BAB 8
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan
kaurasai sepi rinduku ini….”
Dia
melirik lagi.
Kali ini sudah entah kali yang ke berapa dia
melirik lagi ke arahku dan Ustazah Latifah. Aku yang sedari tadi menyedari
keadaan itu mula merasa tidak selesa. Berterabur fokusku dek lirikan Dzul Ikhwani
itu. Entah apa maksudnya pun aku tidak tahu. Sewaktu bersapa sebelum masuk
dewan tadi, dia hanya lalu tanya bersuara seolah-olah tiada wujudnya aku di
depannya.
“
Lisa, Dzul tu dari tadi asyik pandang ke sini..” Ustazah Latifah membuka
bicara. Sekadar berbisik di sisi. Mungkin dia tidak ingin mengundang pandangan
dan respon peserta lain. Aku tersentak dengan bicara itu. Aku menyangka, hanya
aku yang sedar akan tingkah lelaki itu tetapi rupanya ustazah Latifah juga
sama. Aku jadi tertanya-tanya pula. Kalau sekiranya dia ingin mengatakan
sesuatu, tampillah bersemuka. Jangan buat aku jadi tidak tentu arah pulak.
“
Dia mungkin nak duduk sebelah Lisa tak ni?” usik ustazah lagi.
Aku
di sisi mengaris senyuman kecil.
Aku
mencuba kembalikan fokus pada topik pembentangan kursus. Aku bimbang kalau
tidak mendapat apa-apa dapatan dari kursus dan seminar pendek ini kerana aku
memang perlu memberi laporan dan sekaligus dapatan kursus perlu aku aplikasikan
di dalam penggubalan baru sistem kurikulum nanti. Rimasnya apabila lelaki itu
berani mencuri perhatianku.
Susah
sangatkah dia untuk fokus dalam 1 jam ini?
Aku
jadi marah dan tidak berkenan pulak dengan tingkahnya. Kalaulah selama hari ke
depan ini dia masih begitu, alamat aku sia-sia datang jauh ke sini. Sia-sia
kerana tumpuan dan perhatianku berpindah untuk hal yang entah-entah. Dalam rasa
yang tidak selesa itu, kami diberi masa untuk menikmati minum pagi juga
akhirnya. Sekurang-kurangnya ada juga masa untuk menghela nafas lega. Kami
dijemput untuk minum pagi di dewan sebelah. Pantas aku dan Ustazah Latifah
bergerak dan berkira-kira mahu menurut peserta yang lain yang sudah mula
berlalu.
“
Lisa..”
Langkahku
tidak jadi kuteruskan. Aku menanti di sisi meja. Dzul Ikhwani yang memanggilku.
Ustazah Latifah sempat berpesan yang dia ingin pergi dulu dan meninggalkanku
kerana dia memang sudah lapar benar. Aku rasa tidak selesa pula apabila
ditinggalkan begini.
“
Kenapa tuan?” tanyaku sekadar berbasa-basi. Bimbang juga kalau aku memanggil
dia hanya dengan nama saja sedangkan dia memegang jawatan yang lebih tinggi dan
utama dalam kementerian.
“
Panggil Dzul saja..”
Aku
tersenyum.
“
Aaa.. Lisa, petang nanti free?”
Aku
mengerutkan dahi. Tidak sangka sama sekali dengan pertanyaan itu meskipun dia
agak teragak-agak menanyakan namun aku faham maksudnya.
“
Kenapa?”
“
Free atau tak?”
Aku
masih berdiam. Kononnya memikir sesuatu sedangkan yang aku maklum petang ini
kami ada aktiviti melawat ke sekolah pedalaman. Hanya untuk membuat pemantauan
ringkas. Anehnya, dia bertanya tentang kelapangan waktuku pulak.
“
Bukan kita ada aktiviti petang ni?” balasku lagi, bertanya. Sekadar memberi
respon biasa-biasa saja.
Dia mengisyaratkan untuk jalan beriringan ke
muka pintu lantaran Tuan Haji Saad sedang menanti kami berdua di situ. Mungkin
dia berharap kami menepati masa minum yang diberi hanya 30 minit saja. Aku
antara mahu dan tidak hanya mengikut.
“
Itu saya tahu…”
“
Habis tu?”
Dia
diam dan berhenti di depan pintu dewan tempat hidangan disediakan. Dia
memandang tepat ke arahku seolah-olah dia benar-benar serius ingin tahu dengan
halku petang nanti.
Aku
salah tingkah dan mati kata.
“
Habis aktiviti lawatan nanti, freekan…”
Aku
mengangguk. Tidak ingin melengahkan masa.
“
Saya berniat nak ajak awak bersiar-siar sekejap…”
Aku
tidak berkutik. Membuang pandangan bilamana dia masih menunggu dan mengharapkan
jawapan.
“
Erm.. apa kata kita sarapan dulu? Saya lapar ni..” balasku dan terus berlalu.
Tidak menoleh dan tidak juga menunggu. Aku bukan sengaja berlaku tidak sopan di
hadapannya tapi kerana aku terkejut dengan ajakan yang tiba-tiba. Kenal pun
tidak. Inikan pula dia mahu aku ikut sama bersiar-siar dengannya. Aku terus
menghampiri ustazah Latifah yang masih menunggu giliran untuk mengambil
makanan. Ustazah Latifah mengarahkan aku untuk mengambil minuman panas dulu
sebelum ikut berbaris mengambil makanan yang lain. Mahu tak mahu, aku menurut
jua. Aku melangkah dengan tidak selesa. Masih di fikiranku ajakan itu. rasa
bersalah pun ada Cuma aku tidak tentu rasa.
Aku
mengambil cawan dan tangan bersentuhan tanpa sengaja.
Terusik lagi hatiku dan pantas aku memandang
gerangan. Masih lelaki yang sama mencuri perhatian dan ketenanganku. Dia
memandang tanpa suara. Serius dan membuatkan aku jadi bimbang. Aku terus
berlalu dari situ dan beralih ke meja minuman. Langkahku diikut dan dia berdiri
di sisi. Seolah-olah hanya aku dan dia saja yang ada di situ. Itu yang aku rasa
saat itu.
Aku
beristighfar dalam hati.
“
boleh tolong tuangkan tak?” pintanya membuka bicara. Aku tidak menjawab tapi
hanya menurut saja. Kemudian aku menuangkan untukku sendiri dan juga untuk
Ustazah Latifah. Aku menuju ke meja tempat Ustazah Latifah. Ustazah memang
telah mengambil sama makanan buatku. Rasa terharu pula dengan keprihatinan
ustazah yang tidak pernah hilang itu. aku duduk di sebelah ustazah dan tidak
menyangka, Dzul mengambil ruang di depan pulak. Semakin bertambahlah
ketidakselesaanku dengan lelaki itu kerana aku memang tidak suka kalau ada
lelaki yang duduk berhadapanan denganku ketikaku makan. Memang rasa tidak
selesa itu ada dan tidak dapatku ubah.
Senyumannya
mengusik hatiku.
Aku
mengerling Ustazah Latifah di sisiku dan dia hanya leka dengan sarapannya. Aku
kembali memandang Dzul di depanku. Akhirnya aku bersuara jua.
“
Boleh tak kalau awak duduk di tepi sini?” pintaku sambil menunjukkan arah di
sebelah kanan, tidak jauh dariku.
“
Kenapa?”
“
Dia tidak selesa kalau ada lelaki makan di depan ketika dia makan juga”,
Ustazah Latifah tanpa kuduga menyampuk bicaraku dan Dzul. Dzul mengangguk dan
dia berpindah duduk di sebelah kananku tanpa banyak soal lagi. Aku menarik
nafas lega dan mula menikmati makan. Meskipun aku sedar dia masih menunggu aku
bersuara namun aku buat-buat tidak tahu. Sesekali pandangan kami bertamu namun tiada
bicara. Aku merasa selamat selagi Ustazah Latifah ada bersama kerana aku yakin
Dzul tidak akan menanyakan soal tadi kepadaku. Aku amat berharap ustazah tidak
pergi selagi aku belum habis makan. Aku tidak mahu Dzul membangkitkan persoalan
tadi kepadaku kerana aku sendiri tidak tahu mahu memberinya jawapan apa. Aku
bukanlah seorang yang tidak tegas, hanya aku takut nanti dia tidak professional
pula. Aku takut terbawa-bawa dingin ke kerjaya nanti. Kalau ikutkan akal
cetekku, memang aku kata tidak free sebab aku hendak luangkan masa dengan
laptop. Aku bercadang mahu berskype dengan mama sehabis aktiviti nanti. Aku
hanya mahu duduk di bilik tanpa gangguan. Datang untuk kursus, ikut aktiviti
dan balik bilik semula. Tidak ingin bergaul sangat sebab peserta perempuan
tidak ramai. Hanya 4 orang saja. Selebihnya lelaki. Veteran, dewasa dan juga
masih muda bergaya.
“
Lisa, dah habis?” tanya ustazah, memecah kesunyian di meja makan itu.
Aku
mengangguk dan bersedia untuk berlalu. Kebetulan juga Dzul disapa oleh beberapa
pegawai yang lain dan kiranya itu kesempatan buatku untuk melarikan diri
darinya. Yang meresahkan dan membuatkan aku tidak tentu rasa. Aku bergegas
menyaingi langkah Ustazah Latifah dan beriringan dengannya menuju ke dewan
persidangan. Aku duduk semula di sebelah ustazah dan mula kembali memfokuskan
pandangan kepada penyampaian pembentangan kertas kerja sesi II. Aku mencapai
pen dan mula menulis-nulis dan mencatat-catat isi-isi penting. Walaupun salinan
kertas kerja ada disertakan sama, hanya aku lebih selesa menulis sendiri
pengisian utama kerana aku sememangnya seorang yang malas untuk menghadap dan
membaca kertas kerja yang hanya berwarna hitam putih. Aku lebih selesa
mendengar dan menulis. Melainkan kalau aku memerlukan rujukan, aku akan buka
semula salinan itu dan memadankannya dengan isi penulisanku di dalam nota yang
telah kucatat bagi memudahkan aku memahami semula.
“
Baiklah, sesi kedua kita mulakan sekarang. Ada dua kertas kerja akan
dibentangkan dari Tuan Sayyid Al-khadri dan Encik Dzul Ikhwan Dato Hj Ahmad..”
Spontan
mataku beralih ke depan. Terkejut dengan makluman terbaru itu kerana setahuku
tidak ada pulak namanya tertulis di dalam buku program untuk sesi pembentangan
pagi ini. Yang kuterbaca dia ada membentang pada hari ke empat nanti dan itu
pun di bilik persidangan kecil, hanya untuk peserta tertentu yang sama bidang
dengannya. Aku jadi tidak selesa. Hendak memandang dia di depan, aku rasa
kekok. Bimbang dengan segala apa yang disampaikannya nanti tidak akan
membuatkan aku memberikan tumpuan kerana masih di fikiranku lagi tentang
ajakannya.
Aku
menoleh ustazah di sisi. Dia sekadar mengangkat bahu. Mungkin ustazah juga
hairan apabila dikhabarkan bahwa Dzul akan membentang di pagi ini.
“
Encik Dzul akan menggantikan Professor Madya Dr. Hasyim memandangkan beliau
kurang sihat.. Pengisian pembentangan memang sudah dimaklumi sebab Encik Dzul
memang sudah maklum dengan hal ini. Hanya kami terlupa membuat nama Encik Dzul
dalam sesi pagi ini..” jelas Tuan Hj Saad lagi, meleraikan kekeliruan yang
melanda kesemua peserta. Bukan apa. Kami bimbang juga kalau-kalau kami tersalah
bilik persidangan nanti kerana memang
beberapa peserta sudah dibahagikan mengikut bidang masing-masing. Cuma pagi
ini, kesemuanya dimestikan hadir untuk kertas kerja utama.
Aku
sekadar mengangguk-angguk. Sekurang-kurangnya terlerai jua tanda tanya yang
singgah ke hati. Aku kemudian kembali fokus. Dzul Ikhwani sudah duduk sebaris
dengan pembentang-pembentang hebat dan yang aku kagumi. Tidak sangka dia sudah
mencapai sebegini hebat di usia yang masih muda. Aku berasa cemburu dengan
pencapaiannya. Pastilah dia sudah banyak menimba pengalaman dan ilmu serta
perkongsian dari pembentang-pembentang itu.
Pandanganku
dan dia bersatu. Senyuman tergaris di bibirnya. Aku membuang pandangan sebelum
aku menunduk memandang nota. Lain benar rasaku diusik pandangan lelaki itu.
Rasa bersalah pun ada. Rasa tidak selesa pun ada.
Aku
beristighfar di hati.
Susahlah kalau hari-hari
mendatang masih begini setiap kali berdepan dengan lelaki itu!
1 ulasan:
fuh.. dzul yg hebat dh jatuh cinta 2.. mna nk lari lisaaa oit
Catat Ulasan