BAB 6
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan
kaurasai sepi rinduku ini….”
Hangatnya cuaca di luar hotel menyengat ke muka.
Tidak lama benar masa diambil untuk tiba ke hotel pilihan untuk seminar dan
kursus pendek. Seronoknya di sini bilamana segala kemudahan dan perancangan di
sini sudah diatur dan dijadualkan. Hanya tinggal mahu sertai ataupun tidak.
Setelah pendaftaran kehadiran para pegawai, kami dibenarkan untuk mendaftar
masuk ke bilik masing-masing dan berikutnya pada jam 2 petang nanti taklimat
pelan perancangan kursus dan seminar ini akan dibentangkan. Maka semua pegawai
nanti dimestikan hadir di bilik persidangan yang telah ditempah khas.
Aku
menscan kad bilik untuk membuka pintu itu. Aku menyorong masuk bagasi
yang kubawa dari rumah dan membiarkan pintu tertutup sendiri. Cepat-cepat aku
menuju ke katil kerana begitu kuat keinginanku untuk menikmati keempukannya.
Aku
berbaring tenang.
Tidak
henti syukurku kerana berkesempatan rasai semuanya. Maklum sajalah, sebetulnya
susah untukku mendapatkan cuti untuk belayar ke luar negri atau sebagainya
kalau di penghujung tahun lantaran aku perlu lebih mengutamakan mereka yang
berkeluarga dan tambahan pula penghujung tahun adalah masa utama untuk
menganalisa pencapaian kurikulum persekolahan. Sedikit sebanyak, peluang
menghadiri kursus ini merupakan rezeki untuk aku berehat-rehat sambil bekerja.
Sambil-sambil memikirkan sesuatu, kedinginan bilik itu menghadirkan rasa
nyaman. Aku mengambil bantal peluk dan memeluknya erat. Aku mengiring ke kiri
dan cuba memejamkan mata. Kalaulah aku melayan mata yang hendak dibelai ini
sudah pasti aku boleh terlajak masa tidur pulak ni nantinya.
Kemudian
bingkas aku bangun. Aku ingin memeriksa segala fasiliti yang disediakan.
Bermula dari ruang meja solek menuju ke almari pakaian.
Wah…
pintu lungsur.
Aku
bagai teruja dengan semua itu. kemudian aku mengatur langkah ke luar dari bilik
itu untuk menuju ke bilik air. Aku juga berpuas hati. Selepas itu aku menuju ke
dapur kecil pula. Hanya dibekalkan peti air bersaiz kecil dan juga microwave.
Bolehlah digunakan untuk makan mee segera kalau-kalau aku malas untuk ikut
serta makan di lobi nanti. Kemudian aku mengambil keputusan untuk kembali ke
bilik utama iaitu ruang tidur yang begitu selesa. Aku mengangkat bagasiku dan
menyimpanya di satu sudut yang telah dikhususkan. Aku sememangnya tidak suka
mengemas pakaian ke dalam almari yang disediakan. Aku lebih senang
membiarkannya kemas di dalam bagasi dan hanya menggunakan almari itu untuk
menyidai pakaian yang hendak digunakan saja dan telkung serta tuala mandi. Ini
kerana aku menjadi malas untuk mengemas semula. Kadang-kadang bukan semua
pakaian yang kubawa akan kugunakan. Sengaja membuatkan bagasi menjadi berat
setiap kali pergi ke luar daerah atau ke luar negeri. Bayangkanlah kalau
berkesempatan membeli-belah?
Aku
sentiasa ada membawa beg lebih khas untuk barang-barang belian!
Aku kemudian melabuhkan punggung di birai katil.
Shawl yang kupakai, kulepaskan. Aku memilih untuk berehat saja. Aku
mencapai buku panduan aktiviti yang diberikan dan menelitinya. Lama aku
membacanya, satu-satu persatu sehingga ke muka surat yang terakhir.
Hmm..
okaylah dari sebelumnya. Dalam pada melayan perasaan itu, aku baru terkenang
pada telefon bimbitku.
Aku
menepuk dahi.
Terleka
seketika dari mengkhabarkan kepada mama yang aku sudah selamat sampai ke sini.
Aku terus mencapai telefon bimbitku.
Sekeping
nota post-it berwarna merah terjatuh dari beg tanganku. Aku terus
mencapai dan membalek-balek isi tulisannya.
‘ Terima kasih untuk
malam ini…’
Aku terkaku.
Tidak menyangka sama
sekali ada nota diselitkan di balik beg tanganku ini. Tidak lain tidak bukan
ini dari Azmi kerana semalam aku yang keluar dengannya. Cuma, aku menjadi
hairan lantaran aku tidak tahu saatnya dia menyelitkan nota ini di dalam beg
tanganku pula. Mungkin agaknya sewaktu makan di gerai kerana ketika itu dia duduk
bersebelahan denganku.
Aku
tersenyum sendiri seraya membawa sama nota itu bersamaku dan aku kembali duduk
di birai katil. Ligat akal mengingat memori semalam. Lama benar kami berkongsi
cerita semalam hingga tidak sedar hampir ke pukul 1 pagi. Patutlah dia mahu
menjemputku di rumah semalam kerana tidak menyangka juga kami keluar sehingga
ke waktu itu. sesampainya di rumah, abah masih menanti. Dia sempat bersalaman
dan meminta maaf kerana kelewatan menghantarku pulang ke rumah semalam. Abah
pula biasa saja menghadapi Azmi seakan dia sudah percaya dengan sahabatku itu.
sepulangnya aku semalam, abah terus menyuruh aku membersihkan diri dan berehat
kerana bimbang juga abah aku akan kepenatan untuk bekerja. Abah sempat berpesan
supaya nanti di kemudian hari kalau aku perlu pergi untuk urusan kerja jauh
dari selalu, dia tidak menggalakkan waktu malamnya aku pergi keluar hingga
pulang ke akhir begini melainkan kalau esoknya waktu cuti awam. Aku hanya
mengiakan saja pesanan abah kerana aku rasa sedikit serba-salah sehingga
membiarkan abah turut sama menungguku pulang semalam. Untungnya semalam abah
tidak menyentuh apa-apa tentang Azmi itu.
kalaulah abah memilih
untuk bertanya lebih lanjut, jawapan apalah yang aku ada buat abah?
Aku menghela nafas
berat. Aku meletakkan nota itu di sisi. Aku belum berkesempatan mengucapkan
terima kasih kepada Azmi kerana membawa aku keluar semalam. Demi saja sampai ke
rumah, aku terus masuk kerana Azmi sendiri sudah keluar dari kereta dan
bersalaman dengan abah yang masih menanti aku pulang.
Ah… Aku ini sepatutnya
lebih baik jangan banyak berfikir kerana setiap kali memikirkan sesuatu aku
selalu lewat mendapat jawapan yang dicari. Yang tinggal, aku terlupa tujuan
asal.
Aku menekan-nekan
sesuatu di telefon bimbitku. Sudah dikesan roaming modenya. Bolehlah aku
menghantar pesanan kepada mama yang pastinya sudah lama menanti berita dariku.
Aku mengaktifkan wireless wi-fi agar mudah aku mengakses aplikasi yang
lain. Sejurus selepas itu, banyak notifikasi kuterima. Aku terus membuka Whatsapp
dan nampak nama mama tertera. Itu dulu yang aku buka sebelum pesanan yang lain
yang juga datang serentak. Banyak mesej yang masuk.
‘Dah smpi?’
Aku membalas pertanyaan
mama dengan memaklumkan yang aku selamat sampai di sini. Aku sempat memaklumkan
juga yang aku akan menghubungi mama malam nanti sewaktu hendak tidur.
‘Jga diri. Solat jgn
lupa. Shopping utk mama dan Soleha pun’
Aku tergelak dengan
pesanan yang baru tiba itu. Mama itu kalau tidak ada pesanan loyar buruk yang
satu itu memang tidak sah. Lagipun, mana mungkin aku terlupa untuk pergi
membeli-belah sedangkan itulah terapi sesuai untukku sejak aku kecil lagi. Abah
puas menasihati agar bijak berbelanja. Cuma, kadang nasihat abah masuk telinga
kanan dan keluar telinga kiri. Bukan ingkar dengan suruhan abah, sekadar aku
suka membelanjakan apa yang ada sesuai dengan yang aku mampu. Cuma, terapi ini
bermusim. Maka aku tidak anggap aku membazir sakan.
‘Kirimslm abah juga..’
‘ abg Mi tak nak
kirimslm?’
Aku tersentak.
Selambakan mama ni!
‘ Azmi dtg. Knp Lisa tak
bgitau ke Sabah tu?’
Aku menelan liur.
Meskipun aku terasa bersalah kerana tidak memaklumkan kepergianku Sabah kerana
merasakan tidak penting aku mengkhabarkan urusan kerjaku kepada Azmi kerana
selama ini tidak pernah pun aku atau dia ambil tahu urusan kerja masing-masing.
Cuma aku hairan.
Mengapa Azmi datang ke
rumah pulak?
‘Knp Azmi dtg?’
‘hahaa.. mama tipu. Azmi
telefon sbb Hp Lisa blum aktif’
Aku merengus. Tidak
sangka sama sekali dengan balasan mama. Memang akan menjadi sesuatu yang
menghairankan kalau benar Azmi datang ke rumah. Memang tak ada kerjalah budak
tu kalau dia asyik ambil peluang singgah ke rumah hanya untuk duduk dan lepak
denganku!
‘ Kjp g Lisa teks dia’
‘Smpikn slm abh&mama
pd Azmi..’
‘ Okay cinta’, balasku
kepada mama yang disertai dengan emotikon mata hati kepada mama. Aku memilih
untuk berbaring dan tercari-cari bantal pula. Aku menarik selimut hingga ke
paras dada dan kembali memandang ke skrin telefon bimbitku. Ada beberapa
pesanan dari Azmi.
Aku tersenyum kecil.
Kebanyakan teksnya hanyalah kerana dia tidak berpuas hati kepadaku lantaran aku
tidak memaklumkannya ketiadaanku selama beberapa hari ke depan. Kalau dia tahu
aku akan pergi, semalam dia akan tahan aku sehingga ke subuh hari.
Jahat betulkan dia ni!
‘Klau kau thn aku, apa
kau dpt?’
Aku membalas teksnya
yang menjadi fokus itu. memang tidak sah kalau dia tidak mengusik begitu.
Bahasanya memang begitu. Aku kira itu bahasa santai aku dan dia dan bukannya
kasar dan tidak menjaga perasaan. Aku yang sudah terbiasa dengan semua itu maka
ia bukan lagi masalah besar buatku.
Lama aku menunggu dia membalas teks itu kerana
sebetulnya pesanannya itu sampai sudah 2 jam lebih. Aku meletakkan telefon
bimbit di sisi. Aku menekan suis lampu utama menjadi sedikit suram kerana aku
ingin tidur sekejap sementara menunggu jam petang.
Click!
‘
Nak buat kau turut rasa rinduku’
Aku
hilang rasa dengan balasan Azmi. Walaupun dia bermain dengan kata-kata cinta
dan sayang, aku masih kaku. Ini kerana, setiap kali dia mengusik begitu aku
hanya akan merasakan cinta lama yang mekar tapi terkilan jua kerana putus
dipertengahan.
Aku
tidak rasai kehadiran Azmi bahkan bekas tunanganku difikiran!
‘Knp
kena rindu?’
‘
knp prgi tak bgtau?’
‘
Tak tnya’
‘prlukh
tnya dulu baru bgtau?’
‘hmmmm..’
Sengaja aku membalasnya begitu kerana aku malas
hendak bersoal-jawab. Itu bukan isu penting untuk ditelagahkan. Aku juga tidak
suka memikirkan sesuatu yang tiada apa-apa maknanya dalam hidupku. Aku tidak
suka membuat sesuatu yang membuang-buang masa atau waktuku. Tidak perlu aku
jelaskan kenapa dan apa alasannya.
Kalau
benar kawan, mengertilah!
Bukan perlu dijelaskan
lagi satu persatu.
0 ulasan:
Catat Ulasan