BAB 11
SETIA PADA DIA
“ Suatu saat nanti akan kaurasai sepi rinduku ini….”
Sekilas aku memandang jam di atas meja
solek. Sudah menunjukkan ke pukul 1 pagi. Di bilik hotel itu aku termangu sepi.
Fikiranku menerawang jauh sehingga membuatkan aku tidak dapat tidur sedangkan
esok masih ada aktiviti lagi sebelum semuanya berakhir dan kembali pulang
meneruskan kerja-kerja biasa di pejabat.
Sejak
pulang dari keluar bersama dengan Dzul, aku jadi begini. Seperti kebingungan
sendiri dengan apa yang aku alami. Segalanya begitu pantas dan segalanya susah
untuk aku fahami sendiri. Dzul itu terlalu berterus-terang. Walaupun dia
sekadar berniat mahu berkawan denganku cuma aku merasakan ada yang lain. Bukan
sesuatu yang tidak baik seperti yang aku sangkakan selalu, hanyalah sekadar
sesuatu yang aku tidak dapat jelaskan apa dan bagaimana.
Aku mengiring ke kanan. Aku sempat menghela
nafas berat. Aku mencapai telefon bimbit yang ada di sisi bantal tidurku.
Jemariku meluncur bebas menekan-nekan aplikasi yang ada. Serta-merta aku
terkenangkan Azmi. Dengan segera, aku mencari namanya di senarai contactku dan
mula menghantar pesanan.
‘ beh.. dah tidur?’
Aku menanti dengan harapan Azmi akan
memberi respon dengan pesanan yang kukirim itu. Lama aku menunggu status
Whatsappnya berubah online sehingga akhirnya aku berputus asa.
Hampa!
Aku meletakkan semula telefon bimbit di
sisi. Aku beralih mengiring ke kiri. Fikiranku masih memikirkan Dzul.
Memikirkan kenapa dia begitu nekad? Mengapa dia tiba-tiba memilih aku?
Spontan
aku tersenyum kecil saat terkenang kisah semalam di awal perkenalan. Sikap
selambanya mengusik itu sedikit sebanyak terakam sebagai kenangan mengusik
jiwa. Begitu berani dia begitu di hadapan rakan-rakan sekerja. Yang hairannya,
pada ketika aku dan dia sendiri, dia hanya diam. Renungan matanya, jadi misteri
padaku. Dia seolah ingin berkata tapi bagai mengharap aku mengerti maksudnya
walau dia tidak bersuara. Aku tidak mahu membuat kesimpulan sendiri. Kalaulah
yang aku fahami itu tersilap, yang malu sendiri itu adalah aku.
Dzul..
Nama itu terlafaz di hatiku. Kenapalah kau
buat malamku ini begini. Aku yang tertanya-tanya dan aku yang tidak mampu
menyatakan apa-apa.
Click!
Telefon bimbitku berbunyi di sisi. Pantas
aku mencapainya dan aku perasan ada pesanan yang masuk dari Aplikasi Whatsapp.
Pantas aku membuka.
‘ dah tapi ni terbangun. Knp?’, balas Azmi.
Aku tersengih.
‘
Sorry.. ganggu..’
‘Tak
apapun..’
‘erm.. beh, apa kbr?’
Aku sendiri tidak sangka soalan bertanya
khabar pulak yang kutanya.
‘Baik..’
Jawapan orang terbangun dari tidurlah
agaknya begini, simple dan bersahaja.
‘ mungkin terbangun ni sbb ada org kng..’
Aku tersenyum kecil. Tak sah kalau dia
tidak menambah-nambah isu-isu yang menyebabkan kami berdebat kecil. Cuma saat
itu, moodku hanya mahu dia di sisi.
‘ Tak nak call I?’, tambahku dalam pesanan sekadar mahu mengusiknya. Namun tidak sangka,
dia benar-benar menghubungiku. Sengaja aku berlengah menjawab sebelum aku mula
memberikan salam kepadanya.
“ Kenapa? Tak boleh tidur?” tanyanya
tenang. Bagai terbawa-bawa aku ke satu suasana yang dulu aku rindu. Terasa
dihargai. Rasa yang pernah aku alami dari ‘dia’ yang menghancurkan sebahagian
dari jiwa ragaku.
Aku sekadar menggumam. Suara Azmi lain
dipendengaranku.
“ ‘Eisy, janganlah. Suara tu…”
Aku tergelak kecil. Aku tahu Azmi tidak
selesa begitu kerana baginya suara begitu bagai ingin menggoda hatinya, katanya
suatu ketika dulu.
“ Aku tak tahu lah nak kata apa. Sebab tu
ter begitu..” jawabku, perlahan. Entah, menggamit suasana nyaman bila berbicara
dengan Azmi saat itu. aku memilih untuk bangun dan turun dari katil. Aku
bersandar di balik birai katil dengan telefon yang masih berdakap kemas di
telinga kanan.
Hela nafasnya menggangguku.
Aku memejam mata.
Ya ALLAH. Mengapakah hadir lagi rasa yang
kurindui itu?
Azmi perasan ‘Eisy lebih banyak diam dari
bercerita dengannya. Mungkin saat itu ‘Eisy terganggu emosinya. Cuma bagi Azmi,
suasana itu juga mengganggu ketenangannya. ‘Eisy makin lama makin membuatkan
dia ingin selalu dekat dengannya.
“ ‘Eisy, kenapa ni?” tanya Azmi.
Aku diam.
“ Kalau dah mengantuk, tidurlah. Sudah
lewat ni..” tambah Azmi lagi. Anehnya, aku masih tidak mahu mengulas apa-apa.
“esok tak ada aktiviti?”
Aku sekadar menggumam.
“ ‘Eisy..”
“ sengaja aku nak kau call aku.. boleh tak biar kita
begini?” pintaku akhirnya setelah Azmi sudah berubah nada suara. Aku tidak
ingin dia mendesak, hanya aku mahukan dia di sisi dan bersamaku.
Aku hanya mahukan itu meskipun tidak perlu
dia bersuara. Aku sekadar mahukan kehadirannya walaupun dia tidak berbicara.
“Rindulah tu kan…”
Aku menggigit bibir.
Aku memang rasai rindu, namun rindu itu
bukan untuk dia. Rindu itu datang lagi untuk ‘dia’.
“ Boleh tak beh, kita begini… biar sepi
tapi aku tahu kau ada..”balasku, berbisik perlahan.
Azmi menggumam. Dia bangun dari terus
berbaring dan bersandar. Dia mahu ‘Eisy rasakan kehadirannya di situ. ‘Eisy
lain benar malam ini. Mungkin dia rasakan rindu kerana berjauhan atau ‘Eisy
memang mahukan dia menemaninya. Berulang kali dia nasihatkan ‘Eisy untuk
lepaskan sesuatu yang bukan lagi miliknya. Seharusnya dia percaya, sesuatu yang
hilang dari genggaman bermaksud itu belum tentu yang terbaik buatnya. Terlalu sakit untuk terus menunggu sesuatu yang tidak lagi menjadi pasti.
Mengapa ‘Eisy terus membiarkan dirinya
diseksa kenangan lalu?
Namun dia tidak mahu mendesak‘Eisy malam
ini. Mungkin benar ‘Eisy mahukan dia sekadar menemaninya diam-diam saja.
Mungkin ‘Eisy benar hanya mahukan begitu.
Azmi menghela nafas berat. Dia memejam
mata. Hatinya berbisik sendiri,
‘semoga
TUHAN legakan hati wanitaku ini, biar resahnya berlalu bersama kegelapan malam
yang suram.. biar hatinya tenang esok dan dia kembali senyum seperti dulu lagi…’
Azmi berdoa sendiri.
Hanya untuk‘Eisy.
2 ulasan:
Bila mahu sambung novel o.r.k.i. d...Dh lama tgggu smbungannya...citer ni pn best
moga Eisy & Azmi bersama walau mereka tau mereka saling memerlukan...
Catat Ulasan