BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 11 Disember 2014

SETIA PADA DIA-BAB 13

                                      BAB 13
                              SETIA PADA DIA
    “ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”

Seketika jam tangan kukilas. Pukul 11.30 pagi sudah. Alhamdulilah, syukur sudah selamat mendarat dan hanya menunggu untuk dijemput. Barang pula agak banyak, melebihi hari sebelum berangkat kerana di akhir pertemuan semalam, Dzul banyak memberiku barang. Katanya, dari opah dan juga dari dia. Sebenarnya, ada satu luggage berwarna jingga diberinya kepadaku dan di dalam itulah barang-barang buatku diberinya. Dia sempat berpesan tidak berkesempatan untuk menemaniku kerana dia perlu segera terbang ke Dubai pulak untuk urusan kerja yang lain. Dia dihantar berkursus di sana selama sebulan untuk memantau perkembangan kurikulum dan pencapaian anak tempatan yang menimba ilmu di sana. Aku lebih senang berdiam tanpa mengulas apa-apa. Aku hanya mahu mendengar dan ingin melihat kesungguhannya.
       “ Asalammualaikum cik… nak tumpang balik tak?” soal seseorang di sebelahku ketika aku duduk sendiri menanti abah di bangku kecil berhampiran kaunter minuman di lapangan terbang itu. Segera aku menoleh ke sisi. Pantas aku memukul manja lengannya.

     “ Kau buat apa ni?” soalku kepada Azmi yang sudah mengkekek ketawa di sebelahku. Aku sedikit teruja dengan kehadirannya yang tidak kuduga sama sekakli bertemu dengannya waktu itu. Dia melabuhkan punggung di sebelah dan duduk sedikit renggang dariku.
     “ Nak jemput girlfriend..”
Aku tersentak.
“ Tak update pun ada teman..” balasku sedikit terasa dengan kenyataan pagi itu.
“ Dah kau tak tanya..”
Aku menarik muka.
    “Dia ke Sabah berkursus.. hari ni balik.. so, aku jemputlah..”
   “Tapi, hari ni kan hari bekerja. Kau ponteng eh?”
Dia menggeleng.
   “ Aku ambil cuti khas buat dia hari ni. Lama tak jumpa, rasa nak bermanja habis-habisan dengan dia..”
Aku tergelak kecil.
   “ Kesianlah dia..”
   “ Malas aku nak ambil peduli. Dia di Sabah tu entah ingatkan aku atau tak.. entah dia ada shopping untuk aku atau tidak.. atau dia saja syok sendiri nikmati udara bersih di sana..” tambah Azmi yang membuatkan aku semakin terasa lain di hati. Salah satunya, bagai menyindir aku. Tapi rasanya,aku memang peduli dia. Kalau dia tanya barang apa yang aku beli buatnya, juga ada. Cuma, aku belum mahu memberinya sekarang lantaran aku malas hendak membuka barang yang banyak ini di sini.
    “Dia tahan lasak. Cantik dan bersahaja..”
Aku menelan liur. Begitu bersungguh Azmi memuji girlfriendnya itu, seakan tidak memikirkan perasaanku. Tapi, kenapa jugak aku perlu terasakan?
    “ Kau tunggu siapa?”
    “Abah.. belum datang jemput..” jawabku perlahan. Aku membuang pandangan saat aku tahu, Azmi perasan perubahan air wajahku dengan tiba-tiba. Aku berpura-pura mencari telefon bimbitku. Aku memeriksanya dan ada mesej dari abah.
   ‘ Abah minta tolong Azmi tu. Mama dan Soleha juga ambil sama.. mereka guna Evalia sebab abah memang agak Lisa bawa barang yang banyak..’
Habis membaca pesanan itu aku terus mencubit Azmi.
   “Apa?” soalnya sambil menggosok lengannya yang menjadi mangsa cubitanku.
   “ Kau tipu aku, kan!” ucapku dengan geram yang sesungguhnya. Berani lagi dia berbual dengan aku sebelum dia berterus-terang dengan tujuannya di lapangan terbang itu. Anehnya, dia ketawa. Aku berpeluk tubuh. Melayan rasa rajuk.
  “ Okaylah sayang. So sorry…” pintanya bersungguh namun dalam sisa tawanya yang masih kedengaran.
Aku menjeling.
   “ Kau tak baca mesej abah kau?” tanyanya lagi.
   “ Baru perasan nak baca ni..”
   “ Jomlah, aku tolong bawa barang-barang mak datin yang banyak nii..” tambah Azmi dan mula menyusun barang-barangku di atas troli bagasi. Dalam kami sibuk menyusun itu, mama dan Soleha pula yang datang.
    “ Lamanya Lisa..” mama membuka bicara. Ungkapan mama kubiarkan sepi tapi aku meluru pantas memeluknya kerana rindu yang terlalu. Lepas mama, aku merangkul Soleha.
    “ Kami tak sabar tunggu.. sebab tu datang sini..” tambah Soleha lagi. Aku menjelaskan yang aku sedang menunggu barang dan memeriksanya. Bimbang ada yang tertinggal sedang sebenarnya aku sempat berbual kosong dengan Azmi yang rupanya dipesan abah untuk menjemputku itu.
Dia hanya tersengih nakal saat dia perasan aku memandangnya. Troli ditolak dan aku beriringan dengan mama dan Soleha. Aku merangkul tangan kanan mama dengan tangan kiriku dan tangan kananku merangkul tangan kiri Soleha. Kami melangkah mesra bertiga saat itu.
Asalnya, aku hairan juga kenapa abah pesan Azmi yang menjemputku. Tambahan lagi, Azmi belum rapat benar dengan keluargaku. Bertambah hairan lagi bagaimana mereka boleh ada nombor telefon Azmi. Ada dua kemungkinan di sini. Sama ada Azmi pernah menelefon dalam waktu terdekat ini dan nombornya terakam di Caller Id kami atau Najihah yang memberi kepada Soleha. Sesekali aku menoleh Azmi di belakang dan dia tersenyum.
Girlfriend yang dia maksudkan itu, akukah?
Aku membalas senyumannya. 
Terdetik juga rasa kasihan apabila melihat dia sendirian di belakang namun dia memberikan isyarat kepadaku untuk terus memandang ke hadapan dan dia memberiku tanda dia baik-baik saja. Tidak lama kami sampai ke tempat letak kereta dan menghampiri kereta keluarga jenama Evalia itu. Azmi menemaniku memunggah barang di troli itu sedang mama dan Soleha sudah masuk ke dalam kereta. Usai semuanya, aku dan Azmi bersama masuk ke dalam kereta. Dia duduk di sebelah pemandu. Katanya, dia yang akan memandu.
Aku memilih untuk duduk di sebelahnya. Pastilah kekok kalau membiarkan dia macam pemandu peribadi pulak walaupun aku tahu dia bukan jenis yang kisah dengan apapun. Tapi, manusiakan berubah-rubah. Siapa tahu di dalam hati dia memendam rasa. Dia mula menggerak kereta dengan pemanduan yang sempurna. Aku memandangnya di sebelah.
    “ Sorry beh.. macam menyusahkan kau pulak..” bisikku dekat sebelum aku menoleh mama dan Soleha yang juga memandang ke arahku.
    “ Apa ma?” soalku dengan muka manja.
Mama tersenyum sinis.
    “ Mama tak kata apa pun..” usik mama. Aku menjeling mereka berdua yang sudah tertawa bahagia di belakang. Suasana sebegitu menghadirkan rasa lain kepadaku. Mama dan Soleha lebih banyak berceloteh fi di belakang dan hanya sesekali Azmi menyampuk dengan cerita mereka itu. aku sekadar tersenyum saja mendengar dan kadang tertawa kecil. Mereka memang banyak cerita sejak aku tiada dan yang lebih membuatkan aku tertanya, sudah sejauhmana rapatnya Azmi dengan keluargaku?
Sampai di rumah, aku terus menemani Azmi memunggah barang-barang milikku dan disambut pula oleh Susi, pembantu rumah kami.
    “ Azmi, jemput makan tengahari sekali di sini..” jemput mama dalam pesanan sebelum dia menghilang bersama dengan Soleha masuk ke dalam rumah.
Aku yang mendengar tersentak. Aku bertentangan mata dengan Azmi. Dia hanya mengangkat bahu. Kadang dia bagai menanti responku juga. Mungkin kerana berterima kasih dengan bantuannya, aku mengangguk dan tersenyum jua.
    “Jomlah.. kalau tak keberatan atau tak ada urusan..” tambahku lagi dan mengajaknya untuk berjalan beriringan bersamaku melangkah ke dalam rumah. Aku memintanya masuk ke ruangan rehat berhampiran bilik tetamu.
    “ Mainlah dulu video games di sini. Everything here is yours too.Aku nak naik ke atas dan tukar pakaian..”khabarku sebelum berlalu meninggalkan dia di situ. Aku berharap, dia boleh bawa diri dan selesakan diri dengan keluargaku ini agar dia lebih senang dan tidak terasa segan apatah lagi kekok. Lagipun ruangan itu memang bilik khas untuk tetamuku kerana abah memang menyediakan untuk aku dan Soleha demi memudahkan kami berdua mengajak rakan sama ada untuk belajar atau lepak dan sebagainya demi keselesaan tetamu.
Aku menapak anak tangga dengan sedikit pantas kerana aku tidak mahu bila aku turun nanti, abah datang pula. Pastilah nanti abah akan salah faham nanti dengan beranggapan kami tidak mengutamakan tetamu. Abah selalu berpesan siapa tahu tetamu yang datang bawa kemuliaan dan juga bawa rezeki. Lagipun, ini juga peluang beribadat lebih kata abah. Beberapa minit kemudian, aku yang sudah lengkap dengan pakaian sopan mula menuruni anak tangga. Tawa Azmi, Soleha dan mama kedengaran riang. Sesekali juga aku ada terdengar suara abah menyampuk cerita.
Aku terhenti langkah. Bukan kerana abah sudah datang tapi kerana aku tidak tahu dengan topik apakah yang sudah mereka bualkan sehingga mereka boleh tergelak sakan tanpaku. Lantaran malas ikut sama mereka begitu, aku melangkah ke dapur. Aku menemani Susi yang sudah mula menyediakan makan tengahari. Aku membawa makanan yang tersedia menuju ke bilik makan. Beberapa kali berulak-alik barulah siap semuanya. Banyak benar menu yang sudah tersedia dan pastilah mama sudah berpagi-pagi berperang di dapur menyediakan semua ini.
Ini kerana aku balik atau Azmi ada sama ni?
Aku tertanya-tanya sendiri.
   “ Susi, sediakan minum sejuk Lisa ya..”
Susi mengangguk.
   “ dua ya? Sama temannya sekali?” tambah Susi.
   “boleh jugak..”balasku sebelum berlalu menuju ke ruangan tetamu itu. Aku tersentuh melihat kemesraan mereka yang saling bergelak ketawa dengan entah apa agaknya menjadi bualan utama mereka. Mereka tidak sedar aku yang sudah berdiri di ambang pintu luncur itu. sesekali gurauan mereka membuatkan aku tersenyum kecil sama. Tidak sangka juga Azmi memang pandai membawa diri di antara kelompok keluarga kecilku itu. tawanya mengusik jauh ke dasar hatiku. Menerbitkan kenangan yang sudah ingin aku lupakan.
Kalaulah ‘itu’ tidak terjadi, mungkin ‘dia’ juga akan sama seperti Azmi. Membawa bahagia untukku dan mesra untuk keluarga kecilku. Aku berpaling dari situ dan bersandar di balik dinding itu. Aku memejam mata, menahan rasa sayu yang terbit lagi di hati kecil ini. 
Mengapakah kenangan lama itu sekali lagi, mencalar sekeping hati ini?
Azmi perasan ‘Eisy yang sedari tadi memandang mereka. Azmi beralasan untuk meminta diri keluar sekejap. Dia hanya mahu mendekati ‘Eisy yang dilihatnya sudah berubah keruh airmukanya dengan tiba-tiba di ambang pintu tadi. ‘Eisy bersandar sepi di balik dinding itu.
Azmi menghela nafas berat. Dia meraih jemari ‘Eisy dan menggenggamnya erat. Dia mahu ‘Eisy rasakan kehadirannya dalam apapun jua rasa berbaur yang hadir di hatinya.
Aku membuka mata. Azmi mengesat hujung mataku yang sudah mengeluarkan sedikit airmata. Aku memandang Azmi tanpa kata. Dia menggeleng perlahan membawa maksud untuk aku jangan bersedih lagi.
Aku menggigit bibir, menahan rasa itu. Pandangannya memujukku dengan bersungguh. Aku mengangguk dan berusaha untuk mengukir senyum.
Dia mengisyaratkan bagus sambil dia memegang dadanya yang konon dia terpesona dengan responku itu. pantas aku memukul lengannya dan dia tertawa. Tingkah mesra kami tertangkap oleh mama yang tiba-tiba saja keluar dari bilik itu. Serentak aku dan Azmi berlagak seperti tiada apa-apa. Namun, senyuman mama mengusikku.
   “ Jomlah makan…” ajak mama tapi berlainan nadanya.
Nada apa lagi, kalau bukan sengaja mengusikku!
Aku dan Azmi berpandangan.
Abah dan Soleha keluar sama tapi mereka seperti biasa-biasa saja. Mungkin hanya mama yang perasan kami berdua di situ. Aku beriringan dengan Azmi menuju ke meja makan. Senyuman mama masih seperti tadi membuatkan aku rasa tidak berpuas hati. Pantas aku mendekati mama dan berbisik.
   “ Kenapa ma?” bisikku.
Mama sekadar tertawa kecil.
   “ Makanlah.. jemput semua..” balas mama tapi tidak menjawab tanyaku. Aku duduk di sebelah Soleha sedang Azmi duduk berhadapan denganku. Aku jadi tidak selesa pula bila Azmi di depanku. Nanti aku juga yang segan. Aku menoleh Soleha dan dia kemudian berdiri.
   “ Sorry..” pintaku seraya memegang tangan Soleha dan dia sekadar ketawa kecil.
   “ Abang duduk sanalah..” pinta Soleha dan dia bersama Azmi bertukar tempat.
Aku hanya diam dan tidak menambah apa-apa. Abah mula membaca doa makan dan kami mengaminkan. Masing-masing diam dan sepi menikmati makan tengahari itu seolah-olah hanya ada juadah saja.
Hanya aku yang bercampur baur rasa.

SETIA PADA DIA- BAB 12

BAB 12
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”


     Senja itu merakam sebuah kenangan. Telah sampai ke hari penghabisan dan yang terakhir seminar dan kursus pendek yang diadakan. Usai pembentangan terakhir dilakukan semalam, hari ini jadi penamatnya. Acara makan petang diselangi dengan persembahan tausyeh dari kanak-kanak berasrama penuh yang disertakan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua peserta. Hairan juga cara penutup kali ini. Lain dari aturcara kursus sebelum ini. Walaubagaimanapun, ia memang menarik dan cukup padat dengan pengisian. Pastilah tempat ini akan terus mengusik kenanganku untuk tahun-tahun mendatang.
Usai acara di petang itu, aku bersalaman dengan ustazah Latifah sebelum berpisah. Banyak yang dipesannya kepadaku sebelum dia meminta diri untuk pulang. Pesanan yang susah untuk aku lupa ialah bilamana dia berpesan kepadaku untuk kahwin cepat-cepat. Aku hanya sekadar tergelak kecil dengan pesanan itu.  Pastilah selepas ini susah untuk bertemu dengan ustazah lagi. Walaupun kami satu daerah, sukarnya meluangkan masa bersama kerana keterbatasan waktu yang lebih banyak di tempat kerja.
Aku juga sempat bersalaman dengan peserta perempuan yang lain dan sempat juga merakam beberapa gambar sebelum aku meminta diri untuk beredar untuk kembali semula ke bilik hotel.
     Di penghujung pintu utama, aku terserampak dengan Dzul. Selama acara tadi, dia hilang dan tidak kelihatan. Mungkin dia baru mahu masuk ke bilik persidangan itu atau dia ada urusan lain.
     Senyumannya bermain di bibir.
     “ Acara dah habis?” tanyanya kepadaku sambil matanya melilau melihat ke dalam bilik persidangan itu.
     “ A’aah.. adalah dalam lima minit yang lalu. Awak tak masuk tadi?” balasku yang dituruti dengan soalan jua. Pastilah menghairankan apabila dia seperti tidak tahu isi acara penutup tadi.
     “ Tak, sebab ada urusan penting..”
     Aku sekadar mengangguk-angguk dan berkira-kira untuk berlalu.
     “ Kemana?” halang Dzul di depanku.
     Aku memberi isyarat menunjuk ke atas.
     “ Kenapa?”
     “Packing lah.. dah nak balik pun ni..” jawabku bersahaja. Dia kulihat mengetap bibir. Seperti dia mahu mengatakan sesuatu dan aku menunggu.
     “ Nak kata apa? Katalah..” akhirnya aku bersuara memberinya ruang kerana dia kelihatan sedikit teragak-agak.
     “ Flight pukul berapa?”
     “ Esok jam 9 pagi..”
     Dia mengangguk-angguk. Dia kemudian memberikanku ruang untuk berlalu. Aku yang dalam kehairanan dengan pertanyaan tergantung itu sekadar berlalu saja. Namun, fikiran masih mahu membuat kesimpulan. Aku menekan punat lif dan masuk ke dalamnya setelah terbuka. Di dalam lif itu aku masih lagi memikirkan tingkah Dzul yang bagaikan tidak selesa itu.
     Ting!
     Aku terganggu dek bunyi lif yang menandakan aku sudah sampai ke tingkat bilikku. Aku menapak keluar dan segera menuju ke bilik. Aku lihat ada pekerja hotel ternanti-nanti di depan pintu bilikku. Rasanya, belum masanya kami daftar keluar lagi dari hotel ini ataupun aku memang tidak membenarkan room service masuk.
     “ Kenapa?” soalku pertama, saat berdiri dekat pekerja lelaki itu.
     “ Maaf cik, saya sekadar ingin menyampaikan pesanan..” balasnya sopan dengan senyuman. Dia menghulurkan kepadaku satu kotak bersaiz sederhana. Dia memintaku menurunkan tanda tangan pada sekeping kertas dan kemudian dia meminta diri. Aku sempat mengucapkan terima kasih dan membawa bersama kotak kecil itu masuk ke dalam bilikku. Aku terus melabuhkan duduk di hujung katil dan mula membuka bungkusan kecil berwarna merah pekat itu.
Sebuah telefon bimbit.
Siapalah agaknya yang memberikan aku benda mahal sebegini? Hatiku mula dipagut resah. Aku mula tercari-cari sesuatu yang berkemungkinan ada nota kecil terselit. Aku mengeluarkan telefon bimbit berwarna merah jambu itu dan ternampak sekeping nota yang terselit. Aku membuka nota kecil itu dengan debar.
‘Lisa, ini untuk awak. Semoga kita mudah berhubungan nanti. Mohon nombor ni hanya untuk kita berdua..’
Dzul.
Aku mengetap bibir.
Dzul ini terlalu susah kuduga. Ini benda pertama aku dapat kerana sudi berteman dengannya. Kalaulah hari-hari mendatang, bagaimana? Adakah dia mahu membeli jiwaku dan hatiku dengan material sebegini? Terasa ditusuk hati ini. Seolah dia beranggapan aku tidak ikhlas ingin berteman pulak.
Atau, akukah lagi yang bersalah-sangka?
Aku menekan punat on di telefon itu. sekitar beberapa saat ada pesanan aku terima dari Aplikasi Whatsapp yang sudah diset dengan lebih awal. Aku segera membukanya. Pesanan dari contact icon hati.
Aku mengerutkan dahi.
Ni sengaja ni!
‘ Dzul ni..’
Aku tersentak. Pesanan itu menghantar pengenalan dari si pengirim. Sebegitu jauh Dzul ingin memanjangkan perhubungan teman yang terlalu baru dengan perkara-perkara yang kukira-kira boleh mengusik hati ini.
‘Kenapa beri dari orang?’
Aku cuba membalas pesanan yang dikirim. Agak lama kumenunggu pesanan berbalas sehingga statusnya berubah online.
‘ segan.. nanti awak tolak..’
Aku tersenyum kecil. Dia seperti boleh meneka aku akan lakukan begitu. Namun, pastilah benar kerana aku bukan mudah menerima pemberian orang yang berkemungkinan ada maksud lain. Bukan aku mahu berburuk sangka apabila diberi hadiah atau sebagainya cuma aku hanya sekadar mahu berhati-hati. Aku bimbang ada termakan budi dan sebagainya.
‘ harap sudi terima..’
Aku menggumam. Aku memujuk hati untuk terima saja pemberian ini demi untuk aku menjaga hatinya. Lagipun, aku boleh anggap ini rezeki yang bagaikan durian runtuh ni! Dalam pada aku berkata-kata sendiri itu, telefon bimbitku bernada. Aku pantas mencapai telefon bimbitku di dalam beg tangan dan segera menjawab. Salam diucap dan aku menjawab.
“ Lisa, esok nak minta jemput di airport tak?” tanya abah di corong telefon. Pastilah esok mereka akan menungguku di lapangan terbang untuk menyambut kepulanganku. Keluargaku memang begitu. Walaupun kadang aku pergi atas urusan tugas, mereka tetap mementingkan kebajikan dan keselesaanku.
“ Boleh jugak bah…” jawabku sopan. Kami bila berbicara dengan abah jarang sekali dengan nada manja kerana abah seorang yang serius namun tidaklah garang. Cuma wajah abah itu selalu menerbitkan rasa hormat kepadaku dan juga adikku, Soleha.
“ Sebenarnya esok abah ada urusan pentinglah Lisa..” khabar abah kepadaku dan suaranya sedikit bimbang.
“ alaaa..”
Abah tertawa mendengar aku begitu.
“ esok kalau sempat abah datang tepat masa.. kalau sebaliknya,Lisa tunggu sajalah ya. Mungkin dalam 30 minit lewat..” tambah abah lagi.
“ bolehlah abah.. jangan tak ambil sudah,..”balasku mengusik abah. Abah pula menambah yang dia pasti akan tunaikan sedayanya. Cuma abah pinta, sebagai anak aku harus memahami keutamaan abah. Mungkin kali ini abah benar-benar ada urusan yang lebih utama. Sebenarnya, aku tidaklah berkira sangat sebab mama pun memang sudah terbiasa mendidik kami untuk saling bertolak-ansur dan mengutamakan urusan yang lebih utama keluarga. Aku sempat berpesan kepada abah untuk sampaikan salam kepada mama. Kata abah, kalau aku ingin bersembang lebih lama perlu segera call mama sebab mama waktu itu sedang bersiap untuk keluar membeli belah bersama Soleha.
“ ala mama tu… kenapa tak tunggu Lisa balik?”
“ Laa. Esokkan dah nak balik. Bukan tak jumpa langsung..” balas abah lagi.
Aku di sini menarik muka.
“Yalah.. jumpa esok ya bah..”
“ Ya.. insya Allah. Kalau abah lambat, tunggu abah. Kalau hal tak dapat elak, esok abah minta tolong siapa-siapa ambil Lisa..”
Aku sekadar mengangguk. Aku tidak juga mahu menjadi beban kepada siapa-siapapun. Kalau harus menunggu, aku akan tunggu. Lama manalah sangat. aku boleh menunggu selagi aku boleh tunggu. Salam abah, penutup bicaraku dan abah. Kemudian, aku terus terkenang untuk mengemas semula semua barang-barang yang ada. Pasti esok banyak barang hendak dibawa ke airport. Salah satu yang aku kadang malas dengan situasi sebegini ialah aku terpaksa mengemas sendiri. Kalau di rumah, pastilah Soleha yang akan tolong aku mengemas. Sebab itulah aku lebih selesa membiarkan pakaian masih terbiar dalam bagasi dari aku menyusunnya ke dalam almari yang disediakan.
Uniknya aku, kan?
Aku tergelak sendiri dengan sikapku yang satu ini. Pastilah nanti bila diketahui bakal suami, aku akan kelam-kabut pula. Sebab itulah waktu sebegini aku sedang memperbaiki diri dan mencuba menjadi seperti mana-mana perempuan yang tak menang tangan dalam bab-bab yang kecil sebegini. Dulu masa zaman muda-muda remaja, aku jenis tidak suka mengikuti apa yang mama cakap. Mama pesan buat begini, aku sekadar mengangguk. Kadang aku selamba saja menjawab, belum masanya belajar. Hah.. sekarang sudah masanya, aku pulak jadi kekok. Inilah sepatutnya yang tepat dengan peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Sayangnya aku, sudah kuyup baru nak membeli payung.
Aku kemudian terus mula mengemas. Aku makin lama makin macam-macam nantinya yang aku fikirkan. Kadang senyum sendiri. Detik itu aku mula terasa sudah tidak sabar mahu balik ke rumah. Sungguh rindu dengan masakan mama, dengan bau rumah dan pastinya dengan bilikku.
Dan mungkin juga, rindu pada Azmi.
‘ Azmi… banyak aku nak kongsikan dengan kau!’
Hatiku, berkata sendiri.

Naluriku, ternanti-nanti dan tercari-cari Azmi.

Selasa, 9 Disember 2014

bab 49- O.R.K.I.D

Bab 49
O.R.K.I.D
(Ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali
Dua bulan itu berlalu sungguh pantas. Syukur Alhamdulilah, di akhir kali pertemuan itu, berakhir sengketaku bersama Fahrin. Entahlah. Kali terakhir aku tahu, dia bercerita yang dia mahu ke Paris lagi untuk berkursus sekaligus bercuti mengubati hati. Itu pesannya kepada Dhani sebelum dia berangkat pergi. Terlalu jujur sekali kenyataan namun aku bersyukur, Dhani tidak terasa hati. Aku tahu, Dhani memang seorang yang begitu memahami. Dia bertanggungjawab dan dia memang seorang yang begitu berfikiran terbuka.
     Di sisi jendela, di senja itu aku melihat suamiku yang sedang membersihkan kereta dan jua keretaku. Rajin suamiku itu. Selepasnya pulang bertugas semalam, dia mengkhabarkanku bahawa dia telah memohon cuti untuk tempoh yang lama. Mungkin sebulan lebih katanya memandangkan dia selama bertugas jarang sekali bercuti. Cuma di usia awal perkahwinan dulu, dia suka ponteng dan memberikan alasan untuk pulang hanya kerana projeknya memikat aku.
     Aku tersenyum sendiri.
     “ Yang.. jomlah sini.. teman abang…” jerit Dhani dari bawah, mengajakku sama menemaninya yang sedang ber-ia membersihkan kereta kami itu. Sebenarnya, keretaku itu adalah hadiah ulangtahunku pada minggu lepas. Terkejut juga dengan hadiah besar itu walaupun aku sekadar bergurau dengannya pada saat dia menanyakan kepadaku apakah hadiah yang aku mahu darinya. Aku pun selamba saja menyatakan sebuah kereta mewah. Alih-alih, dia menghadiahkan aku Mercedes SLK 200 berwarna merah jambu.
     “ Dah senjalah.. tak baik keluar..” balasku dengan nada yang kira-kira Dhani boleh mendengarnya. Dia membuat muka manja yang kononnya dia merajuk.
Aku tergelak kecil.
     “ Abang cepatlah siapkan kerja abang tu, Sara tunggu di bilik makan..” pesanku sebelum aku berlalu dari jendela itu dan keluar dari bilik untuk menuju ke tingkat bawah. Begitu berhati-hati aku menuruni anak tangga kerana aku memang sudah sarat. Cuma, aku suka bergerak aktif walaupun sudah berulang kali ditegur. Aku cuma tidak mahu banyak duduk kerana aku terasa sengal di bahagian belakang. Sekurang-kurang bergerak sedikit membolehkan aku merasa selesa.
Aku kemudian memasuki dapur. Masakan memang sudah siap kusediakan kerana aku hanya masuk ke bilik untuk mandi setelah semua urusan dapur selesai. Hari ini moodku memang cukup baik. Aku sengaja memasak istimewa untuk suamiku itu kerana hari ini adalah hari memperingati mulanya aku cinta kepadanya. Mungkin Dhani tidak tahu atau tidak pernah menganggap ia penting, namun bagiku inilah saat dan detik penyerahan hati yang aku pertaruhkan untuk dia jaga dengan sebaiknya. Alhamdulilah, Dhani begitu bersungguh menjagaku. Sambil menyediakan makan malam itu, aku sempat juga tersenyum sendiri apabila terkenangkan segala sikap nakal suamiku, sikap romantic dan juga rasa kasihnya yang menebal dan membara itu. Sukar dijangka kalau dia melakukan sesuatu untukku ataupun untuk keluarga kami.
Semuanya dia rancang begitu sempurna!
     “ Waah.. apa ada ni?” soal Dhani yang tiba-tiba muncul di pintu dapur. Dia kulihat berpeluh-peluh setelah dia selesai membersihkan kereta kami di luar.
Aku mula menarik muka.
     “ okay-okay. Abang pergi mandi lah nii..” sambung Dhani, walaupun aku belum menyatakan apa-apa. Dia berlalu kemudian meskipun aku belum menjawab pertanyaannya. Dhani memang memahami aku yang tidak suka kalau dia dalam keadaan berpeluh. Pasti dia akan segera berlalu. Dia memang selalu aku mengutamakan apa yang kumahu. Memang dia begitu mengotakan janji, untuk selalu bawakan aku bahagia.
     Aku tiba-tiba diketuk sayu.
     Dhani sudah lakukan segalanya buatku. Kadang aku tertanya-tanya sendiri. Sudah cukupkah apa yang aku lakukan buat suamiku itu? Dhani telah mengajarku untuk mencintai semula. Dia mengajarku untuk terus memekarkan rasa sayang pada yang hak. Dia telah memberikan aku kasih sayang sebuah keluarga.
Segalanya dia.
Aku memegang dadaku sendiri. Terkesan dengan hal itu dengan tiba-tiba. Moodku selalu berubah-rubah. Mungkin juga kerna terbawa dengan rasa cinta yang terlalu dek hari istimewa ini. Suasanaku itu tiba-tiba saja terganggu dengan bunyi loceng di pintu utama. Aku mengesat hujung mata yang hampir menjatuhkan airmataku. Aku bergerak perlahan menuju ke pintu utama. Aku memang dapat menjangkakan siapa yang datang. Pastilah keluarga Dhani yang juga keluargaku. Aku baru terkenang kalau di hujung minggu ini, mereka akan singgah berkunjung. Memang rezeki merekalah ni dan kebetulan juga aku memasak lebih dari biasa.
     “ Dhani mana?” tanya Kak Shila kepadaku setelah dia menapak masuk ke dalam rumah. Aku memberitahunya bahawa dia sedang bersiap-siap mandi di tingkat atas. Huluran salam ibu dan bapa kusambut. Mereka jua bertanyakan soalan yang sama. Kak shila yang akhirnya membantuku menjawab soalan itu. mereka kupinta menunggu di ruang tamu sementara aku ingin berkira-kira mahu berlalu ke dapur meneruskan kerjaku.
     “Eh dah sarat ni, Mai..” ucap Kak Shila dan memegang bahuku seraya menemaniku menuju ke dapur. Katanya, dia mahu sama membantuku. Tidak lama selepas itu, ibu pulak yang masuk. Ibu pun juga berkata dia mahu membantuku. Dia bimbang dengan aku yang masih aktif itu. Aku bukannya apa. Takkanlah mentang-mentang mengandung tu mesti duduk dan makan saja. Naiklah badan nanti. Bukannya aku tidak mahu menerima teguran atau nasihat, Cuma aku juga mahu meraih pahala demi apa yang aku lakukan untuk suami dan keluarga. Usai beberapa lama, semua sudah bersedia menunggu di meja makan. Yang menghairankan, suamiku itu lama benar di atas.
     “ Lama sangatlah adik akak ni bersiap di atas tu, Mai..” Kak Shila mula memberi pandangan. Aku sekadar tersenyum. Aku tidak ada sebarang ulasan untuk hal itu. Aku juga hairan. Entah apasajalah yang diusahakannya di atas itu. mungkin juga dia ambil kesempatan membersihkan bilik mandi sekaligus atau dia memang tidak perasan dengan kehadiran keluarganya di bawah.
     “ Mai rasa, Mai naik dululah ya..” pintaku kepada semua.
Mereka semua mengangguk. Aku terasa bersalah pulak membiarkan mereka semua tertunggu-tunggu didepan meja makan. Nasiblah anak-anak Kak Shila sibuk di ruang tamu. Kalau tidak, mungkin sudah buat muka kerana menunggu lama.
Aku memulas tombol pintu dengan perlahan.
Sunyi.
     “ Abang…” panggilku perlahan seraya menapak masuk. Masih tiada sahutan. Aku mengerutkan dahi. Kemana pulak suamiku ini? Bunyi pancuran air juga tiada di bilik mandi itu. kemudian aku menuju ke bilik pakaian pula. Masih sama, sunyi dan tiada bayangannya.
Aku menggumam.
Mungkin juga dia sudah turun dan mungkin dia sedang berada di ruang tamu bersama dengan anak-anak Kak Shila. Kemudian aku mengambil keputusan untuk turun semula. Terasa penat itu memang sudah ada. Hanya aku masih mahu menggagahkan diri.
Ada-ada saja suamiku ini!
Aku tersentak saat terpandang dia sudah duduk di depan meja makan dan bergelak sakan dengan keluargaku itu. aku yang ada di depan pintu bilik makan, mula menarik muka. Tahu-tahu saja dia sudah muncul di situ.
     “ Eh, sayang kemana?” tanya Dhani seraya dia menghampiriku. Dia menarik tanganku dan membawaku duduk di sebelahnya. Aku tidak menjawab pertanyaan itu dan hanya duduk diam di sebelahnya. Dhani mula meminta ayah untuk membaca doa makan sedang kami yang lainnya menadah tangan.
Alhamdulilah, keluarga kami terbiasa dengan hal ini. Mudah-mudahan juga nanti, keluarga kecilku mengutamakan RABB dalam apapun jua.
     Rasa rajukku sedikit terhakis saat melihat masing-maisng berselera menikmati hidangan juadah makan malam itu. Abang ipar dan suamiku pula, seakan berlumba-lumba menghabiskan asam pedasku. Masing-masing tidak terkata. Untuk anak-anak Kak Shila, mereka telah kuhidangkan spaghetti. Mereka memang suka makan makanan western berbanding kami, lidah melayu. Itu yang Dhani suka mengusik anak-anak buahnya. Habis makan malam, mereka berehat sebentar dan hampir jam 10 malam, mereka meminta diri untuk pulang.
“ Ingat semua nak bermalam di sini..” ucapku di depan muka pintu ketika sudah bersalaman.
“ tak adalah.. masing-masing belum cuti ni. Anak-anak saja yang cuti…” balas Kak Shila.
“ Yalah Mai.. ibu pun nasib ada teman dengan budak-budak ni. Ibu tak sabar nak tunggu yang ni juga..” sambung ibu sambil mengusap perutku.
Aku tersenyum kecil.
“ Ibu doakanlah nanti senang Mai hadapi semua..” pintaku seraya menghulur tangan bersalaman dengannya. Aku memeluk ibu dengan erat kerana aku juga rasa sayang kepadanya.
“ Kamu Dhani, jaga elok-elok isteri kamu tu. Dah sarat ayah tengok…” pesan ayah kepada Dhani yang sedang berdiri tenang di sisiku.
“ Insya Allah yah,. Ibu. Semua pun tahu Maisara ni segalanya buat Dhani..”balas Dhani sambil melirik kepadaku.
Aku sekadar menjeling.
“ Mesti jawapannya loyar buruk, kan Mai..” balas Kak Shila.
Aku tergelak kecil.
“ Eh.. tu ikrar Dhanilah, Kak.. Dan keluarga Dhani ni menjadi saksinya..”
Aku tersentuh dengan ucapannya itu meskipun dia hanya bersahaja mengatakannya.
“ Ahh.. sudahlah.. Malu nanti Mai kau usik..” luah Kak Shila akhirnya dan dia mengikuti langkah mereka yang lainnya menuju ke kereta masing-masing. Kami sempat melambai mereka sebelum pintu utama kembali ditutup.  Aku sudah berkira-kira mahu kembali ke dapur semula untuk memastikan semuanya sudah dikemas dengan baik sebelum aku naik untuk berehat kerana aku memang sudah terasa penat.
Namun, langkahku mati saat Dhani memelukku dari belakang. Dia meletakkan dagunya di bahu kananku dan memeluk erat. Aku diam dan tidak berkata apa.
     “ I’m sorry sebab buat semua orang tunggu lama…”
Aku tidak membalas. Aku menarik perlahan tangannya untuk tidak mengeratkan pelukan. Aku bukan marah atau terasa hati Cuma aku terasa senak apabila begitu. Aku berpaling dan menghadapnya.
“ Sara loves you..” aku mengungkap kata.
Dhani tersenyum.
“Abang tahu…”jawabnya. Dia menuntunku ke ruang tamu. Dia menunjukkan sesuatu di atas meja. Ada beberapa kotak hadiah di situ. Aku memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Aku tidak tahu entah bila dia sudah sediakan semuanya.
“ Ni semua dari family kita…” khabar Dhani kepadaku. Perlahan dan hanya berbisik di sisi. Aku terbawa-bawa suasana dan rasa cinta ketika itu. frasa ‘family kita’ itu terlalu indah. Dhani tidak pernah tidak menyentuh hatiku dan benar-benar dia memaksudkan aku ini kepunyaannya dan segala punyanya adalah milikku jua.
“ untuk apa?” soalku, memandang tepat ke anak matanya. Aku tiba-tiba terasa sayu dan terharu. Mereka suka limpahiku aku dengan kasih sayang yang tidak terduga.
“ Hari ini hari istimewa Sarakan.. Hari memperingati Sara mula nekadkan diri untuk memilih dan sayang kepada abang. Abang tak boleh abaikan dan lupakan hari ini sebab hari inilah yang menentukan kebahagiaan kita..” balasnya.
Aku mengetap bibir.
“ dan semua family juga tahu..” sambungnya nakal dan tertawa kecil. Aku pantas memukul lengannya.
“ kenapalah selalu surprise Sara ni tak menjadi..” aku merungut dan sudah mula menarik muka manja.
Dhani ketawa.
“ Kalau Sara nak tahu kenapa…, sebab abang sedikit pun tak pernah alih pandangan dari Sara. Abang ambil tahu semua yang sayang abang lakukan sebab semua tentang Sara buat abang sayang sesungguhnya. Abang telah berjanji kepada TUHAN untuk lindungi tulang rusuk yang hilang ini…” jawab Dhani akhirnya, bersungguh-sungguh.
Aku pantas memeluknya.
“ Abang… janganlah berkata lagi.. Biar Sara rasakan cinta abang..” balasku, dalam pelukan itu.
Dhani membalas pelukanku. Dia hanya ketawa.
“ Erm.. tak ada special untuk abang?” soalnya.
Aku mendongak, memandangnya.
“ Makan malam yang sedap saja..” jawabku selamba.
Dhani menarik muka.
“ Mesti sayang ada siapkan sesuatu..” balasnya tidak berpuas hati.
Aku tergelak kecil.
“ Tak ada…”
“ mustahil..”
“ Kenapa pulak?” soalku, seraya melepaskan pelukan dan duduk di sofa tidak jauh di situ. Aku terasa lenguh kerana berdiri terlalu lama. Dhani juga duduk di sebelahku. Aku melentokkan kepala di bahu kirinya seraya memeluk manja lengannya. Sebenarnya, aku ada membelikannya hadiah. Itupun biasa saja tapi amat bermakna dariku buatnya. Hanya aku masih belum mahu memberinya saat itu kerana aku hanya mahu duduk dan berdua-duaan dengannya.
“ yang..”
Aku menggumam.
Hela nafas Dhani terdengar. Dia memain jemariku.
“ Thanks for today… untuk makan malam..”
“ Tanggungjawab Sara tu bang.. Apalah sangat dibandingkan dengan apa yang sudah abang buat untuk Sara..” balasku tenang.
“ Kasihan tau.. dengan sarat ni..”
“Tak apalah.. lagi besar ganjaran Sara dapat dari TUHAN..” jawabku.
“ Yalah.. Mudahan ALLAH berkati isteri abang setiap masa…”
Aku mengaminkan.
“ Yang..” panggilnya lagi.
Aku pantas menolehnya di sisi.
“ abang.. malam ni Sara hanya nak kita duduk berdua, bersama tapi tanpa berkata apa. Hanya ambil masa untuk berduaan.. boleh tak begini?”
Dhani tersenyum.
“ Kadang isteri abang ni, manjanya tak terjangkakan..”
Aku tersengih.
“ Nak bermanja dengan siapa lagi kalau bukan dengan pilot handsome Sara ni…”
“ Abang handsome?”
“ yalah..”
“ betul?”
“ yaaa.. betul..”
“ berapa percentagenya?”
“ 101%”
“ Kenapa ada 1 di hujung tu..”
“Sukati Saralah nak bagi peratus begitu…”
Dhani ketawa.
“ tu pada pandangan Sara, lah… tak tahu macamana orang lain..” tambahku dengan bersahaja.
“ orang lain belum puji lagi..”
“orang lain tak boleh puji sebab bila mereka puji, bukan dapat pahala..”
“ Eleh… jealous lah tu..”
“mana ada..”
“ yelah tu. Nada suara dah berubah..”
Aku mencubit lengannya. Tawa Dhani kedengaran lepas bebas. Kemesraan itu menerbitkan rasa yang akan kucuba abadikannya, hingga saat terakhir. Hingga akhir usia.
Aku dan dia.
Aku dan suamiku.
Aku dan hidupku.
Doaku kepadaMU, TUHAN.. cinta antara kami jangan lenyapkan. Jangan kurangkan.

Jumaat, 5 Disember 2014

SETIA PADA DIA-BAB 11

BAB 11
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”

          Sekilas aku memandang jam di atas meja solek. Sudah menunjukkan ke pukul 1 pagi. Di bilik hotel itu aku termangu sepi. Fikiranku menerawang jauh sehingga membuatkan aku tidak dapat tidur sedangkan esok masih ada aktiviti lagi sebelum semuanya berakhir dan kembali pulang meneruskan kerja-kerja biasa di pejabat.
Sejak pulang dari keluar bersama dengan Dzul, aku jadi begini. Seperti kebingungan sendiri dengan apa yang aku alami. Segalanya begitu pantas dan segalanya susah untuk aku fahami sendiri. Dzul itu terlalu berterus-terang. Walaupun dia sekadar berniat mahu berkawan denganku cuma aku merasakan ada yang lain. Bukan sesuatu yang tidak baik seperti yang aku sangkakan selalu, hanyalah sekadar sesuatu yang aku tidak dapat jelaskan apa dan bagaimana.
     Aku mengiring ke kanan. Aku sempat menghela nafas berat. Aku mencapai telefon bimbit yang ada di sisi bantal tidurku. Jemariku meluncur bebas menekan-nekan aplikasi yang ada. Serta-merta aku terkenangkan Azmi. Dengan segera, aku mencari namanya di senarai contactku dan mula menghantar pesanan.
     ‘ beh.. dah tidur?’
     Aku menanti dengan harapan Azmi akan memberi respon dengan pesanan yang kukirim itu. Lama aku menunggu status Whatsappnya berubah online sehingga akhirnya aku berputus asa.
     Hampa!
     Aku meletakkan semula telefon bimbit di sisi. Aku beralih mengiring ke kiri. Fikiranku masih memikirkan Dzul. Memikirkan kenapa dia begitu nekad? Mengapa dia tiba-tiba memilih aku?
Spontan aku tersenyum kecil saat terkenang kisah semalam di awal perkenalan. Sikap selambanya mengusik itu sedikit sebanyak terakam sebagai kenangan mengusik jiwa. Begitu berani dia begitu di hadapan rakan-rakan sekerja. Yang hairannya, pada ketika aku dan dia sendiri, dia hanya diam. Renungan matanya, jadi misteri padaku. Dia seolah ingin berkata tapi bagai mengharap aku mengerti maksudnya walau dia tidak bersuara. Aku tidak mahu membuat kesimpulan sendiri. Kalaulah yang aku fahami itu tersilap, yang malu sendiri itu adalah aku.
     Dzul..
     Nama itu terlafaz di hatiku. Kenapalah kau buat malamku ini begini. Aku yang tertanya-tanya dan aku yang tidak mampu menyatakan apa-apa.
     Click!
     Telefon bimbitku berbunyi di sisi. Pantas aku mencapainya dan aku perasan ada pesanan yang masuk dari Aplikasi Whatsapp. Pantas aku membuka.
     ‘ dah tapi ni terbangun. Knp?’, balas Azmi.
     Aku tersengih.
            ‘ Sorry.. ganggu..’
            ‘Tak apapun..’
     ‘erm.. beh, apa kbr?’
     Aku sendiri tidak sangka soalan bertanya khabar pulak yang kutanya.
     ‘Baik..’
     Jawapan orang terbangun dari tidurlah agaknya begini, simple dan bersahaja.
     ‘ mungkin terbangun ni sbb ada org kng..’
     Aku tersenyum kecil. Tak sah kalau dia tidak menambah-nambah isu-isu yang menyebabkan kami berdebat kecil. Cuma saat itu, moodku hanya mahu dia di sisi.
     ‘ Tak nak call I?’, tambahku dalam pesanan sekadar mahu mengusiknya. Namun tidak sangka, dia benar-benar menghubungiku. Sengaja aku berlengah menjawab sebelum aku mula memberikan salam kepadanya.
     “ Kenapa? Tak boleh tidur?” tanyanya tenang. Bagai terbawa-bawa aku ke satu suasana yang dulu aku rindu. Terasa dihargai. Rasa yang pernah aku alami dari ‘dia’ yang menghancurkan sebahagian dari jiwa ragaku.
     Aku sekadar menggumam. Suara Azmi lain dipendengaranku.
     “ ‘Eisy, janganlah. Suara tu…”
     Aku tergelak kecil. Aku tahu Azmi tidak selesa begitu kerana baginya suara begitu bagai ingin menggoda hatinya, katanya suatu ketika dulu.
     “ Aku tak tahu lah nak kata apa. Sebab tu ter begitu..” jawabku, perlahan. Entah, menggamit suasana nyaman bila berbicara dengan Azmi saat itu. aku memilih untuk bangun dan turun dari katil. Aku bersandar di balik birai katil dengan telefon yang masih berdakap kemas di telinga kanan.
     Hela nafasnya menggangguku.
     Aku memejam mata.
     Ya ALLAH. Mengapakah hadir lagi rasa yang kurindui itu?
     Azmi perasan ‘Eisy lebih banyak diam dari bercerita dengannya. Mungkin saat itu ‘Eisy terganggu emosinya. Cuma bagi Azmi, suasana itu juga mengganggu ketenangannya. ‘Eisy makin lama makin membuatkan dia ingin selalu dekat dengannya.
     “ ‘Eisy, kenapa ni?” tanya Azmi.
     Aku diam.
     “ Kalau dah mengantuk, tidurlah. Sudah lewat ni..” tambah Azmi lagi. Anehnya, aku masih tidak mahu mengulas apa-apa.
     “esok tak ada aktiviti?”
     Aku sekadar menggumam.
     “ ‘Eisy..”
     “ sengaja aku nak kau call aku.. boleh tak biar kita begini?” pintaku akhirnya setelah Azmi sudah berubah nada suara. Aku tidak ingin dia mendesak, hanya aku mahukan dia di sisi dan bersamaku.
     Aku hanya mahukan itu meskipun tidak perlu dia bersuara. Aku sekadar mahukan kehadirannya walaupun dia tidak berbicara.
     “Rindulah tu kan…”
     Aku menggigit bibir.
     Aku memang rasai rindu, namun rindu itu bukan untuk dia. Rindu itu datang lagi untuk ‘dia’.
     “ Boleh tak beh, kita begini… biar sepi tapi aku tahu kau ada..”balasku, berbisik perlahan.
     Azmi menggumam. Dia bangun dari terus berbaring dan bersandar. Dia mahu ‘Eisy rasakan kehadirannya di situ. ‘Eisy lain benar malam ini. Mungkin dia rasakan rindu kerana berjauhan atau ‘Eisy memang mahukan dia menemaninya. Berulang kali dia nasihatkan ‘Eisy untuk lepaskan sesuatu yang bukan lagi miliknya. Seharusnya dia percaya, sesuatu yang hilang dari genggaman bermaksud itu belum tentu yang terbaik buatnya. Terlalu sakit untuk terus menunggu sesuatu yang tidak lagi menjadi pasti.
     Mengapa ‘Eisy terus membiarkan dirinya diseksa kenangan lalu?
     Namun dia tidak mahu mendesak‘Eisy malam ini. Mungkin benar ‘Eisy mahukan dia sekadar menemaninya diam-diam saja. Mungkin ‘Eisy benar hanya mahukan begitu.
     Azmi menghela nafas berat. Dia memejam mata. Hatinya berbisik sendiri,
‘semoga TUHAN legakan hati wanitaku ini, biar resahnya berlalu bersama kegelapan malam yang suram.. biar hatinya tenang esok dan dia kembali senyum seperti dulu lagi…’
     Azmi berdoa sendiri.
Hanya untuk‘Eisy.