BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 25 Jun 2011

Bab 25 - Epilog Cinta Isabella

Bab 25
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

            Aku dan suamiku Arif turun kemudian setelah habis mandi. Kami beriringan menuju ke ruang tamu, betul-betul seperti pengantin baru. Aku duduk di sebelah mummy yang sedang asyik membalek majalah pengantin. Aku menarik tangan suamiku untuk turut duduk di sebelahku.
Well dear. What theme did you choose?” soal mummy setelah sedar akan kehadiran kami. Namun begitu, matanya masih lekat di majalah itu. Aku memandang Arif memintanya yang menjawab bagi pertanyaan mummy itu.
Aku menyikunya meminta dia segera membalas.
“ Err.. kami pilih tema 1001 malam mummy..” Arif bersuara teragak-agak. Sebenarnya, kami resah juga. Takut kalau mummy menolak rancangan kami ini.
Hows your preparation so far?” tanya mummy dan mula memandang kami berdua.
Aku tersengih.
“ Sejauh ni… belum ada..” aku menjawab lambat-lambat.
Mata mummy berubah besar. Itu tandanya dia geram dengan jawapanku yang nampak begitu bersahaja itu. Pastilah mummyku yang cantik ini akan mula membebel.
Fine.. I’ll let you choose that theme but let me done it everything for you.. okay Bella?”
Aku dan Arif berpandangan.
“ Ibu dan ayah?” soalku.
I’ll discuss with them then.. no worries my dear” balas mummy seperti mengerti maksud kami berdua itu. Takut juga kalau mummy menguruskan sendiri dan lupa pada mertuaku itu.
“ Hmm, I heard Afif wants to marry.. Isn’t he?” mummy bertanya, inginkan kepastian.
Yes mummy, but I’m sure the date will not same as us..” Arif menjawab kemudian.
Aku tersentak. Menelan liur berkali-kali. Sekali lagi kali ini, aku merasa seperti sang hati disiram dengan air garam. Pedih sekali di ulu hati.
So, who is the lucky girl?” tanya mummy lagi, semakin membakar hatiku.
“ Namanya Ayu Maya..” aku menjawab dengan sedikit meluat.
 “ Kenapa tak teruskan bersama?” soal mummy dengan pelat Inggerisnya. Mendengar cadangan mummy itu, aku terus saja bangkit dari situ. Aku paling benci mendengar hal yang berkaitan dengan Afif itu! Kini mummy pula bercadang hendak menyatukan majlis?
No way!
“ Bella..” mummy memanggilku tapi aku terus saja menaiki anak tangga dengan geram. Lupakah mummy pada ‘menantu tidak jadinya’ itu telah menghancurkan hidup anak gadisnya?
Aku betul-betul tidak boleh memaafkan kesalahan Afif! Dia buat aku seperti orang bodoh dan betul-betul merendahkan harga diri di saat aku mencuba memperbaiki hubungan dinginku dengan Arif suatu masa dulu. Aku sendiri tidak mahu ada pertelingkahan di dalam hubungan kami tambahan pulak kami asalnya saudara sepupu. Bagaimana mungkin air yang dicincang akan putus?
Aku menuju ke bilik bacaan bersebelahan dengan bilik tidur utama kami. Aku menutup pintu dengan perlahan dan menghampiri sofa lembut berhampiran rak buku yang banyak. Di situlah aku melabuhkan punggung untuk melayan perasaan. Jauh benar fikiran melayang. Bermula dari kisah pertemuanku dengan Afif ketika berada di Scotland kerana keluarganya datang menziarahi aku dan mummy, saat-saat bahagia cinta berbunga hinggalah dia mencalit kehancuran di ambang kebahagiaanku. Aku masih terkenang betapa menawannya Afif sewaktu dia mula bermain cinta denganku. Aku masih ingat lagi dia suka menyelitkan nota-nota di dalam buku kuliahku sewaktu aku masih lagi belajar di tanah kelahiranku. Puas juga aku bermasam muka hingga akhirnya Afif terus meluahkan perasaannya kepadaku.
Katanya, ‘ Bella, I love you..’
Cuba katakan padaku, hati siapa yang tidak berbunga bila disapa frasa indah itu? Cuba katakan padaku, siapa yang tidak merasakan getarannya? Cuba katakan padaku juga, jiwa siapa tidak meronta-ronta bila kasih sayang dijanjikan untuk dicurahkan sepanjang hayat?
Aku sendiri merasa benar-benar disayangi hingga hampir separuh nyawaku ini kurasakan miliknya. Dia telah menyarungkan lambang penyatuan hati di jari manisku. Dengan penuh adat ketimuran, aku laksanakan jua pesta itu walaupun aku kaku sekali dengan adatku sendiri. Sedikit sebanyak, Afif mengajarku tentang erti berbangsa Melayu yang asalnya aku berketurunan begitu.
Aku termangu sendirian.
Hari itu, aku sudah dirias cantik oleh juru solek yang professional, tempahan mummy. Meskipun majlis itu diadakan di kampung, satu rumah dan diadakan di rumah ayah atas permintaan mummy sendiri, aku juga tidak menolak. Saat berdebar-debar menanti hari pernikahan, aku dikhabarkan berita yang meragut kebahagianku.
Afif telah pergi jauh!
Satu keluarga seolah-olah tidak bertanggungjawab dengan kebodohan yang dilakukan Afif hinggalah akhirnya, aku terpaksa bernikah dengan Arif… abangnya yang dulunya selalu dingin saja denganku dan ya.. dulu Arif tidak pernah menyukaiku.
Katanya, aku keturunan penjajah!
Hatiku tercalar!
Bukan kecil hirisan yang Afif tinggalkan dan ditambah pula dengan kesadisan kata-kata Arif sewaktu hari pertama aku sah bergelar isteri kepadanya. Namun hari ini, aku merasakan kasih sayang tulus dari Arif. Aku merasa bahagia dalam hangat kasihnya walaupun aku mencintai dia dari sisa-sisa cintaku.
Maafkan aku, suamiku… kerana mencintaimu dengan serpihan cinta yang tersisa. Aku sedar, Arif itu bukan Afif. Aku juga sedar segala kebaikan dan kebahagiaan yang aku rasai itu adalah Arif dan bukan Afif.
Aku tidak terlalu bengang untuk menilai kaca dan permata.
Detik itu jua, aku leraikan kesedihan yang selama ini kupendam sendiri. Aku biarkan airmata yang sudah lama berkumpul itu terluah, membuang segala kesedihan yang kutahan sejak berbulan-bulan sudah lamanya. Sesungguhnya banyak yang ingin aku luahkan.
Aku mengusap perutku yang kini tersimpan khazanah yang paling kusayang. Aku berharap bahagia yang kurasa ini baru permulaan.
Afif..
Sekali lagi aku inginkan kepastian, kenapa kembali lagi kalau hanya untuk menyakiti?

Bab 24 - Epilog cinta isabella

Bab 24
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

Bella dear…” suara mummy kedengaran melaung-laung dari tingkat bawah. Aku yang masih liat untuk bangun pagi hanya terus berbaring dengan malas di atas katilku itu. Mummy baru balik semalam tapi dia nampak begitu semangat menguruskan majlis persandinganku.
“ Abang…” panggilku dengan mata yang masih terpejam. Kemana pulak hilangnya suamiku itu. Selalu saja hilang bila aku memerlukan dirinya. Kerana tiada sahutan darinya itulah, aku memaksa diri untuk bangun. Aku memerhatikan diriku di dalam cermin.
Aku menggayakan bermacam-macam pose. Sesekali aku ketawa sendiri. Pandanganku jatuh kemudian kepada perutku yang kini mengandungkan anak kami. Aku menyentuh perlahan.
Masih belum nampak perubahan!
Aku tersenyum senang.
Bolehlah aku makan dengan sesuka hatiku. Sejauh ini, masalah pejabat sudah hampir selesai. Walaupun sudah lama aku tidak kembali ke pejabat, tapi kali ini aku bersyukur juga kerana mummy sudah mengupah seseorang yang berkaliber untuk memantau perkembangan pejabatku untuk sementara waktu. Kalau dia menunjukkan prestasi yang cemerlang, mungkin aku akan terus mengambilnya sebagai pegawai tetap.
Bella..” suara mummy menganggu lamunanku. Dia sudah tercegat di muka pintu sambil bercekak pinggang.
Aku tersengih.
You young mother, please take your shower now..” mummy mula membebel. Aku memekakkan telinga dan dengan selamba saja mengambil tuala. Aku sempat menjeling mummy sebelum beredar ke bilik mandi. Aku terdengar pintu bilik ditutup semula dan aku dengan perlahan menutup pintu bilik air. Itulah, sudah timbul semula sikap nakalku yang suka membakar kemarahan mummy.
Saatku berpaling, aku terkejut melihat Arif yang sedang bertuala di hadapanku! Dia sedang mencuci muka ketikaku masuk ke dalam bilik air itu. Aku betul-betul salah tingkah saat itu juga. Aku tidak selesa bila melihat dia begitu.
“ Kenapa a..aaa bang tak kunci?” soalku sambil berdiri membelakanginya. Aku rasa benar-benar malu saat itu walaupun itu bukan kali pertama aku melihatnya. Aku tidak pernah lagi mandi bersama dengan suamiku itu walaupun kami sudah ‘jauh’ di dalam hubungan.
Arif ketawa mesra.
Hangat deru nafasnya menampar ke pipiku. Tangannya menjalar, merangkul pinggangku.
Aku menelan liur.
Dia mula memberikan sentuhan hangat.
Aku menanti penuh sabar dengan tindakannya. Aku suka sentuhan Arif. Aku bagai terbang di awangan bila bersamanya. Mungkin kerana aku tidak bergerak itulah dia meneruskan niatnya ke arah yang lebih ‘hangat’ lagi.
“ Apa kata kita mandi bersama..” cadangnya dalam bisikan.
Aku semakin berdebar-debar bila Arif semakin mengeratkan rangkulannya.
“ Abangkan dah mandi..” balasku antara dengar dengan tidak.
Aku seperti di dalam penjara, pukauan aura kasihnya di kamar itu.
Arif mengunci pintu.
“ Mandi lebih lama pun tak apa…” bisiknya lagi, semakin hangat.

Rabu, 22 Jun 2011

Bab 23- Epilog cinta Isabella

Bab 23
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

Afif meraup wajahnya berulang kali. Sepulangnya dari rumah, dia terus menuju ke bilik tidurnya dan menghempaskan diri dengan selesa di atas katil itu. Sejak dia bertemu lagi berhadapan dengan bekas tunangannya yang kini sudah menjadi isteri abangnya itu, dia jadi berbelah-bagi. Entah kenapa, sekeping hatinya seolah-olah dengki dengan kebahagiaan yang dicapai oleh abangnya.
Dia tahu, Isabella membenci dirinya.
Dulu, sinar mata di mata gadis Scotland itu penuh dengan sinar cinta buatnya tapi kini menjalar pula kebencian yang tidak terhingga.
            Tersilapkah dia menyerahkan Isabella kepada abangnya?
Dia nampak Arif seperti sudah pun menerima Isabella sebagai isteri. Bukan dia tidak kenal pada abangnya itu. Sekali dia menolak, bermaksud dia benar-benar menolak tetapi apabila dia sudah suka, dia akan menyukai dengan sepenuh hati. Lantas, tegarkah dia merebut Isabella semula dan mencalar hati tulus milik abangnya sendiri?
Tak mungkin!
Kalau pun dia ingin bersikap kejam, mana mungkin dia akan melukakan hati abangnya sendiri. Kalaupun abangnya mahu menyerahkan Isabella semula, mustahil Isabella akan menerimanya kembali. Lagipun, kini dia sudah ada pengganti baru. Dia bersama Ayu Maya pun sebenarnya hanya ingin mengubati hati yang penuh dengan khilaf itu. Memang dulu, dia berjaya melupakan Isabella dan bersama dengan Ayu. Baginya, Ayu baik dan sopan. Dia juga menepati isteri solehah jika itu yang dicarinya. Namun, sejak dia kembali semula ke kampung setelah meninggalkan abangnya dan Isabella untuk bersatu, dia terasa tercabar dengan keangkuhan Isabella kepadanya.
Dalam hal ini, layakkah dia memohon maaf kepada Isabella?
Pernahkah Afif terfikir saat-saat kebodohan Isabella yang terpaksa jua menerima lafaz nikah dari Arif dan menerima segala hinaan suaminya walaupun kini Arif berusaha mengertikan hubungan itu?
Afif menghela nafas berat lagi. Dia terasa terbeban dengan bala yang diciptanya sendiri. Dia mengikat janji lagi untuk menikahi Ayu Maya dengan harapan mampu menjalani hidup yang penuh bahagia.
Sanggupkah lagi dia mengulangi kesilapannya yang kedua hanya kerana dia, Isabella?

Bab 22- Epilog Cinta Isabella

Bab 22
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

            Gaun pengantin berwarna biru ini adalah gaun yang ke 5 kucuba ragakan ke ttubuhku. Aku pun sudah tidak tahu mahu memilih yang mana kerana semuanya nampak cantik dan semuanya nampak elegan. Tapi, aku tidak berkenan sangat kerana aku mahu gaun berwarna ungu muda ataupun berwarna merah menyala.
            So, how is it dear?” tanya suamiku yang masih lagi setia menemaniku memilih gaun untuk persandingan kami.
            Aku mengangkat bahu.
            “ Dah letih?” tanya lagi.
            Aku menggeleng. Bukan itu yang kurasa sekarang tapi rasa tidak berpuas hati! Kalau mummy adakan senang! Mesti mummy tahu memilih apa yang sesuai untukku. Aku pantas menarik tangan suamiku itu dan memeluk lengannya lalu mengajaknya keluar dari butik itu setelah mengucapkan terima kasih. Satu lagi yang aku tidak suka, pekerja di butik itu tak sudah-sudah mengerling suamiku itu.
            Handsome sangat ke suami aku itu? Gayanya sempoi saja. Rambut spiky, badan pula bolehlah dikatakan hero maskulin dan ya.. memang menakutkan kalau dia terus diminati dalam diam pula.
            “ Lapar?”
            Aku menggeleng.
            “ Sayang tak suka butik tu. Pandang abang semacam..” luahku tidak berpuas hati. Sakit juga hati melihat insiden itu. Jalan mudah, pergi sajalah dari kedai itu. Sakit hati pun hilang, hati juga jadi senang.
            Arif tersengih nakal. Barangkali gembira dengan luahan Isabella yang sepertinya berbaur cemburu itu.
            “ Kenapa?” soalku kehairanan dengan perubahan wajah suamiku itu.
            You are jelous. Aren’t you?” tanyanya dengan nada mengusik.
            Aku menjeling.
            Ofcourse not!” balasku sepertinya hendak merajuk. Saat itu jugalah, Arif melepaskan tawa bebas. Apabila tersedar saja banyak mata melihat tingkah suamiku itu memandangkan kami berada di tempat umum, aku pantas menekup mulutnya.
            “ Abang, orang tengoklah..” tegurku sambil memukul lengannya. Dia berusaha untuk menghentikan tawanya meskipun sisanya masih kedengaran. Entah apa yang lucu dari jawapanku itu pun aku tidak tahu.
            “ Tak nak mengaku pulak..” dia memperliku seraya menarik aku untuk terus masuk ke butik pakaian pengantin yang lain. Rasanya malas hendak melayan karenahnya yang suka sangat membuat aku geram. Daripada melayan dia, lebih baik aku teruskan hasrat mencari gaun pengantin itu. Meskipun sebenarnya, sejak mula merasa mengandung ini aku cepat pulak penat.
            Sambil aku mencari-cari gaun yang sesuai, aku berkenan pada sehelai gaun pengantin ini. Warnanya lembut, ungu cair dan dihiasi dengan manik-manik berwarna biru dan merah jambu.
            Aku suka!
            Lantas aku mengambilnya untuk dicuba. Hairannya, ada sepasang tangan jua yang mengambil gaun itu. Aku melihat si gerangan yang sepertinya juga mempunyai citarasa yang sama denganku itu.
            Ayu Maya?
            Aku tersentak.
            Jika dia datang untuk melihat pakaian pengantin, pasti pasangannya juga ada bersama. Lantaran kuat rasa ingin tahuku, mataku mencari-cari kelibat itu. Di satu sudut aku ternampak dia bersama suamiku sedang bersembang-sembang. Seolah-olah tidak pernah berkongsi cerita duka sebelum ini. Semuanya, baik-baik saja.
            “ Kak Bella…” sapa Ayu dengan perlahan. Aku bagaikan tersentak dengan sapaan itu. Seolah-olah mengheret aku kembali berpijak di duniaku yang nyata.
            Aku mengukir senyuman demi menutup kekhilafanku itu. Aku melepaskan pegangan pada gaun itu dan membiarkan ia lekat di tangan Ayu.
            “ Datang dengan abang Arif?” tanyanya lagi dengan sopan.
            Aku mengangguk perlahan.
            “ Buat persiapan juga?” soalku setelah agak lama kami kaku berdepanan.
            Ayu mengangguk, menjawab pertanyaanku itu. Entah kenapa, hati ini bagai tersiat. Seperti tidak gembira dengan jawapan itu.
            “ Kak Bella nak gaun ini?” tanya Ayu setelah agak lama kuberdiam. Arif dan juga Afif tiba-tiba saja menghampiri kami berdua yang masih tercegat di situ.
            “ Dah pilih baju?” tanya Arif di sebelahku sambil menggenggam tangan kananku. Tingkahnya seolah-olah ingin membuat insan di hadapanku itu sakit hati.
            Aku mengangkat bahu. Sememangnya niatku mati sama sekali lantaran Ayu juga meminati baju gaun yang sama!
            “ Kak Bella suka baju ni, Ayu juga..” Ayu bersuara kemudian apabila suasana itu bertukar bisu sesaat.
            Semua mata menanti reaksiku.
            “ Kalau begitu, kita tempah lagi..” Afif pula bersuara, yang dibuat-buat ceria seperti menabur garam saja di atas hatiku yang luka.
            Aku menarik tanganku dari genggaman Arif lalu berpeluk tubuh. Aku sengaja mempamer sikap angkuh di hadapannya.
            Well.. don’t ever think that I would agree to share, brother!”  aku bersuara sinis dan terus menarik tangan Arif untuk meninggalkan tempat itu.
            Hancur semuanya!
            Benci betul aku melihat lelaki itu! Kenapalah dia kembali lagi? Aku tak suka berkongsi sesuatu yang membuat aku bahagia dengan orang yang pernah meninggalkan luka di hatiku.
            “ Kenapa yang?” soal Arif setelah kami agak jauh dari butik itu. Aku senang memilih untuk tidak menjawab. Biarlah Arif membuat kesimpulan sendiri walaupun insan yang kusakiti itu adiknya sendiri atau lebih tepat lagi adik iparku. Bukan aku berniat sama melukakan hati Arif yang kini sudahku rasai ketulusan hatinya. Yang aku tahu, aku tak akan pernah juarai jiwa yang ku tak punya.

Selasa, 21 Jun 2011

Bab 21- Epilog cinta Isabella

Bab 21
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

            Aku memegang kepalaku yang masih terasa berat. Ada sehelai tuala basah diletakkan di atas dahiku. Tiba-tiba pulak aku jadi tidak sedap badan dan terus demam panas! Penangan Afif kembalikah begini atau?
            Lagi-lagi Afif juga dalam ingatanku!
            “ Dah sedar?” Arif bersuara dari muka pintu. Dia membawakan segelas susu dan juga roti sandwich. Katanya, aku perlu makan untuk memulihkan tenaga. Hairan benarku melihat raut wajah suamiku yang nampak berseri-seri.
            “ Ibu dan ayah datang tadi..” Arif bersuara lagi sambil membantuku bersandar.
            Ibu dan ayah saja?
Dia menyuakan segelas susu segar kepadaku. Dia sempat menguak rambut ikal perangku yang menutup sebahagian dari raut wajahku.
            “ Sayang tidur ke tadi?” aku bertanya kepada suamiku itu setelah puas meneguk susu itu.
            Arif mengangguk bersama senyuman.
            “ Lepas ni okeylah..” Arif menjawab dengan perlahan.
            Aku menghela nafas berat.
            What’d happen to me?” aku bersuara sambil memandang tepat kepadanya. Arif mengambil tempat duduk di sebelahku sambil memeluk bahuku.
            I’ll become daddy.. and you’ll become  mama soon..” Arif mengkhabarkan kepadaku berita itu dengan penuh keceriaan.
            Aku?
            Apa pulak yang aku rasa?
            Arif mengusap-usap perutku dengan perlahan.
            So, start from now.. you’ve to take a good care of yourself. I won’t let you work more hard and please tell me if you need anything…” Arif menasihatiku dengan bersungguh dan kemudian, dia mengucup dahiku.
            Aku masih termangu.
            I’ve call mummy too.. I let her knew about you..” Arif menambah lagi.
            Aku masih diam, tidak bersuara membalas sebarang kata suamiku yang nampaknya benar-benar gembira dengan keadaanku sekarang.
            Arif berpaling mengambil posisi di depanku setelah aku mengubah duduk untuk bersila.
            “ Kenapa sayang? You’re not happy with this?” Arif bersuara mendatar. Bagai tergambar rasa kekecewaan di wajah itu.
            Aku menelan liur.
            Not that abang..” aku bersuara perlahan.
            Ada sesuatu yang aku risaukan.
            “ Habis kenapa?” soalnya risau.
            Aku sudah menarik muka.
            My shape would change, right?” aku bertanya menginginkan kepastiaan. Serentak itu juga Arif melepaskan tawa bebas. Aku terus saja memukul bahunya kerana mempersenda aku yang serius dengan pertanyaan itu.
            I’m sorry…” dia bersuara dalam sisa tawa yang masih kedengaran. Aku memalingkan wajah setelah menjelingnya dengan geram. Aku benar-benar maksudkannya dan bukan untuk dibuat gurauan!
            “ Sayang.. Ofcourse it would but you will still my beautiful lady and will always be..” Arif bersuara memujuk sambil menggenggam tangan kananku.
            Aku tidak memberi reaksi meskipun aku hampir terpujuk dengan nada itu.
            “ Sayang..” panggil Arif.
            Aku mengeluh.
            Not that.. I mean waktu bersanding nanti..” aku meluahkan rasa pula. Bukanlah aku tidak bersyukur dengan pemberian TUHAN ini. Aku tahu ini pembawa rezeki dalam hidup. Aku pernah belajar mengenainya dulu.
            Arif menggaris senyuman manis mengusir keresahan itu.
            “ Majlis dua minggu lagi. Belum nampak lagilah…” Arif berkata lagi dengan maksud menyakinkanku.
            Perasaanku tenang semula. Betul-betul lega mendengar rancangan itu.
            “ You’ll be gorgeous in your wedding dress..”
            Aku tersengih.
            “ Sempat ke nak buat tu?” soalku dengan perasaan teruja. Tidak sabar rasanya mahu menguruskan majlis persandingan kami. Tidak sabar rasanya mahu semua orang melihat kebahagiaan kami. Tidak sabar mahu semua yang pernah mimpi untuk memiliki Arif itu merana melihat mahligai yang kami bina dan yang lebih penting, aku tidak sabar mahu membuat satu hati yang pernah membuat aku terluka itu MERAUNG.
            “ Hmm.. sekarang dah okey?” tanya Arif.
            Aku pantas saja mengangguk. Aku mempunyai banyak agenda untuk membalas semua kesakitan yang dipalitkan ke lorong laluan hidupku ini. Aku mahu Afif rasakan sakitnya dikecewakan!
            “ Okay..” Arif bersuara.
            Okay? Hanya okay? Sedangkan dia masih lagi duduk dengan selesa di atas katil ini.
            “ Kenapa tak gerak lagi?” soalku dengan hairan.
            “ Masih awal lagikan..” jawabnya dengan nada yang kali ini menggetarkan jiwa.
            Aku menelan liur. Bukan aku tidak mengerti pandangan mata nakal itu. Bukan aku tidak faham maksud suara itu.
            Arif tersengih nakal. Aku pula hanya terkaku di hadapannya menanti apa pulak kali ini yang bakal dilakukannya.
            Dia menghampiriku dengan senyuman itu. Aku lebih senang menanti. Dia membisik sesuatu ke telingaku, “ That can wait but not love..”
            Bersama lafaz itu, aku tenggelam dalam lautan cintanya yang melimpah ruah lagi.

Ahad, 19 Jun 2011

Bab 20-Epilog Cinta Isabella

Bab 20
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

            “ Abang… can I drive your Murrano?” aku menjerit memanggil Arif dari luar rumah. Pagi itu, aku sengaja keluar ke halaman rumah untuk menghirup udara dingin di kampung kelahiran suamiku itu. Sebenarnya, dalam berat-berat fikiran melayang mengingat Afif, aku terlena jua dalam pelukan Arif. Aku merasa damai dilindungi suamiku itu.
            Nampak sangatkah aku ini hipokrit?
            “ Yang nak buat apa?” Arif menjengul sudah dan berdiri berpeluk tubuh di muka pintu.
            Aku tersengih manja padanya.
            “ I want to ride around..” aku berkata dengan maksud memujuk. Aku kenal dengan sikap Arif. Dia bukan jenis yang sampai hati jika pada seseorang yang dia sayang.
            “ No!” Arif bersuara tegas.
            Aku menarik muka rajuk. Aku benar-benar hairan dengan sikap Arif yang sekalipun tidak pernah membenarkan aku memandu kereta Nissan Muranonya ini. Entah apa istimewanya berbanding kereta Mazda RX8ku itu pun aku tidak tahu.
            Aku bersandar sambil berpeluk tubuh di kereta Nissannya itu. Aku benar-benar mahu melayan rajuk. Aku mahu Arif ubah sikap degilnya ini dan mendengar apa saja permintaanku.
            Bukankah itu terlalu senang untuk dituruti?
            Arif menapak di hadapanku. Aku memalingkan wajah ke arah lain sebagai tanda protes dengan tingkahnya. Dia kemudiannya menarik  tanganku dan aku pula sengaja menepis. Aku benar-benar tunjuk protes!
            If I know you’re still like this, I would drive my own car..” aku mula meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan muka serius. Kalau hendak difikirkan, masalah ini bukannya serius tapi aku sengaja memperbesarkannya. Aku mahu memberikan sepenuh perhatiannya kepadaku dan menuruti segala kemahuanku. Tapi, bukan mahu memijak kepalanya!
            Bella.. can you please stop being childish?” Arif pula membalas.
            Dia kata aku kebudak-budakkan?
            Please explain then, why are you so greedy to let me drive this!” aku memarahinya pula dengan emosi. Aku sengaja mengetuk-ngetuk cermin kereta untuk membakar marahnya pula.
            Because I like to do so..” dia membalas dengan selamba. Mendengar sahaja jawapannya yang selamba itu, aku terus mematikan hasrat mahu meronda kampungnya. Aku terus berpatah arah masuk ke dalam rumah. Sempat aku melanggar bahunya dengan sengaja untuk menunjukkan kepadanya yang aku benar-benar terasa hati. Aku terus masuk ke dalam bilik tidur kami dan menghempas daun pintu dengan kuat. Aku merebahkan badanku di atas katil dengan perasaan sebal. Tidak tahu pula kenapa dengan tiba-tiba aku merasa terkilan dengan sikapnya. Aku terasa sayu dengan tidak semena-mena. Saat itulah juga ada air jernih meniti di bibir mata.
            Aku mengetap bibir dengan kuat. Menahan rasa sedih yang tiba-tiba datang. Aku mendengar pintu dikuak perlahan. Aku dapat rasakan Arif sudah ada di sebelahku walaupun aku membelakanginya.
            “ Kenapa sayang tiba-tiba jadi sensitif ni?” Arif bersuara perlahan seperti memujuk. Aku di sisinya, masih senang melayan rasa. Dia berusaha menarik aku ke dalam dakapannya. Mula-mula, aku sengaja mengeraskan diri. Lama-lama kelamaan, lembut jua hati ini membiarkan kaku dalam pelukan hangat itu. Tapi, detik itu tidak berpanjangan kerana dengan tiba-tiba saja aku mula merasa pening yang teramat sangat. Tekakku pula berasa loya dan seperti mahu meluahkan seluruh isi perut. Aku pantas meluru ke bilik air setelah menolak tubuh Arif. Di sinki itu, aku membuang segala isi perut. berulang kali sehingga tenagaku berkuranganya.
            Arif terus-terusan mengusap dan menepuk-nepuk belakangku berulang kali. Aku merasa semakin tidak berdaya. Arif memapahku untuk keluar dari bilik air itu setelah yakin aku tidak lagi memuntahkan segalanya.
            “ Sayang.. what happen to you?” Arif bersuara risau.
            Aku menggeleng perlahan kerana aku sendiri tidak tahu dengan apa yang menimpa diriku. Aku sempat menatap wajah Arif sebelum segalanya berubah menjadi gelap.
            Di dalam pautannya, aku rebah terkulai!

Bab 19- Epilog Cinta Isabella

Bab 19
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu
“ Sejak balik dari rumah ayah, sayang termenung saja abang nampak..” Arif menegur aku yang sedang duduk menopang dagu di atas meja di ruang tamu. Aku memandangnya sekilas dan kemudian menghela nafas berat.
“ Berat sangat fikir..” Arif menyambung lagi sepertinya tidak berpuas hati dengan tingkahku itu.
Aku menggaris senyuman kelat.
“ Pasal Afif?” soalnya sambil melabuhkan punggung di sisiku.
Aku menghela nafas berat lagi untuk entah kali yang ke berapa. Jujur saja, ini memang berkaitan dengan Afif. Kenapa di saat aku ingin melupakan dirinya, dia muncul lagi menambah luka? Aku ingin memulakan segalanya dengan Arif tapi yang pasti tanpa bayang-bayangnya.
“ Abang tengah tanya ni…”
Aku mengerlingnya sekilas.
I miss mummy..” aku merengek manja demi menutup rahsia hati yang membelenggu fikiran. Sengaja aku sembunyikan rasa itu. Aku tidak mahu Arif terasa hati dengan perangaiku yang masih tak sudah-sudah mengingat cerita lama. Bukan mudah untuk aku menghadapi semuanya. Aku sendiri lagi kurang yakin dengan ketulusan hati Arif kepadaku walaupun aku jua begitu. Aku takut dipersia. Aku bukan seseorang yang tegar bangun sendiri jika kali ini aku tersungkur untuk kali yang kedua.
“ Kan abang dah agak.. mesti tak boleh pisah lama..” dia memperliku dalam gurauan.
Aku mencebik.
I miss my mummy, okay.. Ofcourse I couldn’t ..” aku menjawab dengan nada merajuk. Padahal, bukan mummy yang menjadi tumpuanku sekarang tetapi bekas tunangku atau lebih tepat lagi adik iparku.
Arif melepas tawa bebas.
“ Tak sangka, manja sangat isteri abang ni..” balasnya sambil mencuit pipiku. Aku mempamer senyuman manja, istimewa buat suamiku itu. Kenapalah sang hati ini begini? Kenapalah masih menunggu sesuatu yang telah lama pergi jauh? Kenapa masih berharap pada sesuatu yang sudah membuat hati terluka?
Afif… kenapa kau kembali lagi menambah hirisan di hati?

Jumaat, 17 Jun 2011

Bab 18 - Epilog Cinta Isabella


Bab 18
Epilog cinta Isabella
Bawaku pulang ke ruang rindumu

            Hari senja sudah melabuhkan tirai maghrib. Aku dan Arif sudah berada di luar rumah ayah dan ibu. Kedatangan kami disambut dengan mesra  oleh ayah dan ibunya atau lebih tepat lagi Pak Ngah dan Mak Ngah yang juga merupakan ibu mertuaku kini.
            “ Lama dah sampai?” soal ibu sambil menyambut huluran salam tanganku.
            Aku mengangguk sopan menjawab pertanyaan ibu.
            “ Afif dah balik, dengan kawan baru dia..” ayah memula bicara setelah mempelawa aku dan Arif masuk. Khabar itu membuatkan aku tersentak. Orang yang membuat luka itu sudah pulang rupanya. Tiba-tiba saja langkahku jadinya kaku untuk terus masuk ke dalam rumah itu.
            Ayah dan ibu sudah mendahului kami.
            “ Let bygone be bygone..”
            Aku menghela nafas berat.
            Biarlah… yang lepas jangan dikenang lagi, kalau dikenang merajuk lagi sang hati. Dengan semangat baru, aku menarik tangan Arif dan menggenggamnya erat. Kami melangkah bersama masuk ke dalam rumah sebagai pasangan bahagia walaupun asal perkahwinan kami digoncang kedinginan.
            “ Dah lama balik?” soal Arif kepada Afif yang sedang duduk bersama seorang perempuan bertudung di sebelahnya, di ruang tamu.
            Aku di sisinya hanya diam. Entah, sebenarnya apakah reaksiku setelah lama dia menjauh meninggalkan aku dengan Arif.
            Perlukah aku hina, caci atau tampar dia sekali kerana membuat luka atau menerima saja kekejaman yang dia lakukan? Bukankah bersama Arif aku juga hampir meniti bahagia?
Suasana menjadi tegang. Gadis yang pada mulanya memperkenalkan dia sebagai Ayu Maya itu senyap ditelan kebisuan. Semuanya menjadi janggal. Mungkin inilah pertemuan yang menjadikan penantian dan persoalan berakhir.
            Jujur saja, hati ini benci memandang Afif. Sayangnya, wajahnya jua mirip suamiku yang sudah mula mengambil tempat di hati.
            Arif mengajakku duduk di sofa bersebelahan dengannya. Aku tanpa banyak alasan hanya menurut. Masih kebingungan dengan situasi yang baru saja aku alami itu.
            “ Dengar cerita, abang nak buat majlis bersanding…” Afif memula bicara.
Lagaknya bagai orang yang tidak bersalah saja dengan apa yang telah terjadi.
            “ Insya Allah..” balas Arif bersahaja.
            Ayu di sebelah Afif hanya tersenyum kelat tapi aku tetap tidak menggaris sebarang senyuman.
            Beratkah untuk dia menyatakan maaf atas perbuatannya dulu?
            “ Sebelah tu siapa?” soal Arif.
            Afif tersenyum.
            “ Bakal orang rumah..” dia bersuara bangga.
            Aku tersentak. Bagai tercalar sang hati mendengar kenyataan yang baru disampaikannya itu. Kenapa pulak aku merasakannya?
            Ayah dan ibu pula masuk sama ke ruang tamu. Ibu membawa sedulang minuman untuk dihidangkan kepada kami dan disambut pulak oleh Ayu yang kononnya mahu mengambil hati bakal ibu mertua itu. Aku yang ada di sebelah Arif terasa terpukul dengan adegan itu. Nampak sangat mengada-ngada dan menunjukkan aku bukan menantu yang baik pula.
            “ Bincang apa anak-anak ayah ni?” soal ayah sambil menyimpan tangan kanannya di bahu ibu.
            “ Jemput minum Arif, Bella..” ibu mempelawa pula.
            Aku hanya tersenyum sambil mengangguk tanda berterima kasih dengan pelawaan ibu itu.
            “ Pasal majlis kita ayah..” balas Afif.
            Ayah terangguk-angguk.
            “ Kalau tak keberatan, kita satukan saja majlis persandingan..” ayah mula memberi cadangan.
            Aku terkaku.
            Satukan majlis? Jujur saja, aku benar-benar keberatan. Aku memandang Arif dengan penuh harapan, berharap dia akan menolak cadangan ayah itu demi memahamis situasiku dan perasaanku saat ini.
            “ Err.. ayah, kami merancang nak langsungkan dua minggu lagi ayah..” balas Arif bagai memahami. Walaupun tempoh itu terlalu cepat tapi sekurang-kurangnya aku tidak mahu disatukan majlis dengan bekas tunanganku itu. Aku ada harga diri yang bukan sesenangnya dipijak dan dipermainkan.
            “ Cepatnya…” ibu pula menyampuk.
            Aku di sisi Arif masih diam.
            “ Kami dah buat banyak persiapan, bu. Kami tak nak menyusahkan semua orang..” Arif berkata tenang tapi lagaknya bagai menyindir saja. Aku sempat mengerling wajah bekas tunanganku itu dan gadis itu yang ketara benar perubahannya. Itulah yang membuatkan hatiku senang. Ya, aku akui. Aku menyimpan dendam. Bodohlah aku kalau tidak merasainya. Aku pun bukannya baik sangat.
            “ Ayah dan ibu tak ada halangan. Terpulanglah. Apa yang kamu nak ayah dan ibu bantu, Insya Allah kami tolonglah..” ibu pula bersuara seperti suka dengan keputusan kami. Aku tumpang senang kalau ibu sudah merasa begitu.
            “ Bella dah call mummy?” ayah bertanya.
            Aku memandang Arif berharap dia yang akan menjawab pertanyaan mudah itu kerana aku memang betul sama sekali mengkhabarkan perancangan mendadak ini kepada mummy.
            “ Mummy okey ayah.. Dalam waktu terdekat ini mummy balik..” Arif menjawab dengan lancar. Aku turut sama mengangguk bagi menyokong kenyataan yang diucap suamiku itu.
            “ Abang nak adakan majlis dimana dan tema apa?” Afif pula bertanya.
            Aku terdiam lagi dengan pertanyaan itu. Dulu, aku pernah berangan-angan untuk kahwin ala taman dengan Afif tapi impian itu musnah dengan keegoannya yang mencalar hatiku.
            “ Abang dan Kak Bella nak buat majlis di rumah kami di bandar dan temanya 1001 malam..” rancak Arif merangka rancangan yang aku belum terfikir lagi. Nasib baiklah suamiku tidak merancang kahwin ala taman itu. Sejak peristiwa itu berlaku, niatku beku. Tidak mahu lagi mengenang semuanya. Lagipun, tema yang dicadangkan Arif itu menarik sekali.
            “ Padan tak dengan isteri abang?” tanyaku dengan nada suara yang manja. Sengaja menyakitkan hati insan yang tidak jauh daripada kami. Entahlah, kenapalah aku suka benar menyakitkan hati mereka berdua.
            “ Isabellakan cantik.. pasti sesuai sangat..” ibu pula yang menyampuk.
            Aku tersipu pulak dengan pujian ibu.
Sepasang mata itu pula, semakin menikam hati yang sudah lama rapuh.