Bab 1
Aku,
isterimu…
“ Demi
Allah.. aku bahagia menjadi isterimu..”
“ Hujjah
bernas… “
Aku yang
sedang sibuk memilih makanan itu, terkejut kecil pada teguran itu. Aku pantas
menoleh si gerangan yang tiba-tiba saja menegurku itu. Aku sekadar menggaris
senyuman saja dan tidak pula berniat mahu menyahut pujiannya. Kami baru saja
menikmati makan petang setelah majlis forum perdana berakhir. Hidangan banyak
disediakan sebagai jamuan para hadirin di senja yang masih gerimis itu.
“
Makanlah..” pelawaku kerana tidak ingin nampak kekok di situ. Dia sekadar
mengangguk bersama senyuman. Aku tercari-cari kelibat Aleya yang sedari majlis
berakhir masih belum menampakkan dirinya. Resah hatiku sebenarnya. Bukan kerana
situasi kami hanya berdua tapi kerana aku merasakan hanya dia yang hadir di
situ dan seakan aku buta memandang kehadiran mereka yang lain.
Apakah, aku
saja yang merasakannya?
“ Awak mengajar dimana?” soal Amirul sambil
dia mempelawa duduk pada sofa tidak jauh dari meja yang terhidang banyak makanan
itu.
“ Saya tak
mengajar..” balasku ringkas.
Kemudian
aku sengaja lama-lama menghirup teh tarik panas. Bimbang benar dia akan menjadi
terlalu peramah menanyakan soalan yang banyak kepadaku. Kukerling sedikit, dia
hanya meneruskan makan sebelum kerlinganku tertangkap oleh pandangan matanya.
Pantas, aku
mengalihkan pandangan. Jujur saja, aku memang kekok benar dengan situasi ini.
Bukan kerana aku tidak biasa berhadapan dengan orang lain tetapi kerana lelaki
di hadapanku ini seakan-akan menyimpan rahsia di bening matanya yang nampak
redup itu. Seperti dia ingin menanyakan sesuatu tapi tidak terluahkan.
Atau, hanya
aku yang merasakan begitu?
“ Dah tu,
awak bertugas dimana?”
“ Pejabat
agama, bahagian kaunseling..” balasku lagi.
Aduhai..
resah semacamku pulak jadinya lantaran Aleya masih belum menghampiriku.
“ Patutlah
bijak berkata-kata..” pujinya dengan nakal.
Aku sekadar
menjeling.
“ Awak dah
kenal saya?” soalnya lagi.
Aku sekadar
mengangkat bahu. Kiranya jual mahal atau hipokrit, itu aku tidak pasti. Yang
penting, aku belum bersedia mengakui bahawa aku sudah tahu tentang dirinya
serba sedikit daripada ustazah-ustazahku tadi.
“ Amirul
Moaz…”
Aku sekadar
mengangguk. Tidak berniat mahu menyahut. Lagipun, aku tidak tahu menjawab apa.
“ Tak nak
ambil tahu pasal diri saya?” soalnya lagi, kali ini kedengaran lebih kepada
usikan. Laluku pandang, dia tertawa dengan barisan gigi putihnya yang cantik.
Aku sekadar
tersenyum kecil.
“ Kalau
awak nak bercerita, saya mendengar…” balasku menyahut usikannya. Saat itu juga,
dia mula bercerita tentang dirinya. Seolah-olah, kami adalah kawan lama yang
baru bertemu setelah sekian lama berpisah dan berjauhan. Bermula dari zaman
sekolah rendah, sekolah menengah, peringkat university dan hinggalah ke cerita
peribadi yang akhirnya membuatkan dia terdiam seketika.
Aku pantas
memandangnya, ingin tahu reaksi saat dia mula bercerita kisah peribadinya itu.
“ Saya
bukan bujang lagi…”
Aku tidak
menjawab.
“ Dan… saya
dah ada anak seorang…” sambungnya sambil memandang tepat ke anak mataku. Aku
segera melarikan anak mata. Hatiku berdebar-debar bila dia sengaja memanahkan
pandangan itu ke dalam mata.
Kenapa dia
ingin memberitahuku begitu?
“ Berapa
umur anak awak?” soalku sekadar ingin dia tahu bahawa aku mendengar segala
ceritanya.
“ Empat
tahun dan mamanya dah tinggalkan kami kerana lelaki lain…”
Saat itu
juga, suasana berubah hening. Kupandang dia yang nampak tenang sedangkan aku
seakan dipukul dengan 1001 rasa bersalah.
“ Maaf…” pintaku
padanya walaupun kedengaran canggung sekali.
Dia sekadar
menggaris senyuman walaupun nampak kelat.
“ Jodoh kami
tak panjang..”
Aku sekadar
tersenyum.
Kemudian,
lama kami tenggelam dalam suasana bisu walaupun sekeliling kami bising dengan
pelbagai butir bicara yang tidak diketahui pangkal tajuknya.
Tanpaku
sedar, bahuku disentuh perlahan. Aku hamper terjerit kecil dengan tingkah Aleya
yang sengaja mengusikku itu. Kalaulah aku terjerit, malulah aku sepanjang masa
berhadapanan dengan Amirul itu.
“ Mana awak
menghilang Aleya?” soalku saat Aleya sudah melabuhkan punggung di sebelahku.
“ Saya di
depan pintu utama tadi. Mengiring beberapa tetamu kehormat masuk ke bilik VIP
untuk jamuan petang..” khabarnya kepadaku. Sempat juga dia berkenalan dengan
Amirul yang sesekali menjeling kami.
“Pengerusi
tadikan?” soal Aleya.
Amirul
mengangguk bersama senyumannya yang selalu saja kelihatan manis pada
pandanganku.
“ Kalau
saya tak silap, awak ni satu intake dengan Auni Syazilah, betul?” soal
Aleya lagi dengan lenggok orang bagai nak bergosip saja lagaknya.
Amirul
tertawa tampan.
Aku
mengetap bibir.
Dia intake
kakak Syazy?
“ A’aah..
betul..” balasnya bersahaja.
Demi saja
Amirul menjawab, terus saja Aleya membuka cerita. Katanya, akulah adik kepada
kakak Syazy. Aleya sebenarnya satu intake juga dengan kakakku. Kira
Aleya seniorku. Aku tidak memanggilnya dengan gelaran kakak kerana umur kami
sebaya.
“Patutlah
saya macam nampak bayangan seseorang dalam diri Auni..” balasnya bersahaja.
Aku sengaja
mengangkat kening. Menanti dia menghabiskan kata-katanya yang kedengaran
tergantung.
“ Kakak
awak itu kawan baik saya..” sambungnya setelah mungkin dia sedar aku masih
dalam reaksi menantinya menghabiskan bicara tergantung itu.
“ Saya tak
pernah dengar Kak Syazy sebut nama awak..” balasku kehairanan. Setahuku, Kak
Syazy bukan jenis perahsia. Banyak kisahnya di dalam kocekku. Kami senang
berkongsi suka duka bersama.
“ Saya
tinggalkan dia kerana bekas isteri saya…”
Lantas aku
tidak lagi berkutik.
“ Ada kisah
yang menyebabkan kakak awak itu menyimpan rasa marah pada saya…” sambungnya
lagi.
Aku dan
Aleya saling berpandangan. Kulihat dia bangkit untuk menyimpan bekas cawannya
ke atas meja sebelum dia berniat untuk menjauh.
Aku sendiri
dapat lihat perubahan pada wajahnya itu.
“ Kiranya
suatu hari nanti, boleh awak aturkan pertemuan saya dan kakak awak?” soalnya
perlahan.
Aku
mengigit bibir.
“ Lama saya
tunggu.. untuk meminta maaf padanya…”
Aku
termangu.
Spontan
saja dia menghulurkan kad namanya kepadaku.
“ Hubungi
saya jika Syazy setuju…”
1 ulasan:
ada crita dsbalik amirul n akk auni nie,ala..xkn la akk auni nie ada hbungan dgn amirul dlu,msti nti ada knflik bila dorg auni bkhwin nti kn
Catat Ulasan