Bab 36
O.R.K.I.D
(Ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali
Keadaan
dingin di dalam ruangan itu akhirnya membuatkan aku tersedar dari lena yang
panjang. Aku meramas-ramas perutku demi saja aku tersedar. Aku takut ada
sesuatu terjadi pada anak dalam kandunganku lantaran tergesa-gesa melarikan
diri dari kenangan lalu.
“
Syukurlah, awak dah sedar..” suara lelaki itu lain dari nada suara suamiku.
Lain benar dari yang selalu menemani hari-hariku. Pantas, atas rasa ingin tahu
aku mencari dari mana arah datangnya suara itu di balik kesuraman cahaya di
ruangan rumah sakit itu.
Ya Allah..
Sekali
lagi, sedarkanlah aku TUHAN. Tunjukkan padaku dia bukan Fahrin.
Aku menekup
wajah. Berpaling dari terus memandang insan itu kerana meluap-luap rasa benci
di dada. Aku takut hilang sabar dan aku bakal menjerit nantinya bagai orang
gila. Aku bimbang rasa yang kupendam terluah dari mulut yang bertahun-tahun
cuba aku simpan.
“ Saya
faham kalau awak benci saya Sara…” dia mula main kata.
Aku
menghela nafas kasar.
“ Tapi
janganlah sampai ‘lari’ sebegitu jauh dari hidup saya.. Jangan sampai cederakan
diri sendiri..” sinis dia menyambung kata-katanya yang bukannya memberi ketenangan
kepadaku malah menyuntik rasa meluat pula.
Aku
membetulkan duduk. Sesekali aku mencari kelibat Amiraa di sekelilingku sebelum
pandanganku kembali jatuh pada wajah yang suatu ketika dulu pernah menjadi
pujaan hatiku.
“ No one
else.. only me..” dia bersuara bagai menjawab persoalan yang timbul di
fikiranku.
Apalah
malang hari ini bertemu dengannya dan berduaan pula dengannya. Walaupun tiada
siapa yang tahu aku di sini namun aku tetap bimbang dengan keadaan hati yang
jauh dari Dhani ini.
Bimbang aku
akan berubah seketika lantaran sunyi.
“ Mereka
fikir saya suami awak..” sambungnya sebelum aku memandangnya dengan pandangan
tajamnya. Benci sungguhku pada ayatnya yang terakhir itu. Seakan-akan dia
berbangga dengan apa yang terjadi padaku.
“ Saya
sudah terbiasa hidup tanpa awak. Pergi dan jangan datang lagi dalam hidup
saya..” luahku akhirnya setelah lama berdiam diri. Anehnya, Fahrin sedikit pun
tidak bergerak dari tempatnya berdiri.
Dia
berpeluk tubuh.
“ Awak nak
lari kemana lagi Sara?” soal Fahrin. Kali ini nada suaranya berubah. Berubah
lirih dan sayu. Menggusarkan hati dan perasaanku saat ini.
Aku
mengeluh seraya menunduk. Aku tidak mahu wajah itu mengundang simpatiku. Aku
tidak ingin dia mengambil perhatianku lagi.
Aku
benar-benar tidak mahu.
“Apa yang
terjadi antara kita adalah takdir Fahrin..” ucapku penuh emosi.
Malam
inikah yang akan merungkaikan segala yang terkusut?
“ Saya akui
saya silap.. Tapi, saya tidak bahagia dengan jalan yang saya pilih Sara..”
balasnya, meluahkan isi hatinya yang konon katanya sudah lama ingin dia
katakan.
Ya TUHAN..
perlukah aku percaya padanya?
“ Bukankah
ianya sudah terlambat?” soalku membalas pandangannya yang nampak sedih. Apa
yang aku rasa saat melihat ke dalam anak matanya adalah perasaan kosong. Tidak
macam dulu lagi. Tiada lagi rasa cinta yang membara.
“
Kembalilah Sara.. Kembali dalam hidup saya..” rayunya lagi dengan
bersungguh-sungguh.
“ Awak
gila?”
Aku
terjerit mendengar permintaan gilanya itu. Sedikit sebanyak airmatanya itu
mengundang rasa lain di hatiku.
Kasihan
mungkin?
“ Saya dah
ada suami.. Saya bahagia..” balasku angkuh dan terus berdiri dari terus duduk
di katil itu. Aku nampak bagai orang yang tiada kekuatan dan semangat bila
berada di situ. Makanya aku berdiri. Ingin menunjukkan padanya yang walaupun
aku jauh dari sisi suamiku namun hatiku dan hati Dhani tidak pernah berjauhan.
Walaupun jarak jadi pemisah, sekalipun aku yakin hati Dhani tetap untukku.
Bukan lagi
buat Fahrin.
Dia mula
diam melihat reaksiku. Dia menghampiri jendela yang nampak jernih itu. Ada
bulan bersinar namun cahayanya suram. Suasana bisu tiba-tiba menguasai ruang.
Aku
melabuhkan punggung semula.
Aku
bersyukur benar anakku dan Dhani masih ada di dalam kandunganku. Aku tahu
kenapa aku merasa senak tadi. Mungkin kerana aku terlalu aktif berlari
sedangkan Dhani sudah berpesan agar tidak begitu.
Ah.. aku
terkenang Dhani!
Mungkin
sudah berpuluh-puluh pesanan darinya masuk ke dalam talianku saat ini.
Aku
menyentuh perutku dengan linangan airmata. Aku jauh terkenangkan suamiku. Kalaulah
Dhani tahu apa yang terjadi saat ini….
“ Pergilah
Fahrin… awak bukan kepunyaan saya lagi..” aku meluahkan rasa dengan sayu. Lirih
sekali bunyinya dan pilu menghentam jiwaku.
“ sejak
cincin kita terlucut dari jemari ini, saya sudah nekad. Tidak akan kembali lagi
kepada awak.. awak yang pilih untuk berpisah kerana hati awak mencintai orang
lain dan bukannya saya. Dimana awak Fahrin ketika saya kecewa dengan permintaan
awak?” sambungku pula. Dan kali ini, berubah nada dan penuh emosi.
Mungkin
Fahrin harus tahu segala yang aku rasa.
“ Maafkan
saya Sara.. Maafkan saya..” pintanya bersungguh-sungguh di hadapanku. Wajah
lelakinya nampak keruh. Sebuah wajah yang hatinya dulu mencintaiku.
“ Saya tak
ada niat nak balas dendam.. Saya tak berniat nak biarkan aku rasa terluka tapi
biarlah begini. Binalah hidup baru dengan insan yang awak pernah pilih untuk
sama melukakan hati ini..” ujarku tegas meskipun bernada sedih.
Aku
menyentuh dadaku.
“ Di sini,
nama awak sudah lama terpadam. Di sini juga, cinta kita mati..” ujarku penuh
perasaan.
Fahrin
di hadapanku hanya diam. Kali ini dia seakan tidak berdaya lagi membalas
kedegilan kata-kataku menolak hasratnya yang ingin kembali bersamaku.
“ dan
sejauh inikah awak mengejar saya Fahrin?” soalku kerana ingin tahu bagaimana
dia boleh sampai ke bumi Perancis ini. Kerana kedatangannya kemarilah dan
kerana terserempak dengannya di lapangan terbang dulu menyebabkan Dhani pernah
bersengketa bersamaku.
Dia
menggeleng dalam senyuman kelat.
“
Takdir yang menemukan kita Sara..”
Aku
terdiam mendengar balasan kata-katanya. Dia sempat berpesan agar aku menjaga
diri kerana dia ingin kembali semula esok pagi ke sini. Dia tidak ingin
meninggalkan aku dalam keadaan begini meskipun aku berdegil menginginkan dia
menjauh.
“ Awak
suka atau tidak, saya tetap akan jadi pengganti Dhani..” ucapnya sebelum
meninggalkan aku yang terpinga-pinga dengan keputusannya itu.
Saat
dia berlalu, sekali lagi aku tidak terkata.
Ada
cincin yang menyimpan kenangan antara aku dan dia masih tersarung di jemari
manisnya!
3 ulasan:
xde sambungan ke??
saye nak dhani je..
xnak oang lain..
Dhani2
tolong miss writer, tolongla
pleasee jadikan Dhani untuk sara dan sara untuk Dhani
please2
I only want both of them..
please
smbng lagiii please... ♥
Catat Ulasan