Jihah.. mungkin aku akan beri peluang. Lagipun, Azmi bukan pernah suarakan apa-apa. Tak payahlah fikir sangat tentang mesranya aku dengan abang Mi kau tu… Kitakan sama. Best friend katanya…” balasku dalam senyuman. Kemudian aku memandang ke telefon bimbit yang tidak henti-henti bunyi deringannya kedengaran. Menandakan banyak teks yang masuk.
Najihah membalas senyuman. Senyuman yang sukar aku mengertikan. Mungkin Kak Lisa sendiri tidak sedar bezanya cara abang Mi melayan aku dan dia, bisik hati kecilnya.
“ Kak Lisa tengok apa tu?” soal Najihah.
Aku tidak berkata.
“ apa tu…?” soalnya lagi sambil berdiri di sebelahku. Aku menunjukkan kepada Najihah isi teks yang datang.
Ada dari Azmi.
Macam tahu saja dia yang aku dan Najihah sedang memikirkannya. Aku ketawa dan senyum sendiri membaca teks Azmi yang datangnya bertubi-tubi. Entah mimpi apa dia sampaikan rajin pula hantar pesanan kepadaku. Selalunya bermusim. Sekejap dia ada, sekejap hilang. Itu pun kalau aku tak mulakan cari, dia bagai lupa ada aku. Kadang, sengaja jugak aku tidak mencari hinggakan akhirnya aku juga yang dapat gelaran datin sebab kononnya aku sibuk benar sampai tidak ada masa bertanya khabar dengannya. Aku terus terleka sampai seakan aku tidak sedar ada Najihah hinggalah dehemannya mengganguku.
“ Apa?” tanyaku kepada Najihah yang sedang memandangku dengan pandangan yang sukar aku mengerti. Dia seperti sedang mengharapkan aku memberikan penjelasan. Namun keadaan antara aku dan Najihah terganggu dengan bunyi telefon.
Nama ‘beh’ ada di situ.
Kening Najihah terangkat.
Aku sekadar tersengih.
“ Apa?” soalku selepas salamnya kujawab. Aku bertambah hairan pulak kerana dia tiba-tiba saja membuat panggilan. Aku menukar mode telefon kepada loud speaker agar Najihah boleh mendengar sama.
“ kenapa tak reply teks?” tanyanya.
Tawaku dan Najihah berpadu.
“ dengan siapa tu? Soleha?” tambah Azmi lagi.
“ Taklah.. Najihahlah beh..” sahutku dalam sisa tawa yang masih ada. Aku ketawa bukan kerana lucu sangat tapi kerana menutupi rasa hairan bilamana Azmi sanggup menelefon untuk bertanyakan kenapa aku tidak membalas teksnya.
“ Beh?” sambut Najihah.
Tawa Azmi kedengaran melalui corong telefon itu.
“ Alaa Jihah, bukan kau tau kenal dengan Kak Lisa kau ni. Diakan suka buat apa yang aku tak suka buat… Masih ada rasa tak puas hati dia tu dari sejak mula gaduh dulu..” balas Azmi seakan memberikan penjelasan.
“ eiih.. dah memang dari mula kenal kita tak pernah sefahamankan…” sahutku lagi tidak mahu mengalah.
“Dah sefahaman sebetulnya, cuma sifat tak mahu kalah tu masih ada…” balas Najihah selamba.
Aku dan Azmi memadu tawa.
“ Sikap tu yang membuatkan Kak Lisa dan Mi selesa bersama. Kasar bukan main bahasa tu tapi dalam hati….. bunga-bunga riangkan..” sambung Najihah lagi berbaur usikan.
“ amboi.. ayat tu. Tak cover langsung..” tegurku.
Azmi hanya ketawa.
“ Najihah buat apa datang rumah datin pagi-pagi tu? Datang untuk jadi alarm datin sebab dia tak respon langsung?” soal Azmi.
“Eeiih.. tolong sikit ya.. Jihah datang ni sebab kau lah…” balasku sebelum Najihah sempat menjawab.
“Pasal apa pulak aku?” soal Azmi.
“ Sebab beh dah simpan gambar kita dan semua orang macam nak jadi wartawan bebas nak soal aku..” balasku.
Najihah ketawa.
“ betul?” tanya Azmi inginkan kepastian.
“ Yalah..” jawabku.
Anehnya. Azmi sekadar ketawa. Makin lama, makin berpanjangan tawanya.
“ eeih.. kenapa macam dah tak betul pulak ni?”
Najihah sekadar tersengih.
“ Dia sukalah tu Kak Lisa…” bisik Najihah.
“ best juga buat macam tu kan. Sekali sekala jadi perhatian orang…” sambung Azmi lagi dalam tawa yang masih lagi bersisa.
Aku mendengus.
“ hello cik abang, kalau kau suka sangat.. baik jadi artis saja. Glamourkan diri.. hah lepas tu banyaklah orang singgah komen..” sambungku tidak berpuas hati. Aku sempat memberi isyarat kepada Najihah untuk duduk sama di meja kecil tidak jauh dari situ. Aku meletakkan telefon bimbitku di atas meja kerana terasa sedikit penat agak lama berdiri sambil memegang telefon itu. Maklum sajalah. Aku menggunakan telefon bersaiz besar, makanya aku cepat lenguh kalau ia masih di tangan-tangan.
“ eih sayang.. okay apa.. kita boleh jadi the best couple..” balasnya lagi, mengusik. Aku terkejut kecil bila dengan tiba-tiba saja tawa Najihah meletus.
“ Nakal betul lah abang Mi ni. Kak Lisa dah muka merah nii..” sampuk Najihah dan masih lagi ketawa. Azmi di hujung telefon hanya ketawa. Dia berpuas hati benar dengan usikannya itu.
“ Kalau abang Mi betul-betul nak jadikan the best couple tu sebagai realiti, hah.. apa lagi? Pinang Kak Lisa cepat!” cadang Najihah dengan tiba-tiba.
Aku di sisi tidak berkutik. Sekadar menjeling Najihah.
“ Eih.. kenapa datin diam tu?” soal Azmi.
Aku diam juga. Tidak berniat ingin menjawab. Hendak kata terasa dengan usikannya tak juga. Cuma aku begitu sensitif kalau berbicara tentang isu perhubungan. Aku masih rasa tidak selesa dengan hal itu walaupun sekadar gurauan.
“ Merajuklah tu…” tambah Najihah.
Azmi ketawa lagi. Nakal dan riang. Aku menjeling Najihah. Aku mematikan loud speaker mode dan mendekatkan telefon ke telinga.
Anyway, semua teks kau tu aku belum baca lagi.. Kenapa kau teks sebenarnya?” soalku.
Azmi berdehem.
“ Aku… aaa… aku…” kata-kata Azmi tergantung. Bagai terkelu lidahnya. Tadi bukan main lancar dia membuli aku.
“Kenapa beh….?” bisikku, bagai ingin menggodanya. Nakal dan bersahaja.
Azmi diam sejenak.
Aku menggumam.
“ Nak ajak lepak lagi… tapi kali ni aku jemput kau di rumah..” cadang Azmi lancar tapi masih teragak-agak keseriusannya.
“ Kenapa nak jemput?” soalku.
Najihah masih memandangku. Mungkin dia ingin tahu apa yang aku ceritakan dengan Azmi.
“ Nanti kita pulang lewat pulak. Kasihan kalau kau balik seorang nanti..” Azmi memberi alasan.
Aku tersenyum kecil. Tersentuh sedikit hati perempuanku kerana sikap ambil beratnya itu.
Aku tberistighfar. Tidak ingin mengimpikan yang tidak ada-ada.
“ Tapi tak janjilah boleh date malam ni…” balasku. Sengajaku kuatkan perkataan date hingga menarik perhatian Najihah di sisi. Bersinar anak matanya teruja dan suka!
“ Erm.. okaylah kalau begitu…” balas Azmi, bagai hampa dan kecewa.
Aku ketawa kecil.
“ Kalau aku free, aku contact behlah yaa.. sebab petang ni aku nak pergi ke office juga..”
Its okay. Utamakan yang lebih utama..” jawabnya.
Aku diketuk rasa bersalah pulak. Aku bukannya apa. Aku tidak mahu menjanjikan pulak sebab aku takut terlewat balik dari office. Walaupun aku akan pergi esok, cuma petang ini aku memang perlu membuat semakan terakhir untuk beberapa kerja yang aku tinggalkan semasa aku menjalani kursus ini.
“ Erm.. I’ll contact later…” aku mencerahkan keadaan. Azmi bersetuju dan dia memberi salam sebelum mengakhiri bualan. Aku merenung lama telefon bimbitku seolah-olah ada sesuatu begitu berat yang aku fikirkan. Kadang aku tersenyum sendiri.
Aku memilih untuk memeriksa teks yang dikirim Azmi kepadaku pada Aplikasi Whatsapp. Aku tersenyum dan kadang tertawa kecil.
Tanpa sedar, Najihah terus jadi pemerhati. Ringkas dia membuat kesimpulan yang Lisa dan Azmi ada sesuatu yang keduanya tidak sedar.
Yang pasti, ada satu kenyataan. Lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi sahabat karib melainkan pasti nanti ada salah seorang di antara keduanya menyimpan perasaan lebih dari kawan. Sama ada si lelaki atau si perempuan. Mungkinkah dalam hal ini, Azmi?
Atau.. mereka berdua memang caranya bersahabat begitu?
Entah.

Najihah juga keliru.