Bab 30
O.R.K.I.D
(Ombak rindu kita indah desirannya)
… tunggu aku kembali
Hatiku
merasa semakin bimbang dan gundah. Tidakku pasti sama ada aku salah menafsir
apa kurasa atau tidak. Bukan kerana aku melakukan kesalahan tapi kerana aku
bimbang aku akan terus melayan rasa terkilan di hati kerana sikap Dhani yang
masih enggan terus memujukku. Sayangnya, aku rasakan impianku untuk menetap
sementara bersama dia yang kucinta di bumi Perancis ini sia-sia belaka. Tidak
seindah yang kuimpikan. Tidak seperti mimpi-mimpi yang selalu aku bayangkan.
Aku
mengeluh berat.
Dengan
langkah kaki, aku menuju ke jendela.
Malam sudah
melabuhkan tirai. Menghantar mentari pulang ke tempat beradunya.
Rupanya,
sudah lama aku mengurungkan diriku di bilik ini. Manik-manik kaca jernih,
titisan sang gerimis bertebaran di daun jendela. Retak hatiku melihat awan
menangis sama. Jauh benar aku melontar pandangan bersama perasaan yang berbaur.
Ya
Allah… sakitnya seluruh hatiku.
Aku
lelah berlaga bersama takdir.
Sejujurnya, aku tiada berdaya lagi
jika benar aku ingin diuji dengan kehadiran Fahrin di sini. Sayangnya, aku
takut tidak mampu menjaga hati suamiku sendiri sekiranya Dhani terus-terusan
mendesakku dengan pelbagai curiga. Aku tidak menyalahkannya kalau dia merasakan
begitu tapi aku lelah untuk terus mempertahankan isi hati seandainya dia masih
ragu pada ketulusan hatiku ini.
Aku
meraup wajah.
Kuat benar hadirnya sayu di hatiku.
Neon yang terpancar di balik menara Eiffel itu menjadi saksi kesedihanku.
Perlahan-lahan, jatuh lagi airmata tanpa kupinta. Lama-lama makin deras. Aku sendiri
tidak dapat mengawal kesedihan ini.
Aku
terkenangkan abah.
Berbisik
perlahan hatiku mengungkapkan rindu di kalbu. Pilunya hanya DIA turut sama
merasakan.
‘
abah… Sara lelah… Kenapa perwira yang abah pilih seperti tidak mendengar
kesedihan Sara?’
Hatiku
berbisik sendiri. Kuketap kuat bibir agar tidak bertambah duka lagi. Meraung
rasanya jiwaku. Bukan kerana aku menjadi sensitif kerana mengandung tapi kerana
memang aku merasakan begitu sedih dengan sesungguhnya.
Tanpaku
duga, sepasang tangan memeluk pinggangku dengan erat.
Aku
tersentak.
Dagunya
menyentuh bahu kananku.
Aku
tidak bergerak.
Aku
tahu siapa gerangannya. Aku tahu pelukan siapa yang hangatnya menjalar jauh ke
tangkai hati.
Aku
benar-benar tahu!
“
Maafkan abang, sayang…” bisik suamiku di sisi.
Mendengar
bisikan penuh kasih itu, aku terus melepaskan tangis. Aku sungguh tersentuh
dengan ungkapan maafnya yang bercampur rasa kasih itu. Lantas, tanpa lewatnya
waktu aku terus berpaling dan memeluknya erat.
“
Sara sayang abang. Sayang dengan sesungguhnya. Sara tak peduli biar sepanjang
hayat Fahrin datang tapi Sara hanya akan sayang abang. Abang kekuatan Sara.
Bantulah Sara. Jangan rapuhkannya…” luahku dengan perlahan bersama sendu.
Dhani
mengeratkan pelukan.
“
Abang tahu…” balasnya bersahaja.
Aku
mengetap bibir.
Selamba
benar dia membalas begitu sedang Dhani tidak tahu isi hatiku yang membara kasih
untuknya. Aku telah mengajar hatiku menyayangi Dhani.
Biarlah
begini.
Hidup
memang setiap likunya kita akan mempelajari sesuatu. Begitu jua dengan hidupku.
“ Dah lah..
Jangan nangislah sayang..” pujuk ayah kepada bakal anak yang kukandung ini
dengan bisikan manjanya. Dia mengusap airmata yang berterusan membasahi pipiku.
Dia mengucup dahiku dengan syahdu.
Jujur saja,
hati kecilku ini tersentuh.
Aku
mengorak senyuman kecil.
Aku
sengaja mengeratkan pelukan pada tubuh suamiku yang mempesonaku itu. Aku
teramat suka pada wangiannya.
“
Sara..”
Aku
menggumam.
Bagai
tidak sangka, dingin gerimis membawa suasana romantis pula.
Aku
suka bersandar di dadanya.
Dia
menyuruhku memandang menara Eiffel yang selalu aku katakan menara yang
menjulang tinggi kuasa cinta itu. Aku tanpa membantah, hanya menurut.
Dia erat
memelukku.
“ Cinta
kita.. macam itu tak?” usiknya padaku.
Aku tertawa
kecil.
“ Abang
rasa?” balasku, menyahut usikannya.
Dia
mengucup pipi kananku dengan istilah curi-curi. Selalu juga begitu, lalu aku
termalu sendiri dengan tingkah suamiku yang satu ini.
“ Eiffel tu
abang rasa sekadar lambang cinta… tapi, yang sejujurnya isi hati kita… kan
Sara?” balasnya perlahan di sisiku.
Aku di
dalam pelukannya terbuai. Sekadar mendengar dia meluahkan rasa.
“ Sara.. you’re
my everything Sara.. I love you..” ungkapnya seraya menarik aku
untuk terus memandang ke dasar anak matanya yang bersinar penuh cinta.
Hatiku
berdetak kuat.
Tertusuk
panah cinta yang diungkapnya. Aku tahu bergetarnya hatiku itu kerana aku jua
merasakan rasa yang sama. Yang aku tahu, kami berkongsi naluri kasih yang sama
dan menyimpan harapan yang sama.
Aku
tersenyum manja.
Dia
sekadar mencuit hidungku melihat responku yang ternyata sengaja menyembunyikan
rasa malu-malu itu.
Aku
pula mula menarik muka. Bukan dia tidak tahu, aku sebenarnya tidak suka diusik
seandainya malu diungkap dengan kata-kata cintanya yang nyatanya melukis rona
di wajahku.
Tidak lama,
Dhani ketawa nakal.
“ Tak comel
lah…” usiknya.
Mendengar
kata-katanya itu, aku pantas memukul dadanya.
Dia
terus-terusan melepaskan tawa bahagia. Meski tawanya kedengaran nakal dan
bersahaja tetapi aku suka. Tawanya itulah sinar ceria hari-hari sepiku.
Tanpa sedar
senyuman singgah di bibirku. Lalu, tanpa kusedar jua, bibirnya menyentuh
bibirku.
Terasa
panah wajahku dek sentuhannya.
Ah.. selalu juga begitu!
1 ulasan:
finally dapat baca orkid.
Catat Ulasan