BAB 13
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”
Seketika jam tangan kukilas. Pukul 11.30 pagi sudah. Alhamdulilah, syukur sudah selamat mendarat dan hanya menunggu untuk dijemput. Barang pula agak banyak, melebihi hari sebelum berangkat kerana di akhir pertemuan semalam, Dzul banyak memberiku barang. Katanya, dari opah dan juga dari dia. Sebenarnya, ada satu luggage berwarna jingga diberinya kepadaku dan di dalam itulah barang-barang buatku diberinya. Dia sempat berpesan tidak berkesempatan untuk menemaniku kerana dia perlu segera terbang ke Dubai pulak untuk urusan kerja yang lain. Dia dihantar berkursus di sana selama sebulan untuk memantau perkembangan kurikulum dan pencapaian anak tempatan yang menimba ilmu di sana. Aku lebih senang berdiam tanpa mengulas apa-apa. Aku hanya mahu mendengar dan ingin melihat kesungguhannya.
“ Asalammualaikum cik… nak tumpang balik tak?” soal seseorang di sebelahku ketika aku duduk sendiri menanti abah di bangku kecil berhampiran kaunter minuman di lapangan terbang itu. Segera aku menoleh ke sisi. Pantas aku memukul manja lengannya.
“ Kau buat apa ni?” soalku kepada Azmi yang sudah mengkekek ketawa di sebelahku. Aku sedikit teruja dengan kehadirannya yang tidak kuduga sama sekakli bertemu dengannya waktu itu. Dia melabuhkan punggung di sebelah dan duduk sedikit renggang dariku.
“ Nak jemput girlfriend..”
Aku tersentak.
“ Tak update pun ada teman..” balasku sedikit terasa dengan kenyataan pagi itu.
“ Dah kau tak tanya..”
Aku menarik muka.
“Dia ke Sabah berkursus.. hari ni balik.. so, aku jemputlah..”
“Tapi, hari ni kan hari bekerja. Kau ponteng eh?”
Dia menggeleng.
“ Aku ambil cuti khas buat dia hari ni. Lama tak jumpa, rasa nak bermanja habis-habisan dengan dia..”
Aku tergelak kecil.
“ Kesianlah dia..”
“ Malas aku nak ambil peduli. Dia di Sabah tu entah ingatkan aku atau tak.. entah dia ada shopping untuk aku atau tidak.. atau dia saja syok sendiri nikmati udara bersih di sana..” tambah Azmi yang membuatkan aku semakin terasa lain di hati. Salah satunya, bagai menyindir aku. Tapi rasanya,aku memang peduli dia. Kalau dia tanya barang apa yang aku beli buatnya, juga ada. Cuma, aku belum mahu memberinya sekarang lantaran aku malas hendak membuka barang yang banyak ini di sini.
“Dia tahan lasak. Cantik dan bersahaja..”
Aku menelan liur. Begitu bersungguh Azmi memuji girlfriendnya itu, seakan tidak memikirkan perasaanku. Tapi, kenapa jugak aku perlu terasakan?
“ Kau tunggu siapa?”
“Abah.. belum datang jemput..” jawabku perlahan. Aku membuang pandangan saat aku tahu, Azmi perasan perubahan air wajahku dengan tiba-tiba. Aku berpura-pura mencari telefon bimbitku. Aku memeriksanya dan ada mesej dari abah.
‘ Abah minta tolong Azmi tu. Mama dan Soleha juga ambil sama.. mereka guna Evalia sebab abah memang agak Lisa bawa barang yang banyak..’
Habis membaca pesanan itu aku terus mencubit Azmi.
“Apa?” soalnya sambil menggosok lengannya yang menjadi mangsa cubitanku.
“ Kau tipu aku, kan!” ucapku dengan geram yang sesungguhnya. Berani lagi dia berbual dengan aku sebelum dia berterus-terang dengan tujuannya di lapangan terbang itu. Anehnya, dia ketawa. Aku berpeluk tubuh. Melayan rasa rajuk.
“ Okaylah sayang. So sorry…” pintanya bersungguh namun dalam sisa tawanya yang masih kedengaran.
Aku menjeling.
“ Kau tak baca mesej abah kau?” tanyanya lagi.
“ Baru perasan nak baca ni..”
“ Jomlah, aku tolong bawa barang-barang mak datin yang banyak nii..” tambah Azmi dan mula menyusun barang-barangku di atas troli bagasi. Dalam kami sibuk menyusun itu, mama dan Soleha pula yang datang.
“ Lamanya Lisa..” mama membuka bicara. Ungkapan mama kubiarkan sepi tapi aku meluru pantas memeluknya kerana rindu yang terlalu. Lepas mama, aku merangkul Soleha.
“ Kami tak sabar tunggu.. sebab tu datang sini..” tambah Soleha lagi. Aku menjelaskan yang aku sedang menunggu barang dan memeriksanya. Bimbang ada yang tertinggal sedang sebenarnya aku sempat berbual kosong dengan Azmi yang rupanya dipesan abah untuk menjemputku itu.
Dia hanya tersengih nakal saat dia perasan aku memandangnya. Troli ditolak dan aku beriringan dengan mama dan Soleha. Aku merangkul tangan kanan mama dengan tangan kiriku dan tangan kananku merangkul tangan kiri Soleha. Kami melangkah mesra bertiga saat itu.
Asalnya, aku hairan juga kenapa abah pesan Azmi yang menjemputku. Tambahan lagi, Azmi belum rapat benar dengan keluargaku. Bertambah hairan lagi bagaimana mereka boleh ada nombor telefon Azmi. Ada dua kemungkinan di sini. Sama ada Azmi pernah menelefon dalam waktu terdekat ini dan nombornya terakam di Caller Id kami atau Najihah yang memberi kepada Soleha. Sesekali aku menoleh Azmi di belakang dan dia tersenyum.
Girlfriend yang dia maksudkan itu, akukah?
Aku membalas senyumannya.
Terdetik juga rasa kasihan apabila melihat dia sendirian di belakang namun dia memberikan isyarat kepadaku untuk terus memandang ke hadapan dan dia memberiku tanda dia baik-baik saja. Tidak lama kami sampai ke tempat letak kereta dan menghampiri kereta keluarga jenama Evalia itu. Azmi menemaniku memunggah barang di troli itu sedang mama dan Soleha sudah masuk ke dalam kereta. Usai semuanya, aku dan Azmi bersama masuk ke dalam kereta. Dia duduk di sebelah pemandu. Katanya, dia yang akan memandu.
Aku memilih untuk duduk di sebelahnya. Pastilah kekok kalau membiarkan dia macam pemandu peribadi pulak walaupun aku tahu dia bukan jenis yang kisah dengan apapun. Tapi, manusiakan berubah-rubah. Siapa tahu di dalam hati dia memendam rasa. Dia mula menggerak kereta dengan pemanduan yang sempurna. Aku memandangnya di sebelah.
“ Sorry beh.. macam menyusahkan kau pulak..” bisikku dekat sebelum aku menoleh mama dan Soleha yang juga memandang ke arahku.
“ Apa ma?” soalku dengan muka manja.
Mama tersenyum sinis.
“ Mama tak kata apa pun..” usik mama. Aku menjeling mereka berdua yang sudah tertawa bahagia di belakang. Suasana sebegitu menghadirkan rasa lain kepadaku. Mama dan Soleha lebih banyak berceloteh fi di belakang dan hanya sesekali Azmi menyampuk dengan cerita mereka itu. aku sekadar tersenyum saja mendengar dan kadang tertawa kecil. Mereka memang banyak cerita sejak aku tiada dan yang lebih membuatkan aku tertanya, sudah sejauhmana rapatnya Azmi dengan keluargaku?
Sampai di rumah, aku terus menemani Azmi memunggah barang-barang milikku dan disambut pula oleh Susi, pembantu rumah kami.
“ Azmi, jemput makan tengahari sekali di sini..” jemput mama dalam pesanan sebelum dia menghilang bersama dengan Soleha masuk ke dalam rumah.
Aku yang mendengar tersentak. Aku bertentangan mata dengan Azmi. Dia hanya mengangkat bahu. Kadang dia bagai menanti responku juga. Mungkin kerana berterima kasih dengan bantuannya, aku mengangguk dan tersenyum jua.
“Jomlah.. kalau tak keberatan atau tak ada urusan..” tambahku lagi dan mengajaknya untuk berjalan beriringan bersamaku melangkah ke dalam rumah. Aku memintanya masuk ke ruangan rehat berhampiran bilik tetamu.
“ Mainlah dulu video games di sini. Everything here is yours too.Aku nak naik ke atas dan tukar pakaian..”khabarku sebelum berlalu meninggalkan dia di situ. Aku berharap, dia boleh bawa diri dan selesakan diri dengan keluargaku ini agar dia lebih senang dan tidak terasa segan apatah lagi kekok. Lagipun ruangan itu memang bilik khas untuk tetamuku kerana abah memang menyediakan untuk aku dan Soleha demi memudahkan kami berdua mengajak rakan sama ada untuk belajar atau lepak dan sebagainya demi keselesaan tetamu.
Aku menapak anak tangga dengan sedikit pantas kerana aku tidak mahu bila aku turun nanti, abah datang pula. Pastilah nanti abah akan salah faham nanti dengan beranggapan kami tidak mengutamakan tetamu. Abah selalu berpesan siapa tahu tetamu yang datang bawa kemuliaan dan juga bawa rezeki. Lagipun, ini juga peluang beribadat lebih kata abah. Beberapa minit kemudian, aku yang sudah lengkap dengan pakaian sopan mula menuruni anak tangga. Tawa Azmi, Soleha dan mama kedengaran riang. Sesekali juga aku ada terdengar suara abah menyampuk cerita.
Aku terhenti langkah. Bukan kerana abah sudah datang tapi kerana aku tidak tahu dengan topik apakah yang sudah mereka bualkan sehingga mereka boleh tergelak sakan tanpaku. Lantaran malas ikut sama mereka begitu, aku melangkah ke dapur. Aku menemani Susi yang sudah mula menyediakan makan tengahari. Aku membawa makanan yang tersedia menuju ke bilik makan. Beberapa kali berulak-alik barulah siap semuanya. Banyak benar menu yang sudah tersedia dan pastilah mama sudah berpagi-pagi berperang di dapur menyediakan semua ini.
Ini kerana aku balik atau Azmi ada sama ni?
Aku tertanya-tanya sendiri.
“ Susi, sediakan minum sejuk Lisa ya..”
Susi mengangguk.
“ dua ya? Sama temannya sekali?” tambah Susi.
“boleh jugak..”balasku sebelum berlalu menuju ke ruangan tetamu itu. Aku tersentuh melihat kemesraan mereka yang saling bergelak ketawa dengan entah apa agaknya menjadi bualan utama mereka. Mereka tidak sedar aku yang sudah berdiri di ambang pintu luncur itu. sesekali gurauan mereka membuatkan aku tersenyum kecil sama. Tidak sangka juga Azmi memang pandai membawa diri di antara kelompok keluarga kecilku itu. tawanya mengusik jauh ke dasar hatiku. Menerbitkan kenangan yang sudah ingin aku lupakan.
Kalaulah ‘itu’ tidak terjadi, mungkin ‘dia’ juga akan sama seperti Azmi. Membawa bahagia untukku dan mesra untuk keluarga kecilku. Aku berpaling dari situ dan bersandar di balik dinding itu. Aku memejam mata, menahan rasa sayu yang terbit lagi di hati kecil ini.
Mengapakah kenangan lama itu sekali lagi, mencalar sekeping hati ini?
Azmi perasan ‘Eisy yang sedari tadi memandang mereka. Azmi beralasan untuk meminta diri keluar sekejap. Dia hanya mahu mendekati ‘Eisy yang dilihatnya sudah berubah keruh airmukanya dengan tiba-tiba di ambang pintu tadi. ‘Eisy bersandar sepi di balik dinding itu.
Azmi menghela nafas berat. Dia meraih jemari ‘Eisy dan menggenggamnya erat. Dia mahu ‘Eisy rasakan kehadirannya dalam apapun jua rasa berbaur yang hadir di hatinya.
Aku membuka mata. Azmi mengesat hujung mataku yang sudah mengeluarkan sedikit airmata. Aku memandang Azmi tanpa kata. Dia menggeleng perlahan membawa maksud untuk aku jangan bersedih lagi.
Aku menggigit bibir, menahan rasa itu. Pandangannya memujukku dengan bersungguh. Aku mengangguk dan berusaha untuk mengukir senyum.
Dia mengisyaratkan bagus sambil dia memegang dadanya yang konon dia terpesona dengan responku itu. pantas aku memukul lengannya dan dia tertawa. Tingkah mesra kami tertangkap oleh mama yang tiba-tiba saja keluar dari bilik itu. Serentak aku dan Azmi berlagak seperti tiada apa-apa. Namun, senyuman mama mengusikku.
“ Jomlah makan…” ajak mama tapi berlainan nadanya.
Nada apa lagi, kalau bukan sengaja mengusikku!
Aku dan Azmi berpandangan.
Abah dan Soleha keluar sama tapi mereka seperti biasa-biasa saja. Mungkin hanya mama yang perasan kami berdua di situ. Aku beriringan dengan Azmi menuju ke meja makan. Senyuman mama masih seperti tadi membuatkan aku rasa tidak berpuas hati. Pantas aku mendekati mama dan berbisik.
“ Kenapa ma?” bisikku.
Mama sekadar tertawa kecil.
“ Makanlah.. jemput semua..” balas mama tapi tidak menjawab tanyaku. Aku duduk di sebelah Soleha sedang Azmi duduk berhadapan denganku. Aku jadi tidak selesa pula bila Azmi di depanku. Nanti aku juga yang segan. Aku menoleh Soleha dan dia kemudian berdiri.
“ Sorry..” pintaku seraya memegang tangan Soleha dan dia sekadar ketawa kecil.
“ Abang duduk sanalah..” pinta Soleha dan dia bersama Azmi bertukar tempat.
Aku hanya diam dan tidak menambah apa-apa. Abah mula membaca doa makan dan kami mengaminkan. Masing-masing diam dan sepi menikmati makan tengahari itu seolah-olah hanya ada juadah saja.
Hanya aku yang bercampur baur rasa.
0 ulasan:
Catat Ulasan