BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 27 Oktober 2014

SETIA PADA DIA-BAB 2

BAB 2
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”

Tanganku meluncur laju, menekan-nekan skrin telefon bimbit jenama Samsung berwarna merah jambu. Aku melayari laman Instagram. Rutinku sebelum tidur memang begitu. Suka ambil tahu apa rakan-rakan di IG kongsikan untuk kali ini. Kemudian aku menekan notifikasi yang banyak kuterima termasuklah nama ku di ‘tagged’ oleh Azmi.
Gambar kami berdua tadi!
Mataku liar membaca segala komen-komen yang ditinggalkan oleh rakan IGnya termasuklah kawan-kawan lama zaman sekolah menengah. Sehinggakan satu komen itu mengundang gundah di hatiku bilamana komennya mendoakan aku dan Azmi bersatu. Ada juga komen yang bagai mengenakan aku dan Azmi. Yalah, dulu kami dikenali sebagai musuh. Maklum sajalah. Aku dikatakan berani sangat menentang Azmi yang kononnya dulu dia seorang gangster di sekolahnya sebelum menjejakkan kaki ke menengah enam. Hinggakan dia sempat menjerit di depanku bahwa aku berani menentang dia yang tidak pernah sekali ditegur ketika di sekolahnya dulu. Katanya, tiada siapa yang berani menegur.
Tiada siapa!
Aku tergelak sendiri mengenang semua itu. Kini kemesraan itu bagai dapat dihidu oleh rakan yang lain cuma mungkin mereka tidak yakin. Kalaulah mereka tahu kami sudah rapat setelah enam bulan peristiwa kami bergaduh besar dulu, apalah agaknya reaksi mereka. Pasti kami tidak henti menjadi bahan ejekkan mereka pulak disebabkan keakraban kami begitu ketara kalau berkomunikasi melalui telefon.
Yalahkan.
Sungguh tak henti keluar istilah benci antara aku dan dia. Sudahlah satu kelas. Bermasam muka setiap kali berjumpa. Hendak memandang pun aku tidak sudi. Inikan pula hendak bertegur sapa.
Click!
Kenangan lamaku terganggu. Aku membuka mesej yang kuterima dari aplikasi Whatsapp itu.
-Beh-
Aku menggaris senyuman.
‘Bayangkan aku sebelum tidur nampak..’
Aku mencebik. Meskipun tekaannya itu betul-betul tepat tapi bagiku segala itu adalah misi utamanya untuk mengambil responku untuk membalas mesej itu. Pantas aku menaip balasan kerana aku tidak mahu kalah dengan usikannya. Sudah terbiasa begitu.
‘Mana tak bayang sebab penuh notify aku dengan comments’
Aku menekan punat send.
‘semua sebab kau…’
Sambungku kemudian tersenyum kecil. Aku berbaring mengiring ke kanan sementara menanti dia membalas teksku itu.
‘Hahahaha’
Aku menarik muka.
‘ popular untuk kali ini, apa salahnya?’
Aku mencebik.
‘ caption tu melampau!’
Sungguh aku geram dengan Azmi ini bilamana dia meletakkan caption untuk gambar tadi di Instagramnya itu mengada-ngada maksudnya.
‘ ‘Eisy&Azmi : us.’
Walaupun tulisan itu nampak biasa-biasa saja tapi orang boleh menyalah ertikan maksudnya. Yang membuatkan aku tidak mengerti bilamana dia sengaja membubuh gambar love di situ yang aku yakin pasti mengundang salah faham rakan yang lain.
Sebenarnya, aku malas mahu bersoal jawab. Bukan apa. Aku ni siapalah hendak disoal-siasat. Tentang sejauhmana perhubungan kami pun boleh jadi topic utama bualan kawan-kawan kami kali ini.
‘ Beh…’
Aku sengaja menarik perhatiannya dengan menaip begitu berserta dengan emoticon mata cinta.
‘ hmm….’
Balasnya bersahaja. Aku menahan tawa. Sudah aku bayangkan bagaimana reaksinya sebenar kalau aku mula memanggilnya begitu. Mukanya yang menimbulkan geram pasti terpamer apabila aku memanggilnya begitu. Membebel macam perempuan.
‘ Nak jujur boleh?’
‘ apa dia?’
Aku menghela nafas, ingin menyusun kata. Hatiku bimbang sesungguhnya dan dia perlu tahu keadaanku itu.
‘ Okay tak kau upload gambar kita berdua..’
‘okay.. kenapa?’
Aku merenung telefon bimbitku. Mengambil sedikit waktu untukku menyusun kata-kata yang sesuai untuk ditulis kepadanya.
Apakah Azmi benar tidak tahu dengan maksud pertanyaanku?
‘ tak takut jatuh saham nanti?’
Aku menanti balasannya.
‘ nak takut apa…. Sayang cantik betulkah sampai koleksi yang lain tercabar?’
Aku tersengih sendiri dengan balasannya. Kalau perempuan lain, sudah pasti terasa hati dengan balasan Azmi ini tapi aku sudah terbiasa benar.
‘ Yalah… cantikkan…’
‘ hahaa.. sayang tu tak takut kalau tak ada guys yang approach?’
Aku mati kata. Tak mungkin aku membuka ruang di hati ini setelah aku dikhianati. Bukan mudah untuk aku meneruskan segalanya seperti tidak pernah kenal erti kecewa.
‘ sorry sayang..’
Aku memejam mata. Rasanya Azmi tahu bagaimana sakitnya aku dan deritanya aku selama ini. Walaupun dia menegur aku dengan gurauan, aku masih terasa aku perlu setia dan mempertahankan rasa yang ku ada meskipun aku telah ditinggalkan. Walau aku tidak perlu setia pada pemilik rasa ini sekurang-kurangnya aku masih jujur pada hatiku dengan merelakan cinta terus ada di hati ini. Entah berapa lamakah ia akan terus tersimpan di hatiku.
Ya Allah.
Aku memejam mata.
Telefon bernada. Aku melihat nama Azmi tertera. Lama aku berkira membuat keputusan untuk menjawab sebelum salamnya menyapa jelas di pendengaranku.
“ marah?” soalnya. Kali ini berlainan sekali nadanya.
Aku mengetap bibir. Entah mengapa, rasa sayu menjalar di hatiku. Mengguris perasaanku lebih dalam.
Luka lagi hati ini.
“ sorry sayang.. beh tak maksudkan apa-apa…” pintanya bersungguh-sungguh.
Aku mengesat hujung mata yang berkaca dan menggaris senyum. Bukan kerana dia memujuk dengan kata maaf tapi kerana dia membahasakan dirinya dengan panggilan beh kerana dia amat tidak suka dengan panggilan itu.
Kemudian aku melepas tawa kecil.
“ romantiknya guna nama beh…” usikku manja tapi bermaksud memperlinya.
Azmi merengus kasar.
“ Ingat aku suka?”
Aku tergelak besar sebelum tawaku mati saat mendengar pintu bilik di ketuk kuat bertalu-talu.
“ Dah tengah malam ni Lisa..” abah bersuara dari luar bilik. Aku menekup mulut.
“ Maaf abah…” jeritku dari dalam bilik. Kemudian aku kembali mendekatkan telefon.
“ Kau lah tu. Abah dah marah..” tegurku.
“ Eleh.. dia yang gelak macam hantu.. salahkan aku pulak..” balas Azmi.
Aku ketawa kecil.
“ Macam ni lah. Bagitahu abah yang bakal menantu dia buat lawak. Gerenti abah tak marah punya,…” sambung Azmi lagi dengan usikan gila-gilanya.
“ aah.. malas aku nak layan kau ni..” pintasku.
Tawa Azmi kedengaran riang. Kemudian dia kembali menyepi. Hanya ada antara aku dan dia bunyi penghawa dingin bilikku dan hela nafasnya.
“ ‘Eisy,. Selamat ulang tahun.. Maafkan aku dengan sikap aku dimula kita kenal dulu..” Azmi mula bersuara serius.
Aku mengigit bibir.
“ Cara kita lainkan. Orang berkenalan dan menjadi kawan rapat dengan cara yang mesra tapi kita lain.. kan?”
Aku tersenyum sendiri. Azmi seakan ingin membawa aku kembali mengingat kisah lalu. Kisah bagaimana bermulanya kami berkenalan. Kisah enam tahun dulu. Kisah yang asalnya menjauhkan aku dan dia.
“ Biarlah cara kita begitu… sekurang-kurangnya nanti bolehlah kita cerita pada anak cucu cicit kita nanti…” sambungku agar suasana tidak menjadi canggung.
Tawa Azmi kedengaran.
“ Esok tak kerja?” soalku, sekadar ingin  tahu.
“ Kerja… kenapa? Nak lepak minum lagi?” balasnya dengan pertanyaan juga.
Aku tergelak kecil.
“ taklah…” jawabku jujur. Lagipun, aku banyak urusan dalam kerjaku bermula hari esok.
“ habis tu?” soalnya lagi, bagai memaksa aku memberi jawapan yang lebih memuaskan hati.
“ Hai.. tak boleh takkan tak boleh tanya?” tanyaku lagi.
Azmi ketawa.
“ bolehlah.. Cuma lain..” balasnya menyuarakan kehairanan dalam nada yang masih bersisa tawa.
Aku mendengus kasar.
“ Yalah yalah. Lepas ni malas aku nak ambil tahu hal kerja kau..” balasku serius.
“ eleh… malaslah aku nak pujuk kau kalau kau nak merajuk..”
“ ada aku kata nak kau pujuk?” balasku berterus-terang. Walaupun aku begitu ingin tahu bagaimana cara kawanku ini memujuk perempuan. Lagipun, aku anti benar dengan insan-insan yang bermulut manis. Boleh meluat habis.
Kemudian antara kami sunyi lagi.
“ ‘Eisy.. dah lewat..”
Aku sekadar menggumam. Tanpa sedar, suasana itu mengusik hati Azmi. ‘Eisy kadang boleh jadi begitu mesra dan memikat. Sayangnya, sudah lama batas wujud di hati. Sudah tertulis bahawa status keakraban dia dan ‘Eisy hanyalah kawan. Terlalu sayang perhubungan itu untuk dinodai dengan rasa cinta.
“ Kalau beh nak tidur, tidurlah..” balasku perlahan. Aku juga merasakan suasana yang aku cari-cari selama ini. Rasa ingin terus menyayangi dan disayangi. Sayangnya, Azmi bukan orangnya.
Tidak mungkin aku lupakan bekas tunanganku.
“ Memanglah.. nak teman?” soalnya mengusik.
Aku tertawa kecil.
“ Kau ni kan.. nak aku tumbuk tak?” marahku, pura-pura garang.
“ Eleh.. sekadar penumbuk kau tu kan, belum tentu aku kritikal lagi…” ejek Azmi selamba.
Aku mengetap bibir, menahan rasa geram.
“ Dari kau tumbuk, baik kau duduk dan lihat aku tidur. Dapat juga pahala…” sambung Azmi lagi.
“ Hoi cik abang, kau tu bukannya laki aku untuk aku lihat dan dapat pahala…”
“ Kita kahwinlah..”
Aku tergelak.
“ Lawak kau ni bila dah nak tidur tu makin merepek. Dahlah. Tidur!” putusku.
Azmi sempat berkata itu dan ini sebelum perbualan kami diakhiri dengan ucapan malam dan bunyi ciuman layangnya.
Memang gila-gila Azmi ni.
Aku kemudian meletakkan telefon di sisi lampu tidur. Aku menekan suis lampu tidurku dan sekelip mata cahaya di bilik tidurku menjadi suram. Tidak seperti tadi. Aku memeluk erat bantal tidurku sebelum aku terus melayan perasaan. Masih terbayang kenangan lalu yang menyakitkan.
Aku beristighfar.

Ya TUHAN, belum redha lagikah aku dengan kehendakMU?

0 ulasan: