BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 24 Ogos 2011

Bab 27- Sayang sudahlah..


Bab 27
Sayang sudahlah
Jangan ada airmata lagi…

            Rumah besar hadiah suamiku itu sudah tidak riuh lagi seperti di awalnya. Dhani syahdi dan Dhani Syahri sudah hanyut dibuai mimpi di bilik mereka berdua. Walaupun usia anak kami itu baru mencapai 2 tahun namun mereka sudah bijak mendengar kata dan tidak banyak karenah. Cuma kadang-kadang aku pening saja dengan nakal mereka yang tidak sudah-sudah itu angkara Zarul yang suka mengajar mereka berdua mengusikku.
            Aku menutup perlahan pintu bilik itu dan berniat mahu menuruni anak tangga untuk mencari kelibat suamiku yang menghilang dari pandanganku tadi. Itu pun sebab Zarul memutuskan agar aku yang menidurkan anak-anak kerana adunya pening dan kurang sihat. Aku takut benar kalau mendengar dia mengadu begitu. Sejak akhir-akhir ini selalu saja Zarul mengadu kurang sihat. Kalau disuruh pergi berjumpa doktor, dikatanya aku membebel pula. Padahal, aku hanya ingin dia sihat seperti sediakala.
            Tiada siapa yang senang melihat dia kurang sihat terutama sekali, aku. Aku mahu dia bahagia hidup bersamaku, seperti apa yang dia dan diriku harapkan. Aku meneliti dari satu ruang ke ruang yang lain tapi suamiku tidak kenampakan. Pantas saja aku terpandang pintu utama berbuka makanya aku membuat kesimpulan Zarul masih lagi berada di luar setelah menghantar Syahmi tadi.
            Aku menjenguk dan sangkaanku tepat.
            Suamiku itu duduk sendiri di buaian yang dibelinya khas untuk anak-anak kami.
            Aku menghela nafas seraya menggeleng-geleng kepala perlahan. Aku menyarung selipar di kaki dan berniat menghampirinya. Aku ingin selami hatinya, mengapa dia membisu di balik malam yang sudah semakin kelam dan dingin.
            Aku melabuhkan punggung di sisinya. Barulah suamiku menoleh pandangannya kepadaku setelah agak lama dia menunduk sambil memegang kepalanya.
            Senyumannya itu menggaris rasa cinta di hatiku.
            “ Anak-anak kita dah tidur?” tanyanya perlahan.
            Aku sekadar mengangguk.
            Lalu aku dan Zarul diam. Aku tidak suka hanyut dalam suasana itu. Keadaan itu hanya akan membuatkan aku jauh dari dekat dengannya. Aku memaut lengannya dan memeluknya erat. Aku sengaja melentokkan kepalaku di bahunya.
            Tawa kecilnya kedengaran indah di pendengaranku.
            “ Kenapa sayang ni?” Soal Zarul sambil mengusap-usap kepalaku dengan perlahan.
            Aku tidak segera menjawab malahan aku suka dibelainya begitu. Aku semakin rasa disayangi dan bahagia dalam dakapan kasihnya.
            “ Hani sayang abang…” luahku sambil memeluknya lebih erat lagi.
            “ Abang tahu..”
            Aku tidak membalas.
            “ Hani…”
            Aku menggumam.
            “ Abang rasa kurang sihat..”
            Mendengar luahannya itu aku pantas memandang tepat ke wajahnya. Bimbang benarku bila dia mengadu begitu. Aku meletakkan tanganku ke dahinya tapi aneh, tidak panas.
            “ Abang sakit apa?” tanyaku bimbang.
            “ Sakit..” balasnya bersahaja tapi dalam senyuman nakalnya.
            Aku geram pulak jadinya dengan jawapannya yang bersahaja itu.
            “ Cepatlah..” desakku lagi agar dia berterus-terang dan tidak membuat aku tertanya-tanya, terseksa begini memikirkannya.
            Tawa nakalnya pula yang kedengaran.
            “ Dah tengah malam ni, abang..” tegurku sambil mencubit lengannya agar mematikan tawanya itu.
            Zarul mengaduh sakit tapi aku senang mendengarnya. Tanganku yang mencubitnya itu diraihnya dan digenggamnya erat.
            “ Kenapa Hani tolak abang dulu?”
            Aku terdiam mendengar pertanyaan itu.
Kenapa lagi perlu diungkit cerita lama sedangkan kini kami sudah bahagia?
            “ Hani belum sedia..”
            Keningnya terangkat.
            “ Dengan Syafiq sedia pulak..” perlinya selamba.
            Aku menghela nafas.
            “ Dia dah tak ada bang.. Janganlah ungkit..” balasku perlahan seperti terasa hati pula jadinya. Aku sengaja menarik tanganku dari genggamannya dan lebih senang mematungkan diri di sebelahnya.
            “ Hani sayang abang sama dengan bila abang sedar abang sayang Hani..” luahku akhirnya tapi masih dengan rajuk.
            “ Hani terpaksa sebab Hani takut orang akan mempersoalkan hubungan kita sekiranya benar-benar terjalin…” sambungku lagi sambil memandang tepat ke wajah Zarul, suamiku itu.
            “ Sekarang tak kisah?” soalnya dalam nada mengusik.
            Aku menggeleng.
            “ Kalau boleh, Hani nak beritahu semua orang Hani sayang abang saja…”
            Zarul ketawa.
            “ Buatlah..” cabarnya dalam tawa yang bersisa.
            Aku menarik muka.
            “ Tak naklah..”
            “ Aik.. kenapa?”
            “ Malas…” jawabku bersahaja lantas aku terdiam bila bibirnya singgah ke bibirku pula. Tersedar dengan tingkahnya yang suka membuat begitu secara curi-curi, aku terus menolak dadanya.
            “ Cukuplah TUHAN tahu Hani sayang abang.. boleh begitu?” soalku perlahan, memujuk hatinya yang selalu ragu seolah-olah aku ini tidak menyayanginya sedangkan perasaan itu mekar dan membara di hatiku.
            Zarul mengangguk.
            “ Tapi, lagi best kalau abang dapat extra permata hati..”
            Aku termangu memahami maksudnya hinggalah senyuman dan renungan nakalnya itu memberiku jawapan pasti. Saat tersedar aku dipermainkannya sekali lagi, maka aku terus saja mencubit pipinya yang selalu disinggahi bibirku.
            Dia mengaduh sakit.
            “ Tak salahkan abang minta?” soalnya terlalu berterus-terang.
            “ Memanglah tak salah..” balasku sambil menjelingnya.
            “ Dah tu?”
            “ Abangkan tak sihat…” balasku sambil mula berdiri untuk melarikan diri darinya secara perlahan.
            “ Eh, abang sihat..” balas Zarul pula.
            Aku ketawa manja yang sudah menjauh darinya. Aku sengaja melayangkan ciumanku kepadanya untuk mengusik dirinya, ingin setahu sejauh mana dia ingin menunaikan ‘keinginan’nya itu.
            Zarul pantas berdiri dari buaian itu.
            “ Hani jangan cabar abang, okey..” ugut suamiku itu tapi aku hanya mencebik. Aku senang melangkah selangkah demi selangkah berundur untuk melihat tingkahnya yang masih jauh di belakangku.
            Tawaku kian bertambah bila dia melihat kerut di wajah Zarul. Walaupun dia berusaha jua untuk mendekatiku tapi aku sengaja jua mengujinya lagi hingga tanpa kusedar aku terjerat di balik dinding sebelum masuk ke pintu utama rumah kami.
            Alamak..
            Aku menelan liur.
Kupandang Zarul mempercepatkan langkah dan aku pantas jua cuba mengelak darinya. Mungkin ini peluangnya tapi aku tidak mahu begitu senang dia mendapatkanku. Aku masih sempat lari, menguji kesungguhannya untuk mendapatkanku.
Tapi entah, dimana silapku.
            Aku terjerit kecil bilamana dia berjaya merangkul pinggangku. Tawa bahagianya kedengaran tapi aku tidak meronta minta dilepaskan.
            Well.. my dear.. berapa jauh lagi sayang nak pergi?” bisiknya perlahan sambil menarik aku masuk ke rumah dan mengunci pintu itu dengan rapat.

1 ulasan:

twins berkata...

hee hani mgandung kot.....zarul yg kne alahan ..btl x? plz wrtr nk sgt hani mgndg dan zarul yg kne alhan truk..hee hope hani x sdr yg dia mgndg mla2