Sinopsis
Aku, isterimu..
“ Demi Allah, aku bahagia menjadi isterimu..”
Jodoh pertemuan, perpisahan dan juga maut itu di
tangan TUHAN. Jazilah tidak pernah menafikan hakikat itu kerana agama
menetapkan kenyataan itu begitu. Hingga di suatu saat, takdir menemukan dia
dengan Amirul Moaz. Sayangnya.. hati wanitanya keliru. Benarkah lelaki itu
sekadar memainkan perasaannya saja? Dia ingin menjadi seperti wanita lain,
bahagia saat si jejaka pilihan hati melafazkan akad,
“ aku terima nikahnya…”
Sayangnya..
hari demi hari dia bertemankan sepi, seolah-olah di dalam mahligai yang dibina
itu hanya dia seorang yang mendiaminya. Kalau Amirul pernah gagal pada ikatan
perkahwinannya yang pertama, mahukah ia berulang semula dan gagal untuk kali
kedua pula?
Dan..
kenapa pula dirinya menjadi mangsa? Hati Jazilah merintih, mengadu kepada TUHAN
agar terdetik di hati suaminya itu bahwa.. dia bahagia menjadi seorang isteri.
Biarlah gerimis semalam berhenti. Yang pasti, esok mentari akan bersinar lagi
dan mengirimkan segaris pelangi menghiasi hari-harinya yang sepi.
1 ulasan:
wow,nampak menarik!!
Catat Ulasan