BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 6 September 2011

Prolog- O.R.K.I.D

PROLOG
O.R.K.I.D
(ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali

      “ Maisara.. maafkan saya kerana hanya mampu mencintai kamu sehingga detik ini…” ungkapan Fahrin terdengar bagai sembilu menghiris sang kalbu.
      Airmataku satu persatu menitik.
Betapa hancurnya sekeping hatiku mendengar pengakuan yang kedengaran lancar dan bukannya dirancang itu. Percintaanku dengan Fahrin putus di tengah jalan. Tanpa segan silu aku menangis di hadapannya. Menangis seolah-olah akulah wanita yang paling lemah dan tidak berdaya. Terjelopokku di hadapan lelaki yang selama ini kupuja dengan rasa cinta yang membara. Lama benar kami menjalin cinta, direstui keluarga dan aku bersetuju menjadi tunangannya beberapa bulan yang lepas. Hatiku cenderung memilih dia, makanya kuteruskan niat mencintai dia, menerima dia sebagai pelengkap hidupku.
Sayangnya kini..
      “ Terlalu naifkah aku kerana tidak menyedari perubahanmu?” soalku terkilan bersama titis airmata.
      Fahrin hanya berdiri kaku. Wajahnya sedikit pun tidak mempamer riak bersalah kerana mencalar hatiku dengan remuk.
      Ya TUHAN.. beginikah ujianMU untuk aku yang lemah?
      “ Maisara..”
      Aku terdiam kelu sejuta bahasa. Tersedar akan kelemahan diri, aku pantas berdiri menggagahi sang hati yang parah. Biarlah dia melangkah pergi meskipun hatiku tak rela. Cincin yang pernah tersarung di jemariku, kulucut. Ikatan yang ada sudah tidak bermakna lagi.
      Hancur luluh sudah hati ini mendengar pengakuannya yang sudah mencintai puteri lain selain aku. Parah sudah hati mendengar dia berubah hati. Luka lagi hati saat panah cintanya berubah haluan. Sayangnya, aku tertikam sendiri dalam jerat cinta yang pernah kami bina bersama.
      “ Pergilah.. dan jangan kembali lagi…” balasku dengan perlahan bersama airmata yang masih menitis. Jujur saja aku bukan kuat untuk menempuh keadaan ini tapi apa daya, aku hilang tempat berpaut. Cincin ikatan pertunangan kami kuletak di telapak tangannya. Dengan rasa hati yang luka aku berpaling meninggalkannya tanpa memandang lagi.
      Pergilah sayang.. semoga kaubahagia.

2 ulasan:

cactaceous opuntia berkata...

uhu...awal2 da sdey

rogayahvogue berkata...

font ape nii erk? chantek.. .