Bab 47
O.R.K.I.D
(Ombak
rindu kita indah desirannya)
… tunggu
aku kembali
“
Sayang… bangun…”
Suara itu
sayup-sayup kedengaran di pendengaranku. Badanku digoyang perlahan agar aku
memberi tindak balas atas arahan itu. Lama aku berusaha membuka kelopak mata.
Sinar terang di ruangan itu memberiku tanda bahawa sudah masanya untukku
mencari dari mana arah suara itu dan siapa yang bersuara. Pantas sungguh
pandanganku tertumpu pada insan di hadapanku. Wajahnya begitu bimbang dan penuh
kerisauan.
“ Abang..”
suaraku terluah lantas kupeluk erat dia. Begitu kuat syukurku kepada TUHAN
bahawa sesedarnya aku saat itu, Dhani bukan seperti yang kulihat sebelumnya.
Sudah seperti biasa dan aku selesa dengan keadaan itu.
Belakangku
diusap-usap perlahan. Aku sayu dalam pelukan itu.
Hatiku
berbelah-bagi.
Kubalas
erat sama pelukan itu seakan-akan begitu kudamba berlindung di sebalik
kegagahan suamiku itu.
“There
is nothing happen, sayang..” pujuk Dhani lagi. Kali ini dia begitu berusaha
sekali mengembalikan ketenanganku. Aku memandangnya bersama harapan baru.
Berharap semuanya bukan seperti yang kulihat.
“Sayang, we
are home now. No longer di kampong…”
Aku
mengangguk. Tidak ingin kelihatan terlalu manja apabila bersama Dhani. Aku mahu
berusaha menjadi kuat bila berhadapan dengan keadaan ini.
“ Apa yang
terjadi sebenarnya?”
Dhani
sekadar menggaris senyuman. Dia bagai tidak berniat mahu menceritakan. Mungkin
dia bimbang akan responku. Dhani meminta Kak Shila dan ibu untuk berehat
setelah dikhabarkan Dhani yang mereka begitu setia menemaniku sepanjang aku
tidak sedarkan diri. Sejak dibawa pulang ke rumah semula, mereka masih
menemaniku hinggalah kini aku sudah sedar kembali. Mereka sempat berpesan agar
aku berhati-hati dan tabah berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Walaupun
kata-kata mereka mengusik ketenangan hatiku namun aku masih risau dengan sikap
Dhani.
Benarkah
dia sekadar ingin menjaga perasaanku agar tidak ketakutan lagi?
Kini, hanya
aku dan Dhani saja di bilik itu.
“ Sayang,
do you have something to talk or share?”
Aku sekadar
membalas pandangannya. Mulanya aku tidak mengerti dengan apa yang ingin dia
sampaikan namun lama kelamaan, mungkin ini masanya untuk aku berterus-terang.
Perihal aku
bertemu Fahrin di Paris.
Ya… ini
masanya untuk aku terangkan segala yang terjadi. Tidak selesa rasanya berahsia
walaupun setelah insiden itu, aku tidak lagi bertemu dengannya.
“Actually
abang. Pertamanya… Maafkan Sara..” ucapku perlahan sambil menggengam kedua
belah tangan suamiku itu. Aku merenung jauh ke dalam matanya, berharap agar dia
tetap rasai kehangatan kasihku dan juga keinginanku untuk selalu mencintai dia.
Dhani hanya
menunggu aku meneruskan kata. Tiada sebarang riak namun aku tahu dia begitu
ingin tahu.
“ Fahrin
pernah temui Sara di Paris..”
Dhani hanya
diam. Perlahan-lahan dia melepaskan genggaman tanganku. Dia sengaja membuang
pandangan. Aku tahu, dia terasa. Sekeping hatiku terguris sama dengan
tingkahnya. Aku tahu, dia berhak rasainya. Tapi, aku juga perlu diberi peluang
bercerita.
“Tapi abang
perlu percaya pada Sara. Dengar dulu semuanya. Please….” pintaku seraya
menarik kembali tangan kanannya dan kugenggam erat.
Sungguh,
tiada niatku membuatnya begitu.
“ Apapun
yang abang fikir tentang Sara selepas ini, Sara akan terima.. Sara akan cuba
faham..”
Dhani
kembali memandangku.
“Ceritalah.
Abang bersedia mendengar…”
Aku
menghela nafas panjang sebelum kembali membawa ingatan lampau lama untuk
dikongsikan kepada suamiku itu. Bermula dari kisah aku bertemu Fahrin tanpa
sengaja hinggalah berlakunya peristiwa yang hampir meragut nyawaku dan anak
kukandung.
“Sayang,
walau hendak lari dari kenyataan sekalipun tolonglah jangan bahayakan diri.
Abang tak boleh hidup tanpa Sara..” pintas Dhani sebelum aku meneruskan cerita.
Luahan rasanya begitu tajam menikam hatiku. Begitu kuat rasanya buatku. Kucupan
hangat di dahiku itu menyerap sejuta rasa cinta.
“ Sara
tahu…” balasku.
Kini,
kukembali sayu.
“ Sara sudah
cuba sedayanya lari dari masa silam Sara. Sara cuba buang dia dari hidup Sara.
Sara hanya mahu abang. Bukan dia. Bahagia Sara apabila ada abang, bukan dia…”
sambungku lagi mendatar.
Kali ini,
aku menangis.
Aku memeluk
lengannya dan melepas tangis di situ.
Aku tahu.
Sudah
masanya aku luahkan apa yang selama ini dipendam. Aku terasa seksa menanggung
segalanya sendiri.
“ Dia
mainkan hati Sara. Dia hancurkan masa depan Sara dan juga kebahagiaan Sara. Dia
tidak tahu bagaimana Sara cuba buang segalanya. Dia tidak tahu bagaimana
susahnya Sara mencuba untuk sayangi orang lain selain dia. Dia tidak tahu
bagaimana sengsaranya Sara…”
Dhani diam.
“Terlalu
dalam dia lukai hati Sara. Sara sudah cuba untuk tidak menyimpan dendam. Tapi,
kalau dia terusan memburu dan menggangu kebahagiaan Sara, Sara tak boleh haling
lagi perasaan ini untuk membenci dia…”
Dhani
menarik aku ke dalam pelukannya. Kali ini lebih erat.
“Abang tahu
bagaimana susahnya Sara mulakan kehidupan dengan abang. Segalanya abang rasakan
sama. Tapi sayang, berdendam tak akan selesaikan semuanya…”
“Abang tahu
tak, hati Sara ni sakit. Dia malukan Sara. Dia hancurkan hati Sara. Dia buat
Sara bodoh mengemis cintanya!” sambungku lagi. Tanpa sedar, nada suaraku
meninggi. Begitu dalam benci dan dendamku kepada bekas tunanganku itu.
“Tapi
sayang, TUHAN temukan dulu dengan seseorang yang salah sebelum temukan dengan
seseorang yang betul agar kita lebih tahu menghargai cinta dan menilai
ketulusan hati…”
Aku mengesat
airmata. Kata-kata itu menyejukkan hatiku. Namun aku tidak berniat menjawabnya.
Dia
menyentuh wajahku dan memintaku memandangnya.
“ Sayang..
abang izinkan kalau Sara berniat hendak jernihkan segalanya…”
Aku
mengetap bibir.
Dhani
berniat apa?
Agaknya,
dia mahu kami berpisah?
“
Betulkanlah fikiran negative sayang tu dulu..” balas Dhani dalam nada mengusik.
Aku
mengerut dahi.
“ Abang tak
maksud apa-apa yang tidak baik dalam hubungan kita…”
Aku
tersengih manja.
“ Abang
mahu Sara kosong-kosong dengan admire Sara tu..” sambungnya lagi namun
nadanya bagai berbaur cemburu.
Aku
menyimpan senyum.
“Haa… ni
kenapa senyum ni?” soal Dhani.
Aku
mengangkat bahu namun sempat menjelingnya.
“ Memang
abang cemburu tapi tidak bermaksud tidak ada toleransi dengan Sara. Abang cuma
harap, Sara dan dia sudah tiada dendam. Tak guna semua tu sayang…” tambah
Dhani. Kali ini, bagai memberi nasihat.
Aku
menghela nafas berat. Mula memikirkan sesuatu. Bukan aku tidak pernah mencuba
berdamai dengan Fahrin tapi kesudahannya, dia mahu aku kembali bersama. Dia
bagai memaksa kembali hatiku untuk memilih dia. Aku takut hatiku berubah. Aku
takut cinta masih ada untuknya. Aku takut kenangan akan menghasut aku kembali
padanya. Aku takut dengan pelbagai kemungkinan. Terkenang saja saat di
jemarinya masih tersarung cincin pertunangan aku dan dia dulu membuat aku
bertambah takut. Aku tidak mahu kembali kepada dia yang merosak segalanya.
Kalau dia benar-benar mahu aku kembali, pasti dia akan berusaha untuk aku mengenang
kenangan antara aku dan dia. Aku tahu bagaimana dia bersungguh apabila
berkehendak akan sesuatu. Hilangnya Fahrin bukan kerana berputus asa tapi
sedang merancang sesuatu yang lebih baik. Aku tahu Fahrin bukan jenis yang suka
gunakan kekerasan untuk lakukan sesuatu yang menyentuh hatiku.
Aku sungguh
begitu tahu.
Kalau Dhani
tahu Fahrin nekad begitu, mahukah dia menyuruh aku berdamai dengan Fahrin?
Untuk
seketika, aku memandang Dhani.
Dia hanya
tersenyum sebelum mengangguk. Perlahan-lahan aku menarik tanganku yang ada
dalam genggamannya. Sungguh aku berbelah bagi hatiku jadinya ketika itu untuk
tunaikan kemahuan Dhani agar aku bertemu Fahrin dan berdamai. Semua itu bukan
semudah yang Dhani fikirkan.
Sungguh,
bukan!
Sejujurnya,
aku benar-benar keberatan. Namun, mata yang penuh dengan pengharapan itu
membuat aku serba-salah.
Aku
mengeluh.
Abang belum kenal Fahrin.
0 ulasan:
Catat Ulasan