BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 4 September 2011

Bab 28- Sayang sudahlah


Bab 28
Sayang sudahlah
Jangan ada airmata lagi…

Hari demi hari yang aku lalui bersama Zarul dan anak-anakku Syahdi dan Syahri sangat indah dan membahagiakan. Jujur saja, aku aku dapat mengagak sebegini bahagia kalau hidup bersamanya dulu, aku ingin terus menerimanya tanpa berfikir lagi. Aku ingin mengisi waktu-waktu yang tersisa di sampingnya sahaja.
Aku memandang suamiku yang masih lagi nyenyak tidur. Selalunya, jam sebegini Zarul sudah berada di meja makan bersama anak-anak. Mungkin kerana hero-heronya berada di rumah ummi yang membuatkan suamiku itu bermalas-malasan. Aku pula malas hendak menganggunya. Dengan itu, aku membuat keputusan untuk dapur saja membuat masakan untuk kami berdua hari ini.
Aku membuka peti ais.
Aku menggumam.
Masih ada banyak lauk yang mentah. Rasanya rambang mata pula hendak memilih menu sesuai hari ini. Fikir punya fikir, aku memilih ayam. Kubawa ke sinki dan membersihkannya. Yang aku tahu, Zarul senang dengan apa jua jenis masakan yang aku hidang kepadanya.
Hari ini, aku mahu masak ayam paprik.
Aku sekali lagi berlalu menuju ke peti ais, mengeluarkan segala bawang merah, bawang putih, lada kisar, halia dan juga sayur yang bakal kumasak nanti. Aku memotong bawang merah dan putih dan menghirisnya nipis. Sesekali aku mengelap peluh yang sudah jatuh ke dahi. Namun begitu, demi dia yang kucinta aku tetap meneruskan perjuangan menjadi isteri yang disayanginya.
Aku memasukkan minyak ke dalam kuali dan memanaskannya. Bermula dari bawang, kumasukkan lagi cili api, belacan, kunyit dan juga lada kisar. Kuambil halia yang sudah kutumbuk halus dan kucampur semuanya ke dalam. Baunya sudah naik, menusuk hidungku. Aku memasukkan lagi air asam jawa dan sedikit air biasa. Kemudian, barulah aku masukkan ayam. Aku menyediakan lagi daun limau purut dan kacang panjang serta serbuk perasa agar masakanku sempurna jadinya.
Dari memasak ayam paprik, sayur dan akhir sekali aku terus memasak nasi. Hinggalah hampir sejam aku berperang dengan kuali di medan dapur, akhirnya aku selesai menyediakan segalanya. Sungguh benar aku tidak sabar untuk meminta mata hatiku menghabiskan semuanya. Pantas aku membersihkan tangan. Aku bergegas menaiki anak tangga menuju ke bilik tidur kami untuk membangunkan suamiku itu.
“ Abang…” panggilku perlahan.
Zarul masih belum bergerak.
Aku menghela nafas berat. Aku mengambil alih duduk di sebelahnya. Nafasnya masih nampak teratur tapi aku sudah terasa bahang panas di sisinya.
“ Abang.. okey tak ni?” panggilku lagi seraya merasa dahinya.
Masya Allah.. panas!
“ Bang! Jangan buat Hani takut..”
Zarul masih tidak bergerak. Jantungku seakan mati degupannya. Menjalar perasaan cemas di seluruh urat nadiku. Wajahnya nampak tenang tetapi bibirnya pucat. Aku berdebar tanpa henti.
Apa kena dengan suamiku ini?
Aku menggoyang-goyang tubuhnya sedikit kuat. Sayangnya, masih enggan dia memberi sebarang tindak balas. Aku jadinya semakin risau. Badannya benar-benar panas membahang.
Di situ aku menangis lagi.
Zarul.. kenapa lagi ni?

0 ulasan: