Bab 37
O.R.K.I.D
(Ombak
rindu kita indah desirannya)
… tunggu
aku kembali
Aku bersandar lega
setelah Fahrin meninggalkan aku sendirian di dalam bilik itu.Terdengar helaan
nafas berat dariku.Sesekali aku mengusap perutku yang sudah beransur hilang
rasa senaknya.
Alhamdulilah… komplikasi
yang aku alami tadi adalah kerana aku melakukan pergerakan pantas tanpa batas
dan kerana emosi yang tidak stabil.Makanya aku merasakan begitu dan akhirnya
jatuh pengsan.Aku juga dikhabarkan oleh jururawat yang fasih berbahasa Inggeris
itu bahawa aku digegaskan kemarilah dibawa oleh suamiku.Mulanya aku terkejut
juga dengan perkhabaran yang disampaikannya.Yang kupasti dan yakin, Dhani tidak
ada di sini.
Ah.,.aku tahu.
Pasti Fahrin yang
dimaksudkannya.
Dalam suasana sunyi
itulah aku terkenangkan Dhani. Sedang berbuat apa suamiku itu saat ini. Pantas,
aku bergegas mencari telefon bimbitku di dalam beg sandangku yang tersimpan
kemas di sisi bantal.
12 misscalled dan 30
messages received?
Aku menelan liur.
Sudah pasti resahnya suamiku
itu tiada henti.Tanpa lengah, aku terus membuat panggilan ke taliannya. Lama
aku menunggu panggilan berjawab sehinggalah satu suara yang kurindu mula
menyapa.
“ Sorry…” pintaku
di awal perbualan.
Dhani hanya menggumam.
Merajukkah suamiku itu?
“ Kenapa tak balas mesej
abang?” soalnya dalam suara yang antara dengar dan tidak. Bagai orang mamai
saja lagaknya. Kukerling jam di tanganku.
Aku menepuk dahi.
Patutlah… rupanya di sana
waktu subuh.
Haruskah aku
mengkhabarkan kepada Dhani tentang ‘kemalangan’ yang aku alami saat ini?
“ Sorry.. handphone
Sara in silent mode..”
Kudengar Dhani berdehem
membetulkan suaranya.
“ Sayang dah ada
assignments?”
Aku ketawa kecil.
Itulah sikap suamiku, sekalipun dia
tidak menyimpan curiga padaku. Apakah aku harus menceritakan perihal Fahrin
yang kini mengganggu ketenangan hidupku ini kepada Dhani?Aku tidak rela dia
menyimpan rasa bimbang apatah lagi curiga.Namun, apakah aku sanggup
menyembunyikannya sendiri lagi?
“ Belum lagi..” sambungku dalam
nada berbisik.
“ Baby kita okay?”
“Yeap… sangat okay… Rindu daddy
agaknya..” balasku dengan manja.
Dhani di hujung telefon ketawa
bahagia.Tawa itulah yang aku rindu.Kalaulah Dhani ada di sini, tentu dia sedang
erat memelukku.
“ Abang offday tak?” soalku.
“ A’aah.. tapi lusa mula terbang
lagi..”
“ Kali ni kemana?”
“ Sara hope fly ke Paris eh?”
usiknya lagi tanpa menjawab dengan jelas atas pertanyaanku itu.
Aku tergelak.
“ Manalah tahu..” sambungku.
Dhani melepas tawa.
“ Tak sayang..” khabarnya perlahan.
Aku mematikan tawa yang masih
bersisa.Meskipun jawapannya itu tidak seperti yang aku harapkan namun aku
bersyukur.Sekurang-kurangnya Dhani tidak lagi ‘melarikan diri’ dari waktunya
bekerja kerana rindu padaku seperti yang pernah dia lakukan sewaktu kami masih
baru bercinta-cintaan.
Aku tersenyum mengenangkan saat
itu.
Nakal suamiku ini!
Ingatanku pada kenangan yang satu
itu perlahan-lahan menghilang mendengar segala butir bicara Dhani yang lebih
kepada nasihat dan pesanan itu.Walaupun sesungguhnya suaranya kedengaran jelas
di pendengaranku namun sedikit pun tidak masuk ke dalam fikiranku.Yang aku
tahu, aku rindu dia berceloteh panjang begini bila berduaan dengannya. Yang aku
tahu, aku rindu dimanjanya dengan pelbagai makanan yang dihidangnya dengan cara
yang berbeza demi menzahirkan rasa kasihnya padaku.
Lantaran itu, hatiku diketuk
sayu.Tanpaku pinta, aku melepaskan sendu di situ.
“ Eh.. sayang okay tak? Abang tak
marah sayang pun..” suara Dhani kedengaran cemas tiba-tiba di hujung corong
itu. Mungkin dia terkesan dengan bunyi esakanku yang sebenarnya tidak aku pinta
ini.
“Sara… abang pesan sajalah..”
pujuknya lagi.
Aku mengetap bibir dengan kuat.Cuba
menghalang tangis dari berterusan jatuh.Memang Dhani tidak ada melukakan hatiku
langsung.Aku cuma berasa sedih kerana terasa jauh darinya dan kerana rindu yang
terlalu berat padanya.
“ Abang tak marahkan Sara lah..”
balasku dalam suara mendatar menahan rasa terharu kerana keprihatinannya
padaku.
Dhani ketawa kecil.
“ Habis tu, kenapa Sara menangis?”
soalnya bagai mengusik.
Aku menarik muka meskipun aku tahu
Dhani tidak melihat tingkahku itu.
“ Rindu…” bisikku bagai merayu dan
mendayu pada sang pencinta hatiku, suamiku Dhani.
Dhani pula diam. Dia juga rindu.Dia
juga ingin bertemu.Tapi, dia akur pada masa yang mahukan dia dan Maisaraa
berpisah dalam ruang waktu seketika.
“ Percayalah Sara.. Jauh mana jarak
kita, lama mana pun kita tak jumpa.. Hati, sayang, rindu, kasih, cinta dan
sayang abang hanya buat isteri abang.. Tiada yang lain..” luahnya penuh
perasaan dan sekali lagi mengundang pilu di jiwaku.
Aku mengigit bibir menahan airmata
yang ingin jatuh lagi di hujung mata.Aku segera meminta menyudahkan perbualan
kerana ingin masuk tidur sedang yang sejujurnya aku tidak ingin terus-terusan
bermain perasaan.Aku bimbang aku tidak kuat berjauhan dengan Dhani.
Aku menekan punat merah mematikan
panggilan setelah Dhani mengucapkan salam dan kata cintanya. Aku bersandar dan
memejam mata.Jauh hatiku terbang mengembara mencari sekeping hati lagi yang ada
pada Dhani.
“ abang… Cinta Sara dari kejauhan
ini, membara…” bisik hatiku di angin lalu.
Lantas, menggebu-gebu rasa rindu di
hatiku ini padanya.
Inikah namanya cinta isteri yang jauh dari suami?
Kembara sebuah rindu
Pada sekeping hati yang asing
Demi suatu detik yang beredar
Berlalu dan menghilang
Ada suatu perjalanan tanpa arah
Itulah kembara sebuah rindu…
Lumrah satu perasaan
Suka duka tangis bahagia
Terbanglah bersama angin perlahan
Lalu
Singgah ia pada sebuah kenangan
lama
Itulah kembara sebuah rindu..
Kembalilah hati pada pemiliknya
Simpanlah segala memori yang ada
Bernafas lega pada alam nyata
Menjauhlah pada yang membawa duka
Usirlah rasa yang menyeksa
Tinggalkan dia..
Pergilah darinya
Tinggalkan saja
Biarkan berlalu kembara sebuah
rindu
Kata-kata itu berlegar bebas dalam
fikiranku ketika ini.
Kalaukah aku bisa mengirimkannya pada angin lalu
dan singgah ke ruang hati Dhani, mungkinkah jua Dhani akan merasakan getaran
yang sama?
0 ulasan:
Catat Ulasan